2026-03-08

You may not understand the dots while you are inside them.



Video Financial Faiz atas ni, mengimbau pulak zaman-zaman start bisnes. Betul kata dia, zaman susah tu sebenarnya mengajar kita jadi resilience. Zaman susahlah kita banyak belajar. Kalau takde susah, banyak benda kita tak tahu. 

Bak kata kawan aku "Duit kalau banyak memang senang nak manage banyak benda. Tapi kalau kita boleh manage banyak benda dalam keadaan duit tak banyak, itu baru power"

Aku can relate apa Financial Faiz cerita. 

Awal-awal start bisnes (biotech lab supplies), modal aku cuma RM20K. Partner aku letak modal juga. Dengan duit tu la kitorang bayar deposit sewa ofis, beli perabot and keperluan yang PERLU saja and bawak masuk stok kit yang gerenti boleh jual. 

Takyah nak gempak sangat ofis tu. Beli kerusi meja kat kedai second hand. Janji ada meja nak buat kerja. Dapatlah 2 set. Sorang satu meja.

Mesin fotostat sewa RM80/bulan. Ini penting sebab banyak benda nak copy time buat sebutharga and tender. 

Pastu mesin fax. Penting untuk beli. Dulu Purchase Order semua masuk pakai fax.

Lemari nak letak folder and document penting pun kena beli. Beli yang second hand.

Ofis punyalah besar, tapi ruang kerja cinonet kat depan. Pernah brader Pos Laju datang collect barang, dia tanya "Ni ofis ke surau?" Hamlau betul. Kahkahkah.

Dengan modal tak sampai RM50K, tak banyak. Lepas beli perabot, deposit itu dan ini, and sedikit stok produk, yang tinggal entah berapa je. Itulah duit nak claim mileage, duit nak fotostet tender and sebutharga, duit gebebak gedebuk. Jadi, takde honeymoon phase. Hari ni start daftar perniagaan, esok terus start kerja. Hari-hari keluar merayap jumpa customer dengan tak tahu samada ada sale ke tak hujung bulan. Tapi, tetap buat. Tetap bangun pagi bersiap pi kerja.

Nak cerita pasal motivasi memang takde motivasi dah masa ni. Yang ada cuma disiplin. Walau takde motivasi, tetap disiplin masuk ofis, cari new lead, buat appointment, keluar jumpa customer. Everyday buat benda yang sama. Repeat. 

Masa ni baru aku realized, menjadi businessman tu bukan untuk semua orang. Dulu aku ingat kejar sales target dah cukup payah. Rupanya run business lagi payah. At least jadi sales, busuk-busuk pun hujung bulan dapat gak gaji basic. Berbisnes, bayang apa pun tak nampak. Tak tahu boleh ambil gaji ke tak.

Bulan pertama ambil gaji RM1500 je. Imagine sebelum ni every month gaji aku more than RM10K (plus komisyen), komitmen pun dah 10K punya lifestyle, tetiba drop ke RM1500. Nangis. Duit gaji lepas bayar kereta aveo je. Selebihnya kemut untuk perbelanjaan gi kerja. Masa ni claim apa semua takleh ambik lagi.

Savings of cos ada. Tapi takkan nak guna savings untuk daily expenses. Itu pun aku dah keluarkan RM20K. Nak tak nak, kena hadap RM1500 sebulan bagi cukup. Nasib baiklah En Wan ada. Takde la rasa teruk sangat. Dia cover apa yang patut. Cuma masa tu takleh mewah-mewah sangatlah, sementara nak tunggu aku boleh bernafas lega. 

Dulu kitorang apa-apa pun share expenses. Bila part aku dah cut banyak, kesian juga dia kena cover banyak benda.

Sebenarnya, masa susahlah otak kita paling ligat bekerja. Macam-macam idea keluar. Masa pressure tinggi dan masa semua benda nampak macam mustahil nak jadi, waktu ni lah kita jadi kreatif. Sebab otak kita memang direka untuk survive dulu, selesa kendian. Bila dalam keadaan terdesak, otak masuk ke mode problem solving. Fokus jadi lagi tajam. Kita mula nampak opportunity yang sebelum ni kita tak perasan sebab terlalu selesa.

Ketika hidup smooth, kita jarang dipaksa berfikir luar kotak. Because terlalu banyak kemudahan membuatkan kita kurang urgency. Tapi bila option makin sikit, resource terhad, otak ligat cari jalan keluar. Comfort jarang buat kita upgrade diri. Pressure yang selalunya keluarkan potensi sebenar.

Contohnya, masa PKP dulu. Dalam keadaan jalan kena sekat, supplier banyak tutup, order pulak masuk banyak, berputar otak mikir camana nak settlekan order Pure Effective yang melambak-lambak ni. Dengan staff kena work alternate days. Dengan setiap bancuhan takleh lebih 10L sehari. Dengan kedai printing label tak bukak. Kereta aku tu dah macam lori mengangkut botol and ethanol. Chaos and mess! Tapi alhamdulillah, semua berjalan dengan baik walaupun huru-hara.

Online business dengan jual tudung pun satu cerita lagi. Awal-awal tu tak kalut sangat sebab tudung ambil yang ready dari China. Salah satu biotech kit aku dari China. Sales person tu tolong carikan tudung cantik-cantik kat sana. Shipkan sekali dengan kit-kit aku. Jimat shipping cost sebab consolidate shipment. 

Yang jadi huru-hara bila aku start produce own design. Masa ni chaos. Supplier kain dari negara lain, tailor dari negara lain dan aku tukang design datang dari negara lain. Berbekalkan pengalaman uruskan shipping handling kit-kit biotech, bolehlah settlekan segala documentation kat cargo sendiri. Nak jimat punya pasal, angkut sendiri la. Pernah 3 trip berulang dari kargo KLIA ke ofis sebab guni baju terlalu banyak. 

Dulu kain-kain beli dari China and Vietnam. Tailor kat Indonesia. Pastu dah pandai sikit, semua aku beli dari Indonesia. Siap hire 3 tailor park kat sana untuk jahit barang aku je. Ni semua benda yang tak pernah terfikir akan buat.

Tu yang berlonggok depan aku tu semua kain-kain yang dah siap pilih, tunggu nak angkut masuk lori hantar ke tempat tailor. Bila tengok balik gambar ni terfikir apa berani nau aku buat benda-benda ni dulu? 

Since Covid, dah stop cari kain. Terus sampai sekarang belum ada mood lagi nak produce baju banyak-banyak like dulu. Mmebayangkan hassle nak menguruskan semua ni pun aku dah macam tak sanggup. 

GreenAard pun something yang tak pernah plan pun. Aku enjoy buat biotech project, tak terfikir nak produce own product. Tiba-tiba je idea muncul masa buatkan projek customer kat universiti. And the rest was history.



Business is not easy sebenarnya. Cuma aku malas nak tunjuk part susah tu. Sebab susah tu is just part of the journey. Dah aku yang pilih untuk terus ada dalam bidang ni, takyahlah meratap bab susah tu. 

Kita takleh expect hari ni kita start promote, hari tu juga masuk sale banyak. Kalau semudah tu, semua orang dah kaya. Marketing ni bukan magik. Jam tu buat jam tu dapat. Marketing is a process. Sama macam offline business, online pun kena konsisten. Dulu hari-hari aku tetap keluar jumpa customer, hari-hari tetap buat appointment. Minimum 2 orang customer aku jumpa. Beli tak beli belakang cerita, janji konsisten dulu.

Same goes to online business. Kena buat hari-hari. Walau nampak macam takde lead, tetap BUAT. Sebab tu aku kata motivasi ada turun naik. Tengok takde sambutan, terus rasa malas. Tapi kalau ada disiplin, malas atau tak, tetap buat. Dalam pada kita konsisten buat tu kita akan belajar perbaiki salah. Maybe dari situ kita belajar testing harga. Tukar angle gambar. Adjust copywriting.

Sale yang konsisten datang daripada trust. Trust tak lahir dalam sehari. Customer tengok. Customer observe. Customer banding. Bila dah yakin, baru dia beli. Kadang kita ingat kita tak laku. Padahal audience tengah warming up. Dan dalam fasa tu lah mental kita kena kuat. Hasil tak nampak lagi, tapi usaha tetap jalan.

Business is a game of patience and consistency. Bukan siapa paling laju, tapi siapa paling bertahan. Sebab tu aku selalu percaya, focus pada value, bukan viral. Focus pada sistem, bukan hype. Focus pada customer experience. Hari ni promote, mungkin tak jadi apa. Esok pun mungkin sama. Tapi kalau kita stop sebab seminggu tak nampak hasil, memang takkan nampak hasil langsung pastu.

17 tahun in bisnes, aku belajar satu benda iaitu resilience is more important than excitement. Bisnes takde apa yang seronok sebenarnya. Dia sama je macam kerja lain. Hari ni bangun gi kerja, buat kerja, then balik. Esok sambung lagi. Takde apa yang nak ditayangkan. Kadang aku tak faham juga apa yang orang dok excited sangat bila ada bisnes sampai kena show off yang bukan-bukan.

Sebab realitinya, bisnes ni kerja rutin. Bukan everyday idea genius turun dari langit. Bukan every week ada profit mencanak. Mostly ulang benda sama. Improve sikit-sikit, betulkan sistem, jaga produk, jaga kualiti. Yang nampak glamor tu 5% je. Yang 95% lagi, disiplin and consistency. Sebab in the end, business is not about flexing. It’s about staying in the game.

Now after 25 years working, aku nampaklah kenapa perjalanan career aku tu bermula dengan research asistant (RA) di Kementerian Sains. Kena semak proposal biotech research. Rupanya aku akan kerja sales jual barang-barang biotek. Pendedahan awal tu memudahkan sikit kerja aku nak penetrate market sebab kenal big-big names.

Pastu kerja medical underwriter. I understand risk, structure, and assessment from the inside. Rupanya pengalaman tu buatkan aku boleh tolong En Wan and help his client now.

Pastu aku kena run new unit kat company Devil. Back then it felt stressful. Rupanya that was my probation period. Aku belajar manage new business sebelum run own company.

Pastu blogging. For years I wrote with zero expectation. Just sharing thoughts. Turns out, I was building something bigger iaitu trust and voice. This platform became the foundation of my online business.

Baru aku faham. None of it was random. Nothing was wasted. Every phase was preparation.

Kadang-kadang kita rasa apesal aku dapat kerja ni? Apesal susah benau nak dapat kerja yang best gaji besar macam orang lain? Padahal kita sedang dibentuk dengan kerjaya kita sekarang. You may not understand the dots while you are inside them. But when you look back, the pattern is clear. Everything happens for a reason. Eventually it makes sense.