2026-01-14

Bos tak counter offer sebab takde bajet?

Tertarik aku dengan post Thread dak ni. Berasa nak explain dari perspektif seorang majikan. 

Pendapat aku ni tak mewakili semua majikan, tapi mungkin mewakili pandangan majikan-majikan lain yang tak counter offer pekerja.

Ada satu benda yang ramai pekerja selalu salah tafsir bila resign. Iaitu bila bos tak cuba pujuk, tak counter offer, tak cuba halang kau daripada lompat ke tempat baru, automatik terus ingat bos tak appreciate atau macam yang dak ni kata "bos takde bajet". Hahaha. Suka-suka kau je kata bos takde bajet, kan?

Hakikatnya, kebanyakan pekerja tak pernah benar-benar faham cara seorang majikan berfikir bila dapat surat resign. Bagi pekerja, resign tu personal. Maybe new hope. Maybe frustration. Tapi bagi seorang majikan, resign itu hanya operational process. Ni bukan K-drama ya, nak ada adegan pujuk-memujuk.

Dia macam ni. Bila seorang pekerja serahkan notis berhenti kerja, that was not the start of the discussion, it was the final call. Pekerja tu dah fikir panjang sebelum masuk bilik jumpa bos untuk bagi surat resign. Pekerja tu dah compare gaji, dah survey new company, dah discuss dengan suami/isteri, dah kira kos minyak, dah kira cuti, etc. Pendek kata semuanya dia dah pikir sebab tu dia hantar surat resign. Pekerja tu dah mentally move on. Jadi bila pekerja cakap “Bos, saya dah resign”, that was not opening a discussion. It was stating the decision.

Aku salah seorang majikan yang tak pernah counter offer pekerja. Reason aku mudah. Dorang datang dengan surat resign. Maknanya dorang dah decide. Jadi, aku ambil and say ok. Tu je. Takde hurt feelings ke apa semua. Sebab ini adalah proses normal. 

Kau rasa majikan kecewa ke bila pekerjanya resign? Tak. Dia faham sebab dia pun pernah jadi pekerja sebelum menjadi majikan. This is a normal process. I don’t take it personally. I don’t get upset or feel betrayed. It’s just part of the cycle. Employees move on, and new ones come in. The key is to leave on good terms, keep respect on both sides, and maintain a professional relationship. Life and business move forward. No hard feelings, no drama.

Counter offer tu bukan benda yang bos boleh buat spontan. Majikan tak boleh terus sebut jumlah kenaikan gaji macam tu je. Ada struktur, ada bajet, ada hierarchy, ada board, ada HR, ada budget planning setahun ke depan, ada headcount approval, ada SOP, ada KPI, ada business forecast. Tu semua kena pikir. Kadang-kadang nak ubah gaji SEORANG staff pun perlukan meeting, emails, paperwork, approval, and timing. Sebab cara company bekerja bukan bergerak dengan rasa kesian. Ramai tak nampak proses bisnes di belakang tabir.

Majikan yang matang tahu counter offer HAMPIR SELALUNYA tak berbaloi. 50% pekerja yang dapat counter offer akhirnya resign jugak dalam masa 6-12 bulan sebab punca awal ketidakpuasanhati tu tak hilang. 

Bila pekerja dah masuk mode nak keluar (nak resign), it’s not just about the money. Faktor paling common adalah stress, burnout, bosan, toxic co-worker, stagnation, berulang ke tempat kerja jauh, family time, peluang growth, passion dah berubah, atau tak boleh carry the task/target. Duit cuma alasan paling senang nak buat orang faham. Hakikatnya, ada reason lain.

In most cases, naikkan gaji tak akan padam punca-punca lain. Macamana aku tahu? Sebab aku adalah bos yang berpengalaman jadi pekerja. Sebab tu aku tak akan buang masa pujuk sebab aku tahu the moment dia bagi surat resign, dia dah pikir habis. Buat apa tahan-tahan.

Lagi satu realiti yang pahit untuk ditelan tapi ini adalah sangat betul iaitu, bos yang baik selalunya akan lepaskan pekerja pergi. Bukan tak appreciate pekerja tapi sebab kami menghormati hak manusia untuk ada growth. Bos yang insecure je yang tahan-tahan pekerja dengan paksa atau main emosi. Bos yang ada vision panjang tahu pasaran kerja tak statik. Takde pekerja yang akan kekal selama-lamanya. Semua orang ada career cycle, and it’s normal if that cycle leads you out of a company.

Bila bos cakap “terima kasih and all the best” (ini ayat default aku untuk every farewell pekerja), itu bukan tanda kau tak penting. Itu tanda bos rasional, profesional dan matang. A company is not a permanent hangout. It moves and changes as people come and go. Smart employers respect that cycle.

Satu benda yang maybe ramai pekerja tak sedar, actually bos tahu lebih awal daripada kau sendiri bila masanya untuk kau move on. Bos boleh nampak bila someone tak lagi excited dengan kerja. Kerap MC, kerap cuti, buat kerja asal siap. Productivity drops for no clear reason.

Bila kau start ambil MC dengan kerap, bila setiap kali meeting kau datang melengong unprepared, tak participate, tak bagi idea - bos yang peka tahu kau dah mentally disengage. That's why bila kau hantar surat resign, bos tak counter offer. Sebab bos dah nampak kau punya attitude kerja lebih awal. So why nak counter offer someone yang dah tak selari dengan environment kerja? It’s better to let go respectfully than try to force someone who’s already run out of steam.

Memang ada kes company takde bajet. Company, tak kira kecik atau besar, ada fasa naik turun. Ada quarter untung, ada quarter rugi. Ada cashflow sangkut. Ada masa company freeze recruitment. Ada masa boss sendiri tak ambil gaji.

Tapi pekerja tak nampak semua tu. Pekerja tak tahu bos tido lambat cari projek, boss kerja on weekends create new formula, plan new campaign. Dorang tak tahu bos stress deal dengan bank. Dorang tak tahu company tanggung EPF, SOCSO, medical claims, insurance, utility, tools, subscriptions, tax, vendor and customer complaints. Dalam keadaan macam tu, a boss won’t make a desperate move to hold onto someone if the budget is not there. Tak kiralah staff tu bagus macam mana pun. Business sustainability lebih penting daripada mempertahankan SEORANG pekerja yang dah get ready nak pergi.

Maybe kat sinilah ramai pekerja terasa hati. Dorang rasa macam bos tak perlukan dorang lagi. Dorang anggap counter offer bermaksud penghargaan. Actually tak payah pun terasa. Penghargaan can show up in a hundred different ways. Peluang belajar, gaji yang dibayar setiap bulan, medical claims dibayar, bos yang tak jerit-jerit, flexibility lunch hour sampai 2 jam, waktu solat yang lama sebab nap sekali dalam surau, boleh work from home, etc. Part tu kau tak pikir. Tetiba bila boss tak counter offer terus melabel boss macam-macam. Hmm..patutlah pun boss tak counter offer.

Sebenarnya dari perspektif majikan, counter offer ada long term risk terhadap bisnes. Bila bos naikkan gaji someone hanya kerana tak nak bagi dia resign, it sends the wrong message. Pekerja lain akan nampak. Dorang akan fikir ohhh inilah template mudah nak naik gaji. Ugut dengan resign. A culture like this destroys morale and creates pay gaps. Itu jauh lebih bahaya daripada hilang satu orang.

Tak dinafikan ada pekerja yang dah berjasa bertahun-tahun pada company. Tapi bos buat keputusan ke depan, not for sentimental reasons. Kalau pekerja tu dah capai plateau, stagnant, skill pun tang tu je tak berupgrade, dah tak bawa ROI - counter offer takkan mengubah semua ni. 

Pekerja pun patut jujur. Sometimes diri sendiri pun tahu performance dah suam-suam kuku. Keluar je lah cari tempat lain. Maybe kat tempat baru dengan challenge yang baru, kau akan lebih termotivasi.

Kita kena belajar untuk faham mindset majikan. From a boss’s perspective, losing staff is not the end of the world. Lebih-lebih lagi kalau boss tu adalah owner of the company. Kalau boss kau sama macam kau makan gaji di company tu, dorang maybe gelabah bila kau nak resign sebab kerja kau mungkin dia tak pernah buat. Tapi bagi boss yang own the company, kerja kau tu dia PERNAH buat. Sebab tu dia tak kisah kau nak resign. Bukan sebab dia tak appreciate tapi dia nak lepaskan kau grow di tempat lain, sama seperti dia dulu.

As majikan, bila staff resign, itu membuka ruang untuk ubah struktur organisasi, dapat naikkan staff junior yang dah lama menunggu, boleh hire fresh talent dengan skill set baru, atau automate kerja yang redundant. Sesetengah bos lega bila staff resign, walaupun dorang tak tunjuk. Because sometimes someone leaving is the strongest change catalyst dalam organisasi. Pekerja tu maybe tak sedar dia sebenarnya berada di fasa “just occupying space”. Counter offer will only slow down the organization’s improvement.

Pekerja jarang nampak semua ni. Pekerja cuma nampak keputusan bos dari sudut perasaan. Bos tu tak pujuk sebab dia percaya pada profesionalisme kau. Dia tahu kau boleh buat lebih baik di tempat baru. Dia tak mahu jadi batu penghalang. Dia tahu kau deserve lebih banyak exposure yang dia tak dapat bagi now. Dia tahu job scope company terlalu kecik untuk potensi yang kau ada. Dari gaya kerja kau dia tahu kau akan grow lebih baik di tempat lain. That is actually a compliment.

And yes, realiti yang pekerja paling susah nak telan adalah, in most cases, staff yang resign sebenarnya tak lagi berada dalam kategori irreplaceable. Dalam market sekarang, takde seorang pun yang benar-benar indispensable. Semua orang akan diganti. Career path sentiasa bergerak. Life goes on. It feels harsh but it’s true. Kalau bos tak counter offer, bukannya kau tidak penting. It basically means the company is ready to move forward.

Apa yang penting ialah how we read the situation. Bila bos lepas kau dengan baik tanpa banyak karenah, kau patut rasa lega. It shows the relationship is professional. That's better daripada bos pulangkan surat resign marah-marah atau ugut, itu lagi naya. Itu tanda company tu lemah atau terlalu bergantung pada seorang pekerja.

Jadi bila kau resign dan bos tak counter offer, jangan cepat triggered. Anggap itu sebagai blessing. Yang nak resign tu kau. Kau yang nak pergi ke tempat baru. And bos pun nak team-nya berkembang dengan lineup baru. So takde siapa menang atau kalah kat sini. Semua orang cuma bergerak ke fasa seterusnya.