2026-04-15
Result SPM straight A+ konfem boleh dapat tajaan ke luar negara?
Result SPM baru keluar. Tetiap tahun asal SPM keluar je seorang Diana pasti merentan dengan enabler-enabler “Tak score takpe, janji solat tak tinggal”.
BONGOK!
Tapi tahun ni aku nak buat post pasal lain.
Yang pertamanya kepada kawan-kawan yang bertanya result anak kawan-kawan korang, kalau kawan kau punya post kat FB “Alhamdulillah…syukur”, kau komen saja “Tahniah”. Tak payanlah menekan-nekan berapa A? Berapa A? Kalau dia nak bagitahu, dah lama dia tulis berapa A anak dia dapat. So tak payahlah menekan sangat.
Yang kedua, expectation. Dalam FB list aku ada 3 orang followers yang anaknya straight A+. Maknya tanya kalau result macam ni konfem boleh dapat tajaan ke luar negara?
Jawapan aku, BELUM TENTU.
Why?
Sebab untuk dapat tajaan, dia tak kira berapa banyak A kita kutip dan how strong kita punya A (samada A atau A+). Hanya perlu hit minimum requirement sahaja untuk layak DIPANGGIL INTERVIEW.
Dulu masa kitorang survey-survey YTP MARA (sebelum exam SPM bermula), dah tahu requirementnya minimum 7A sahaja. Lalu En Wan cakap kat Redza “Papa tak mintak straight As, cukup 7A untuk setiap subjek ni”
YTP MARA punya requirement tak perlu semua subjek A atau A+. Hanya perlu hanya 7A solid (bukan A-) untuk apply, maknanya asal kau hit minimum requirement, layak memohon.
Bila dah dishorlisted nanti, interviewer dah tak tengok result SPM lagi sebab yang datang interview tu semua layak. Semasa interview dorang akan tengok cara berkomunikasi pulak. How good is your english (utk tajaan ke UK/USA) and your critical thinking. Dari situ dorang akan pilih student yang layak ambil YTP program samada IB atau A-Level.
“Kalau dah dapat program YTP ni konfem fly ke?”
Belum tentu.
Syarat fly untuk program IB adalah 35 point (out of 45). Itu syarat fly. Tetapi syarat untuk dapat tempat di universiti di sana pulak bergantung pada requirement uni tu sendiri.
Contohnya, Sheffield minimum nak 35 point. Birmingham minimum nak 38 point. Warwick minimum nak 39 point. Edinburgh rasanya 40 point. Cambridge lagi tinggi requirement. YTP-MARA hanya hantar studentnya ke top 50 universiti. Batch Redza dulu lebih kurang 60 students tak berjaya fly, kena sambung dalam negara. Padahal semua ni dulu top scorer SPM.
Tu pasal aku kata BELUM TENTU. Sebab syarat apply program lain requirementnya, syarat lepas fly lain requirementnya, syarat masuk program/uni lain requirementnya.
Apa yang aku nak cakap kat sini, JANGAN AIM SATU PROGRAM SAJA. Apply semua selagi meet requirement.
Zaman Redza dulu 9000 orang straight A. Itupun competition dah tinggi. Tahun ni 13,000 oiii! Competition lagi tinggi. Nak pulak sekarang dah start pakai sistem kuota, kan? Lagilah competition. So jangan hadkan application hanya kerana kita rasa result kita bagus.
Dulu Redza apply semua. Asasi, Matrik, Form 6. Khazanah. Semua. Sebab bukan anak kita je apply, ramai. Semua pun result bagus-bagus. Ingatkan lepas dapat result legalah. Rupanya kena berdepan satu lagi perjuangan iaitu compete tempat nak belajar.
Salah sorang follower yang anaknya straight A+ kata dia takut kalau anaknya tak dapat gi overseas, anaknya akan kecewa sebab dah berhempas-pulas belajar tapi tak dapat offer untuk fly.
Ya, aku faham. Faham sangat perasaan tu. Siapa tak kecewa belajar macam nak rak, result cream tapi tak dapat offer overseas. Dulu masa Redza, kitorang terfikir benda yang sama. En Wan kata takpe, kita layankan je dulu debaran menunggu result YTP. Bagi Redza rasa dan lalui semua proses ni supaya dia tahu this competition is real. Bukan dia sorang je bagus. Ramai.
Kitorang simpan plan senyap-senyap, kalau Redza tak lepas YTP, kitorang akan tetap hantar dia ke overseas pakai duit sendiri. Kesian pulak dah bertungkus-lumus usaha tapi tak dapat.
Pertama sekali, kita kena clear satu benda iaitu dapat straight As dalam SPM memang achievement yang besar. Tapi di zaman sekarang yang budak pandai dah melambak-lambak, 13,000 dapat straight A, itu sendiri signal yang jelas bahawa kau bukan dalam kategori rare. Kau dalam kategori “ramai”.
Ini bukan nak merendahkan, tapi nak bagi faham realiti. Sistem pendidikan kita memang produce ramai student cream. Tapi bila masuk level seterusnya especially semasa interview, semua yang apply pun ada banyak A. Jadi kita perlu ada selain A. Because nak dapat scholarship, A cuma baseline.
Kalau anak risau dengan saingan yang ramai, I think that’s actually a good wake-up call. At least dia realizes bukan dia sorang in that league. Dari sini dia akan start pikir strategi. Strategi tu la nanti yang interviewer nak tengok.
Now aku nak cakap pasal biasiswa. Tadi aku ada baca someone merentan dengan B40. Tak tahulah dia tuju kat siapa, maybe orang yang dia kenal kot. Dia cakap “Dah tahu diri tu B40 janganlah nak berangan hantar anak ke overseas. Kau ingat duit scholar tu cukup ke untuk anak kau kat sana kalau kau tak hantar duit?”
Pedas.
Aku as mak yang ada anak belajar luar negara, somehow aku bersetuju. Duit scholar yang dibagi tu sebenarnya tak mewah mana pun. Ye lah nama pun duit rakyat, mana boleh dibagi sesuka hati tanpa betul-betul calculate perbelanjaan kat sana.
Kalau nak harap duit biasiswa semata memang tak cukup. Itu hanya cukup-cukup untuk pengajian dan sara hidup. Kalau nak selesa, perlukan extra. Sewa bilik yang murah kat sana bukan takde. Ada, tapi tak convenient sikitlah. Nak kerja sambilan, boleh. Kena berpenat-penat sikitlah.
Ramai orang ada satu persepsi yang kalau dapat tajaan, semua ditanggung. Hakikatnya tak sestraightforward tu.
Biasiswa ni ada banyak jenis. Ada yang full sponsorship - yuran, elaun sara hidup, tiket flight, semua cover. Tapi tajaan full macam ni sangat limited dan sangat kompetitif.
Then ada biasiswa separa. Dia maybe cover yuran saja, tapi kos hidup kena tanggung sendiri. Atau dia bagi elaun, tapi tak cukup untuk cover semua perbelanjaan, especially kalau kau pergi negara yang kos hidup tinggi macam UK and US.
Ramai student overseas sebenarnya masih perlu support kewangan tambahan. Samada dari parents, part-time job, atau pinjam. Ramai student yang pergi dengan biasiswa, tapi struggle sebab kos hidup underestimate. Semua ingat elaun cukup, tapi bila sampai sana sewa rumah, makan, transport semuanya mahal dari jangkaan.
Ada sorang living proof dalam rumah aku ni. En Wan dulu under JPA. Dia kata kalau nak sewa bilik biasa-biasa, dan naik basikal gi kolej, dan makan simple-simple - cukup je scholarship tu. Tapi nak bilik yang selesa, yang ada privacy, yang bilik air dan dapur tak berkongsi, maka kenalah cari duit lebih.
Awal-awal kat sana dia gi kolej naik basikal. Siap ada bakul kat depan 😆. Tapi lepas tu dia beli kereta. Alasannya, jauh nak berulang, letih berkayuh dan tak convenient.
Ada je kawan-kawan En Wan yang hidup 100% dengan scholarship tapi lifetsyle ala kadar je lah. Ceritanya kat sini, ikut masing-masing punya keselesaan. Ada yang selesa ala kadar. Ada yang cannot.
So kalau kau tanya “perlu tak keluar duit sendiri?”, kemungkinan besar, YES. Walaupun dapat tajaan, ada kebarangkalian perlu keluarkan duit sendiri untuk anak. Ini realiti.
Setiap bulan aku hantar duit ke Redza. Saja je nak tolong support dia kat sana. Dahlah jauh dari keluarga, taknaklah sampai struggle sangat. Walau dapat tajaan, duit tu untuk belajar. Sedangkan dia masih bawah tanggungan kitorang, jadi masukkan juga duit sikit. Taknaklah lepas tangan gitu je mentang-mentang ada tajaan.
Aku faham bila dapat straight As, kita rasa layak dapat tajaan as if itu hak kita. Tapi sebenarnya, tajaan bukan hak tetapi peluang. Bersaing dengan 13,000 pelajar, peluang tu masih ada insyallah. Apply je semua yang layak. Jangan pilih-pilih at this stage sebab saingan ramai.
Jangan ada mindset “Anak aku dapat straight As, confirm dapat biasiswa”. Kalau ada mindset ni, besar harapan kau akan frust.
Aspek kemampuan keluarga is a bit sensitif untuk aku elaborate kat sini sebenarnya. Sebab tak semua orang mampu tanggung kos tambahan kalau duit tajaan tak cukup.
Tapi kat sini kita kena be realistik. Sebelum fokus nak ke overseas, kena pikir “What if duit tajaan tak cukup, kita mampu tak cover baki? Kalau tak, apa plan B?”
Belanja hantar anak ke overseas ni besar sebenarnya. Orang ingat duit tajaan cover semua. Tak, sebenarnya.
Untuk visa sahaja kurang-kurang kena sedia RM20K.
Duit deposit accomodation anak kat sana kena bayar pakai duit sendiri dulu.
Duit flight pergi memang ditanggung, tapi kau sanggup anak duduk sana 3 tahun tak balik-balik? I is kenottttt ðŸ˜. Maka duit flight anak kena sediakan juga.
Kat sana anak kita berkawan. Kawan-kawan kadang ajak jalan-jalan masa cuti. Takkan dia tak nak join. Kesian pulak. Jadi aku masukkanlah duit. Redza tak pernah mintak sebab aku tahu duit dia banyak. Dia jenis suka menyimpan. Tapi tetaplah juga kitorang masukkan duit sikit buat tambah-tambah.
So this decision is not just about whether you can get a scholarship or not. It’s about life strategy.
Kalau sanggup ambil risiko, sanggup struggle, dan ada backup plan, go ahead. Tapi kalau kau apply dengan harapan semua akan smooth sebab kau pandai, itu bahaya.
Bila dapat straight As, automatically expectation orang sekeliling tinggi. Family especially. Semua expect dapat yang the best, ideally overseas. Kadang-kadang, keputusan nak ke overseas datang dari tekanan expectation ni.
Bila tuan badan sendiri tak clear kenapa nak pergi overseas, you will struggle to stay steady bila berdepan dengan real-world challenges - competition, masalah duit dan new culture.
Sebenarnya straight As ni permulaan kepada cabaran yang lebih besar. Redza dulu masa kat KMB roommate pertama dia student Tganu, 13A. Redza kan environment MRSM IGCSE. Subjek 9 je. Bila roommate 13A terus dia rasa down. Tapi aku cakap kat dia kat KMB takde dah bersaing siapa dapat nombor 1 atau 2. Ini bersaing nak lepaskan syarat fly je. So you are in your lane, takyah kisahkan orang.
Tapi akhirnya roommate dia quit selepas 2 bulan. Cannot carry program IB. Dia ambil offer ke UTP. Tak salah aku around 10-15 orang juga batch dia yang quit awal-awal dulu.
Bagi aku ke mana pun anak kita dapat selepas ni, dalam atau luar negara, benda yang paling kena prepare adalah MENTAL. Rasanya kita semua pun pernah lalui cukture shock ni, kan?
Aku masa awal-awal kat uni, blur habis masa dalam lecture hall. Sebab kita dah biasa dengan gaya ajar cikgu, dapat kat pensyarah, terus jem. Notes kena cari sendiri, buku rujukan kena cari sendiri, assignment and exam on the same day. Rasa ini paling penting kena prepare. Mental.