2026-04-19

GreenAard: Kau tak boleh ambil Maaltyd celum-celum pastu expect miracle berlaku.


Ramai yang baru beli Maaltyd masa Ramadan Special yang lepas. Aku baru tengok senarai puchase Maaltyd, berderet new user. Bukan new user Maaltyd, tapi new user GreenAard, yang produk pertama dorang adalah Maaltyd. Lama rupanya korang observe GreenAard ni sampai released produk ke-10 baru beli eh? Tima kasih 😄.

Memandangkan ramai pengguna baru Maaltyd, aku harap yang membeli ni rajin membaca juga. Sebab aku nak explain panjang pasal Maaltyd supaya korang senang faham and tahu macamana nak gunakan Maaltyd dengan lebih baik.

“Ini sebenarnya apa?”
“Kenapa ramai kata kenyang lama?”
“Ini produk kurus ke?”
“Bila nak makan?”
“Macam mana dia berfungsi dalam badan?”


Baik. Semua soalan ni valid. Tapi aku nak bagitau kau tak boleh ambil Maaltyd celum-celum pastu expect miracle berlaku.

Maaltyd BUKAN magic produk. Dan yang pasti Maaltyd BUKAN weight loss product. Dia takkan bagi kau kurus directly. Dia adalah meal replacement, maksudnya pengganti makanan.

Maknanya, bila ambil Maaltyd, kita menggantikan satu meal (contohnya breakfast atau dinner) dengan something yang lebih terkawal dari segi kalori.

Dalam Maaltyd bukan sekadar ada fiber semata-mata. Dalam satu sachet tu ada kombo protein, karbohidrat, fiber, vitamin dan mineral, dan semuanya dalam jumlah yang dikawal. Lebih kurang 55 kalori je satu sachet, tapi insyallah boleh bertahan lama.

Idoklah kata bertahan sampai sehari tak makan. Setakat nak bertahan skip satu meal tu boleh sangatlah. Kalau kau skip breakfast dan gantikan dengan Maaltyd, paling tak boleh bertahan sampai 1 pm. Maknanya, breakfast kau dah skip nasi lemak yang 600 kalori tu. Kalau boleh bertahan lebih lama lagi bagus. Aku kalau ambil Maaltyd pagi selalunya 3 pm baru berasa lapar. Kalau nak ganti puasa sekarang, aku suggest ambil Maaltyd.

Konsep Maaltyd bukan “tahan lapar”, tapi “mengurangkan rasa lapar”. Bukannya tak lapar-lapar lansung. Faham?

Benda ni aku kena make clear. Bukan apa. Dulu pernah kitorang dapat feedback. Dia kata ambil Maaltyd pagi kenapa pukul 1 pm dah rasa lapar. Maybe dia ingat Maaltyd ni bagi takde rasa lapar lansung kot.

Not like that, ya. Maaltyd ni namanya MEAL REPLACEMENT. Meal apa yang kau nak skip, gantikan dengan Maaltyd. Kalau nak skip breakfast, makanlah Maaltyd. Nanti lunch makanlah nasi pulak. Tapi kalau boleh bertahan sampai 3pm macam aku, lagi baik. Sebab lagi lama badan kau rendah kalori, lagi banyak glycogen digunakan sebagai tenaga. Lama-lama lemak kau berkurangan dengan sendirinya. Tak perlu dipaksa-paksa.

Ok now aku nak masuk part yang ramai salah faham. Iaitu, Maaltyd produk untuk kurus.

BUKAN!
BUKAN!
BUKAN!

Maaltyd tak menurunkan berat badan directly. Sebab dia tak bakar lemak, tapi dia help create keadaan yang memudahkan weight loss tu berlaku.

Weight loss ni sebenarnya simple je dari segi konsep. Kalori keluar mesti lebih banyak daripada kalori masuk. The problem is, in real life benda ni susah nak control. Kita mudah berasa nak makan sebab environment kita semua makanan. Kiri kanan ada makanan. Maka mudah nak craving. End up kita makan lebih dari yang kita plan.

This is where Maaltyd comes in.

Bila replace satu meal dengan Maaltyd, you automatically reduce kalori harian. Sebab satu sachet Maaltyd sangat rendah kalori (less than 60 kalori) berbanding makanan biasa.

At the same time, Maaltyd helps you rasa kenyang lebih lama. So you eat less, snack less, and are less likely to go overboard. So technically, Maaltyd bukan weight loss product tapi tool yang membantu weight loss jadi lebih senang and sustainable.

Part tu boleh faham, kan? Ok now kita masuk part paling interesting. Macam mana Maaltyd ni sebenarnya bertindak dalam badan?

This is not just about feeling full. Ada mekanisme yang berlaku dalam badan once Maaltyd masuk ke perut.

Bila minum Maaltyd, ada beberapa benda berlaku serentak. Pertama, dari segi komposisi. Dalam tu ada protein, fiber and karbohidrat. Semua ni akan dicerna dengan perlahan.

Kenapa dicerna perlahan?

Sebab gabungan protein dan fiber akan slows down proses penghadaman dan penyerapan makanan dalam badan. Glukosa tak terus release sekaligus, tapi dilepaskan secara berperingkat dalam darah. Jadi, gila darah tak spike. Bila gula darah tak naik mendadak, inilah yang membagi rasa kenyang lebih lama, dan buat energy lebih stabil sepanjang hari.

Gula darah ni penting untuk kita kontrol. Sebab bila gula darah naik mendadak (contoh lepas makan manis atau karbohidrat), badan akan keluarkan insulin yang banyak. Insulin yang banyak akan buatkan badan membentuk lemak. Lemak kat perut. Perut yang buncit adalah inducator banyak makan karbohidrat. Itu lama-lama jadi kencing manis. Jangan katalah perut kat buncit tapi kau masih sihat. Simptom belum keluar ke tu. Bendanya dah berakar kat dalam.

Bila kita banyak makan karbohidrat, gula darah spike, at the same time dia drop cepat. Time drop ni lah kau akan rasa lapar balik. Craving datang. Kau pun makan lagi. Perasan tak sometimes baru lepas makan, kau berasa nak makan lagi? Itu tanda blood sugar tinggi.

Cycle ni akan berulang. Spike, drop, lapar balik, makan lagi. Kalau cycle ni berulang everyday, badan akan sentiasa berada dalam keadaan “mintak makanan”. Bukan sebab kau betul-betul lapar, tapi sebab gula darah kau tak stabil.

Maaltyd break this cycle. Fiber yang kita guna dalam Maaltyd slowkan penyerapan gula ke dalam darah. Jadi gula tak spike, insulin tak melambung and badan tak simpan lemak secara berlebihan.

That’s one.

Kedua, hormon kenyang.

Dalam badan kita ada hormon yang control lapar dan kenyang. Protein dan fiber dalam Maaltyd akan buat proses penghadaman jadi lebih perlahan. Bila makanan bergerak perlahan dalam perut dan usus, badan akan mula keluarkan hormon kenyang.

Maknanya, Maaltyd helps stimulate these hormones supaya otak receive signal “Ok, aku dah kenyang.”

Ini antara sebab kenapa customer kata Maaltyd buatkan dia rasa kenyang. This is not magic. This is science. Ini cara hormon bekerja.

Ketiga, fiber effect.

Dalam Maaltyd ada psyllium husk dan flaxseed yang mengembang membentuk gel bila masuk dalam perut. Once fiber ni sampai ke perut dan menjadi gel, bermakna some pf the ruang perut dah terisi dengan gel. Ini yang buatkan perut rasa penuh lebih lama, maka kuranglah rasa nak makan.

Plus, fiber-fiber ni bantu pergerakan usus (yes, senang buang air besar). So kalau ada issue sembelit, try ambil Maaltyd.

Keempat, kawal selera makan.

White kidney bean dalam Maaltyd helps reduce karbohidrat absorption. Maknanya tak semua karbohidrat yang kau makan akan diserap sepenuhnya. Bila tak diserap sepenuhnya, gula darah jadi lebih terkawal. Bila gula tak spike, rasa lapar jadi lebih stabil. Ini semua indirectly bantu kau makan less without rasa terseksa.

Now aku nak cakap pasal real expectation. Ini penting sebab ramai yang ada high expectation bila ambil supplement. Selalunya orang expect beli 1 pek dah boleh nampak kesan.

Kalau kita fikir logik, badan kita bukan boleh berubah overnight. Berat badan yang naik tu pun tak jadi dalam sehari. Lemak tak terkumpul dalam seminggu. Semua tu hasil daripada habit makan and lifestyle yang BERULANG-ULANG over time.

So, perubahan pun akan ikut logik yang sama. Maaltyd adalah tool yang bantu ubah that pattern - cara kau makan, cara kau rasa lapar, cara kau control portion. Bila pattern tu berubah secara konsisten, barulah badan ikut berubah.

Kalau minum 1 pouch terus nak tengok perut kempis, memang tak masuk akallah. Tapi kalau gunakan secara konsisten, replace meal dengan Maaltyd secara disiplin and bagi badan masa untuk adapt, itu baru logik nak nampak hasil.

Senang cerita gini. You are not fixing one meal. You are retraining your body. Maaltyd ni mengajar badan kau ubah habit dan pattern lama. Awal-awal tu maybe kau rasa struggle, tapi just be konsisten. Kekalkan disiplin. Kau akan nampak hasilnya.

Hari tu masa Maaltyd ter-stop kejap production, staff aku sampai kena marah dengan customer “Saya tak boleh putus Maaltyd ni. Saya nak kena ambil jugak”

Sebab this customer nak kekalkan habit. Kekalkan habit penting. Sebab nak biasakan badan dengan apa yang kita dah mulakan. Sebab badan kita ni belajar melalui konsistensi, bukan tindakan sekali-sekala. Apa yang kita ulang everyday, itulah yang jadi normal untuk badan.

Bila you konsisten ambil Maaltyd, badan dah mula adapt dengan pattern baru. Dia dah lock waktu makan tertentu dan rasa kenyang yang stabil.

So bila tiba-tiba stop, badan akan “terkejut” sikit. Sebab routine tu dah berubah. Signal lapar boleh jadi tak menentu balik, craving maybe senang datang semula dan kau akan rasa macam susah nak control makan macam sebelum ni. Sebab tu habit penting.

Benda macam ni memang ambil masa tapi itu yang buat sustainable.

So apa yang kau boleh expect lepas ambil Maaltyd?

Hari 1-3 kau akan notis kau boleh tak makan satu meal dengan tak rasa lapar. Contohnya kalau dulu breakfast memang kena makan. But lepas ambil Maaltyd, perut kau rupanya can tahan sampai lunch. Tapi keinginan nak makan maybe ada. Ini biasa.

Hari keempat kau akan start perasan dah kurang craving. Dah kurang rasa nak makan pagi. Tak terfikir nak makan breakfast. Tak rasa nak munching.

Lepas seminggu kau akan realised portion makan naturally jadi kecik sebab kau memang tak lapar sangat.

Lepas beberapa minggu, kalau konsisten replace meal dengan Maaltyd, barulah nampak perubahan pada berat atau body.

But again, this is NOT miracle. Kalau ambil Maaltyd, tapi lepas tu makan macam biasa (atau lebih teruk), nothing berubah.

So now part yang selalu orang tanya, “Bila waktu terbaik nak ambil Maaltyd?”

Jawapannya, bergantung pada lifestyle.

Tapi dari segi logic badan, ada beberapa timing yang paling effective.

Kalau ambil waktu pagi (skip breakfast), this is one of the best timings.

Why?

Sebab pagi biasanya kita makan makanan tinggi karbohidrat macam nasi lemak, roti, roti canai, mee goreng mamak. Ini semua buatkan gula darah spike awal pagi.

Bila kau replace breakfast dengan Maaltyd, gula darah lebih stabil sepanjang hari dan kurang craving tengah hari. Energy lebih consistent. This can help you manage your eating throughout the entire day, not just one meal.

Kalau ambil sebelum makan heavy, this is a trick ramai orang guna. Minum Maaltyd dulu, then baru makan nasi.

Boleh ke macam ni?

Boleh juga. Sebab bila perut dah ada “base”, kau akan makan kurang. Cara ni sesuai kalau kau jenis susah nak control portion atau selalu makan banyak. Ni time banyak open house, bolehlah guna cara ni.

“Kalau nak ambil malam boleh ke Kak Di?”

Boleh. Malah, ini paling impactful untuk weight loss. Sebab dinnner biasanya meal paling dangerous. Waktu ni kita makan heavy, lepas tu tidur.

Kalau replace dinner dengan Maaltyd, kalori harian drop BANYAK! Badan kau simpan banyak lemak waktu malam. Sistem penghadaman lebih ringan dan boleh rileks.

Jadi sebenarnya, waktu terbaik depends on your goal. Nak control craving, ambil pagi (skip breakfast). Nak control portion, ambil sebelum makan. Nak cepat nampak perubahan, ambil malam (skip dinner).

Siapa sesuai ambil Maaltyd?

SEMUA BOLEH. Tak semestinya kau gemuk atau kurus. Sebab Maaltyd bukan produk untuk kurus tetapi meal replacement. Pesakit kencing manis yang kena kontrol makan and berat badan pun boleh guna sebab dalam ni low karbohidrat dan takde added sugar. Yang ada high blood pressure pun boleh. Tapi pesakit buah pinggang, NO.

Maaltyd bukan shortcut untuk kurus, ingat tu. Tetapi ALTERNATIVE. Dia bantu kau makan dengan lebih teratur dan lebih terkawal. Dia stabilkan gula darah. Dia control selera makan. Dia bagi rasa kenyang lebih lama. Semua ni bila digabungkan akan memudahkan weight loss journey.

Maaltyd dah ada stok. Belum ada kenaikan harga. Tapi Maaltyd yang sekarang lebih banyak. Dulu 10 gram, now 15 gram. Supaya kenyang lebih lama.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI
Atau boleh ke website GreenAard