2026-04-16

In business, people who bring value are always in demand.

Hahaha, suka aku baca post brader ni. Aku sangat faham situasi tu. 

Mindset some of sales people sekarang dorang cepat merasa dah buat banyak. Macam brader ni kata, buat setakat RM3K sehari dan rasa banyak. Nak insentif. Masalahnya, kalau hari-hari RM3K, bolehlah consider. Ni kadang hari-hari lain tak sampai RM1K pun. Masa tu dia tak pikir pulak yang company boleh tolak gaji kalau tak hit target.

Payah nak cari sales people yang ada drive. Sangat payah. Kebanyakannya nak kerja senang. Dorang nak sales tu datang pada dia, bukan dia cari sales. Kiranya dorang kerja nak ambil order saja.

Kebanyakan budak-budak muda sekarang nak gaji besar tapi nak kerja senang. Dibagi sales target, jarang nak hit. Malah tak plan nak hit pun, sebab tak kisah makan gaji basic. Kadang-kadang tu dah dibagi insentif pun tak nak kejar. 

Sumpah aku tak faham orang yang takde drive macam ni. Kita ni dulu kalau dengar boss bagi sales target, seboleh mungkin nak hit. Cari jalan nak bagi hit juga, sebab itulah peluang nak dapat gaji lebih. Now tak. Rata-rata yang aku baca di media sosial, kebanyakan masalah majikan adalah sales people selesa bergaji basic.

Semalam aku attend konvo En Wan, aku tanya apesal sikit je? Bukan agen ramai ke? 

En Wan cakap yang ambil exam ramai, tapi yang graduate tak ramai sebab PruBSN letakkan syarat tinggi untuk bergraduate. Bukan saja kena lulus exam, tapi kena perform. Kena hit certain amount in sales. Ramai sangkut kat sales maka tak dapat graduate.

Actually semua yang lulus exam akan ber-graduate bulan 9 nanti. Yang tu semua yang ambil exam termasuk bankers, financial planner and student-student persendirian. Tapi Prudential buat another graduation khas untuk agen-agennya. Tu yang tak ramai naik stage semalam. Syaratnya tinggi.

Kadang baca pasal staff dengan majikan, semua orang nampak hak pekerja. Tapi tak semua orang nampak realiti macamana sesebuah bisnes itu bernafas. 

Ramai orang suka cakap pasal gaji yang sepatutnya pekerja dapat. 

Memang betul, everyone deserves to earn a wage that allows them hidup dengan bermaruah. Boleh bayar sewa, makan, tanggung keluarga. Itu basic. Takde siapa patut kerja keras tapi hidup paras-paras hidung.

Tapi masalahnya, when talk about salaries, ramai yang bercakap as if majikan/company ada pokok berduit simpan kat ofis. Petik je, duit keluar.

Hakikatnya, in a small or medium business, gaji pekerja datang dari satu sumber saja iaitu SALES. Kalau sale masuk, semua orang dapat gaji. Kalau sale tak masuk, semua orang ada potensi takde gaji, lebih-lebih lagi majikan. 

Ramai staff tak nampak this part. Dorang nampak majikan orang yang wajib bayar gaji. Tapi dorang tak nampak tekanan yang majikan tanggung everyday. Of cos tanggungjawab majikan bayar gaji. But yang aku nak emphasize kat sini adalah, kalau kau as sales people tak buat sales macamana nak datang duit untuk bayar gaji?

Bisnes ni hidup dari revenue yang masuk everyday. Especially dalam role yang berkait dengan sales, kau bukan sekadar buat kerja. Kau sebenarnya contribute kepada survival company tu sendiri.

Sewa kedai.
Utiliti.
Stok barang.
Kos marketing.
Kos platform.
Gaji staff.
EPF.
SOCSO.
Cukai.

Semua ni running, tak kira samada ada sale ada atau tak. That's why bila majikan kata sale tak cukup nak cover kos, itulah realiti.

Masalah jadi lebih besar bila wujud staff yangada mentaliti "demand dulu, perform kemudian". Nak gaji tinggi. Nak benefit. Nak kerja flexible. Nak kerja yang tak stress. Tapi bila sampai bab buat kerja je masing-masing mengeluh and komplen.

Suruh buat live, tak nak. Suruh buat video, buat dua tiga lepas tu berhenti. Suruh belajar skill baru, nak resign. Tak disuruh, tak buat. Hari-hari nak kena tanya buat apa today? Sales hit ke tak hari ni?

Yang buat online bisnes, especially yang bergantung pada media sosial, content is not a choice. Kalau takde video, maknanya takde exposure. Kalau takde live, maknanya takde engagement. Kalau tak push marketing, sale tak bergerak. So kalau majikan mintak buat live, buat video, buat marketing, itu bukan suka-suka suruh orang buat kerja extra. Itu part of sales & marketing. Itu memang kerja kau.

Kadang aku rasa ramai those yang dalam position sales & marketing berasa dorang kerja macam orang lain. Datang kerja. Buat kerja basic. Hujung bulan gaji masuk. Padahal job scope dorang berbeza. Nama je sales people ni duduk ofis, tapi bukan tunggu kerja datang, kita yang kena ada inisiatif mencari kerja. Pelik bila sales people selesa takde sales dibuat that day. Elok je dia buat kerja lain.

Aku dulu selagi sales tak masuk, takkan berani buat kerja-kerja lain. Contoh, selagi takde sales masuk that day, takde de aku nak buat-buat busy susun file, kemas stor, atau kira stok. Takde, ya! 

Sebab itu bukan kerja hakiki. Kerja aku adalah bring money to the table. Dah dapat sales barulah aku buat kerja-kerja lain. Ni tak. Sales tak buat. Bila ditanya apesal sales takde, "Saya susun stok". Saja nak menampakkan yang dia tengah busy buat kerja.

Dengar sini aku cakap. Orang sales tak kiralah kau sales jual kereta, jual online, jual kuih. You all TAK BOLEH ada mindset nak hidup ala kadar. Orang sales motivationnya mestilah money. Bukan suruh kejar duit. Tetapi, kalau motivation kau bukan money, kau takkan ada hunger nak kejar sales.

Masa aku join company biotech, sales-sales lain semua dah ada key account. Yang pegang akaun UPM, UKM, USM and UM paling bestlah. Sebab hampir tak perlu buat sales. Order sentiasa masuk because ini universiti yang sangat aktif buat research. Basically colleague yang jaga akaun-akaun ni sentiasa happy je masuk ofis sebab order sentiasa masuk.

Aku punya team handle akaun government macam Pusat Penyelidikan Ikan, Jabatan Perikanan, Jabatan Kimia, Lembaga Koko, ect. Ni semua gomen yang researchnya tak seaktif universiti. Dan ada team lain yang handle hospital. Selalunya team yang jaga universiti and hospital paling gah. Komisyen sedap. Sebab sales dorang tinggi.

Masa aku masuk, dorang bagi aku semua akaun baru. Kau tau apa akaunnya?

KUTPM (now MSU)
KUSTEM (not UMT)
UNISEL (masa tu masih di lot-lot kedai)
Pusat Biosekuriti Perikanan
Sarawak Biodiversiti
UPM Bintulu

6 akaun "lemah" ni dorang bagi kat aku, tapi sales target tetap sama macam junior sales iaitu RM80K sebulan. Kau rasa?

Masa tu aku tak tahu yang tempat-tempat ni tak aktif buat research. Aku cuma seronok dapat jadi "kakak kawasan" sendiri, tak perlu share dengan orang lain. Rajin aku pergi tempat-tempat ni. Jumpa pegawai, jumpa lecturer. Bersembang. Tanya pasal projek apa dorang tengah buat. Sembang pasal produk-produk yang dorang pernah guna.

Lama-lama aku sedar yang tempat-tempat ni bukan tak aktif, cuma bajet penyelidikan belum banyak. Student pun belum ramai. Jadi, aku tukar strategi. Aku tak jual produk, tetapi servis. 

Disebabkan tempat-tempat di bawah akaun aku ni makmalnya tak fully-equipped, jadi dorang tak dapat purchase banyak. Maka aku dapat idea untuk buat workshop and seminar. Ajar DNA extraction, ajar DNA analisis, ajar PCR, ajar design primer, etc. Basically I do teaching.

Tak sangka bermula dari teaching itulah, lebih senang aku jual produk. Sebab bila aku teach dorang guna produk-produk dari company aku, when they want to do their projek, dorang akan beli produkj aku sebab dorang dah try semasa workshop. 

Akhrinya aku dapat buat UPM Bintulu yang hanya ada Food Faculty (zaman tu) keluarkan Purchase Order RM70K. KUTPM yang hanya ada 1 lab saja masa tu boleh keluarkan Purchase Order RM120K. KUSTEM boleh beli 4 instrument sekaligus total lebih dari RM200K. The rest was history.

Ceritanya, it is not tempat tu yang tak aktif buat research, tapi sales people yang tak buat kerja. Kalau kerja kau nak tunggu order masuk saja, baik kau jadi cashier. Takyah promote apa-apa, tunggu je orang datang beli.

Lagila pulak sekarang banyak bisnes operate dengan margin yang sangat nipis. Especially small bisnes. Sometimes untung bersih sebulan cukup-cukup nak pusing balik modal operation saja. Ramai ingat majikan duduk atas emas. Aku berani jamin ramai majikan setiap bulan berdoa supaya sale cukup untuk bayar gaji semua orang dulu sebelum fikir tentang diri dorang sendiri.

Ada majikan yang bulan tu tak ambil gaji langsung, tapi staff tetap dapat gaji penuh. Staff tak dapat gaji, boleh berhenti. Tapi kalau majikan berhenti, bisnes tu mati terus. Sebab tu bila dengar cerita-cerita staff yang kerja ala kadar tapi demand reward, benefit and gaji tinggi, aku rasa macam haihhh. Logik tak kena.

Kalau pekerja tu really perform, majikan sebenarnya tak kisah bayar mahal. Nak bayar tinggi lagi ada sebab tak nak pekerja tu lari. Staff yang rajin, proaktif, pandai buat sale, pandai buat content, pandai jaga customer - orang macam ni bukan saja layak gaji tinggi, malah majikan takkan berkira. Percayalah cakap aku, staff rajin macam ni kalau sakit, boss akan suruh balik tak payah tunjuk MC pun. Tak payah tolak AL. Just balik gitu je, berehat.

Sebab staff macam tu bukan kos, tetapi aset. Masalahnya staff jenis ni jarang merungut. Yang memekak dan demand tu usually bukan yang rajin ni. Orang yang paling banyak demand adalah yang paling kurang menyumbang. Buat kerja sekadar cukup-cukup. Takde inisiatif. Tunggu disuruh baru buat. Bila disuruh buat lebih sikit, mula rasa “itu bukan job scope saya”. Tapi bila tang gaji, nak naik every year. Nak bonus. Nak incentive.

The question is, incentive tu datang dari mana?

Incentive datang dari hasil! Kalau sale meningkat, memang wajar ada reward. Tapi kalau sale statik atau jatuh, incentive tu nak datang dari poket siapa? Kadang majikan terpaksa bagi juga sebab nak jaga hati staff.

I tell you, majikan dalam diam-diam dia menilai. Dia tengok siapa yang really membantu company bergerak. In the long run, staff yang kerja ala kadar biasanya akan kekal kat tahap yang sama. Gaji naik sikit-sikit je. Peluang naik pangkat takde. Sebab value yang dorang bawa tak berubah, so apa reason nak ubah gaji and pangkat? 

Gaji naik bukan sebab kau stay lama di situ. Gaji meningkat bila ada pertambahan job scope. Kalau job scope baru pun tak nak terima, apehal aku nak naikkan gaji kau?

Kadang-kadang staff lupa satu perkara. Employers and staff are actually on the same boat. Kalau kapal tu bergerak laju, semua sampai destinasi lebih cepat. Kalau kapal tu bocor, semua tenggelam sama-sama. Jadi mentaliti "that’s not my problem, that’s the boss’s problem” is actually pretty short-sighted. Sebab kalau bisnes tu jatuh, everyone ends up losing something. Majikan hilang investment. Staff hilang kerja. Dalam keadaan ekonomi sekarang, losing your job is not a small thing.

Aku tak kata semua majikan baik. Memang ada majikan yang exploit pekerja. Yang tak bayar gaji. Tak carum KWSP padahal dah potong gaji. Tak benarkan cuti. Tak bayar OT. Memang ada yang ambil kesempatan. But at the same time, we have to be honest that ada staff yang take advantage from the other side too.

Kalau kita nak gaji tinggi, cara paling cepat bukan dengan demand. Cara paling cepat is to become someone the employer can’t afford to lose. Jadilah orang yang bila ada big projek, orang pertama yang bos fikir is you. Jadilah orang yang bila sale naik, your name gets mentioned as one of the reasons.

Orang macam ni tak payah mintak gaji naik banyak kali. Selalunya majikan yang akan pikir macam mana nak kekalkan dorang. Because in business, people who bring value are always in demand.