Ntah apalah agaknya cerita kat Thread tengah fanwar BTS vs EXO. Dua-dua aku tak kenal. Tanya Rayyan and Redza, dorang kenal. Baiklah, kita pass sajalah fanwar ni kat generasi sekarang. Bagi dorang bergaduh pulak. Alang-alang cakap pasal fans, aku nak tulis pasal ni:
Diana dengan tak sengaja telah membuka ruang untuk dikecam oleh fans Zhang Linghe😆.
Tapi aku cakap tu fakta. Dah orang atas tu cakap dia realized Zhang Linghe bukanlah best sangat after tengok drama-drama lain. So aku respondlah benda betul. Actually, bukan Zhang Linghe je B actor.
Chen Zeyuen pun.
Zhou Lusi pun.
Liu Yuning pun.
Xu Kai, Bai Lu, Song Weilong…
…boleh dikatakan nama-nama yang famous kat international platform kebanyakannnya B-actors. B bukannya rating paling bawah. B kira baguslah jugak. Dorang ni walaupun B, tetap aset agensi because dorang lebih mudah “dijual”. Dorang semua traffic actors. Sangat popular, tapi status dalam industri tak ditentukan oleh jumlah fans semata-mata. Traffic actors bukan bermaksud dorang pelakon hebat. Tak.
Traffic actors bermaksud dorang ni kategori lubuk duit bagi agensi. Dorang bukan pelakon yang paling hebat dari segi award and recognition tapi pelakon yang paling senang dijual kat platform, kat pengiklan and investor. Sebab ada rupa and nilai komersial tinggi. Muka dorang senang nak carry traffic. Muka dorang senang nak jual drama/filem ke luar China.
Traffic actor selalunya ada berpuluh endorsement. Selalunya jadi poster face kat homepage platform. Drama dorang selalunya bajet besar. Tapi dorang bukan kategori pelakon yang hebat, cuma tak dinafikan nilai komersial tinggi.
Jangan samakan traffic actor B list ni dengan traffic actor A list. A list tu macam Xiao Zhan, Dilreba, Yang Yang. Yang Yang ni walaupun kayu, dia kategori A list sebab endorsement dia banyak, muka hensem. Kategori boleh jual. Xiao Zhan bagi aku good actor, muka pun pretty and endorsement banyak. Dilreba boleh berlakon. Cantik pun cantik. Queen of China katakan.
Traffic actor selalunya dapat skrip drama yang me-maintain-kan rupa paras. Bergasaklah macamana pun, muka tetap maintain hensem/cantik. Foundation kekal tebal. Lipstik tak pernah pudar kalernya. Because dorang carry banyak endorsement. Jadi imej kena jaga walaupun dalam drama.
Kat China ada 2 jenis actor. Satu, traffic actor. Yang ni aset agensi sebab ada nilai komersial. Hat ni famous internationally. Muka boleh jual. Buat apa pun laku.
Yang kedua, prestige actor. Hat ni selalunya bergerak sendiri. Tak terikat dengan mana-mana agensi. Kalau ada pun, sekadar untuk membina reputasi agensi. Prestige actor selalu nominated dalam jury-based award and dapat recognition. Jadi dorang ni kalau duduk bawah mana-mana agensi membuatkan agensi tu lebih “dipercayai”.
Lepas aku komen kat post that lady, ramai jugaklah international fans panas hati. Aku buat bodo je dengan komen-komen dorang. Aku memang malas nak reply komen. Dari komen-komen dorang tu aku nampak pattern yang sama, iaitu international fans yang jenis minat muka hensem ni selalunya very defensive. Pastu takleh sesiapa lebih dari idol dia. Jenis yang idol dia terpaling best, terpaling A-list, terpaling disegani, terpaling ranking tinggi. Data mana dia ambil tak tahulah.
3 hari lepas international fans Yang Yang bergaduh dengan team Zhang Linghe kat TT. Bergaduh sebab Yang Yang berjaya pintas Zhang Linghe untuk award Outstanding Asian Star kat Seoul International Drama Awards.
Macam nak rak bertekak padahal anugerah populariti je. Kau nak menang dengan Yang Yang dari segi populariti memang tak dapeklah. Kalau award bab undian je dia antara 2 je. Tak Yang Yang, Xiao Zhan. Tak Xiao Zhan, Yang Yang. Kalau tetiba tahun ni Zhang Linghe menang, tu maknanya nasib. Umpama Yang Yang vs Johnny, belum start pun Johnny dah kalah. Sebab international fans tak kenal Johnny. Ni kau baru satu drama meletup dah perasan idola kau paling hebat. Sedorlah diri sikit.
Set-set ni bila ditegur, dia kata “Kitorang tak kisah pun kalau dia tak pandai berlakon, kitorang just nak entertainment je”
Hah tau pun. Jadi bila actor kau kalah, jangan rentan. Kalau actor kau kita B-list, jangan emo sebab kau nak entertainment je kan. Takyah beria kalau kalah. Ni tak. Semua benda kau nak menang. Pastu fakta pun tak nak terima.
Aku tak hate Zhang Linghe. Yang aku menyampah tu fans dia, especially international fans. Jenis yang defensive nak mati. Aku rasa kalau dorang masuk Weibo mesti dia pelik apesal nama Zhang Linghe takde kat Hot Search. Dia ingat popular nau gamaknya.
International fans tak sedar dorang sebenarnya tengah tengok entertainment industry China through a tiny window.
Apa window tu?
Netflix
TikTok
Tu je.
Tingkap dorang kat Netflix. Netflix pulak ambil drama dari actors yang ada rupa je. Cerita pun yang sweet sweet sokmo. Satu pelakon ada sampai 3-4 drama kat Netflix. Tu pasal international fans ingat pelakon tu yang paling hebat. Kau nak cakap drama idola kau best, silakan. Tapi nak cakap idola kau Top 10 and A-list, please pandang kiri kanan dulu. Jangan syok sendiri.
Kat China, samada actor tu dikira powerhouse dalam industri bergantung pada berapa banyak projek dia release di CCTV. Pelakon yang kerap keluar CCTV is pelakon yang ada kredibiliti baik dalam industri.
International fans nampak kat Netflix, kat TT, kat IG tu cuma small pecahan daripada keseluruhan industri. Sebab tu aku cakap, kalau nak kenal industri hiburan China, pergilah Weibo. Ikut carta Datawin. Tengok Yunhe. Tengok Maoyan. Tengok CVB. Tengok nominees dalam prestige award. Tengok siapa yang pengarah veteran suka ambik. Tengok siapa yang stesen televisyen kerajaan selalu pilih (CCTV). Tengok siapa yang asyik dapat drama produksi S+.
Ni data the latest dari 7 actors. Ada lagi nama-nama. Tapi yang listed ni nama-nama yang kita familiarlah. Bai Yu and Johnny bukan traffic actor. Bai Yu tu berlakon best. Ada 3-4 drama dia aku dah layan.
Nak jadi fans, jangan tengok dari algorithm TT. Kau takkan nampak the real senario. Kau hidup dalam echo chamber je. International fans selalu ingat kalau actor tu trending kat IG atau TT, automatik dia paling besar kat China. Padahal banyak lagi actors yang lansung tak pernah viral kat international platform, tapi nama always tercalon kat prestige award and directors queue nak ambil berlakon. Tapi tulah, tak terkenal di platform international.
Sebab?
Sebab drama dorang selalunya bukan genre romantik. Takde visual boyfriend. Takde fanservice. Takde sweet-sweet klip yang viral. Takde kissing scene 5 minit. Maka algoritma pun tak laju.
Popularity and industry recognition tak sama. Ada fandom besar tak bermakna kedudukan dalam industri dan ranking kau lebih tinggi.
Dalam drama genre love and romance, wajah pelakon boleh tukar-tukar. Tapi perasan tak untuk genre action, crime, military, balik-balik team yang sama, muka yang sama. Macam ada satu trademark. Kalau genre action, kau akan nampak muka-muka ni. Kalau genre military, muka-muka tu je. Macam cerita Jackie Chan. Dia ada team dia sendiri kan? Kita boleh kenal team Jackie Chan.
Sebab apa genre crime, action and military balik-balik muka yang sama?
Sebab genre romantik hanya perlukan wajah yang cantik and hensem. Tak pandai berlakon pun takpe. Jalan cerita sepesen pun takpe. Sebab modalnya pada rupa pelakon, bukan jalan ceritanya. Asal hero-heroin muka lawa, konfem balik modal. Tapi, genre action, crime, military, perlukan someone yang betul-betul boleh bawak balik modal. Sebab genre ni bergantung pada jalan cerita and acting skill. Tu pasal bila orang tanya kenapa Johnny asik berlakon polis? Dia tak nak cuba genre lain ke?
Bukan dia yang pilih, nokkk. Pengarah yang balik-balik pilih dia because production taknak rugi. Daripada dorang cast pelakon yang belum tahu boleh carry the watak, baik offer skrip pada pelakon yang dah terbukti boleh bawak keuntungan. Producer nak balik modal. Director nak hasil. Platform nak rating. Investor nak untung. Jadi dorang takkan pilih someone yang paling famous. Dorang akan pilih siapa yang boleh buatkan projek tu berjaya.
Lagi satu yang aku perati, fans traffic actor ada perangai yang sama iaitu suka buli actor lain. Dorang kaki buli.
Xu Ruohan mangsa buli fans Zhang Linghe masa dorang berlakon dalam The Best Thing. Teruk gila dia kena buli. Ruohan ni memanglah tak cantik mana. Muka dia totok chinese dengan mono eyelid. Tak sepadan dengan Zhang Linghe yang hensem. Dari awal filming kena kondem. Fans Zhang Linghe kata drama tu popular sebab Zhang Linghe saja. Dikondemnya gigi Ruohan besar macam arnab. Sampai sekarang dorang ejek gigi Ruohan.
Tu pasal masa Ruohan and Johnny filming Love Song in Summer, fans Ruohan kata inilah filming paling aman tanpa sebarang provokasi. And that’s the reason kenapa Ruohan macam manja dengan Johnny. Maybe dia pun rasa this is the first time dia feel secure kat lokasi.
Traffic fans actor memang suka claim mana-mana cerita yang popular adalah disebabkan oleh idol dia. Tengok macam Dilreba-Johnny. Drama Love Designer tu rating tinggi. Waktu tu tahun 2019, Johnny dah popular tapi tak sehebat now. Bila drama tu mendonia, fans Dilreba kata Johnny menumpang populariti Dilreba. Dorang kata Johnny dikenali disebabkan Dilreba. Padahal kalau Johnny tak popular, agensi takkan nak bagi Dilreba pair dengan Johnny. Bermakna Johnny dah ada market masa tu.
Bila gandingan Johnny-LiQin dalam My Dear Guardian dapat rating tinggi, tau pulak senyap fans Dilreba. Maknanya drama Love Designer tu tinggi bukanlah sebab Dilreba sorang. Johnny pun dah boleh pull crowd masa tu. Perasan je semua drama yang Dilreba berlakon rating tinggi disebabkan Dilreba. Now lepas satu, satu flop.
Aku bukan kata Zhang Linghe tak bagus. Dia boleh je berlakon. Cuma fans tak payahlah create misleading info. Zhang Linghe is considered rising star. Dia ada ramai fans. Dia ada potential. Tapi bila FAKTA menunjukkan dia still at tahap biasa-biasa kat entertainment industry China, bukan bermaksud dia tak bagus. That’s an observation based on the overall ecosystem. Malangnya, international fans tak boleh bezakan antara FAKTA dengan personal attack. Because they are too emotionally invested.
Akak kau ni dah berkecimpung dalam dunia fangirling ni sejak 1989, Darjah 6. Sejak Leslie Cheung, sejak Beyond. Sejak zaman Cantopop mendonia. Aku dah masak dah dengan pattern fans yang minat sebab rupa ni. Dorang punya obsess and defensive memang satu macam. Tak tahulah apesal. Maybe sebab dorang tahu rupa paras tu je aset yang ada, jadi dengan kekuatan itulah dorang nak menang semua.
Tahun 90-an dulu muncul Nicky Wu and Jimmy Lin. Fans dia punyalah ramai. Tapi kejap je. Sebab? Sebab harap kat rupa je.
Cuba tengok Leslie and Beyond (Ka Kui). Legacy dia kekal sampai sekarang because dorang mendonia kerana their work, talent and skill. And dorang ada fans yang support their work, bukan their appearance. Dah mati pun masih ada material yang nak dimarketkan. Masih boleh ada konsert. Dah mati pun konsert full house. Dah mati pun filem masih ulang tayang sampai sekarang. Dah mati pun lagu-lagu masih orang lain nyanyikan. Idol kau? Jangankan dah mati esok, masih hidup ni pun tak cukup material nak promote. Harap rupa je.
Ceritanya, tak kisahlah kau nak jadi fans sesiapa pun. Fans kepada pelakon kayu ke. Fans kepada penyanyi bersuara hauk ke. Terserah. Tapi berpijaklah sikit kat bumi. Jangan terawang-awang syok sendiri. Support benda yang real. Jangan mencipta info dan cerita yang tak wujud. Tu namanya berangan.



