2025-12-21

Walaupun kisah usahawan berjaya tanpa degree itu sah dan menginspirasikan, tetap tak sesuai untuk diraikan di majlis akademik sekolah.


Ramai yang respond post aku semalam pasal influencer. Rupanya influencer tu jual produk yang katanya tapau semua jenis penyakit. Hmm… aku pun baru tahu. Pastu katanya puak-puak influencer tu sekarang tengah seronok bila Dr Malar mintak maaf.

Sedih pulak aku dengar. Bukan sedih dengan Dr Malar tapi sedih rupanya ramai yang comprehension out, tak faham apa yang Dr cuba sampaikan. Gini punya cara-cara agak-agak kalau diteruskan dengan takde exam sampai bila-bila, besar harapan makin ramai yang benak.

Isu ni yang buat panas sebab RAMAI anggap Dr merendah-rendahkan those yang tak belajar tinggi. Dorang dok ingat Dr berbangga dengan her PhD and memperkecilkan orang yang hanya ada SPM.

Bukan nak cakap apa la, ya. Tapi inilah sebabnya kenapa belajar tinggi itu penting. Bila orang cakap ada diploma atau degree bagi impak yang berbeza, ada yang panas hati. Nanti dikatanya degree tu tak bawak masuk kubur. Dikatanya memandang rendah pada yang takde. Nampak tak?

Ini yang ramai tak nampak dengan isu ni. Bila cakap pasal peranan, konteks dan kesesuaian, dorang terus tafsir macam “Kau rasa kau belajar tinggi daripada aku kau hebat?”, padahal kita cakap konteks lain.

Orang yang melalui proses pendidikan tinggi usually dah biasa dengan discussion macam ni. Dalam lecture, dalam tutorial, dalam tesis, memang dilatih untuk dengar hujah without taking them personally. Kita belajar beza antara “kritik idea” dengan “attack individu”. Kita belajar tak semua discussion is about us. Sometimes, we are just an example in a much bigger argument.

Bila tak terlatih dengan semua ni, respon yang keluar selalunya bersifat reaktif. Dengar satu statement, baca satu reply, terus triggered. Tak tunggu konteks penuh pun. Let alone nak tanya apa yang sebenarnya dimaksudkan. Terus jump into conclusion kononnya orang tu menghina and merendahkan dia.

Tak, dorang bukan bodoh cuma they are not being used to thinking in layers. Semuanya dibaca dengan emosional. Sebab tu bila orang kata belajar tinggi mengubah cara fikir, ada yang melenting. Dia anggap kita menyindir. Padahal hakikatnya memang high education expose kita to hujah-hujah yang heavy dan idea yang bercanggah.

Dalam isu ni, Dr Malar tak bercakap tentang value orang yang hanya ada SPM. Dia bercakap tentang nilai akademik dalam konteks sekolah. Tapi sebab ramai tak dapat membezakan konteks, dorang rasa seolah-olah diserang. Maka keluarlah statement-statement like “Oh jadi yang ada SPM saja ni semua tak layaklah? Tak bergunalah?” Padahal itu bukan point asal. Men-spin je kerja dorang ni.

This also explains why public discussions always get so noisy tapi ujung-ujung tak ke mana. Sebab ujung-ujung semua orang bercakap dari sudut diri masing-masing, bukan dari sudut sistem. Semua orang rasa dorang kena mempertahankan maruah, bukan nak fahamkan konteks. Kita nak naikkan perbincangan ke level prinsip, dia tarik turun ke level emosi. Halah halahhhhhh.

Inilah exactly kenapa high education masih relevan. Bukan untuk berbangga-bangga, tapi untuk latih mindset supaya boleh duduk dalam perbincangan yang heavy tanpa rasa terancam. So that bila orang bercakap tentang kesesuaian, tentang standard, dan peranan, kita tak dengar as penghinaan.

Aku ada terbaca komen yang kata geng-geng yang bersetuju dengan Dr Malar semuanya too rigid. Dorang argue kalau influencer bercerita kejayaan as usahawan, salah ke?

Inilah dia kesannya bila kita hidup dalam zaman yang mengangkat naratif “tak payah belajar tinggi untuk berjaya”. Kisah-kisah influencer yang jadi founder produk tanpa perlu belajar tinggi memang wujud, dan tak dinafikan itu satu bentuk kejayaan juga. Tapi the real question bukan samada kisah tu valid atau tak. The question now is, sesuai ke kisah itu dibawa ke platform akademik sekolah?

Kat sinilah ramai orang confused. We focus too much on the individual and their success story, and forget to ask what the platform is actually for.

Setiap platform ada makna dan ada nilai yang diwakili. Bila someone dijemput ke satu majlis, itu bukan sekadar berkongsi cerita, ya. Secara simbolik, orang tu diangkat as a representation of the values the event is celebrating. Dan majlis akademik sekolah, samada kita suka atau tak, sebenarnya simbol usaha intelektual, ketekunan akademik, dan perjalanan panjang menuntut ilmu.

Pelajar-pelajar yang duduk dalam dewan tu bukan CEO dan bukan golongan usahawan. Itu semua PELAJAR yang struggle dengan algebra, yang markah maths 38, yang everytime exam nak dapat 4A pun meratap. Realiti dorang sekarang ialah buku teks, exam, cikgu and pressure untuk score.

Bila di depan berdiri seorang figura yang diraikan dalam program akademik, walaupun cerita kejayaan itu tentang bisnes, mesej simboliknya tetap sama iaitu orang ini dianggap relevan sebagai inspirasi akademik. Walaupun dia tak sebut “tak payah belajar”, simbol yang dia carry lebih kuat daripada kata-kata.

Pelajar-pelajar sekolah ni tak menganalisis macam orang dewasa. Dorang tak fikir konteks. Dorang jenis yang capture gambaran besar. Dan gambaran besar tu ialah, “Oh, orang yang tak excellent in academic pun dijemput bagi talk kat sekolah. Maybe akademik bukanlah penting sangat bagai dikata”.

Oh maybe ada yang kata “At least boleh bagi harapan kepada pelajar yang lemah akademik.”

Empati sungguh statement kau tu, kan? Tapi kita kena jujur, ya. Giving hope without structure can actually be dangerous.

Kisah-kisah kejayaan tanpa laluan yang realistik can easily turn into illusion. Why? Sebab founder-founder yang berjaya tanpa pendidikan tinggi hanyalah minoriti. Selalunya dorang ada gabungan faktor lain like timing, modal, network, crowd atau bakat luar biasa yang tak semua orang mampu.

Pendidikan pula untuk majoriti. Sistem pendidikan dibina untuk provide the most stable path that is accessible to most people. Bila sekolah mula mengangkat kelompok minoriti sebagai inspirasi, secara tak sedar meremehkan laluan yang paling selamat untuk kebanyakan pelajar. Ada faham?

This is not about shutting out the real world. Ini tentang peranan dan tempat. Ada ruang untuk kisah laluan alternatif. Tapi apa juga program yang dibuat di sekolah bukan platform neutral. It’s basically a symbolic ceremony that highlights what’s considered important by the education system.

Ok let’s be honest. Kenapa sekolah rasa perlu jemput influencer? Why?

Jawapannya selalu berkait dengan satu benda iaitu ATTENTION. Sekarang semua kejar likes and followers. Sekolah pun tak nak ketinggalan. Nak nampak relevan and up to date. When attention becomes the priority, kesesuaian dah jadi nombor 2.

“Takkan tak boleh langsung influencer cerita pasal kejayaan bisnes dia?”

Jawapannya bukan tak boleh langsung, tapi bukan di platform itu. Setiap institusi ada nilai asas dia sendiri. Kalau semua boleh jadi inspirasi kat semua tempat, takdelah lagi ruang yang betul-betul pertahankan sesuatu nilai dengan tegas.

Tak belajar tinggi, atau takde ijazah, atau hanya ada sijil - itu soal lain. Yang kita cakap sekarang adalah PLATFORM. Mak Aji pun takat exam Form 5 je (HCE? MCE?). Bezanya dia tak bagi talk kat platform pendidikan.

Bagi aku sekolah kena konsisten dengan apa yang dia perjuangkan. Nak jemput influencer bercakap pasal keusahawanan di sekolah, jemputlah someone yang ada education background yang strong supaya mesej yang disampaikan kuat. Kalau tak, kita akan sampai ke satu tahap di mana pelajar confuse tentang apa yang patut dorang usahakan.

To me isu yang panas ni lebih kepada apa yang kita pilih untuk tunjukkan kepada generasi muda. Walaupun kisah usahawan berjaya tanpa degree itu sah dan menginspirasikan, tetap tak sesuai untuk diraikan di majlis akademik sekolah. Bukan sebab pengalaman dia rendah nilainya, tapi sebab setiap kisah perlu diletakkan di plaform yang betul.

I rest my case.