2025-12-20

GreenAard: Senaman memang bukan untuk kurus


Pagi Sabtu hari tu aku up post pasal makan kat Nurul Sate Batang Pinang. Then gambar kedua gambar jeans baru rembat dari Uniqlo. Sizenya 26 inci (66 cm). Tak sangka rupanya orang lebih berminat dengan gambar kedua tu.

Yang sorang ni kata dah give up jogging sebab hari-hari keluar peluh macam kena kejar anjing, beria punya peluh. Yang sorang kata everyday buat 10,000 steps, tambah lagi dengan 15 set naik tangga turun tangga dari tingkat 4 ke ground floor. Ya ampun, gigih korang exercise. Salute!

Tapi dua-dua ni kata berat tak turun.

Bila dia kata "berat tak turun" tu aku dah boleh agak apa masalahnya.

Masalahnya ialah, SENAMAN MEMANG BUKAN UNTUK KURUS. Yang ni masih ramai salah faham. Ramai masih ingat nak kurus kena exercise. SALAH! Senaman untuk sihat, bukan untuk kurus. Yang buat kita kurus adalah diet.

Badan kita tak de-design untuk berfungsi bila exercise je boleh kurus. Tak. Kau boleh jogging everyday tapi kalau kalori yang masuk badan masih tinggi, badan tetap simpan lemak macam biasa. Ini biologi.

Badan kita berpeluh masa exercise bukan petanda lemak dibakar. Peluh tu cuma tanda badan tengah sejukkan diri. Kau boleh je berpeluh dalam sauna sambil menyangkung tak buat apa-apa. Berpeluh juga. Tapi takkanlah sebab berpeluh dalam sauna kau nak claim badan burn 300 kalori? 

Kau keluar gym muka berpeluh macam kena simbah air, itu tetap bukan bukti pengurangan lemak. Itu cuma bukti air dalam badan keluar. Bila kau minum, angka dekat penimbang akan naik balik.

Nak sihat, yes bersenam. Tapi nak kurus, kena jaga makan. These two things are actually connected, just not in the way people usually assume. Exercise tu penting untuk jantung, untuk blood sugar, untuk triglyceride, untuk stamina, untuk mood, untuk tulang, untuk otot. Tapi bukan untuk kurus.

Aku bagi contoh paling senang. Kau jogging 1 jam, maybe bakar 300-400 kalori. Ni aku letak tinggi sikitlah nak sedapkan hati. Lepas jogging, balik rumah kau pun minum air, makan karipap dua biji (lepas exercise selalunya lapar), or makan nasi lemak sepinggan. That one meal alone already wipes out all the calories you burned. So secara matematiknya, kau tak minus apa-apa pun. 

Some days, you even end up eating more than what you burned. Itu nature manusia. Bila penat, kita cari reward. Bila lapar sebab workout, selera naik. Bila stress sebab tak nampak result, kita makan untuk release tension. That's normal.

Diet, walaupun bunyinya boring, ini tetap cara sebenar untuk lose weight. Bila kurangkan kalori (kurang makan), barulah badan mula guna tenaga simpanan, iaitu lemak. Bila kalori masuk kurang daripada kalori keluar, badan mula drop berat. Dan sebenarnya, diet lebih senang dikawal berbanding paksa diri berjogging everyday. Satu teh tarik is around 180 kalori. Kau skip satu teh tarik je, kesannya sama macam kau jogging 30–40 minit. Betapa besarnya pengaruh makanan berbanding exercise.

Tapiiii, nak kawal makan tu lah yang paling susah nak dibuat. Nak skip meal tu laaaaaaaaaagi susah nak dibuat. Sebab kita dah biasa makan 3 kali sehari. Ini minimum. In between pulak ada tea time, jajan. Lagilah ke laut diet. 

Waist aku now can fit jeans 26 inch (66 cm). Aku diet, ke? Maybe, tapi aku tak berlapar. Korang sendiri boleh tengoklah cara aku makan. Aku kalau makan, memang berbaloi punya makan. Takde sikit-sikit punya. Cuma maybe aku makan bersistematik sikit.

Pagi, lepas Subuh atau sebelum Subuh aku ambil Maaltyd dulu. Selalunya perut takkan rasa lapar until 2-4 pm. 

"Tak rasa lapar" tu ada beza dengan "nak makan". Selalunya kita tak lapar, cuma kita nak makan sebab dah sampai waktu makan. Itu yang menyebabkan kita tetap makan walaupun tak rasa lapar, betul tak? 

Katakanlah aku makan proper meal at 2 pm, lepas tu mengunyah kacang-kacang, until 6-6.30 pm aku stop. Stop sampai esok pagi Subuh baru makan Maaltyd balik. Repeat rutin yang sama the next day dan seterusnya.

Kalau aku berazam tak nak makan nasi atau any karbohidrat on that day, aku akan makan GC Plus. Aku skip Maaltyd. Aku hanya akan makan Maaltyd kalau siang tu berasa nak makan nasi, mee atau roti-roti. Kalau hari tu plan nak makan protein only, baru aku ambil GC Plus untuk kurangkan risiko sakit perut. Kalau ambil karbohidrat, konfem aku berumahtangga tepi jamban hari tu.

So, aku tahan lapar ke? Tak. Tak pernah berlapar pun. Tetap makan macam biasa, cuma aku perlukan something yang boleh mengurangkan rasa lapar so that I can skip satu waktu meal. Itu saja. Sebab tu aku replace satu meal dengan samada Maaltyd atau GC Plus. Tak perlu berlapar pun. 

Cuma tu la, skip makan ni yang orang susah nak buat sebab waktu makan tu terlalu tempting, kan? Tapi perasan tak bulan puasa kita boleh je skip meal. Itu maknanya kita boleh je tak makan cuma kita tak nak buat.

Menahan diri dari makan ni memang payah nak buat. Sebab eating is emotional, bukan sekadar physical need. Bila stress, kita makan. Bila bosan, kita makan. Bila makanan sedap depan mata, lagi la makan. Bila kena skip satu meal, ramai rasa itu seksa nak buat. Masalahnya bukan perut tak tahan lapar, tapi mindset tak tahan godaan. 

Kita terlalu biasa dengan idea lapar = kena makan. Padahal rasa lapar tu sometimes cuma false signal. Sometimes sebab hormon (setiap kali period hormon tak betul), sebab habit atau sebab kita dah set rutin untuk makan pada waktu tertentu. Bukan sebab badan betul-betul perlukan makanan.

GC Plus and Maaltyd bagi aku space untuk kontrol rasa nak makan. Dia buatkan rasa lapar tu lambat terasa. Bila lapar berkurang, decision-making jadi lebih senang. Sebab aku boleh buat decision nak makan tu pakai otak, bukan pakai tekak. Bila selera kurang, barulah senang nak disiplin. Bila dah terbiasa dengan disiplin, skip satu meal dah jadi normal. Tak terseksa. Sebab realitinya, kita bukan tak mampu. Kita cuma belum biasa.

Untuk yang baru start dengan GC Plus atau Maaltyd, korang jangan ingat benda ni magik ya, tu jam makan, tu jam kurus. Tak. Dua-dua ni tak bagi kau kurus secara directly sebab dia tak burn fat. 

Macam Maaltyd akan stabilkan blood sugar, so that insulin tak spike. Bila insulin rendah, lemak tak berkumpul kat perut. Salah satu sebab perut buncit adalah bila insulin meninggi selepas makan. Insulin yang tinggi akan kumpulkan lemak kat perut.That's why sebelum makan meal, kita stabilkan blood sugar dulu. Itu fungsi Maaltyd.

Kalau GC Plus pulak, dia trigger serotonin. Serotonin ni bila banyak dalam badan akan merendahkan hormon kortisol. Bila kortisol rendah, lemak tak berkumpul kat perut. At the same time serotonin rendahkan hormon lapar. Jadi lambatlah sikit berasa nak makan tu. Bukan tak lapar lansung, tapi kurang lapar. Bila kurang lapar, lambatlah sikit makan. Jadi dapatlah santai-santai skip satu meal tanpa terseksa.

Sebab tu aku selalu cakap, exercise bukan untuk kurus. Exercise adalah untuk SIHAT. Kau nak jantung kuat, nak paru-paru bagus, nak lutut kuat, nak tidur lena, nak mood stabil, nak hormon happy, pergilah exercise. Semua tu benefit exercise yang tak boleh dapat dari diet. Tapi nak turunkan berat? Itu kena diet. Threadmill tak boleh buat kau kurus.

Lagi satu benda aku nak touch. Bila kita exercise, badan sebenarnya jadi lebih efisyen. Kau akan perasan lepas dua minggu jogging, badan dah tak berpeluh macam dulu. Awal-awal start exercise, 15 minit pertama dah menjejes peluh. After beberapa minggu kau akan perasan selepas 30 minit baru keluar peluh, tu pun tak kuyup. 

But that's good news. Maksudnya badan dah adapt. Bila badan adapt, jumlah kalori yang dibakar akan berkurang sebab badan dah pandai optimize tenaga. Jadi kau kena tambah intensiti work out, atau tambah masa kalau nak burn kalori amount yang sama. Tapi siapa je yang ada masa tambah sejam lagi jogging everyday? Hidup kita banyak komitmen lain. Tu pasal diet is still the best.

Another faktor lain yang orang selalu lupa ialah, stress. Bila kau stress sebab berat tak turun-turun, hormon kortisol akan naik. Bila kortisol naik, selera makan meningkat and lemak mula terbentuk kat perut. Badan simpan lemak lebih senang bila hormon kortisol tinggi. Ironinya, stress pasal nak kurus boleh buat kau tak kurus-kurus. Benda ni bunyiknya kelakar, tapi inilah realiti.

Diet is foundation. Exercise is bonus. Foundation kena kuat, baru badan stabil. Kalau foundation tak kuat, exerciselah banyak mana pun takkan compensate. Kau makan 2500 kalori sehari, tapi badan cuma perlukan 1800 kalori untuk maintain. Ada extra 700 kalori disimpan. Kau jogging pun baru burn 350 kalori. Masih ada surplus 350. Tak turun pun berat.

So, tukarlah strategi. Diet pulak. You can start jogging again when you dah clear why you are doing it. 

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.