2026-01-22

Jangan too selesa sebab itu platform orang.


Hari tu tengok kat Thread orang dok bercakap pasal TikTok cantas komisyen/sale. Ramai yang views juta-juta tapi takde sale. Aku tak sure apa masalah sebenar, tapi rata-rata cakap sekarang TT main taik dengan seller. Komisyen dah tak strong, sale pun macam slow sedangkan view banyak.

Aku tak pernah guna platform TT untuk bisnes. TT aku pun sendu. Agak-agak nak update, aku update. Agak-agak malas, biar. Reason buat TT sebab nak shopping je. Tapi now aku dah slow beli dari TT sebab customer service dia payah nak dapat. Asyik robot reply je. Jadinya, makin jarang aku bukak TT.

Aku tak sure apa masalah dengan berbisnes kat TT. Tapi aku ada pengalaman dengan platform lain. Berniaga kat platform orang, kita kena ikut peraturan orang. Kalau orang suruh buat sale, kita kena buat sale. Kalau orang caj servis yang melampau, kita kena patuh. Sebab kita yang nak guna platform orang. Jadi apa pun orang buat terpaksalah hadap.

Sebelum wujudnya TT, aku pernah ada pengalaman dengan Lazada.

Siap pi opis dorang sign agreement. Aku maybe antara yang terawal masuk Lazada. Tahun 2013 team Lazada contact untuk invite Fleur by Mrs Him. Masa tu GreenAard belum ada lagi, aku jual Fleur by Mrs Him santai-santai kat blog and FB saja. Tapi tak tahulah mana Lazada ni jumpa brand aku. Famous nau ke brand Fleur by Mrs Him ni dulu? Kahkahkah.

Hari pertama Lazada launch produk aku kat website dia, pak incik buat post khas. Bangga la hagaknya dengan wife dia ni. Padahal masa tu produk aku cuma shawl and jubah. Biasa-biasa je, Takde yang fancy pun. At the same time aku masih jual di blog juga.

Tak lama dengan Lazada, selepas setahun aku withdraw. Puncanya? Sebab dorang kejap-kejap suruh aku turunkan harga untuk buat sale. Aku benganglah. Buat apa nak turunkan harga, aku jual kat blog elok je laju. Aku tanya dorang kalau aku turunkan harga, komisyen dorang turun jugak ke tak? Jangan aku je yang turunkan harga, komisyen kau sama. Tu bukan kau buat sale untuk aku, tapi aku yang bagi sale kat kau. Patutnya kau tolong aku buat sale. Kau besarkan market brand aku melalui platform kau. Kalau blog aku jual lagi laju dari platform kau, baik aku withdraw je.

Ceritanya aku nak cakap, bila kita berbisnes, letakkan kekuatan pada diri kita sendiri. Platform kita sendiri. Jangan terlampau bergantung pada sumber luar, be it platform orang lain, duta, agen atau influencer. Sebab dorang pun buat bisnes. Dorang akan cari something yang can benefit them. Kalau one day dorang ni semua taknak kerja lagi, kita masih boleh bergerak. Maka kita as owner/founder kena ada kontrol yang besar terhadap bisnes sendiri.

Lebih 10 tahun dulu, mana-mana produk mesti pakai agen. Masa tu founder sangat bangga kalau agen ramai. Siap buat meet & greet dengan agen. Nak tunjuk punya ramailah agen masing-masing. Malangnya kebanyakan agen tak "setia". Ramai agen carry 3-4 brand yang menjual fungsi yang sama. Contoh, skincare. 1 agen carry sampai 4-5 brand skincare. Kat sini aku tak faham apa fungsi agen ni sebenarnya kalau dia carry 3-4 brand skincare?

Bila agen "tak setia" maka produk kau sekadar park kat dorang saja. Dorang takkan push your brand. Because dorang ada banyak lagi brand untuk dijual. Ujung-ujung you as founder yang buat kerja, tapi hasilnya dapat kat agen sebab agen menunggu customer datang order. Mintak mahap kalau ada yang terasa tapi itulah yang aku nampam sejak dulu dan terbukti ia berlaku. Sebab ada di kalangan founder-founder ni kawan aku juga. Ujung-ujung market dorang rosak sebab agen sama agen price fight.

Aku ingat lagi Amiza (founder Ephyra) cakap aku je yang carry Ephyra macam produk sendiri. Aku rasa apa dia cakap tu betul sebab ramai ingat aku founder produk tu. Maybe sebab aku datang dari offline bisnes. Sebelum aku terjebak dengan online bisnes, aku dah buat biotech bisnes. Biotech bisnes ni offline bisnes. Kita jumpa customer face to face. Jadi aku dah terbiasa buat presentation depan customer, buat demo, buat installation. Bila dah terbiasa gitu, aku dengan tak sengaja apply cara yang sama masa jual di online. Aku banyak explain the science behind the produk dan aku buat technical comparison dengan competitor Ephyra. Aku benar-benar push this brand.

Tapi kebanyakan agen bila carry produk tertentu, dorang tak meletakkan effort ni. Dorang aim untuk make money, berbanding educate people. Sedangkan, bila kita educate people, kita akan dapat loyal customer. In the long run, kau punya bisnes lebih sustain. But malangnya ramai tak buat macam tu. That's why they carry macam-macam brand serentak, walaupun brand tu jual benda yang sama. Because their aim is nak cari duit extra saja. Tu  pasal ujung-ujung price fight sesama sendiri. Yang rosak adalah nama produk. 

Aku bersyukur aku ada laluan offline sebelum jump to online. Offline mengajar aku untuk aku strive di online. Offline bisnes 10x ganda lebih susah sebab kau kena prepare segala segi sebelum jumpa customer. Customer yang luangkan masa untuk jumpa kau takkan nak dengar sembang kosong. Jadi kau kena equip diri kau dengan knowledge, skill and good communication and negotiation skill. Kalau tak, itu je la sekali peluang kau jumpa dia. Dia takkan repeat dah jumpa kau lagi. Kalau kau apply cara berniaga kat online di offline, yang sekadar nak jual dapat duit, yang sekadar menunggu customer cari kau, tapi kau tak buat marketing lansung, sadaqallah jawabnya.

Aku pernah tanya sorang kawan aku yang dulu dia ada bisnes online ni. Now dah takde dah produk dia. Dulu dia ramai agen. Aku tanya agen-agen kau buat kerja macamana? Sebab aku pun nak belajar sistem agen ni. Dia kata agen akan beli stok dari dia. Kalau customer nak beli barang, customer akan contact agen terdekat.

Pastu aku tanya, so agen buat apa?

Dia cakap agen setiap kawasan akan hantar barang kat customer.

Aku macam....???? Huh? Tu je?

So fungsi agen tu apa sebenarnya? Tunggu customer datang request produk, and hantarkan? Tu je?

Dia kata ya, HQ akan buat marketing kat FB, poster apa semua. Nanti agen share je post tu kat page masing-masing.

Yang inilah aku tak faham benaunya. Sebab aku pernah jadi agen juga masa jual biotech supplies. Tapi kita pakai istilah Distributor. Fungsi agen/distributor adalah untuk LUASKAN MARKET. Maknanya selain dari dapat beli produk dengan harga murah (harga agen), seorang distributor kena buat kerja like marketing, promoting, and cari new customer. Distrbutor kena ada product knowledge apa yang dia jual.

Sebab itu jarang distributor carry 3-4 brand yang ada fungsi sama. Kita betul-betul push produk dari brand tu saja. Itu baru namanya agen. Bukan park dorang kat kawasan-kawasan tertentu tunggu customer cari. Itu tak meluaskan market kau pun. Itu namanya kau buat charity. Sebab kau buat kerja, kau buat merketing macam nak rak, agen beli produk dengan harga murah, tapi tak buat kerja menunggu customer datang nak beli. Apo??

Berbalik pada platform TT tadi, bukan takleh pakai. Pakailah kalau itu saja platform yang kau ada untuk berniaga. Tapi jangan too selesa sebab itu platform orang. Hari ini boleh reach, esok algorithm berubah, akaun boleh drop, visibility boleh hilang. Now IG and FB pun kalau post yang ada pasla bisnes dia hidekan. View rendah. Sebab dorang nak kita beli ads. So, slowly buat website sendiri. Buat blog. Buat FB page sendiri.

2006 aku start blogging dengan pure intention bukan nak jadi famous, apetah lagi nak ber-business. Sekadar nak menulis sebab aku kan suka menceceh. Rajin aku update blog dulu, walaupun berkerja, at least satu post setiap hari mesti update. Entah siapa je lah nak baca pun. Masa tu En Wan tanya apa tujuan aku blogging. Bagi dia, macam buang masa. Tak mendatangkan pekdah.

“Ada ke orang baca?”.

Tak, dia tak faham. Aku blogging bukan nak orang baca. Aku memang suka menulis dan bercerita. 

Waktu tu aku guna blog untuk bercerita kerjaya aku as biotech salesperson. Melalui penulisan and penceritaan, readers tahu apa kerja aku, apa background of studies aku, etc. Masa aku organize biotech workshop, half of the participant adalah pembaca blog. Then aku realized, ramai di kalangan customer biotech adalah pembaca blog aku juga. Maybe dorang gugel-gugel pasal biotech, atau genetic analysis, atau halal detection, lalu bump into blog aku. Then aku sedar, aku ada crowd yang niche and genuine. And with that, aku start GreenAard, and the rest is history.

Last-last sekarang pak incik tu pulak yang dapat benefit dari blog aku yang "ada orang baca ke?"
Eh malas aku nak bertekak.