2025-10-24

Komitmen kau yang bertambah, company yang kena tanggung?


Aku terbaca satu posting pasal orang komplen kenaikan gaji dia setahun RM90 je. Then ada sorang ni komen macam ni:

Sekali baca macam ok, ada point. Memang betul, harga barang naik, inflation, kos hidup makin tinggi. Tapi bila baca part “KOMITMEN bertambah setiap tahun, harga barang naik, tapi naik gaji RM90”, aku rasa macam ada orang tak faham bab ni. Like, since when komitmen peribadi kau jadi tanggungjawab company?

Company bayar gaji ikut nilai pasaran kerja kau. Kalau standard market RM2500, maka lebih kurang itulah range gajinya. Dan company bayar gaji ikut prestasi kerja. Kalau kau bagi lebih value, ada potensi naik gaji atau dapat bonus. Tapi kalau target manjang tak hit, kerja rutin dan takde peningkatan dalam skill dan kreativiti, naik RM90 tu dah besar rahmat, ya. Dan yang paling utama sekali, increment diberi ikut keuntungan company. Kalau margin kecik, kenaikan pun keciklah jawabnya.

Tak masuk akal bila expect company naikkan gaji ikut komitmen peribadi kau. Contoh, kau kawen, ada isteri, ada anak, ada hutang kereta, beli rumah, ambil loan perabot, bayar yuran sekolah, bayar pengasuh, itu semua pilihan kau. Kenapa company kena cover? Kau yang buat komitmen melebihi kemampuan.

Aku bagi analogi simple. Kau pergi mamak. Order nasi lemak biasa. Harga RM3. Pastu kau komplen kat amak, “Anne, aku baru ambik kereta baru, installment RM900. Kau boleh jual nasi lemak ni kat aku RM1 je tak? Sebab komitmen aku banyak”

Kau rasa mamak buat apa? Dia tak tepuk kau dengan pinggan nasi lemak tu dah bagus.

Itulah logiknya bila ada yang kata komitmen naik, gaji patut naik. Company operate ikut kos, ikut market, ikut profit. Bukan ikut bil api rumah kau, bukan ikut berapa banyak anak kau, bukan ikut apa komitmen yang kau dah ambil.

Yes, betul inflasi naik. Harga barang makin mahal. Tapi itu isu ekonomi negara, bukan salah majikan. Bukan kau sorang je ada komitmen. Majikan tu pun ada komitmen. Majikan pun boleh jawab balik, “Company pun ada komitmen. Bayar gaji awak, bayar EPF, bayar SOCSO, bayar sewa pejabat, bayar cukai kerajaan, bayar supplier, bayar maintenance, bayar interest bank. Boleh tak company bayar awak separuh je bulan ni sebab komitmen banyak?”

Kalau pekerja bawa masuk revenue, bawa masuk client, jaga operation, maka logiklah gaji naik. Sebab syarikat pun dapat manfaat. Tapi kalau alasan utama cuma sebab komitmen bertambah, that’s a planning issue on your side, not the company’s problem. Nak kawen ke, nak beli kereta ke, nak ada anak ke, itu semua life choice. Kau buat keputusan dengan rela hati, jadi bertanggungjawablah untuk manage financial ikut kemampuan. Tak boleh paksa company naikkan gaji semata-mata kau ada komitmen baru.

As majikan aku agree yang majikan kena adil. Sesiapa yang perform bagus, bawa hasil kepada company, gaji patut reflect benda tu. Tapi majikan adjust gaji ikut kemampuan. Kalau semua company wajib naikkan gaji ikut inflasi dan komitmen pekerja, company tak boleh survive. Mana-mana company bagi reward atau kenaikan selaras dengan keuntungan.

Maybe staff tak tahu macamana company beroperasi. Aku bagi idea secara kasar:

Katakan satu company ni revenue tahunan dia RM10 juta.
Kos operasi (sewa, utilities, loan, supplier, etc.) makan RM8 juta.
So baki untung bersih RM2 juta.

Daripada RM2 juta ni company kena fikir nak guna untuk apa.
Simpanan syarikat (reserve)?
Bayar dividen shareholder (kalau ada)?
Rolling modal untuk projek akan datang?
Reward/bonus/naikkan gaji staff?

Usually company ada polisi berapa % dari profit atau revenue nak allocate untuk kenaikan gaji. Contoh, 5% dari jumlah keseluruhan payroll. Kalau total payroll setahun RM3 juta, 5% daripadanya (RM150K) adalah untuk kenaikan gaji semua staff.

RM150K ni bukan dibahagi sama rata. HR and management akan tengok siapa high performer (boleh dapat 6-10% kenaikan), siapa average (2-4%), siapa underperform (0-1% atau kadang langsung tak ada). Contoh pekerja A gaji RM3K. Kalau dia top performer, maybe naik 8% (RM240) extra. Pekerja B average performer gaji RM3K. Naik 3% (RM90).

Ada juga company ambil kira inflasi. Contoh inflasi tahun tu 4%. Jadi company maybe set minimum kenaikan 2-3% untuk semua, as long as company mampu. Tapi kalau company rugi? Takde kenaikanlah. So kau tak boleh tengok "Ohh, company buat sales sampai RM10 juta tapi increment RM90". No. 10 juta tu bukan semuanya untung.

Company Devil Wears Prada, setahun dia punya sales RM45 juta. Tapi margin cuma around 30-35% je. Katakanlah, margin 30%, maknanya profit RM13.5 juta. Tapi ini profit tahunan. Kena ingat sepanjang tahun tu, company dah bayar gaji pekerja, dah bayar komisyen, dah bayar utilities segala. Staff total ada 30 orang (termasuk Spore branch). Company bagi 7 BULAN BONUS. Best, kan? Tapiiii tanyalah aku macamana kerjanya pulak. Sepakej dengan kena bambu setiap Monday.

So, sebelum salahkan company bagi kenaikan RM90 je, cari jalan. Inilah truth bomb. Kalau rasa gaji tak cukup, ada dua pilihan yang realistik. Yang pertama, cari kerja lain yang offer lebih tinggi. Atau yang kedua, kerja dengan lebih baik. Complaining takkan ubah apa-apa. Boss kau takkan scroll social media, pastu bila nampak post kau dia terus announce naik gaji RM500. Tak.

Komitmen itu pilihan, bukan paksaan. Kau yang ambil loan, bukan company. Kau yang pilih nak pakai iPhone 17, bukan company. Kau yang pilih nak buat personal loan untuk renovate rumah, bukan company. Jadi bila komitmen tu makin bertambah, itu adalah hasil pilihan kau. Orang lain pun ada komitmen, tapi tak jadikan itu alasan nak salahkan company.

Aku setuju, ada company kedekut gila. Untung juta-juta, bagi increment ciput. Tapi banyak small company, untung pun cukup-cukup, tetap bagi increment RM90. Tetap bagi bonus, walaupun sikit. Tetap bagi duit raya walaupun sikit. Itu tanda mereka masih mencuba. Takyahlah kau nak compare "Company si anu tu best, dia bagi bonus 6 bulan. Increment RM700!"

Dipersilakan pergi ke company tu. Tengok kau diterima ke tak.

Daripada komplen “ridiculous RM90,” at least ada kenaikan. Ada company langsung tak boleh bagi increment sebab tengah survive.

Ramai takut nak tanya diri sendiri "Adakah kerja aku ni layak naik banyak?"

Kalau kerja ala kadar, cukup-cukup makan, kerja rutin, tak pernah ambik extra responsibility, tak pernah upgrade skill, wajar ke gaji naik ratus-ratus every year? Kadang masalahnya bukan boss kedekut, tapi kau yang tak menambah value pada company.

So sesiapa yang ingat kenaikan RM90 tu ridiculous hanya kerana komitmen bertambah, meh aku knock some sense.

1. Komitmen kau = tanggungjawab kau. Don’t shift the ball back to the company.

2. Kalau rasa tak cukup, STEP UP. Cari kerja baru. Jangan stuck dan komplen.

3. Expectation yang salah hanya buat kau frust, bukan buat hidup kau makin senang.

Blaming company just because your commitments went up is not the way out. Stop expecting company to pay for the life choices you make. Your commitment, your responsibility.