2026-03-17

Peniaga bazar

Kemain lagi permintaannya. Berjujuk pulakkkk komen-komen dari orang yang merasa entitled kat bawah post orang ni. Ada yang kata "Jangan berkira dengan rezeki, kalau tak berkira, nanti customer tu datang lagi".

Kau ingat orang tu tengah agihkan makanan kat gelandangan ke hape?

Aku nak respon sikit kat orang-orang yang mintak peniaga (bazar) jangan berkira kalau tercedok lebih sikit daging, jangan dibuang balik. Kononnya takkan muflis pun setakat bagi lebih daging. Katanya peniaga yang “tak kisah” akan lebih dicari. 

Terus terang aku cakap, pandangan macam ni nampak macam "ya, betul jugak kata dia". But, NOPE! Pandangan macam tu sebenarnya tak adil kepada realiti sebenar PENIAGA KECIL. Ramai orang suka kalau peniaga bersedekah dan tak berkira bagi lauk lebih sikit. Rezeki akan berlimpah lagi. 

Itu cerita lain, ya. Sekarang ni kita cerita pasal LOGIK.

Satu benda yang sangat basic dalam ekonomi ialah, setiap gram barang yang dijual ada KOS-nya. Daging yang kita nampak macam "alah, sikit je bukannya luak" tu, entah berapa harga kosnya kita tak tahu. Itu semua beli dengan modal. Bukan dengan senyuman. Modal tu datang dari duit yang peniaga kecil ni kumpul, pinjam, atau guna dari savings. 

Bila kau cakap “Alah terlebih sikit je” - itu cuma perspektif kau as customer, bukan dari perspektif orang yang menanggung kos.

Aku pakai contoh peniaga yang jual lauk daging ni. Katakan dia dah kira betul-betul berapa gram daging, berapa gram nasi, berapa kos bahan, berapa kos sewa tapak, gas, minyak, bekas plastik, pekerja, dan juga kerugian makanan yang tak habis. Semua tu dah masuk dalam kiraan harga jual. Margin untung dia bukan besar pun. Kadang-kadang cuma beberapa ringgit je setiap portion.

Kalau setiap kali dia kena bagi je hat “tercedok lebih sikit” semata-mata tak nak nampak macam berkira, sikit demi sikit tu akan jadi banyak. Kalau satu cedok ada10 gram, dan sehari ada 200 customer, itu dah 2 kilogram yang keluar tanpa bayaran. Tu kalau kalau dapat 200 customer lah. Kalau dapat 12 customer je? 

2 kg tu bukan kecik. Kalau harga daging RM35 sekilo, itu dah RM70 kos tambahan sehari. Dalam sebulan berniaga, tak ke ribu modal habis gitu je?

Orang yang menulis statement ni maybe ingat peniaga bazar untung besar. Dia lupa meniaga bazar ni bermusim. Ramadan cuma 30 hari. Dalam tempoh 30 hari nilah peniaga nak cuba kumpul untung sikit. Kos tapak pun bukan murah. Ada tempat caj beratus. Ada caj beribu. 

Kalau kau tanya "Rugi besar ke bagi sedekah lauk berlebih tu?"

Yes, maybe. Sebab untuk peniaga kecil, small repeated losses can eventually become a big problem, sebab ekonomi small business sangat sensitif kepada margin. Dulu ada sorang blogger tanya aku macamana aku boleh jual GreenAard siap bagi free gift. Hujung tahun YES ada gift. Raya bagi gift. Dah bagi diskaun, bagi gift lagi. This blogger dulu pernah ada bisnes juga.

Aku cakap kat dia, free gift tu bukan something yang kita buat setiap masa. Kita buat pada waktu tertentu je. Itu pun kita dah kira siap-siap dalam costing dan marketing budget. Another reason lagi mungkin juga sebab produk bergerak laju. Bila volume terjual tinggi, kita ada ruang untuk buat promotion berserta free gift.

Peniaga bazar ramadan, produknya tak bergerak laju. Sebab jualan dorang sangat bergantung pada masa yang pendek. Dalam beberapa jam dorang kena habiskan stok untuk hari itu. Kalau jualan tak habis, makanan tu tak boleh simpan lama. Jadi risikonya lebih tinggi. That's why setiap bahan, setiap portion, semuanya kena kira dengan teliti. Bukan suka-suka tekak kau mintak peniaga berlebih kurang. That’s why in businesses like this, every gram really matters.

Dalam small business setiap sen kena ada sebab. Kalau nak bagi sesuatu kepada customer, kita kena tahu dari mana kos tu datang. Samada kita allocate dari marketing budget, atau plan sebagai seasonal promotion. Kalau peniaga main bagi je free gift atau lauk extra, lama-lama the margin will end up eating the business itself. Customer tak nampak semua tu. Dorang asyik nak peniaga berlebih kurang sokmo. Nak free gift, nak diskaun, nak free delivery, tapi dorang tak tahu calculation di belakangnya.

"Amboi berkiranya!"

Memanglah. Kau ingat aku buat charity ke?

Look. Small business takde luxury untuk buat decision tanpa calculation. Kita bukan Megah Holding, yang boleh campak hadiah RM1000 sorang satu. For us, margin bukan sekadar nombor. Margin tu yang bagi business bertahan. Bertahan je tau, bukan kaya. BERTAHAN.

Another thing is, people rarely think about being fair to other customers. Kalau peniaga biarkan everybody dapat extra lauk, lama-lama esok portion jadi tak konsisten. Disebabkan korang 6 orang dibagi extra daging, customer hujung dapat kurang sebab lauk dah susut. Bila customer hujung rasa portion yang dia dapat kecil, dorang ingat peniaga menipu. Padahal peniaga “murah hati” bagi lebih lauk kat customer yang awal-awal.

In food business, consistency is very important. Orang datang sebab dorang tahu apa yang dorang akan dapat dengan harga yang dibayar. Kalau portion berubah ikut sukati, lagi cepat bisnes kau out. 

Another thing yang aku rasa sangat penting is respecting other people’s work. Kalau peniaga buang balik lebihan lauk yang dicedok, itu tak bermakna dia berkira atau kedekut. Dia cuma nak jaga standard portion yang dah ditetapkan. Samalah macam kat big resturant, atau fast food chain. Dorang pun ada clear portions for every serving. Tapi takde siapa question, kan? In some cafe, sup kosong pun kalau kau mintak extra, dia caj tau. Yang first tu je dia bagi complimentary.

So why bila peniaga bazar buat benda yang sama, tiba-tiba kena label BERKIRA? Kenapa standard yang sama tak boleh digunakan untuk peniaga bazar?

Sometimes our society tends to to make the idea sound nicer than it really is. Konsep “rezeki jangan berkira” konon. Memang betul rezeki jangan berkira, tapi itu dalam konteks sedekah. In business, things need to be looked at in a more balanced way. 

Orang yang berniaga bermusim ni bukan meniaga untuk jadi kaya, tapi untuk tambah pendapatan bulan tu saja. Ini je la musim paling logik untuk berjualan sebab waktu puasa ramai membeli makanan. Yang kau pulak time-time ni lah nak suruh orang tu bersedekah. Kepala hangguk kau.

Kalau peniaga sukarela nak bagi lebih, itu sedekah daripada dia. Tapi memaksa atau mengharapkan semua peniaga buat macam tu, that's not fair. Kita tak tahu keadaan kewangan dorang. Ada peniaga yang berniaga sambil menanggung hutang. Ada yang guna duit simpanan terakhir.

Zaman aku join Mood Republic dulu, ada je booth yang jualan tak luak. Stok melambak-lambak. Macamana sampai, macam tu jugaklah stok masa balik. Booth aku berdepan dengan satu brand ni. Punyalah takde orang masuk booth dia, sampaikan dia melepak kat booth kitorang tolong lipat kotak sebab booth kitorang dah kalut ramai serbu beli kurta songket sampai tak sempat lipat kotak.

Kesian juga tengok stok dia tak luak. Tu semua modal. Modal baju. Modal tapak. Modal perjalanan. Modal pekerja. Modal sewa AirBNB untuk pekerja. Modal masa. Yang kau dah dapat beli harga diskaun, mintak lagi free gift. Dah dikaborkan beli RM200 ke atas baru dapat kotak. Takkkkk. Dia nak jugak kotak walau beli sehelai shawl. Tu pasal orang kata cheap customer is the worst. Samalah dengan yang marah tak dapat extra daging tu. Kategori cheap customer.

Why not bila kau nampak peniaga tu start nak godek daging bawak keluar dari plastik, kau cakap je "Takpe bang, kira. Saya bayar extra"

Why tak buat macam tu? Sebab kau pun berkira benaunya! Mentekedarah nak banyak. Bayar nak murah. Tak payahlah nak menekan-nekan orang tu untuk bagi lebih. Kau dahlah tak nak masak sendiri, banyak pulak cengkadaknya. Lempang mau?

Bazar businesses are not really stable businesses. Kalau hujan chances are, makanan tak terjual dan terpaksa dibuang. Situ je dah rugi modal. Menangis tengok modal hangus macam tu je. That's why bisnes bermusim like this, every gram counts.

Lagi satu aku rasa statement “Peniaga yang tak kisah, customer akan datang beli lagi" is not necessarily true in the long run. Siapalah tak suka dapat benda free. Nak pulak beli makanan, dapat extra. Tapi bila benda free jadi expectation, dia akan jadi beban kepada bisnes. Customers start expecting freebies every time, dan margin small bisnes cepat habis. Kalau setiap pembelian kena bagi extra, bisnes tu TAKKAN sustainable.

Nak bagi extra, nak bagi free gift, boleh. Buat syarat. Kau nak lebih lauk? Cukupkan pembelian sampai RM50. Cukup RM50, dapat tahu sumbat 2 ketul and telur masin sebiji. Contohhhhh.

Berniaga ni kita BERKERJA. Bukan buat charity. Jangan terlampau “baik hati” tak tentu hala, ujung-ujung backfire bisnes kau. Nak buat baik, buat baik bersyarat. Kau beli banyak, dapat free gift. Beli sekian-sekian amount, dapat diskaun. Ini baru namanya win-win.