2026-04-21

GreenAard: Takde jaminan kolagen dalam suplemen akan pergi ke kulit.


Sebab ada orang tanya, maka aku listkan sini:

Aku pakai skincare CLINIQUE. Dia punya serum, dark spot corrector, moisturiser, hydrator, eye cream and sunscreen. Aku dengan Clinique dari sebelum ada Rayyan. Maknanya dah lebih 16 tahun. Dari zaman makan gaji dulu lagi.

Pencuci muka CLEANSING GEL GREENAARD. Makeup remover pakai MAKEUP REMOVER GREENAARD. Suplement aku ambil Nutrijuice, Maaltyd, Gloei, Magnesium and Olive Oil. Gloei aku ambil dari sejak released tahun 2018. Lapan tahun dah aku mencekik Gloei. Nutrijce lagilah lama, dah nak 10 tahun.

Compact powder, eyeliner, blusher, foundation, face mist, semua MAYBELLINE. Foundation and face mist jarang pakai kecuali kalau pakai eyeshadow which is jaranglah. Kalau benda ni boleh basi, dah lama basi.

Dia sebenarnya, paling penting bukan skincare brand atau suplemen brand, tapi konsisten atau tak. Pakai apa pun jangan sekejap-sekejap. Kalau skincare tu serasi dengan kulit, tak menjahanamkan kulit kau, tak payahlah tukar. Kalau suplemen tu bagi kesan positive, stay.

Sebab kulit kita ada skin turnover around 28-40 hari. Kau bertukar-tukar skincare kejap itu kejap ini, TAKKAN bagi hasil overnight. Bila asyik tukar produk, kulit tak sempat adapt. Jadi hasil jadi tak konsisten, in fact boleh jadi lebih teruk. Lagipun bila kerapa sangat bertukar skincare, ada risiko skin barrier rosak. Sebab every produk ada bahan aktif berbeza. Kalau tukar-tukar, kulit jadi confused and stressed. Tu pasal kulit senang naik jerawat.

Jadi kalau orang tu kulit nampak ok, badan nampak sihat, itu bukannya hasil pakai produk 1-2 bulan. Itu konsistensi yang bertahun-tahun. Samalah macam suplemen. Badan perlukan masa untuk absorb nutrition, perlu masa untuk adjust hormon dan sistem dalaman. Usually ambil masa weeks ke months, bukan hari. Kalau kejap makan, kejap berhenti progress jadi lambat. Kau akan jadi susah nak tahu apa yang sebenarnya berkesan kat badan.

Kalau sembang pasal skincare, satu benda yang selalu jadi argument is KOLAGEN. Semua orang nak kulit cantik. Bila nampak perkataan kolagen, terus rasa macam “This is the answer”.

Ok, aku nak start dengan benda paling basic, iaitu skincare.

Ramai orang pakai krim yang claim ada kolagen. Marketingnya macam bagus. Sapu je, terus kulit dapat kolagen yang terserap masuk dalam kulit katanya.

The thing is, kulit kita bukan sponge. Struktur kulit kita ada lapisan yang sangat selektif. Molekul besar macam kolagen TAK BOLEH tembus masuk ke dalam kulit gitu-gitu je. Kolagen tu sendiri adalah protein yang besar. Bila disapu pada kulit, benda tu stay kat surface kulit saja.

So apa sebenarnya fungsi krim berkolagen tu? Ada fungsi ke tak?

Ada. Tapi lebih kepada bagi temporary hydration dan bagi ilusi kulit nampak smooth, tapi TAK menambah kolagen baru dari dalam. Maksudnya hanya luaran (surface-level effect). Bila disapu, dia buat kulit nampak smooth and plump secara SEMENTARA. Sebab tu ramai rasa kulit lebih cantik lepas pakai. Sebenarnya itu kesan hydration dan lapisan pelindung pada kulit, bukan sebab kolagen dalam kulit bertambah.

Berbeza dengan krim, Gloei tak letak kolagen dari luar. No kolagen haiwan. Takde kolagen pun dalam tu. Gloei ni kita released tahun 2017-2018. Tahun ni suplemen berkolagen masih hot dalam market. Rata-rata suplemen, kopi, krim - semua ada kolagen. Tapi GreenAard melawan arus. Kita buat suplemen tanpa kolagen, tapi boleh merangsang kolagen badan sendiri untuk bertambah.

Bukanlah kata Gloei ni hebat sangat, tapi Gloei ni aku boleh kata konsepnya masuk akal.

"Gloei boleh merangsang badan untuk hasilkan kolagen sendiri" - this is not just a marketing line. Memang Gloei hanya guna ekstrak tumbuhan. Dalam Gloei antaranya ada asid askorbik. Ini untuk sintesis kolagen. Pastu ada ekstrak soya. Ini produce kolagen & elastin. Pastu ada lycopene. Ini protect kolagen dari rosak. Maknanya, Gloei bukan beri kolagen. Dia bagi tools supaya badan buat kolagen sendiri. And that just makes a lot more sense.

Ramai ingat kalau makan anything yang berkolagen, lagi cepat bertambah kolagen dalam badan. Hakikatnya, bila kita makan kolagen (contoh marine collagen), badan kita tak simpan kolagen tu bulat-bulat. Apa yang berlaku, marine collagen tu akan dipecahkan jadi asid amino. Asid amino tu akan digunakan ikut keperluan badan, bukan terus pergi ke kulit.

Maksudnya, takde jaminan kolagen dalam suplemen tu akan pergi kulit. Badan mungkin guna untuk organ lain dulu, atau maybe untuk tenaga. Jadi sebenarnya menambah kolagen haiwan sebenarnya no point juga, sebab badan tetap kena proses semula.

"So kalau ambil Gloei, dia akan terus ke kulit dulu ke?"

Tak semestinya. Sebab badan kita sentiasa utamakan fungsi penting dulu macam organ dalaman, sistem imun and repair tisu penting. Kulit selalunya bukan prioriti pertama. Tapi bezanya kat sini, bila badan ada cukup bahan binaan, barulah badan ada kapasiti lebih untuk improve kulit. 

Secara ringkasnya, bila makan kolagen, badan akan pecah-pecahkan, tapi belum tentu guna untuk kulit. Gloei pula gunaka konsep plant-based approach yang bantu badan hasilkan kolagen sendiri. That makes a lot more sense because you are working with your body, not trying to bypass it.

Actually beza paling besar bukan pada bahan-bahan yang diguna tapi konsep. Kolagen haiwan dia supply kolagen dari luar tapi samada dia sampai ke kulit atau tak bergantung pada digestion dan penyerapan. Gloei pulak aktifkan sistem badan sendiri dan guna bahan-bahan untuk sintesiskan kolagen. Yang ni lebih biologically aligned.

Plus, Gloei uses plant-based ingredients. Macam chamomile dia bantu healing kulit. Saffron dia act as anti-aging dan cerahkan kulit. Pastu Bromelain helps turnover sel kulit. So Gloei bukan fokus tambah kolagen semata-mata, but the overall skin ecosystem.

Now aku nak explain part yang paling penting, iaitu prosesnya.

Bila korang ambik Gloei, yang pertama sekali diserap dalam usus is vitamin C, flavonoid, dan antioksidan. Then, bahan-bahan ni akan start stimulate fibroblast (sel yang hasilkan kolagen). At the same time, antioksidan akan lawan radikal bebas and kurangkan kerosakan kulit. Semua ni takkan buat instant glow, tapi korang akan start nampak kulit jadi lebih lembap and slowly jadi tegang.

Kenapa kesan tak instant?

Hat ni ramai yang salah faham sebab dah dimomokkan dengan marketing pikap line "kemam-kemam terus glowing". Tengkorak dia.

Kolagen ni bukan macam foundation, ya. Sapu-sapu terus hilang parut and wrinkles. Kolagen ni sejenis protein struktur. Badan perlukan masa nak produce new collagen. Perlu masa nak susun semula struktur kulit and repair sel-sel rosak. That's why kita bagitau siap-siap Gloei punya kesan optimum biasanya nampak dalam 6-10 minggu.

This is actually NORMAL. Kalau sesuatu produk bagi kesan terlampau cepat, selalunya bukan sebab produk tu bagus, tapi sebab ada benda lain yang tak sepatutnya kat dalam tu.

"Bila waktu terbaik ambil Gloei?"

Bila-bila masa. Tak kira sebelum atau selepas makan. Tak kisah pagi ke petang. Tapi kalau nak ikut logik fisiologi badan, konsistensi lebih penting daripada timing.

Why?

Sebab sintesis kolagen adalah proses berterusan. Bukan macam makan ubat yang ada peak effect. Jadi, ambillah Gloei everyday, jangan skip. Biar badan build up slowly.

Itulah cara paling efektif.

However, kalau makan Gloei tapi dalam masa yang sama tidur tak cukup, makan berterabur, always stress and tak jaga basic skincare, please jangan expect miracle. Sebab kolagen production dipengaruhi oleh lifestyle too. Gloei hanya bantu optimize, bukan replace.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.