2026-03-15

Anak memang rezeki. Tapi cara kita urus rezeki tu, itu tanggungjawab.

Aku terbaca satu artikel kat FB. Tajuknya "Sebelum beranak, pastikan jumlah bilik dalam rumah cukup"

Mengundang betul topiknya pun. Dapat kat orang yang beranak ramai, konfem triggered.

Bilik rumah Mak Aji dulu kalau nak ikutkan jumlah, cukup-cukup kitorang 3 beradik. Cuma tu lah, aku penakut tido sorang. Jadi, berkongsi dengan Ima. Ibal ada bilik sendiri. Bilik bawah yang sekarang jadi bilik aku, dulu bilik multipurpose. Situlah tempat aku menggosok. Situlah tempat Pak Aji buat kerja. Situlah tempat nak longgok segala tilam and extra bantal. Walau macamana pun, bilik multipurpose tetap kena kemas, bersapu and dimop setiap minggu. Warden akan tetap check.

Yang ada anak ramai tapi anaknya teratur, kemas, selesa - tolong jangan triggered dengan post aku ni. Sebab somehow aku bersetuju dengan formula "kira jumlah bilik sebelum beranak". Ada kebenarannya kat situ.

Dalam artikel yang aku baca tu, ruangan komennya penuh dengan pengalaman dari anak yang dulunya tido berlonggok. Sorang tu cakap rumah maknya flat 2 bilik, tapi adik beradik 7 orang! Imagine FLAT DUA BILIK nak sumbat 7 orang sebilik? Dia sangat trauma dengan environment cara dia dibesarkan. Now, nampak rumah flat macam kena anxiety dia kata.

Just imagine betapa keadaan macam tu boleh buatkan some kids terganggu fikiran sampai ke besar? Mak bapak dah tentu-tentu tido sebilik. Anak-anak perempuan dapat bilik, anak-anak lelaki tido hall. Kalau nak salin baju kena tumpang bilik atau salin dalam bilik air. Aku baca macam...kejamnya mak bapak dorang ni.

Anak lelaki and perempuan berhak ada space sendiri. Biarlah berkongsi 2-3 orang sebilik pun, takpe. Janji ada space sendiri. Macamana mak bapak boleh beranak ramai sedangkan bilik untuk anak pun tak mampu sediakan? 

Kadang aku nak je menyelami kepala otak mak bapak jenis ni yang kerjanya asik beromen beranak beromen beranak. Like kau dah tahu rumah ada 2 bilik je. Udah-udahlah beranak. Pakai kondom, bodoh! Haaa kan geram aku.

Tak kesian ke anak-anak membesar tido bersepah sampai umur 20 tahun? Sampaikan nak salin baju kena tumpang bilik and kena salin dalam bilik air? Esok kalau anak-anak tu jarang balik rumah jangan pulak kata anak tu lupa diri. Balik pun nak tido mana, bukan ada bilik pun.

Masa PKP dulu kita nampak senario ni. Bila kerajaan tak bagi keluar rumah, imagine yang anak 7-8 duduk flat dua bilik? Konfem tepu dalam ruang yang kecik. Tu pasal dorang ni set-set "degil" dulu. Tetap keluar rumah. Tetap lepak kat padang. Bukan apa, sebab rumah sempit! Boleh bengap kepala duduk lama-lama dalam tu. Kita yang landed house double story ni lain. Kena kurung pun masih boleh bergerak ke depan, ke belakang, ke porch, ke laman, ke balkoni. Takdelah berkuap sangat.

Tapi tu la, nak salahkan siapa? Nak salahkan takdir pun tak boleh sebab akal dah dibagi. Benda boleh pikir kot. Orang kata eloklah beranak ramai, tua esok senang.

Ya, itu bila dah tua. Sementara nak tunggu tua ni, apa plannya? Tak semua orang yang adik-beradik ramai seronok ber-adik ramai. Some of them trauma membayangkan suasana tu. Some people membesar dengan adik-beradik ramai, childhood penuh dengan geng boleh main galah panjang, ada geng tidur sekatil, ada geng rebut remote TV, ada geng berebut ayam goreng drumstick. Riuh rendah rumah. Seronok.

Tapi ramai juga yang datang dari keluarga besar but in survival mode. Tidur kat ceruk dinding menghadap dapur. Tak pernah ada katil, hanya ada tilam. Tak kenal apa itu privacy sebab tak pernah wujud dari kecil. Kalau bilik pun takde, kau rasa keperluan lain ada ke? Silap-silap kasut sekolah pun share. Hand-me-down baju sekolah dari kakak sulung sampai adik bongsu, sampai dah lusuh! Baju PJ yang tertulis nama kakak diturunkan ke adik-adik. Pakailah si adik tu baju PJ dengan nama kakaknya. Kesian.

Ya, aku tahu orang susah. Biasalah orang susah baju sekolah turun ke adik-adik. Yang aku tertanya ni, dah tahu susah, kenapa rajin sangat beranak 2 tahun sekali? Itu yang aku tanya.

Ada sorang tu komen “Kalau kawen nanti plan nak dua anak je sebab nak bagi yang terbaik"

Ada pulak yang menjawab "Tak percaya pada rezeki ke?"

Inilah dia penyakit! Semua benda kau nak berserah. Takde usaha, takde plan, tau-tau berserah. Habis tu Allah bagi akal untuk apa? Akal tu la kita guna untuk PLAN. Kalau dengan pendapatan sekarang mampu 1 anak je, maka stop takat 1. Besarkan dulu anak ni baik-baik. Bertambah rezeki nanti, boleh beranak lagi sorang. Bukannya beranak beranak beranak mengharapkan rezeki jatuh depan muka. Kau ingat rezeki tu memang Tuhan bagi sejelepuk takyah usaha?

Jangan ingat rezeki tu duit semata. Mungkin rezeki tu dalam bentuk sihat tubuh badan. Setiap kali anak lahir, Tuhan tambahkan nikmat sihat pada kau supaya kau dapat cari rezeki untuk besarkan anak tu. Tapi sebab kau bodoh, kau menungguuuu duit jatuh. Kerja malas. Sedangkan badan sihat tu lah rezekinya.

Komen-komen yang kata nak 2 anak je, bagi aku itu valid. Maybe dia pernah rasa kurang dan tak nak sejarah yang sama berulang pada anak-anak dia.

Ada orang membesar dengan perasaan, “Parents aku dah buat yang terbaik, tapi tak cukup sebab terlampau ramai nak dikongsi"

Inilah Mak Aji and Pak Aji. Kemampuan dorang dah maksimum tapi terbahagi. Dah maksimum effort dorang, takleh nak bagi lebih dah. Jadi masing-masing dapat yang basic only. Cukup tu cukup, tapi seadaanya. 

Macam baju, tetap berganti tapi setahun sekali. Makan, tetap sedap cuma makan kat rumah je lah. Rumah selesa, tapi basic. One thing yang aku respect mak bapak mementingkan keselesaan tempat tinggal anak-anak. Walaupun bilik takde aircond, bilik air takde heater, rumah takde mini compo, takde video player, takde komputer. Tapi selesa. Makan walau tak mewah, tak pernah la kebuloq tak makan. Baju takdelah sampai lusuh pakai 7 keturunan.

Some people nak anak ramai, suka rumah riuh. Takde hal nak anak ramai, tapi planning kena ada sekali. Jangan beranak je kerja, lepas beranak, berserah.

"Allah ada" katanya.

Dalam post yang aku baca tu ramai yang datang dari anak yang membesar sebagai salah satu dari tujuh, lapan, sembilan adik-beradik. Anak-anak yang survive dalam segalanya sangat terhad. Yang pernah rasa bersalah nak mintak kasut baru. Yang terpaksa cepat-pandai berdikari sebab mak bapak takde masa nak layan masalah semua orang. Pandai-pandai settlekan sendiri.

Mak bapak yang anak ramai maybe rasa puas. Rasa lengkap. Bangga ada ramai anak. Katanya esok dah tua ada yang menjaga. Tapi dari sisi anak yang membesar cukup-cukup untuk hidup, silap-silap dorang berdendam dalam diam. Sebab kau letakkan dorang dalam survival mode.

Ada satu benda yang aku sakit hati sampai sekarang. Iaitu bila orang datang tido rumah (rumah Mak Aji), kitorang adik-beradik kena tido luar semata-mata nak bagi tetamu tido dalam bilik. Pernah sekali tetamu tido bilik Ibal. Kitorang tiga beradik tido satu bilik. Tiba-tiba Mak Aji masuk bilik kitorang ambik kipas bawak keluar. Tetamu panas nak tido. Bengangnya sampai sekarang!

Abis kitorang tak panas ke? Aku tak faham apesal kau datang, aku yang kena keluar bilik? Apesal kau panas, kipas aku yang kena ambik? Kau yang datang rumah orang, kaulah tido hall. Kau panas, kau berkipaslah tangan. Dah bagi tumpang cukup bagus. Geram gila. Sampai sekarang aku sakit hati. Tak pasti apa sebenarnya mak bapak aku pikir. Memang kena raikan tetamu sampai macam tu sekali ke?

Itu aku. Yang ada bilik sendiri. Yang sesekali tetamu datang buat hal. Pun rasa sakitnya sampai sekarang masih berbekas. Kau imagine anak-anak yang membesar dari kecil sampai umur 20 tahun dengan takde bilik, takde privacy, takde keselesaan? Boleh fahamlah kenapa dorang trauma nak beranak ramai.

Masa aku beli rumah now, Mak Aji tanya berapa bilik?

"6 bilik tido, 6 bilik air. Setiap bilik ada bilik air sendiri"

Mak Aji kata nak buat apa bilik banyak-banyak, anak kau sorang je (masa tu cuma ada Redza). Aku cakap nak buat guest room. Jangan semakkan hall aku bentang-bentang tilam bagai. Dahlah sebelum tido kena alihkan kerusi meja segala baru boleh bentang tilam. Besok bangun nak menyusun balik perabot tu. Dek kerana menyampah dengan apa yang pernah aku lalui dulu, tak memasal cari rumah sampai 6 bilik.

Kalau dengar orang cerita "Esok dah ada anak aku nak belikan dorang kereta, nak bagi bilik sendiri, nak pastikan anak tak tidur kat hall" - jangan kata dia materialistik. Maybe dia pernah tidur kat hall. Maybe dia pernah rasa sempit, rasa tak ada privacy, rasa susah nak study. Maybe itu cara dia nak break the cycle. Kadang-kadang itu bukan tentang menunjuk. It’s about giving your kids the comfort you once wished you had.

At the end of the day, anak ramai atau sikit bukan tentang banyak mana kau boleh produce, tapi ability untuk membesarkan. Anak ialah rezeki, betul. Tapi rezeki boleh jadi dalam bentuk knowledge, kesabaran, masa, dan emotionakl stability. Sebab membesarkan anak bukan cuma bagi makan pakai. Tapi perhatian. Pendidikan. Giving children the space to feel heard and appreciated. Kalau anak ramai tapi mak ayah burnout, emosi tak stabil, masa tak cukup, siapa yang pay the price? Anak juga.

Anak memang rezeki. Tapi cara kita urus rezeki tu, itu tanggungjawab.