2026-01-16
Kita cuma perlu stay consistent longer than most people are willing to.
Tengah breakfast kat dapur sorang-sorang pukul 7.30 pagi semalam ternampak quote ni:
Sedang elok pulak quote ni melintas time aku breakfast sorang. Macam terkena betul kat diri sendiri.
Bukan apa, Sabtu malam menemankan En Wan close deal kat Batu Caves, dari 8.30-11.30 malam! 3 jam. Sampai aku bangun, bayar makanan aku and lepak luar kedai pulak. Naik tepu kepala 3 jam dalam mamak. Pukul 12.15 pagi baru sampai rumah. Pastu dia tak tido, sambung prepare things sebab pagi esoknya (Ahad semalam) pukul 7.15 pagi dah keluar ke Wangsa Maju untuk meet another prospek yang nak buat hibah.
Sabtu malam, orang lain dapat lepak-lepak kat rumah dengan famili, dia kerja.
Ahad, orang lain dapat bangun lambat golek-golek atas katil, dia dah atas jalan gi kerja.
Betul quote tadi kata, jangan jealous dengan sesiapa sebab apa yang dia miliki, ada harga yang dibayar.
Honestly, tengok En Wan kerja, aku yang penat.
Isnin 6 pm kitorang sampai rumah dari Tokyo, esoknya selepas Subuh gelap-gelap dia dah panjat Genting ada seminar sampai malam.
Rabu dia kena bagi talk siang, malam meeting kat Damansara.
Khamis & Jumaat appointment dengan client.
Sabtu aku ingatkan dapatlah dia rehat, rupanya Sabtu Ahad pun kerja. Semalam petang dari 5.30-7.30 malam dia jumpa new client kat Bangi.
Pagi ni sepatutnya ada meeting, tapi dia terpaksa tak pergi sebab nak prepare slides untuk another talk esok.
Dulu masa awal-awal dia jadi agen, aku pernah kata "One day orang akan panggil abang bagi talk". Dia reply, "Takdelah, abang tak suka bagi-bagi talk ni. Abang nak buat kerja macam biasa je diam-diam". Nah kau! Sekarang berderet orang panggil dia bagi talk.
Dari dulu sampai sekarang, people tend to treat "freedom" as something that just happens. Hakikatnya, freedom tak jatuh dari langit. It’s something you build, paid for, and the biggest cost is FOCUS. Hari tu aku dengar podcast, speaker tu kata fokus is currency yang paling mahal zaman sekarang. Bukan duit, bukan masa. Tapi fokus.
Because zaman sekarang terlampau banyak distraction and social comparison. Nak fokus jadi payah. Bila kita boleh fokus dengan apa yang kita buat, itu adalah satu kelebihan. The people who win freedom are usually the ones working while others are still talking.
Last year En Wan break his own record. Tahun 2023 dia buat kes paling banyak 322 cases setahun. Tahun 2024 buat 311 cased. Last year 2025, dia break his own record, dapat close 325 cases.
Aku tahu ada orang start questioniong how come dia boleh konsisten buat banyak kes. How come dia konsisten pegang MDRT setiap tahun. Dia dah ada haters, ya. Padahal dia buat kerja sendiri. Ofis pun tak campur dengan orang lain. Ofis dia adalah ofis aku. Hari-hari dia di ofis aku buat kerja. Kalau tak masuk ofis, dia akan keluar jumpa client. Cara-cara kerja tak campur orang pun masih boleh attract haters. Tam paham akum.
Padahal En Wan tak pernah tayang personal belongings like some agen. Kalau tengok FB and IG En Wan dia hanya share AWARD dan GAMBAR WITH CLIENT. Reward yang dia dapat tak pernah dia share. Sebab aku dah pesan reward jangan share sebab takde benefit pada sesiapa yang melihat. But award, yes kena share sebab itu signal TRUST. Bila you banyak dapat award, client trust your cara kerja.
Aku selalu pesan kat En Wan, once you berjaya, haters you adalah dari kalangan your circle. Aku sangat berpengalaman bab ni menjak jadi blogger dulu. Yang tikam, yang mengutuk, yang menjatuhkan adalah dari kalangan circle yang sama, yang kau pernah kenal.
Zaman aku makan gaji, yang dengki and komplot dengan achievement aku adalah orang dalam circle sales tu jugak.
Zaman aku run bisnes lagi nampak obvious. Ingatkan kau and aku sama-sama dalam bisnes, kita boleh duduk sembang semeja cerita pasal bisnes, rupanya tak. Dalam pada dia berkawan tu dia mendengki sekali. Diam-diam dia kacau semua plan aku. Tapi kat depan-depan masih berlagak macam kawan.
Benda macam ni jadi sebab dia hanya nampak part berjaya. Nampak Hamba Allah tu hidup selesa, ada banyak pilihan, ada power buat decision sendiri, ada pengaruh. Dia nampak part “win”. Part struggle dia tak nampak. Part masa hasil langsung takde tapi everyday masih masuk opis buat kerja, hat ni dia tak nampak. Sebab tu dia mudah rasa dengki sebab bagi dia, dia dan kita sama-sama buat the same thing sepatutnya takdir kita sama. Tak adil bila kita dan dia sama-sama buat benda yang sama tapi kita dapat lebih dari dia. Haaa gitu pada pikiran dia.
Hari tu kat Thread nampak sorang ni tanya "Korang yang travel overseas 2-3 kali setahun ni kerja apa eh?"
Takde kaitan dengan kerja apa pun benaunya, dik. Apa-apa kerja pun boleh. Ini lebih kepada manage lifestyle, masa, dan pilihan yang ada bertahun-tahun sebelum tu.
Dua orang boleh carry the same job, same jawatan, same gaji, tapi berbeza lifestyle. Bezanya bukan pada title, tapi pada small decision yang dibuat berulang kali.
Orang yang menikmati flexible and freedom hari ni selalunya dah melalui fasa hidup yang langsung tak glamour. Masa kawan-kawan lepak, dia tak dapat join sebab kerja. Masa orang lain busy holiday, dia kawal perbelanjaan. Orang lain join trend beli itu ini, dia terpaksa skip. And they didn’t make that choice just once. They made it over and over again. There’s no big transaction that happens overnight. Life doesn’t work that way.
Masalahnya orang hanya nampak hasil. Orang nampak hidup yang fleksibel, time freedom, bebas buat keputusan sendiri. Dorang tak nampak time semua “tak jadi”. That's why wujud rasa dengki. Most of people like this actually bukan benar-benar nak life macam orang yang didengkikan tu. Sebab kalau dia nak, dia sanggup lalui path yang sama, disiplin yang sama, konsistensi yang sama. Tapi tak. Dia tanak buat semua tu, dia cuma nak hasilnya saja, bukan harganya.
Envy isn’t really about others. It’s an internal conflict between what we see and what we know we are not willing to do. Kita tak payah jadi luar biasa. Kita cuma perlu stay consistent longer than most people are willing to.
Oh by the way, memandangkan minggu ni musim orang hantar anak masuk boarding school, aku teringatkan kes Rayyan dulu. Selalunya anak-anak yang masuk SBP/MRSM ni wajib join sport dan dorang usually aktif dalam sport especially sports like hoki, rugby, bola. Sukan macam ni cenderung dapat injury. Kalau anak belum ada medical card, please standby satu, ya.
