Bertangguh-tangguh aku nak tulis pasal isu konsert. Sebab banyak sangat post dalam batu jemala patik beratur nak keluar. Maklumlah seorang Diana kan banyak benda nak tulis.
Hari tu kat Thread ada seorang perempuan buat post. Suami dia bagi tengok konsert K-Pop. Suami duduk rumah jagakan anak. Teruk dia kena hentam. Aku baca komen-komen tu pun konfius.
Yang pergi tu bukannya pergi sorok-sorok. Bukannya tipu suami. Bukannya tinggal anak dekat jiran. Suami dia sendiri yang allow pergi. Yang reda tu suami dia. Yang panas hati tu, KAU. Pehal?
Lepas tu ramai pulak hantar link post tu mintak aku ulas. Sebab aku pergi fan screening Beyond. Pastu aku pergi GenKRU. So dorang nak dengar pandangan aku.
Aku rasa isu ni tak complicated. Kalau isunya pasal isteri tinggalkan anak untuk tengok K-Pop concert, rasanya dia dah mention suami allow dan suami willing jagakan anak.
Kalau isunya pasal konsert K-Pop tu sendiri, kau tanya orang yang memang tak pernah minat artis, jawapannya akan jadi, “Membazir. Buang masa”. Sebab itu perspektif dia.
Kalau isunya pasal hukum, konsert tu sendiri in general memang ada perkara yang haram, maka hukum tu terpakai kepada semua yang hadir. Tak kira bujang, dah kahwin, suami, isteri, lelaki atau perempuan. Bukan tiba-tiba jadi haram sebab seorang isteri pergi konsert, tinggalkan anak untuk suaminya jaga.
Yang peliknya, ramai bukan berhujah pasal hukum konsert. Tapi pasal suami tu yang benarkan dan si isteri tinggalkan anak untuk dijaga suami semata-mata kerana K-Pop. Terus si suami dilabel dayus.
Aku rasa kita kena be careful bila guna istilah yang berat macam tu. Jangan sampai every perkara yang kita tak setuju, terus label orang lain dayus.
Aku sebenarnya lebih berminat nak tahu, apa sebenarnya yang buat korang marah?
Sebab dia pergi konsert? Atau sebab suami dia tak menghalang?
Kalau tujuan kau betul-betul nak bincang hukum, bincanglah hukum. Tak payahlah serang rumah tangga orang yang kau tak kenal. Lagipun, dalam rumah tangga, banyak benda yang orang luar tak nampak. Maybe itulah satu-satunya hari dalam setahun si isteri mintak untuk diri dia. Dan suami dia izinkan.
Mungkin selama ni si isterilah yang jaga anak, urus rumah, korbankan macam-macam. Maybe minggu depan giliran si suami pulak keluar dengan kawan-kawan. Si isteri ambik turn jaga anak. Kita tak tahu.
Aku bukan nak berbahas hukum. Yang aku persoalkan, adakah kita benar-benar bercakap tentang hukum, atau kita menggunakan hukum untuk menghukum orang lain?
Sebab kadang-kadang aku tengok discussion dah lari. Ujung-ujung melabel. Senang sangat keluar perkataan dayus. Mendayuskan orang. Menerakakan orang.
Memang isu sebenar kau nak cakap pasal hukum agama ke? Atau ada yang rasa tak selesa sebab tak benarkan isteri masing-masing pergi, nampak macam tak sporting sedangkan suami orang lain boleh beri keizinan?
Bukan apa, sebab dalam media sosial, sometimes susah nak bezakan antara nasihat yang ikhlas dengan rasa nak menang berdebat.
Kalau tanya pandangan aku, bersedialah dengar unpopular opinion.
Aku memang minat Beyond dan Leslie Cheung sejak sekolah rendah. Bukan sebab trend. Aku membesar dengan lagu-lagu dorang. Dari zaman kaset ke zaman Spotify, everyday pasang lagu Beyond and Leslie. Tanyalah otai reader blog aku, wall paper laptop and background blog aku dulu gambar siapa. Bukan baru sekarang aku minat retis cina. Dari zaman korang masih jadi air kencing lagi aku dah minat.
Interview pun aku tengok. Berita dalam bahasa Cina pun aku sanggup translate. Sekarang zaman Weibo, aku melepak Weibo everyday. Jangan kata konsert. Kubur Wong Ka Kui pun memang ada dalam wishlist aku kalau aku pergi Hong Kong lagi nanti.
Bila tanya aku pasal konsert, memang jawapan aku tak sama dengan orang yang tak pernah ada minat macam ni.
Yang aku pelik, kenapa orang suka sangat decide hobi orang lain samada berfaedah atau tak?
Aku rasa ramai kecam ni sebenarnya bukan sebab konsert. Dorang nampak seorang isteri keluar enjoy seorang diri, tinggalkan anak dan suami demi retis yang dia minat. Itu je punca trigger. Ramai sebenarnya tak puas hati bila orang lain ada lifestyle yang berbeza daripada apa yang dorang pilih.
Bagi aku benda ni simple je. Kau takkan ambil kisah sangat pasal sesuatu kalau benda tu bukan yang kau nak dan tak mengganggu hidup kau.
Contoh, aku takut naik flight. Disebabkan aku takut, aku tak pernah berangan nak pi overseas. Paris, Milan, UK — ni semua tak pernah ada dalam wishlist aku. Sebab takde apa aku nak cari kat sana. Wishlist aku cuma satu tempat je, Hong Kong. Bila aku tak heran nak pi overseas, maka bila orang lain pergi, aku tak kisah. Aku tak dengki. Aku ok je tengok gambar dorang holiday. Aku ok je bila dengar orang bercerita. Sebab aku tak idam nak pergi. Bila aku tak rasa nak pergi maka aku tak perlu tulis 30 sebab kenapa holiday overseas tu tak berfaedah.
Aku tak minat luxury henbeg. Ada tu ada. Beli juga tapi bukanlah gila-gila punya collector. Tapi aku tak pernah rasa tergugat bila orang lain habiskan duit untuk beli and kumpul henbeg. Sebab itu pilihan dorang.
Bila kau triggered dengan pilihan orang lain yang langsung tak bagi kesan kepada hidup kau, biasanya isu tu bukan lagi pada apa yang dia buat. Isunya ialah kau rasa semua orang patut hidup ikut standard yang kau pilih sebab kau tak dapat apa yang dia dapat!
Yang bagi izin tu suami dia. Yang jaga anak tu suami dia. Yang beli tiket tu kemungkinan besar duit dia sendiri. Jadi apa sebenarnya yang kau nak marahkan?
Aku rasa media sosial sekarang ni memang suka buat benda macam ni. Bila nampak orang lain happy dengan cara yang kita tak pilih, kita rasa ada keperluan nak buktikan kenapa cara dia salah dan cara kita lebih betul.
Not everything in life has to have one right answer. Selagi benda tu dibuat dengan tanggungjawab dan dipersetujui rumah tangga DORANG, biarlah. Not every bit of someone else’s happiness needs the internet’s approval.
Lagi satu apesal ramai rasa lepas kahwin, seorang perempuan (isteri) kena buang semua benda yang dia suka sebelum kahwin?
Tak boleh ada me time.
Tak boleh keluar tanpa anak.
Kalau keluar, kena rasa bersalah.
Sedangkan kita ni hari-hari bercakap pasal mental health. Burnout. Self-care. Work-life balance. Tapi bila ada suami bagi space kat isteri, orang luar pulak yang tak boleh move on.
Aku lagi pelik bila ada orang cakap, “Kalau sayang family takkan pergi konsert.”
Apakebendanya ni?
Kalau aku pergi fan screening Beyond 3 jam, automatik aku tak sayang laki and anak-anak aku ke? Sedangkan everyday rutin aku ofis-rumah, ofis-rumah. Entah-entah aku lagi banyak memasak dari bini kau.
Nasib baik En Wan bukan jenis sekat minat aku. Dari sebelum kawen dia tau aku gila cina. Dan dia tahu aktiviti ke-cina-an aku ni tak pernah mengganggu urusan kerja dan layanan aku pada dia and anak-anak.
Dia sebenarnya gini. Tak semua benda kau boleh share. Sebab kat luar ramai orang depress. Kat rumah tak happy. Kat tempat kerja pun tak happy. Jadi ramai suka masuk campur hidup orang lain.
Aku banyak je aktiviti huhahuha dengan En Wan and kawan-kawan. Banyak je video berjoget, karaoke, gelak terbahak-bahak. Cuma tak share. Yang aku share tu sikitttttt sangat. Even kat fan screening hari tu ada gambar and video yang lagi havoc. Tapi aku simpan sebab aku tahu yang menengok ni lagi ramai haters dari followers.
Kat Thread tu lagilah open book. Sesiapa je boleh komen. Yang kelakor tu, kebanyakan yang mengecam ni bukan marah pasal konsert. Dia cuma jumpa peluang nak hentam je. Sekarang kan semua benda nak dijadikan isu berdebat.
Provider.
Gender.
Suami.
Isteri.
Feminist.
Aku simple je. Kalau aku suka something sampai sanggup spend banyak pergi konsert atau fan screening, dengan keizinan suami, tanpa abaikan tanggungjawab, aku tak nampak apa yang perlu dipertikaikan. Tak semua orang perlu faham kenapa aku minat Beyond. Kenapa aku gila kat Leslie. Kenapa aku support Johnny. Kenapa aku spend duit subscribe c-drama platform banyak sangat. Kenapa aku lepak Weibo. Yang penting aku happy dan tak kacau kau.