2026-04-07
Tradisi memasak untuk raya tu tak salah
Aku nampak satu post ni kat FB semalam. Panjang postnya, tapi aku copy and paste sikit je:
"Siapa yang ajar bila malam raya, orang perempuan kena masak masak menu raya sampai lewat malam dan ada yang hingga ke subuh masih depan dapur kacau rendang atas dapur? Ada situasi, tak sempat mandi pagi apatah lagi nak bersiap ke masjid solat sunat aidilfitri. Kerana masak tak siap lagi. Tak tidur malam raya. Siangnya kena layan tetamu. Kalau masa tengahari tu tetamu ramai, nasi baraini kau masak 10kg tu habis...kau kena masak lagi nasi tu untuk topup. Kalau tak buat kena jeling kat orang orang tua yang berpangkat otai dalam rumah tu..otai tu contohnya mak, mak mentua, mak sedara, mak jiran, kakak, kak ipar, adik ipar...."
Ya, aku faham semua “ritual” malam raya ni memenatkan. Aku dah lalui dari zaman anak dara, sampailah anak lelaki aku dah bujang. Masih buat benda yang sama. Memang penat. Ramai orang perempuan membesar dengan expectation macam tu. Memasak beria-ia dari petang raya santak sampai ke malam, sambung pulak ke esok pagi. As if raya tak sah kalau tak tumbang dulu kat dapur malam raya.
But at the same time, aku tak setuju kalau kita reject "ritual" ni bulat-bulat, sebab tradisi memasak untuk raya tu tak salah. To me, yang salah bukan tradisi. Yang jadi masalah tu cara kita carry tradisi tu sampai jadi beban.
Aku membesar tengok Mak Aji and makcik-makcik memasak petang raya. Rendang, sambal goreng, ketupat, sambal udang...dan segala tok nenek benda lain. Suasana petang raya tu hidup. Bunyi blender, bau santan, daun kunyit, orang keluar masuk dapur, etc. Semua tu ada emotional weight yang susah nak explain kalau kita tak pernah buat. Itu sebahagian daripada memori raya. Bila kita ingat raya, kita ingat suasana tu sekali.
Jadi bila orang kata, “Siapa ajar semua ni?”, I don’t think it’s as simple as blaming orang tua kita atau generasi lama yang suka menyusahkan orang. Itu cara orang dulu hidupkan raya. To them, it’s not penindasan pada wanita but responsibility and something to be proud of.
Cuma ya, aku setuju bila masak-memasak tu dah sampai tahap memudaratkan, sampai tak tidur, tak sempat mandi, tak sempat bersiap, orang lain dapat ke masjid kau mandi pun belum sebab masih di dapur, sampai demam pun kena tahan - itu dah lari jauh daripada tujuan asal. Raya sepatutnya happy-happy, bukan hari kita terseksa.
That's why aku kata tadi solution dia bukan buang tradisi, tapi ubah cara kita carry tradisi tu. Benda boleh masak awal, masaklah awal. Rendang boleh masak 3 hari sebelum raya kot. Frozenkan. Tahun ni aku punya sambal sotong and gulai nasi minyak aku masak Khamis (raya Sabtu). Frozenkan. Esoknya Jumaat baru masak sambal goreng and rendang paru. Sabtu pagi aku masak nasi minyak and goreng ketupat palas, Ima buat lodeh. Settle.
Aku takkan paksa diri aku ikut cara lama yang tak praktikal. Banyak sangat menu raya yang sebenarnya boleh prepare 2-3 hari sebelum. Rendang? Lagi lama lagi sedap. Sambal kacang? Boleh simpan. Kuah-kuah pun banyak yang boleh pre-cook. Beras untuk nasi pun boleh siap-siap sukat. Bahan semua dah potong, dah blend, dah asing. Kenapa still nak tunggu malam raya baru nak buat semua benda serentak sampai hidup kau jadi huru-hara?
Benda kita boleh buat, kita buatlah cara kita. Itu kalau kita nak masaklah. Kalau dalam kepala memang set tak nak masak, sah-sahlah kita bawak keluar 1001 alasan.
Aku tetap akan teruskan tradisi memasak raya, sebab aku suka. Aku nak anak-anak aku terbiasa dengan "ritual" ni. Jangan jadi macam some people yang petang raya mengangkang tengok TV, merayap sana sini, lansung tak prepare masak sebab plan pagi-pagi raya nak serang rumah orang untuk makan. Rumah sendiri tutup tak kasi orang datang sebab tak masak. Esok anak-anaknya akan meneruskan habit yang sama sebab itulah kebiasaan yang anak-anak nampak.
MAYBE those yang mengeluh kena masak berpenat-penat ni adalah anak-anak yang dulu semasa kecil mak bapaknya tak membiasakan masak-masak raya. Jadi bila dah besar, dah kawen, dah ada keluarga mertua, benda tu jadi culture shock dan bebanan bagi dorang because tak terbiasa.
Tahun ni pertama kali kitorang beraya tanpa Redza. Seminggu sebelum raya aku tempah laksa Johor and rendang ayam untuk hantar kat Redza. Memikirkan kesian anak aku takde lauk raya nak makan. £120 pun £120 lah. Janji anak aku ada lauk raya. Eh rupanya dia lagi advance. Siap masak nasi dagang. Tak cukup dengan nasi dagang, buat pulak brownies.
Sebak aku dengar dia bercerita "Kat sini takde ikan tongkol, Ma. Jadi buat gulai ayam". But at the same time aku happy. Walaupun dia di sana, disebabkan terbiasa tengok maknya memasak menjelang raya, dengan sendirinya dia terpanggil nak masak-masak juga.
Kita sekarang ada advantage. Kita lebih exposed, alternatif banyak, pilihan pun pelbagai. Maybe back then it was due to limitations. Peti ais tak besar, storage terhad, bahan tak tahan lama. Sekarang semua tu dah berubah. Kenapa nak stuck dekat mindset lama, ye tak? Why not upgrade sekali cara kita sambut raya? Kalau memasak sampai demam-demam, sampai mental, sampai bergaduh, then something is off.
Some orang tua like parents and mertua masih berpegang cara lama. Semua nak dibuat malam raya sebab itu kebiasaan yang dorang dah praktikkan dari zaman nenek dorang dulu. Tu pasal sampai sekarang dorang masih berpegang cara lama sebab takde siapa yang tunjukkan kat dorang alternatif lain. Dan maybe pada zaman dorang urusan dapur ni hanya orang perempuan buat.
Orang lelaki zaman dulu maybe cari kayu api, cari buluh, buat panjut. Tapi sekarang dah berubah. Tak banyak kerja orang lelaki sekarang boleh buat menjelang raya sebab segalanya dah express. Lemang beli je. Panjut beli kat Giant je. Kayu api dah tak relevan. Tido je lah habis kuat pun.
Maka nak ubah keadaan ni sebenarnya kena mula dari cara kita sendiri melihat benda tu. Selagi kita masih rasa memasak malam raya adalah tanggungjawab wajib yang tak boleh diubah, selagi tulah the same cycle berulang setiap tahun. Kena berani ubah expectation, tapi bukan dengan cara melawan. Lebih kepada setting tone awal-awal. Cakap elok-elok yang tahun ni nak buat lebih simple, tak nak masak sampai subuh, tak nak sampai tak sempat mandi. Nak masak awal.
This might look minor, but it’s huge since you are figuring out what Raya really means to you. Paling penting untuk libatkan pasangan (suami). In most cases, suara anak sendiri lebih didengar oleh mak atau keluarga. Jadi kalau suami sendiri yang explain, kata tak payah masak banyak sangat, kita buat simple je, kesannya lain. Ini bukan menantu lawan mertua, tapi anak educate family-nya sendiri.
Memanglah kita tak dapat elak kena jeling and kena sindir. Hat tu almost guaranteed. Tapi kena faham, reaction tu datang sebab dorang tak biasa dengan changes. Kalau setiap kali kena jeling kau beralah, you are basically giving them the power to run your life.
Aku ingat pernah satu kali Mak Aji ubah cara celebrate raya kat Muar (kampung Pak Aji). Tahun ni tak tahu kenapa adik-beradik Pak Aji semua beraya rumah mertua dulu. Jadinya, tahun tu kitorang beraya di Muar dulu. Kalau sebelum-sebelum ni, nak mengemas rumah nenek petang raya sangatlah mustahil sebab ramai orang. Maka rumah sentiasa dalam keadaan macam kapal pecah.
Dan kebiasaan nenek, MALAM RAYA baru start memasak lauk raya. Malam tau, bukan petang. Maknanya lepas isyak baru start masak. Masa tu la nak merebus ketupat, nak buat ayam kicap, sambal jawa segala. Macamanalah tak kepenatan. That year, Mak Aji rules the kitchen. Dari pagi Mak Aji dah ajak mertuanya (nenek) rebus ketupat and buat rendang. Kitorang dua beradik kena kerah menyapu, mengemop, mengelap, tukar langsir, sapu laman, basuh jamban belakang rumah, siap kena kemas reban bawah rumah!
By the time Maghrib, semua dah siap. Sambal goreng jawa siap. Rendang siap. Ketupat siap. Lontong siap. Ayam kicap siap. Lepas berbuka boleh baring-baring tengok drama raya. Bila kitorang dah balik, barulah makcik pakcik sampai untuk beraya. Makcik aku bagitau nenek kata tahun tu dia tido cukup sebab semua dah masak awal.
See? Sebab nenek tak tahu tradisi masak malam raya tu sebenarnya boleh buat pagi, tak perlu tunggu malam. Bila dah tahu masak pagi ke masak malam ke, kejadiannya sama je, lepas tu dorang dah start masak pagi. Kita bukan nak lawan tradisi. Cuma nak pilih mana yang masih masuk akal dan mana yang jadi beban.
Kita sendiri pun kena belajar let go expectation yang semuanya perlu perfect. Larat buat 3 lauk, buat je lah 3 lauk. Tak semua rumah kena ada 10 lauk. Tak semua benda kena masak sendiri. Tak salah pun kalau beli sikit. Tak salah kalau simplify menu. Rendang retort banyak. Beli je kalau payah sangat. Lauk lain kau masaklah sendiri. Kadang yang buat kita penat bukan sebab kerja tu banyak, tapi expectation tinggi nau. Nak impress orang. Takut orang mengata. Nak up gambar lauk-pauk berderet kat IG.
Tahun ni aku masak 2-3 menu di rumah sendiri. Lebih selesa sebab pakai utensils sendiri. Esoknya balik ke rumah Mak Aji aku angkut kuali, chopping board, pisau and sudip sendiri, ya! Sebab tak nak kekok memasak sebelah warden. Tahun ni tak seram sangat. Kau imagine tahun lepas aku masak lauk raya di UK berdua je dengan Mak Aji? Dia peratiiii je aku memasak.
Aku plan raya 2028 nak masak kat rumah sendiri juga. Prep awal. Simplify mana yang perlu. Masak 2-3 hari sebelum, frozenkan. Kalau ada orang tua still nak jeling atau membebel sebab tak ikut cara dorang 100%, honestly, itu something yang aku kena belajar handle. Sebab kita tak boleh control expectation semua orang. Tapi kita boleh control cara kita manage diri sendiri.
Kadang generasi lama bukan tak faham, tapi dorang belum nampak cara lain. Jadi bila kita buat cara baru, mungkin nampak peliklah pada diorang. Biasalah tu, change always feels weird at first.