2026-04-04

Lain macam dia punya hangat raya tahun ni.


Berapi-api betul Thread musim raya. Lain macam dia punya hangat. Aku rasa Thread memang didominasi oleh generasi muda sebab permintaannya yang bukan-bukan. Ramai yang meluahkan benda yang dorang rasa “tak patut jadi normal” semasa raya.

Ada yang kata jangan beraya 1 Syawal, cukup duduk rumah je.

Ada yang kata jangan datang awal pagi sangat, jangan juga datang malam-malam.

Ada yang triggered bab basuh pinggan, bab air kosong kena hidang sekali, bab duit raya jangan kedekut, sampai lah ke isu datang rumah orang satu konvoi macam rombongan kahwin.

Bila baca satu-satu, ok some of if aku agak bersetuju. Aku faham kenapa benda-benda ni jadi isu. Sebab semuanya datang dari pengalaman. Takde orang bangun pagi tiba-tiba nak complain tanpa sebab. Mesti ada cerita yang dorang dah lalui.

Maybe penat setiap tahun jadi tuan rumah melayan tetamu datang non-stop tak menang tangan. Maybe pernah kena judge sebab bagi duit raya sikit. Maybe pernah tetamu datang takde timing yang sesuai. Main redah je. Maka aku rasa semua complain ni valid.

Some parents suka mengalu-alukan orang datang rumah dia. Habis sekampung dia ajak datang tapi yang nak melayan dan pecah peluh kat dapur bukannya dia, tapi anak-anak jadi mangsa. Sampaikan hari raya pertama tu anak-anak duduk dapur seharian. Orang lain hari raya berlawa-lawa, anak-anaknya tak. Jadi maybe anak-anak ini bila dah besar jadi “rebel”. Aku faham bab ni.

However, ada satu hal yang orang selalu lupa.

Raya is a family tradition that has been deeply rooted for a long time. Dan budaya ni bukan kita sorang je hadap. Dah diwarisi dan sometimes dipaksa ikut, especially bila kita masih dalam struktur keluarga yang sama (tinggal dengan parents atau masih beraya dengan parents). That’s the reality many people don’t want to acknowledge.

Kau boleh je nak normalisasikan anything, tapi selagi masih duduk dengan mak bapak, atau masih beraya dengan mak bapak, you are not the main decision-maker yet. You are still part of that system. Dan sistem tu dah wujud lama sebelum kau decide apa yang “should” atau “should not” jadi normal.

Contohnya, isu jangan beraya raya pertama (1 Syawal). Secara logiknya, it does make sense.

1 Syawal tu hari nak chill-chill dengan immediate family members, nak makan rendang slow and steady, nak tengok TV, nak baring-baring, nak sembang lama-lama and nak bergambar macam nak rak. Kalau aku, aku pun nak 1 Syawal tak payah berpenat.

Tapi cuba bayangkan generasi mak bapak kita. Dorang membesar dengan mindset 1 Syawal tu lah hari paling penting untuk ziarah dan terima tetamu. Hari tu lah semua orang free. Hari tu lah wajib jumpa saudara-mara. Jadi bila tiba-tiba kita kata, “Eh janganlah datang 1 Syawal,” to them, it’s not just a change in habit. It feels like we are changing the very meaning of Raya itself.

Kat sinilah wujud clash. Actually takde siapa betul siapa salah, hanya dua generasi pegang definisi raya yang berbeza.

Dulu zaman aku kecik, takdelah penat sangat sebab tak terlibat masak-memasak. Tapi merasalah penatnya bila kena berkemas. Sebelum makan berkemas, lepas makan pun berkemas. Penyudahnya baju kurung aku lencun membasuh tak sudah-sudah.

Dah besau ni berpenat memasak pulak. Boleh je nak hidang kuih semata tapi buat apa anak-beranak balik kalau berlonggok tak buat apa-apa. Kalau boleh order, memang aku order je. Masalahnya tak boleh order. Maka nak tak nak kenalah masak juga.

Tak nak masak? Boleh. Esok bila dah takde mak bapak, stopkan saja budaya memasak for raya. Hidangkan biskut raya je. Pastu nanti tengoklah keturunan kau mesti start buat yang sama sebab dorang observe apa kau buat.

Jangan pulak esok, wujud budaya baru pulak. Iaitu budaya makan raya kat rumah orang. Sebab apa? Sebab budaya memasak untuk raya tu tak lagi dipraktikkan. Ramai ya yang buat kerja makan rumah orang ni. Sengaja tak masak apa-apa for raya sebab aim nak makan kat rumah orang. Tu yang pagi-pagi lagi dah sampai tu. Sebab kebuloq.

Tahun ni aku nampak kesan positif dari budaya yang mak bapak aku praktikkan dulu. Dulu aku nampak Mak Aji and makcik-makcik berpecah peluh memasak macam-macam nak sambut raya. Lalu aku and adik-beradik meneruskan budaya ni sekarang. Rupanya anak-anak aku observe kebiasaan ni.

Aku terkejut bila Redza kata tahun ni dia buat nasi dagang and gulai ayam untuk raya. Lepas tu buat brownies and ayam masak merah sekali. Rupanya dalam diam-diam kebiasaan tu difollow oleh anak aku tanpa disuruh. Sebab dia dah terbiasa di hari raya nampak maknya siapkan lauk-pauk raya. Jadi walaupun kat sana tak dapat balik raya, dia tergerak nak prepare benda yang sama.

Isu timing. Ada orang tak suka tetamu datang awal pagi sangat. Ada yang tak suka datang lewat malam.

Ya, aku pun tak suka. Datang tu boleh tapi biarlah ada common sense. 10 pagi dah terpacak depan gate, kejadahnya? Solat raya habis pukul 9 pagi. Takkan lepas solat raya kau terus gerak pi rumah orang? Memang spesis nak makan kat rumah orang agaknya eh?

Malam pun sama. Kalau lepas Isyak baru nak gerak ke rumah orang, takyahlah. Raya jelah esok. Malam dah. Orang nak berehat. Tapi memang ada spesis yang dia nak habiskan jugak list beraya hari tu jugak, malam pun malamlah dia redah juga. Dia pikir list dia je, tak pikir lansung tuan rumah kepenatan.

Kalau tak sempat beraya patutnya treat as tak sempat. Takyah nak dipaksa-paksa. Sometimes anak-anak kau pun dah kepenatan tapi sebab kau takde otak, dorang terpaksa ikut sama pastu anak tantrum kat rumah orang.

Bab basuh pinggan, ini agak menarik. Secara common sense, memang elok basuh pinggan sendiri. Takkan makan lepas tu tinggal macam tu je, kan? Dah dijamu, takkan pinggan sendiri pun tak reti basuh. Kau bukan makan kat mamak. Patutnya semua tetamu basuh pinggan sendiri. Paling tak pun bawak ke dapur.

Tapi dalam budaya kita, especially generasi lama, tetamu dianggap raja. Dorang datang, kita layan. Dorang makan, kita kemas. Bila tetamu bangun nak basuh pinggan, kadang tuan rumah sendiri rasa segan. Rasa macam, “Eh tak payah, biar saya buat.” Sebab apa?

Sebab dapur berkecah, gaisss. Karang kau judge dapur dia pulak. Tu pasal dia suruh kau tinggalkan je atas meja. Lagipun cara kau basuh maybe tak capai standard. Karang dia kena basuh 2 kali pulak. Better la dia suruh kau biarkan je.

So when the current generation says “please basuh pinggan sendiri”, benda ni dah clash dengan older values yang kata tetamu tak perlu buat kerja.

Dua-dua logik. Cuma not everything can be changed overnight. Maybe boleh start dengan pakai pinggan mangkuk plestik dulu. Aku pernah buat gini dulu kat rumah Mak Aji tapi aku yang tak selesa pulak. Sebab yang datang tu family, tak best pulak bagi dorang makan pakai mangkuk and pinggan plestik. Setakat 50-60 orang pakai je lah pinggan kaca aku kata. Masa ni la nak tunjuk set pinggan kita. Aaa gituuuu.

Bab air kosong kena hidang sekali. Ada yang kata basic hospitality, kena ada air kosong. Ada yang kata kalau nak, pergi ambil sendiri. Sekali lagi, ini bukan pasal air. Ini pasal expectation.

Dalam kepala tetamu, dia tak patut bangun cari air sendiri. Semua mesti berhidang. Tapi dalam kepala tuan rumah macam aku, tetamu tak perlu dilayan macam VIP. Nak, mintak. Aku tak kuasa nak hidangkan semua sampai penuh meja. Kalau rasa nak air putih, mintak. Setakat air putih, memang boleh sangat.

Cuma kan, bagi aku lah. Kita ni kalau jadi tetamu, apa yang tuan rumah hidang, itu kita makan. Toksahlah mintak yang takde. Dah tahu kau tak minum air manis, bawaklah Montigo sendiri!! Halah halahhhh itupun nak diajar ke.

Nampak tak? Ini namanya clash of mindsets. Yang sorang dengan mindset “Aku ada preference”. Sorang lagi dengan mindset “Kau datang as tetamu, kau kena adapt.”

Generasi sekarang dibesarkan dengan idea personal comfort. Nak layanan selesa. Nak ada hak untuk memilih.Nak cakap “no” pada something yang dia tak suka. Tapi dalam budaya lama, especially dalam konteks raya, comfort bukanlah main priority. Bila datang rumah orang, yang priority adalah adab, tolak ansur and jaga hati orang. Kadang-kadang tak selesa pun, tapi kita pilih untuk diam and adjust. Sebab itu rumah orang. Nak selesa, duduk rumah sendirilah.

And yang paling panas sekali, duit raya.

Ada yang kata jangan bagi RM5. Murah sangat. Ada yang kata bagi ikut kemampuan. Ada yang rasa pressure sebab expectation makin tinggi. Padahal dulu, RM1 pun budak dah happy.

That’s the thing. We have slowly shifted from the meaning to the amount. Dulu, dapat sampul pun dah excited. Dapat sampul tu pun macam mission dah accomplished. Tak kisah berapa dapat, janji dapat. Tapi sekarang, before buka sampul pun dah ada expectation. Siap compare lagi.

Bila benda tu jadi perbandingan, dah hilanglah essence dia. The pressure tu bukan pada budak, tapi pada yang memberi. Ada orang memang mampu, bagi besar takde masalah. Tapi yang tengah cukup-cukup makan, but still rasa kena keep up sebab takut dipandang kedekut. Padahal konsep asal duit raya tu bukannya wajib.

Bila mula letak benchmark minimum kena sekian sekian, kalau tak nanti orang cakap, kita sebenarnya dah turn satu benda yang sepatutnya ringan menjadi beban. Dan bila jadi beban, orang mula hilang rasa seronok nak memberi. Last-last takyah bagi.

Actually tak bagi pun takpe. Cuma, bila semua orang mula fikir macam tu, lama-lama hilang terus budaya memberi tu.

Duit raya ni bukan sekadar duit. Ini simbol ingatan, simbol kasih sayang. Walaupun nilainya kecik, ada connection. Bila kita decide untuk tak bagi langsung sebab nak lari dari pressure atau expectation, memanglah kita selamat dari beban tu. But at the same time kita slowly tarik satu elemen yang menghidupkan suasana raya tu sendiri.

Bagi aku, instead of kita buang terus budaya membagi duit ni, maybe kita adjust.

Tak mampu bagi banyak? Bagi sikit.

Taknak pressure? Set expectation awal-awal dalam circle kau.

Kau rasa benda ni dah jadi toxic? Try tukar caranya, bukan buang terus.

Aku tak berapa suka beraya. Aku lagi suka jadi host. Aku rasa aku lebih bagus jadi tuan rumah dari jadi tetamu. Sebab aku tak berapa selesa makan kat rumah orang. Bila tak selesa tapi terpaksa ikut dari satu rumah ke satu rumah, benda ni jadi beban pada aku.

Dulu, zaman single, selagi ada rumah kat kampung tu aku kena ikut masuk. Rasa nak menangis asik kena turun naik beraya rumah orang. Muka dah bersememeh seharian berjalan. Dengan panas lagi. Dengan tak selesa nak tumpang toilet rumah orang lagi.

Tapi masa tu takde pilihan. Sebab aku masih berada dalam sistem keluarga mak bapak.

Ramai dak-dak muda sekarang nak skip terus ke phase “Aku nak tentukan cara raya aku sendiri” sedangkan kau masih berada dalam sistem mak bapak.

Aku dulu menyampah juga setiap kali jalan raya asiklah ke rumah yang aku tak kenal. Tak tahu nak buat apa kat rumah tu. Duduk je la tengok orang tua bersembang. Bosan gila. Lantas aku plan esok dah kawen, dah ada space sendiri, aku nak ubah cara aku beraya.

Contoh, aku lebih suka orang datang ke rumah, sebab aku dah tak suka berjalan raya rumah orang.

Lagi satu, aku juga tak suka berlama-lama kat kampung, be it belah Bangi atau Tganu. Raya pertama tu kalau boleh nak duduk di rumah layan tetamu datang. Kat Bangi, ini dipraktikkan. Kalau kat Tganu tak. Dorang suka berjalan raya. Kalau En Wan ajak, aku ikut. Tapi En Wan pun dah malas nak berjalan raya sekarang. Selalunya half day je jalan raya. Lepas Zohor, balik tido. Esok, gerak balik KL.

Dan aku juga tak suka beli kuih raya untuk rumah sendiri. Rumah aku jarang ada kuih raya. Kerepek raya banyak. Sebab kalau orang datang aku prefer masak. Paling tak pun, buat mee goreng. Padahal masa kecik dulu akulah tukang buat kukis sampai 6 jenis. Now dah besar rumah sendiri pun takde kukis. Malas. Jangankan buat, beli pun malas.

Maksudnya, aku buat semua ni bila aku dah ada “hak” untuk buat keputusan tu.

Itu beza dengan dak-dak sekarang. Kau masih duduk dengan mak bapak, bermakna culture tu bukan kau punya sepenuhnya. Kau masih sebahagian daripada tradisi. Nak “normalize” itu dan ini, kena ada timing. Tunggu bila kau ada hak untuk ubah segala benda yang kau nak “normalize” kan tu.

Instead of kita terlalu sibuk nak tentukan apa yang patut jadi normal untuk semua orang, maybe fokus je pada apa yang sesuai untuk fasa hidup kita sekarang. Kalau kau masih beraya dengan mak bapak, cubalah untuk tolerate sikit. Ambil yang baik, simpan yang tak berkenan sebagai reference untuk masa depan. Dah ada rumah sendiri, baru kau implement cara kau.