2026-01-15

Benda yang mahal adalah peluang kepada yang mampu membayar. Fullstop.


Panas eh isu restoran Rembayung KA? Netizen persoalkan makanan kampung dijual dengan harga have-have. Siap kata meniru konsep Cili Kampung.

Mintak mahap kalau tulisan aku ni harsh. Tapi apa yang aku nampak kat Malaysia hari ini, kalau kau berniaga apa saja yang harganya luar dari kemampuan kelompok tertentu, get ready-lah. Kau akan dibalun di ruangan komen. Ntah kenapa puak-puak tertentu tersebut merasakan semua bisnes kena jual ikut ukuran poket dorang. Asal harga tak masuk dalam bajet dia, itu tanda seller cekik darah, nak kaut untung, sembelih harga, etc.

"Cekik darah”

“Benda macam ni aku boleh buat sendiri je"

"Tak faham kenapa lauk kampung nak jual mahal-mahal"


Yang benaunya masing-masing nak justify diri sendiri yang tak mampu beli, tapi tak nak mengaku tak mampu.

Look. Takkanlah segala benda Khairul Aming nak jual dengan harga marhaen. Dia dah jual sambal harga marhaen bertahun-tahun. Kasiklah dia peluang nak explore market orang have-have pulak. Kau teruskan je la beli sambal marhaen tu. Bukannya dia takde produk yang sesuai dengan bajet kau. Ni tak, siap bagi breakdown cost, quality control, RnD, kos fasiliti kilang GMP. Banyak pulak free time kau mengkaji kos Hamba Allah tu. Punyalah nak justify konon lauk-lauk kampung tak perlu semahal tu. Kelakar.

Mentaliti “segala benda mesti ikut bajet aku” bukan saja sempit, but it goes against basic human economics. Sejak kita belajar barter sistem, era ayam ditukar dengan beras, garam ditukar dengan kain, barang tak pernah sama harga untuk semua orang, ya. Ada benda murah, ada benda mahal. Variation like this is what drives the economy forward. Kalau semua orang mesti offer harga yang hanya golongan paling rendah mampu beli, the economy would collapse.

Businesses only last when pricing reflects cost, market value, demand, and the right customer base. Tak logik langsung kau nak paksa nasi lemak hotel dijual sama macam nasi lemak tepi jalan. Ini dua kualiti berbeza. Dua kos berbeza. Dua market yang berlainan. Hotel atau restoran kena tanggung kos sewa, staf yang terlatih, kebersihan bertaraf A, utiliti, tax, plus additional services included in the price. Makcik nasi lemak tepi jalan pulak modalnya lebih rendah and target customer pun lain. Mana boleh sama harga.

Kalau semua kena jual harga yang sama, rosaklah sistem business ni. Banyak restoran terpaksa gulung tikar jawabnya. Customer pulak takde choice balik-balik kena makan benda yang sama sebab pilihan kedai tak banyak.

Lauk gulai daging salai kat restoran exclusive VS gulai daging salai gerai kampung mesti ada beza harganya bila kau tambah kos pekerja, kos sewa, kos delivery, kos bahan mentah yang berkualiti, kos tenaga, kos penyimpanan, kos masa dan segala tok nenek kos lain. Semua ni menaikkan harga. Tapi benda macam ni bila dibincang dalam media sosial, ramai macam bengap. Yang dorang nampak cuma harga harga harga.

Sedangkan dalam dunia bisnes, ramai sebenarnya peniaga yang struggle dengan low margin. Dengan banyaknya persaingan sekarang, kau rasa margin boleh dapat tinggi ke? Kalau dapat 50% margin kira untung dah tu. Hakikatnya ramai yang dapat buat untung RM5-6 seunit. Itupun kena kecam. Pastu kau banyak cengkadak pulak nak free gift lah, nak free delivery la, nak itu, nak ini.

Kadang-kadang kelakar bila yang paling kecoh mengkritik adalah yang tak pernah berbisnes pun. Dorang tak tahu pun apa tu overhead, apa tu modal pusingan, apa tu risiko stok mati, apa tu inventori rosak, apa tu kos gaji staf, kos mesin, kos compliance, kos marketing, kos refund, kos packaging, kos logistik, kos platform marketplace, kos digital tax dan entah berapa kos lain yang hanya orang berniaga faham. Dorang cuma nampak peniaga dapat duit dari customer. Dorang tak nampak duit tu akan ke 10 pihak lain dalam sistem tu.

Memang makanan kampung biasa-biasa. Tapi bukan semua kedai makan jual makanan alone. Kedai-kedai exclusive ni jual makanan DAN keselesaan. Orang have-have kalau makan bukan nak makan saja tapi nak keselesaan sekali.

Dulu zaman orang beli Starbucks, itulah tempat aku and En Wan jumpa customer. Bukan nak minum air sangat tapi tempat tu selesa. Selesa nak berbincang, selesa nak buat presentation. Macam tu la dengan restoran exclusive yang lain. Makanan memang sama macam gerai kampung jual, tapi keselesaan tu tempat lain tak offer. Some people nak makan bertenang-tenang sambil bersembang dalam aircond. Ada orang prefer makan tempat macam ni bukan nak makan sangat, tapi nak nikmati the keselesaan. Tempat kalau selesa, makanan pun auto jadi sedap tau.

Dalam ekonomi yang sihat, mesti ada barang murah, barang sederhana and barang mahal. Kalau barang mahal dikecam kerana mahal, kau takkan jumpa inovasi dalam bisnes. Apple contohnya. Dulu ramai kutuk harga iPhone. Tak masuk akal katanya. Tapi Apple kekal dengan strategi premium dorang. Dia kisah apa orang lain tak mampu sebab dia ada target market dia sendiri. Kalau Apple ikut kata netizen “aku nak phone RM200”, hari ni maybe takde App Store, dan takde app developer Malaysia cari makan.

Bila produk dijual mahal, marginnya besar. Dengan margin tu dorang boleh buat inovasi pada produk yang mana customer akan dapat benefitnya. Imagine kalau restoran fine dining kena jual murah semata-mata sebab netizen kata tak mesra B40. Apa akan jadi? It destroys creativity in the kitchen! Chef-chef tak dapat nak be creative sebab bajet tight.

Toksah sembang jauh. Kita tengok kisah luxury henbeg. Berapa ramai yang mengutuk orang beli beg ribu-ribu sebelum ni? Bila hari tu China reveal kononnya most of the branded bags datang dari negara dorang yang dijual dengan lebih murah, berjujukkkkk orang beli henbeg dari China. Tu maknanya apa? Maknanya ramai je nak merasa ada luxury bags, tapi sebab harganya mahal sangat dan-dan la kata tak logik apa segala. Bila dapat lubuk yang jual murah, muka-muka yang mengutuk tu jugak yang beratur beli dulu. Heh!

Takyah kritik KA tu sangatlah. Memang dia jual harga mahal kali ni sebab nak tarik crowd berbeza. And kau bukan target marketnya. So diam.

Bukan semua bisnes target rakyat marhaen. Ada bisnes target T20. Ada bisnes tak kisah siapa beli asalkan cukup volume dan margin. Peniaga yang jual barang premium tak ambil hak sesiapa pun. Orang yang jual nasi kukus RM18 tak menghalang makcik tepi jalan jual RM5. Dua-dua boleh berniaga serentak. Market kita yang akan tentukan siapa kekal dan siapa yang kena berundur.

Customer bebas pilih ikut kemampuan. Kalau produk mahal tapi orang tetap beli, itu tanda produk tu berbaloi untuk segment tertentu. If one day customer dah kurang minat, peniaga boleh adjust harga atau ubah model bisnes. This is normal practice.

Kita kena realistik. Kos hidup makin naik. Barang mentah naik. Kos logistik naik. Kos elektrik naik. Kos compliance naik. Gaji pekerja pun kena naik. Kalau semua naik tapi harga produk terpaksa kekal untuk jaga hati rakyat, siapa nak tanggung kenaikan kos ni semua? Nak suruh owner bisnes topup dari poket sendiri? Itu bukan berniaga, itu namanya buat charity.

Kalau sambal RM25 mahal, belilah sambal RM9.
Kalau kopi RM16 mahal, air Nescafe 3-in-1 pun sedap.
Kalau stokin RM40 sepasang tak masuk bajet, Mr DIY sedia melayan anda. Hahahaha.

Tak, maksud aku, kita mesti belajar accept hakikat tanpa rasa terancam. Kita kena belajar jangan jadikan kemampuan kewangan kita as standard untuk semua orang. Hanya kerana kita tak mampu tapi kita nak juga benda tu, kita paksa orang lain ikut had kemampuan kita. Kita nak semua benda kekal rendah so that kita tak payah bergerak naik. Ini namanya gila.

Lain kali bila nampak harga mahal, scroll je. Bagi orang lain beli. Benda yang mahal adalah peluang kepada yang mampu membayar. Fullstop.