2026-03-14

Hidup ni dah cukup complicated. Benda yang boleh dipermudahkan, permudahkan.


Makin galak dak-dak Thread berdebat pasal suami provider. Ada satu post tu kemain yakin dia list-kan suami wajib sediakan:
...
....
.....
Netflix

Aku macam...NETFLIX KEWAJIBAN SUAMI?? Kejadahnyaaaaaa?

Aku tak tahu mana datang argument pasal suami provider ni. Dah macam merepek pulak sekarang. Yang merepek-repek di-demandnya. Lalu aku membuat kesimpulan, dorang yang beria demand macam-macam ni sebenarnya MASIH SINGLE. Percayalah cakap aku, MASIH SINGLE!

Dia belum jumpa someone yang buatkan dia gila bayang. Once dia dah jumpa nanti, konfem dengan sendirinya dia sudi share expenses. Paling tak pun, dia takkan demand macam-macam. Masa tu nanti dia looking forward untuk hidup bersama. Because when you really love someone, ego naturally turun. You stop calculating who pays what 100%. You start thinking in terms of us, not me versus you.

Senang nak demand macam-macam bila hati belum terpaut. Kau tunggulah bila dah jumpa orang yang betul-betul buat kau nak hidup bersama. Masa tu siapa paling banyak bagi dah tak penting. Kau mula fikir macamana nak bina hidup bersama. 

At least itulah yang aku rasa dulu. Tak terpikir nak buat majlis besar-besaran, janji dapat kawen. Bila dah kawen, tak pikir pasal honeymoon. Mula pikir nak cari rumah, yang penting duduk bersama. Bila dah duduk bersama, tak pikir pasal siapa kena provide 100%. Yang penting sama-sama selesa dan happy. Nak selesa, sama-sama contribute.

So yes, aku yakin yang beria demand ni sebenarnya MASIH SINGLE. 
Eloklah, dik. Teruskan berangan.

Pastu ada satu isu menjelang raya, iaitu tido berlonggok vs tido hotel bila balik raya. Tak sudah-sudah topik ni. Semalam nampak post ni:

Dia mintak perempuan tido dengan perempuan, lelaki tido dengan lelaki.

Ok yang ni aku nak bagi POV. Bukan nak tunjuk paling betul. Cuma ini pendirian aku.

Aku dah kahwin. En Wan suami aku yang sah. Jadi di mana juga kami berada, kalau ada peluang tido, kitorang memang nak tido berdua. Alangkan masa berpantang Redza kat Bangi, dengan berpilis berminyak satu badan pun En Wan tak nak tido pisah bilik. Masih nak tido sebelah aku walaupun bau badan aku macam makjun. Lagikan sekarang aku wangi-wangi. Takde maknanya dia nak tido asing.

Aku tak nak normalize konsep suami isteri balik kampung kena berpisah tidur sebab nak bagi ruang kat orang lain. Bagi aku, priority bila aku travel atau bermalam kat mana-mana ialah tido dengan suami aku. Itu basic marriage. 

Kita biasa tidur sebelah-menyebelah. Selagi kami berdua, nak tido sama. Sebab tu, kalau kat kampung takde bilik yang cukup, En Wan sendiri ajak tido hotel/AirBNB. Sebab dia pun suka tido dalam keselesaan.

Ada orang kata, “Alah, balik kampung je pun. Dua tiga malam je”

Itu kau. Aku tak nak. For me, it’s not about how long. It’s about feeling comfortable. Dah biasa tidur berdua, tiba-tiba berpisah bilik sebab nak jaga sensitiviti orang lain. Padahal laki aku ada sekali ni. Memang taklah aku nak tido asing-asing. 

Dah kenapa aku pulak yang kena adjust untuk keselesaan kau? Jangan selfish, please. Yang tak selesa tu kau, patut kau adjust diri sendiri. Kau patut bincang dengan suami macamana nak buat. Bukan mintak orang "normalize" tido asing-asing demi keselesaan sendiri.

Kalau isunya ruang tak cukup, carilah alternatif. Book hotel. Atau AirBNB. Oklah, maybe bajet kau limited. Maka, pilihan yang ada adalah tido lambak sajalah. Bak kata kau "2-3 hari je". So? Bersabarlah tido berlonggok 2-3 hari. Kenapa dengan orang lain kau boleh suruh bersabar 2-3 hari tak tido dengan suami, tapi kau tak boleh bersabar 2-3 hari tido berlonggok?

Orang selalu bagi alasan nak jaga aurat. Betul, jaga aurat. So kerana kau nak jaga aurat, kau paksa semua orang tido asing dengan suami so that kau boleh selesa jaga aurat kau.

Jangan jadikan itu alasan untuk normalizekan something yang sebenarnya tak perlu berlaku pun. Respecting boundaries is valid. Forcing others to adjust their marriage to suit your comfort is NOT.

Entahlah, sometimes aku rasa benda-benda kecik macam ni tak patut jadi isu pun. Benda ni kau sama laki bincang kat rumah. Itu masalah korang. Korang yang beranak, korang yang nak menetek anak, kau pikirlah sama-sama camana nak buat. Yang nak libatkan orang lain kenapa. Kalau aku, apa-apa hal aku pikir alternatif untuk diri sendiri dulu.

Contohnya raya tahun ni. Raya tahun ni CT bersalin (tengah tunggu hari je tu). Selama ni bilik tido aku kat bawah. Ima ambil bilik asal dia. Ibal and CT dalam bilik dorang. 

Memandangkan CT nak bersalin, aku suggest dia duduk bawah kat bilik aku sepanjang tempoh berpantang. Biar dia berdua dengan baby bertenang-tenang kat bilik bawah. Duduk bawah senang. Dapur dekat, bilik air pun dalam bilik. Kalau orang nak tengok baby time raya esok, dia takyah turun naik tangga.

Mak Aji mula-mula macam terkejutlah bila aku suggest CT duduk bilik bawah.

"Abis kau nak tido mana?"

Aku cakap, rumah aku kat Putra Heights je kot, 30 minit dah sampai. Aku boleh day trip je. Aku dah bincang dengan En Wan dari tahun lepas lagi. Aku cakap kat En Wan tahun ni kita tido rumah kita. Pagi-pagi lepas solat baru gerak ke Bangi. 

Takpelah, tahun ni pagi-pagi Subuh aku sorang-sorang berkuntau kat dapur buat nasi minyak and sambal sotong. Selalunya berdua dengan Ima. Tahun ni nampaknya aku sorang. Isokayy. Sebab yang pastinya Ima pun terpaksa masak lodeh sorang-sorang kat Bangi pagi raya tu.

Mak Aji tu bukan apa, dia susah hati kalau aku tak tido Bangi nanti siapa nak masak sambal goreng and rendang. Selalu malam raya kitorang masak-masak kat dapur. Dia risau kalau aku tak duduk Bangi nanti dia yang kena tolong Ima masak. Kahkahkah.

Aku cakap, aku tetap balik Bangi masak. Biar habis masak 12 malam sekalipun takpe. Aku akan masak. Lepas masak baru aku balik PH. Pagi-pagi raya lepas solat, aku gerak balik Bangi semula. Biarkan CT duduk bilik bawah. Aku nak dia berpantang dengan tenang. Biar dia berehat. Kalau dia duduk atas karang, 2 ketul Widad tu bersilat pulak tepi baby. Biar dorang berdua tido dengan bapaknya. CT tido dengan baby saja.

Aku punya prinsip senang. Benda boleh adjust, takyah nak susahkan semorang. Ni tak, yang tak selesa kau, pastu kau hayak semorang "normalize" takyah tido sebilik dengan laki semata-mata nak senangkan hidup kau. Kaulah patut keluar cari hotel!

Benda ni simple je kot. Takyah buat teruk. Kadang tu bukan sebab takde bajet, tapi takut apa orang kata kalau dia sekeluarga je duduk hotel. 

Eh kalau aku pedulik apa orang nak kata. Habis kuat pun orang mengata 2-3 hari sementara ada kat kampung. Dah balik KL karang dah takde dah dengar orang mengutuk. Kau ingat aku kesah kau nak bercakap pasal aku? Janji aku tido selesa and laki aku pun ok tido hotel. 

Benda-benda macam ni orang mengata sebab budaya tido hotel tu belum biasa. Esok-esok dah 10 tahun kau buat benda yang sama, dorang tak bercakap dah. Janji balik kampung.

Kadang-kadang isu ni bukan pasal aurat pun, cuma  rumah kampung penuh time raya. Adik-beradik balik. Anak ramai. Memang sesak. Sebab tu aku cakap, jangan banyak cerita. Kalau takde space, biar aku cari space. Korang nak berlonggok, longgoklah ramai-ramai. Aku takkan demand bilik orang lain. Aku akan book tempat lain.

Tido hotel atau airbnb bukan bermaksud kita sombong. Itu cara paling matang untuk elakkan konflik dan cari keselesaan. Aku lagi rela keluar duit sikit daripada sorang kena tido atas sofa berbantal lengan, sorang atas toto, pastu esok pagi berebut bilik air. 

Dulu time kecik ye lah seronok. Now dah tua-tua gini aku nak selesa. Raya tu setahun sekali. Kalau mampu, apa salahnya buat cara yang paling tenang untuk semua orang? Dulu masa kecil lain. Zaman tu belum ada homestay ni semua. Nak taknak kena tido berhimpit kat hall. 

Teringat dulu time raya, pagi-pagi sebelum Subuh dah kena hambat bangun sebab rakyat ramai. Bilik airnya 2 je. Tahun bila nak settle mandi? So, kena bangkit sebelum Subuh queue. Lagipun pagi-pagi tulah nak mengemas hall. Orang lain takyah kemas hall pagi-pagi sebab tido dalam bilik. Kita kena sebab kita semua tido lambak kat hall. Jadi terpaksalah mengemas pagi-pagi. Stress je aku sebelum Subuh dah kena bangun.

Pastu celik mata sampai ke malam tak sudah-sudah dengan mengemas membasuh mengemas membasuh. Orang datang raya bersilih ganti. Tau je lah rumah kampung. Satu kampung tu sedara. Pukul 11 malam ada lagi yang bagi salam nak beraya. Kau rasa?? 

Kita ni nak bentang toto pun tak boleh. Esok dahlah kena bangkit awal lagi. Now dah kawen, memang taklah aku nak repeat semua tu. Apa-apa hal aku selamatkan diri aku dulu. Tido kena awal, kena selesa. Bangun esok pagi tenang-tenang menghirup udara pagi, bersiap cantik-cantik.

Jangan banyak cerita. Hidup ni dah cukup complicated. Benda yang boleh dipermudahkan, permudahkan.