Banyak betul DM aku sejak Sabtu lepas respond kepada post-post IG pasal mok balik duduk Tganu. Pastu tanya pasal CT and Mak Aji. Pastu respond pulak dengan blog post tentang balik raya rumah mertua. Meriah DM aku. Aku bagi "seen" je sebab aku akan cerita panjang kat sini.
Ok, mula-mula nak cakap pasal CT and Mak Aji.
CT dah duduk dengan mertua (mak akulah), lebih dari 10 tahun. Syabas CT!
Masa mula-mula CT kawen dengan Ibal, aku and Ima cukup risau bila Ibal kata "Mama tak kasi aku pindah". Aku cakap "Mampuss CT nak hadap mak mertua dia pasni."
Selalu aku and Ima pesan kat CT "Banyak-banyak sabar, ya. Kalau tak tahan bagitahu akak"
Mak Aji tu bukanlah mertua macam Nyonya Mansor. Dua ok je. Baik je dengan anak menantu. Cuma, dia sejenis suka bising. Hari-hari mesti nak bingit. Memang dari zaman muda sampai ke tua gitulah.

Aku pelik camana bapak aku boleh blend dengan dia sebab mak aku ni apa-apa pun stress. Nasi lembik, stress. Nasi keras, stress. Lauk tak cukup, bising. Lauk berlebih, bising. Benda bukan besar pun padahal, tapi dia memang nak bising. Sebab tu zaman sekolah aku always dalam keadaan alert.
Kau bayangkan tengah tido dalam bilik yang bertutup, bunyi tapak kaki dia naik tangga dah boleh buat aku terjaga. Sebelum dia gendang pintu bilik, cepat-cepat aku bukak lampu supaya dia tahu aku dah bangun. Aku ni sesuai jadi komando benaunya. Tido pun dalam keadaan berjaga-jaga.
Aku and Ima tak sanggup nak berlama-lama kat Bangi tu. Kalau Mak Aji start bising, memang berasa nak balik jam-jam tu jugak. Stress dengar dia bingit. Tabah betul Ibal and CT duduk situ.

Ibal dulu dah beli rumah, nak pindah dah. Tapi Mak Aji tak bagi. Dia guna modal "Nanti rumah ni nak bagi kau, so buat apa pindah". Itulah modalnya.
Yang benaunya, dia tak kasi Ibal keluar dari rumah tu sebab takut nanti Ibal tak balik-balik. Aku dengan Ima ni dia tak takut pulak kalau tak balik-balik.
Kadang aku sound tegak je.
"Mama suruh Ibal buat rumah ni macam rumah sendiri, deko rumah ni bagai, tapi master bedroom mama duduk lagi. Patut mama duduk bilik bawah, biar dorang anak-beranak je kat atas"
Diam dia.
Ye lah, macamana orang tu nak buat macam rumah sendiri kalau tuan rumahnya dapat bilik paling besar. Secara psikologi pun dah salah kat situ.
Tu belum lagi kalau CT balik lewat, dia call aku "CT ni tak balik-balik lagi. Dah seminggu dia balik malam"
Nak aku backing dia memang taklahhhh. Aku cakap "Ma, CT tu PA tau. Kalau boss dia tak balik, takkan dia nak balik? Ibal kan ada, tahulah Ibal nak jaga anak-anak dia"
Padahal Ibal and CT ok je. Tapi biasalah mak-mak. Pantang betul dia kalau wife balik lagi lewat dari suami. Aku cakap kat Mak Aji "Ibal tu kerja UKM. Sekangkang kera je. CT tu KL. Dengan jem lagi. Mujur dia nak berulang Bangi-KL. Kalau Diana, pindah lama dah"
Yang benaunya, sebab dorang semua duduk serumah. Bila duduk serumah, banyaklah benda yang dia nampak. Banyaklah benda yang dia tak berkenan. Sebab tu jangan duduk serumah dengan mak bapak selepas berkahwin. Ada je benda yang dorang tak puas hati.

Aku ni pakkal tak duduk serumah dengan Mak Aji, kalau tak mau hari-hari bergaduh juga. Dulu masa En Wan kerja kat Jepun 5 minggu, dia duduk rumah aku. 5 minggu je, bukan 5 bulan. Segala benda tak kena kat mata dia.
Aku balik lewat, bising.
Aku mandi malam, bising.
Mop aku tangkai panjang sangat, bising.
Sudip aku pendek, bising.
Fridge aku banyak makanan, bising.
Kain lap aku tak cukup panjang, pun bising. Nak panjang-panjang buat apa ntah. Nak bersaing dengan Rajinikanth ke hape.
Disebabkan itulah, apa-apa hal aku akan sebelahkan CT. Sebab aku tahu tak mudah duduk serumah dengan Mak Aji. CT tu kadang masak untuk satu rumah. Untuk mak bapak aku makan. Malam-malam Pak Aji tengok tv nanti CT buatkan air, buatkan maggi. Padahal CT tu ada mak bapak kat kampung. Mak bapak dia pun dia tak jaga tapi menjaga mak bapak mertua, so kau rasa aku and Ima akan sebelahkan Mak Aji and Ibal? Lamberttttt lagi.
Ni hari tu masa bincang-bincang nak raya, aku dah pesan kat CT duduk bilik bawah (bilik yang aku selalu tido). Jangan turun naik tangga. Raya nanti mesti ramai nak tengok dia and baby, better duduk bawah je. Uii Mak Aji terus "Abis tu kau nak tido mana?"
Kalau aku jadi CT mesti aku kecil hati mak mertua cakap gitu. But worry not, CT ada akak ipar naga. Lantas akak ipar pun "Diana tido rumah Diana. Tapi hari-hari datang sini, jangan risau. Pagi Diana datang, malam baru balik. Biar CT duduk bawah. Karang naik turun tangga pastu tertonggeng, mama nak jaga dia kat hospital? Aku tak nak jaga. Aku nak raya" 🤣
CT takde siapa-siapa kat rumah tu, cuma ada Ibal je. Kalau Ibal outstation, maknanya dia tinggal dengan mertua. Maknanya tanpa Ibal, dia dah umpama sebatang kara di rumah mertua. Tu pasal aku and Ima perlu jadi strong support system.

Lagipun, anak-anak Ibal tu lah waris kuat keluarga kitorang. Anak-anak aku and Ima dah carry keturunan belah bapak masing-masing. Hanya anak Ibal saja carry keturunan Ishak. Sebab tu we will protect CT at all cost. Aku cakap kat Ibal, kalau CT lari dari rumah, kau yang kena dengan aku dulu.
Hari tu siapa eh ada tanya, "CT tu menjaga mertua, ada tak aku bagi dia apa-apa?"
Of cos ada. Kadang aku belikan shawl, seluar, baju. Kadang belanja makan. Itupun tak seberapa berbanding jasa CT sudi duduk dengan mak bapak aku. Dia berpantang Iskandar and Judin aku hantarkan lauk berpantang. Anak yang kali ni je dia taknak, sebab dah ambil confinement lady pastu lepas raya nanti balik Kelantan berpantang kat sana.
Disebabkan aku bajet Mak Aji mesti sibuk ada cucu baru, aku belikan frozen lauk supaya dia tak kalut nak memasak. Karang kalau dia kalut, satu rumah tu bingit. Nak mengurangkan temper punya pasal, aku hantar siap-siap lauk-pauk frozen so dia takyah mikir nak masak. Boleh concentrate jaga cucu.
Kita ni kalau dah tahu tak menjaga mak bapak sendiri, biarlah ada budi bahasa kat ipar yang sudi menjaga dan duduk dengan mak bapak kita tu. Paling tak pun, belikanlah brooch seketul ke ipar. Ini tak. Dahlah kau tak menjaga, datang jenguk pun 2 minggu sekali. Haram takde bagi token of appreciation. Lagi nak expect ipar jaga mak bapak kau macam raja.

Berapa kau bayar ipar menjaga mak bapak kau?
Masakkan untuk mak bapak kau?
Bawak mak bapak kau ke sana sini dia nak pergi. Berapa kau bayar? Takde, kan?
Kalau dah tahu kedekut, paling tak pun jangan menyakitkan hati. Kau tak duduk sebumbung dengan mak bapak, DIAM.
Kita ni kalau sesekali je balik jumpa parents, memanglah nampak yang indah-indah je. Mak Aji tu pun kalau jumpa aku 2 minggu sekali, bukan main lagi dia punya persiapan. Buat mee gorenglah, kadang macaroni gorenglah. Anak jumpa 2 minggu sekali katakan, haruslah dilayan. Gout-gout pun gagahkan diri memasak. Tapi yang duduk dalam rumah tu tahulah mak aku camana.
Sebab tu kita ni jadi anak, jangan bongok sangat. Jangan apa benda yang mak kita mengadu kita percaya bulat-bulat. Orang-orang tua ni suka buat teruk bila nakkan perhatian kita. Mulalah nanti dia mengadu sakitlah, hari tu demam tak bangunlah, takde siapa ambil tahulah, tak selera makanlah. Kau jangan buta-buta percaya! Mak bapak tu cuma nakkan perhatian saja.
Cuba kau ajak dia "Meh mak kita pi klinik", tengok dia nak pegi tak. TAKDE MAKNANYA! Selagi boleh dia akan beralasan. Itulah sebenarnya yang dihadapi oleh orang-orang kat dalam rumah tu. Bukannya tak diajak pi klinik, bukannya tak dibagi ubat, tapi dia yang tak nak. Bila anak-anak lain datang melawat, masa tu lah dia mengadu macam-macam.
Aku, Ima and Ibal ada whatsapp group khas. 3 beradik saja dalam group tu tak masuk orang lain. Dalam grup tu takde gossip-gossip mengumpat pasal ipar-duai. Itu grup khas membawang pasal mak bapak.

Kalau Pak Aji demam tapi degil nak pi surau, akan dibincangkan dalam tu.
Kalau Mak Aji belasah udang banyak pastu gout, pun akan dibincangkan dalam tu.
Selalunya perkara-perkara ni akan dibincangkan bila Ibal surrender. Selagi dia boleh handle, dia handle sendiri. Kalau dia dah takleh handle, barulah whatsapp group tu bernyawa.
Aku duduk dengan mok 15 tahun. Dari umur mok 70-an sampailah 90-an. Aku menyaksikan mok dari badan tegak sampai dah bongkok. Dari jalan laju sampai jalan slow. Dari suka makan sampai tak selera nak makan.
Last year mok sedar-sedar dia takleh berjalan. Berjalan je, sakit. Rupanya arthritis. Tulang rawan kat lutut dah haus. Tulang sama tulang berlaga, mestilah sakit. Takde cure dah, cuma pain management saja. Kena ambil ubat everyday.

Mok down sikitlah masa tu. Ye lah, selama ni dia sihat boleh bergerak, now nak ke dapur pun payah. Selangkah, selangkah.
Awal-awal tu aku bergilir dengan En Wan stay at home. Hari yang En Wan ada meeting and appointment, aku duduk rumah jaga mok. Hari yang dia free, dia pulak duduk rumah. Tapi selalunya akulah yang kena duduk rumah sebab En Wan kerap jumpa client. Malam pun dia tetap kena attend meeting. Dengan bagi talk sana sini lagi. Busy man.

Tup-tup jadi Top Agent. Percayalah, di belakang seorang Top Agent tu ada seorang isteri yang berkorban tak masuk opis dan take over menjaga maknya supaya dia boleh bekerja tanpa gangguan. Kalau one day dia membuat onar, tolong serang dia macam korang serang Jofliam. Tapi buat lagi teruk. Cik Epal nak tinggalkan spender je. Aku nak tinggalkan getah spender je. Kahkahkah.
Berbalik pada cerita mok sakit. Bila mok dah takleh nak berjalan sangat, dia start muram, susah hati, tak nak makan (takde selera). Bila tak makan, gula darah drop. Pening kepala, takleh bangun. Aku pujuk makan, pun tak jalan. Aku mintak En Wan suapkan mok. Hari-hari aku masak lauk berkuah. Kadang sup ayam, sup ikan, sup bayam. Aku bagi En Wan KPI at least 6 suap penuh. Selagi tak hit KPI ni kau kena pujuk jugak sampai mak habiskan. Jangan keluar dari bilik mok selagi tak hit KPI ni.

Everytime mok makan, barulah ada tenaga. Tapi dia macam memaksa diri untuk tak nak bangun. Yang benaunya dia nak perhatian anak-anak lain. Tapi ye lah, anak-anak semua berkerja. Manalah dapat datang everyday.
Pastu mok cakap dia nak balik Tganu. Kak Long kata takpelah, biarlah mok balik Tganu, at least Kak Long ada. Kak Long tak kerja. Ok fine. Hantar mok balik. Hire bibik.
Eh tup tup Kak Long dapat offer buat kantin kat maktab perguruan. So now Kak Long dah kerja balik. Jadi, back to square one, mok tinggal alone, cuma now ada bibik teman. Aku cakap kat En Wan baik mok ni duduk dengan kita je. At least apa-apa hal dekat. Kak Ngah dekat, cucu-cucu lain dekat. Kalau emergency senang. Ni kalau kat kampung, jadi apa-apa, jenuh.

Tapi Kak Long kata mok dah taknak jalan jauh dah. Takpe, kita try test time Redza balik nanti. Kita racun mok duduk sini gunakan modal untuk jumpa Redza.
Hari yang aku sampai semalam, mok tengah baring atas katil. Katil pulak park kat hall. Terkejut aku. Eh, mok takleh bangun ke?
Bibik kata mok tak larat nak bangun dah. Bangun boleh tapi dia lebih suka baring sebab tengkuk and pinggang sakit bila duduk lama-lama. Hari tu happy jumpa cucu kesayangan, elok je mok berjalan ke sana sini. Lagi banyak duduk dari baring. Siap dia pulak tepuk-tepukkan Rayyan yang baring kat sebelah.

Makan pun banyak dari biasa. Bubur lambuk, makan. Pulut panggang, makan. Kuih, makan. Pastu bangga bercerita Redza tetiap minggu call dia. Aku syak itulah yang dia canang-canangkan kat orang lain sama.
Pastu dia tanya hari tu aku ada lewat bangun sahur ke, sebab Rayyan call bagitahu pagi tu dia kena naik Grab pi sekolah sebab bangun lewat. Wah wah wahhhhhh jadi villain aku dalam cerita kau, ya!