2025-09-27

I have been in this "fear" since starting my business in 2008.


Lebih kurang 2 bulan lepas ada this blog reader, aku bagi nama A, bercerita hal dia buat bisnes dengan suami. Dia kata aku orang yang tepat untuk dia berkongsi cerita dan bertanya sebab aku pernah kerja sama-sama dengan En Wan.

A and husband buat service bisnes. Bukan jual produk. Awalnya dia run this bisnes secara one-man show. Dah maju, ambil 1-2 orang pekerja. Ujung-ujung suami join sekali sebab majikan suami gulung tikar. Awal-awalnya dia tak offer pun suami kerja sekali. Dia encouraged suami try cari kerja lain. Tapi suami always hint-hint nak kerja dengan dia. Selepas 2 bulan tak nampak gaya si suami nak cari kerja lain, si A pun offerlah suami kerja di companynya.

Memandangkan dia buat servis bisnes, sejak Covid banyak bisnes yang memberi khidmat service terpaksa stop. Semua tu bagi impak sehingga sekarang. Now, masih tak selaju dulu. Si A slowly rasa tertekan. Walaupun ada pekerja dan suami bekerja sekali, punca pendapatan syarikat adalah dari dia saja sebab dia sorang buat service tu. Staff lain buat clerical work saja.

Dulu bisnes kencang. Sekarang dah slow. Pulak tu dia sorang yang bawa sales masuk. Nak kena bayar gaji staff, gaji suami, gaji sendiri, utilities, sewa premis - semuanya semacam beban pada dia. At the same time dia juga ada tanggungjawan pada parents. Bagi duit ke parents RM2000 sebulan. Savings ASB RM1500 sebulan. Tabung Haji RM500 sebulan. Komitmen insurans ada 4. Komitment invest kat gold at least 30g setahun. Tu belum masuk segala tok nenek loan rumah, loan kereta. Segala figure yang aku sebut ni adalah ACTUAL figure yang dia cerita kat aku.

Bila bisnes not so good, suami minta dia cut duit parents kepada RM1000 dan kurangkan savings. Inilah punca dia email dan luahkan pada aku. Katanya dia bergaduh teruk disebabkan ini. Dia salahkan suami sebab tak nak cari kerja lain dan bergantung pada dia. Dulu suami ada pendapatan, at least duit gaji suami boleh berkongsi belanja. Now gaji suami pun dia bayar, jadi dia kena kerja double untuk mecukupkan semua benda.

Pada mulanya aku tak nampak kat mana yang kurang. Sebab, gaji dia memang awal-awal lagi dah fix. Maknanya duit yang dia bagi parents dan duit savings adalah dari duit gaji itu juga. Katakanlah gaji dia ambik RM10K. Walaupun suami join bekerja, gaji si A tetap RM10K, tak berubah. Bermakna tak ada masalah untuk continue bagi parents dan save macam dia buat dari dulu. Nak teruskan bagi parents RM2000 pun tak apa sebab bukannya dia ambil dari duit company. Dia ambil dari duit gaji sendiri.

So aku pun tanya, kat mana yang stressnya ni? Aku tak nampak ada masalah pun kat situ.

Katanya masalah adalah pada SALES. Bila sekarang bisnes not so good, pendapatan syarikat berkurang. Bila pendapatan syarikat berkurang, dia terpaksa kerja lebih kuat untuk bring in sales supaya gaji orang lain tetap dibayar. Gaji staff takleh potong. Gaji suami takleh potong (sebab suami pun pekerja). At one point dia dah burnt out kerana siang malam dok cari duit untuk company. Dia tak nak cut duit parents dan savings sebab itu adalah rutin yang dia dah buat selama beberapa tahun. Lalu dia menyalahkan husband kerana tak mahu cari kerja lain. Dia mengharapkan kalau suami cari kerja lain, at least kuranglah sikit beban yang dia tanggung. Tapi, suami tak nak cari kerja lain.

Aku cakap, kalau macam tu, train husband atau staff supaya dorang sama-sama bawa sales untuk company. Jangan ambil new staff. Train staff sedia ada. Masalahnya, husband tak nak buat pulak sales. Itulah yang buatkan dia tertekan.

Inilah yang aku cakap banyak kali. Selagi boleh elak ambil orang yang ada hubungan keluarga bekerja dengan kita, ELAKKANLAH. Susah nak bawak berbincang kendian hari. Nak-nak lagi suami. Dengan suami kita payah nak profesional sebab dorang pun bukan reti profesional di tempat kerja. Bila kita bagi arahan karang, dia rasa kita kurang ajar, padahal this is purely work. 

Maybe kita as isteri juga tak sampai hati nak bagi arahan. Kat sinilah wujudnya konflik. Bila benda yang patut settle kat rumah terpaksa heret ke tempat kerja. Nak delegate kerja pun dah susah bila suami boleh bagi alasan "Taknak buat sales". Kalau employee biasa cakap gini, aku terus meluarkan warning letter je. Tapi kalau suami, acaner? So, aku faham situasi si A.

Bila dia cerita macam tu, aku dapat agak, pendapatan syarikat bukanlah perkara utama. Bebanan untuk mencari sales bagi mencukupkan keperluan semua oranglah yang jadi beban pada dia. Dia terbeban kerana bertanggungjawab memastikan end of the month semua orang dapat gaji, sewa ofis berbayar, gaji sendiri lepas, hutang-hutang bank settle, dan ada duit untuk rolling next projek.

Aku pun cuba-cuba menjadi kepoci, "Bila last awak me time? Bila last awak shopping?"

Si A reply, "Makan-makan tu ada lah, tapi beli barang-barang yang saya nak, memang tak dapat".

Aku tanya balik "Kenapa tak dapat?"

"Saya takut nak spend duit nanti kalau syarikat takde duit, at least saya boleh keluarkan savings saya".

Aku terus NOOOO!!

Ini kesilapan ramai orang. Listen here. Syarikat takde duit, itu syarikat punya pasal, walaupun itu syarikat kita. Kalau sampai terpaksa keluarkan savings untuk run company, itu bermakna business you die already. Jangan keluarkan duit simpanan untuk menghidupkan company. Apa-apa yang boleh cut atau hold dulu, hold. Tapi jangan sekali-kali ambil duit savings untuk selamatkan syarikat.

Kita dah ambil gaji. Gaji tu hak kita. Kenapa nak guna duit gaji kita untuk top up kekurangan syarikat? Duit untuk run bisnes mestilah dari company. Kalau sikit, pandai-pandai manage dengan balance yang sikit. Kalau memang betul-betul cannot go, tutup je bisnes tu.

Aku tanya Tabung Haji ada berapa dah? Dia kata RM40K+ (figure sebenar). Aku tanya balik "Nak gi haji pakai swasta ke kumpul sampai RM40K ni?" Dia kata tak. Saja nak rutin simpan RM500 sebulan sampai bila-bila. Lagi sekali aku NOOOOOOOO!! Hahahaha. Drama gila aku.

Adik-adik sekalian, Tabung Haji tu tujuannya untuk menyimpan for haji. Bukan simpan forever. tetapkan amount yang kita nak pakai. Kalau kita aim nak pi pakej RM35K, bila cukup je amount tu, stop simpan. Biar dia beranak-anak kat dalam tu. Jangan ditambah lagi.

Duit dah diallocate ke TH tu, ENJOY! Tapi kalau nak tambahkan simpanan ke tempat lain, silakan. Tapi lebih baik enjoy je la excess money tu. Bukan apa, kadang-kadang, disebabkan terlampau nak rutin menyimpan, sampai diri sendiri tak jumpa keseronokan bekerja. I mean, bila terlalu mencari duit siang malam tetapi duit itu tak dapat kita gunakan untuk diri sendiri sebab terlalu nak menyimpan, akhirnya kita stress sendiri. Cuba RM500 kita hadiahkan kat diri sendiri sebagai reward kerja keras. Dah cukup dah pun Tabung Haji tu.

Hari Merdeka yang lepas, dia bagitau aku "Kak Di, saya ikut cadangan Kak Di. Hari ni saya shopping untuk diri saya sorang. Habis RM1,300! Lansung saya tak beli apa-apa untuk suami and anak-anak. Enjoy sendiri je".

Aku cakap kat dia "Punyalah banyak savings awak, ujung-ujung guna RM1,300 je? Tak berbaloi lansung stress selama ni hanya kerana RM1300 ni" Hahahaha.

Silapnya bisnes owner gitulah. Kadang-kadang bila tak dapat penuhi kehendak diri, mudah untuk merasa we are not doing good. Mudah merasa stress, penat dan hilang semangat untuk bekerja. Terasa macam takde improvement dan tak success. Tengok orang lain beli itu ini, terasa diri belum berjaya sebab belum mampu enjoy life macam si polan tu. Sedangkan kalau si polan tu tahu orang tahu kau save RM2000 sebulan, bagi mak bapak RM2000 sebulan, beli goldbar 30g setiap tahun, mesti dorang kata kau success. Silap-silap dorang yang stress. Kahkahkah.

One of the big cause of stress adalah kerana when we are too worried about something. Takut company takde sales, takut gaji pekerja sangkut, takut projek takde sambutan, takut client cancel deal, takut barang sangkut, takut payment lambat, etc. Stress selalunya datang bukan sebab benda tu dah jadi, tapi sebab kita overthink benda yang mungkin jadi. Kita hidup dalam “what if” mode. What if sales drop, what if client cancel, what if staff resign. Padahal, most of the time, benda tu belum pun berlaku lagi.

Bila kita terlalu lama duduk dalam zone “takut”, otak mula treat semua benda as a threat. Kortisol (stress hormone) naik, tidur kacau, kenot fokus, badan cepat penat. Akhirnya, instead of solving problems, kita stuck dalam loop anxiety. Kalau fikir logik, TAKUT takkan buat masalah hilang. Action je yang boleh. Kalau sales slow, brainstorm strategy. Kalau client cancel, cari replacement. Kalau payment lambat, negotiate. Semua ada jalan keluar, tapi jalan tu kita tak nampak bila otak dah penuh dengan rasa takut.

I have been in this "fear" since starting my business in 2008. Tapi orang nampak aku ceria je, kan? Hati di dalam tiada siapa yang tahu. Hahahah.

Kadang-kadang business tu ok je. Cuma kita ni yang nak kan bukti that we are doing ok. Antara bukti yang kita mahu adalah praise and approval from people. Nak orang cakap "Sukseslah kau sekarang", "Kayanya kau!", "Macamana nak jadi berjaya macam kau eh?".

Dan kita juga nak bukti-bukti berbentuk material. Dapat buktikan pada semua orang kita baru balik shopping dengan 10 paper bag bersusun kat kaki sambil tangan buat peace.

Dapat tunjuk tengah fine-dining dengan husband kat atas yatch.

Tunjuk gambar boarding pass business class ke London.

Padahal deep down, semua tu lebih kepada validation. Kita nak yakinkan diri sendiri kita dah berjaya through mata orang lain. The problem is, bila kita letak standard “kejayaan” based on mulut orang atau likes kat media sosial, kita jadi hamba kepada perception. Hari orang puji, kita happy. Hari orang senyap, terus rasa insecure. Lama-lama hidup kita dah jadi content nak impress audience yang sebenarnya tak peduli sangat pun.

Semua tu memang seronok kalau kita dapat go through, but if this is the condition to convince ourselves that we are successful, maknanya LEMAHHHHH. Sedangkan kau ada berkeping-keping goldbar, savings pun banyak, insurans ada, sedekah pun buat, mak bapak gembira. Tapi sebab benda tu takde orang nampak, maka takde orang puji. Bila takde orang puji, terasa that you have not achieve anything yet.

Pada aku, sales tak banyak sangat sebab hanya dia sorang je bawa masuk sales, itu tak kritikal sangat. Sebab in order untuk fokus pada sales, dia masih perlukan kakitangan lain untuk buat kerja belakang tabir. Masa En Wan kerja sekali, dia banyak handle operation. Stok dia uruskan. Utilities dia handle. Paperwork dengan KKM and lab dia settlekan. Urusan dengan kilang dia manage. Aku fokus betul-betul sales and marketing saja. Kau imagine kalau aku nak buat semua? Terkangkang jawabnya.

Now En Wan, in order untuk dia fokus servis client, dia perlu PA yang key in data, pagi-pagi PA bagi dia senarai birthday client untuk dia wish, siapkan poster-poster untuk dia, update inventory segala merchandize supaya sentiasa ada stok, beli segala biskut and chocolat and doll bila dah menyusut. Matilanak kalau dia nak buat sorang. So dia perlukan staff belakang tabir untuk bantu dia supaya servis dia ok. Dan dia juga perlu isteri yang balik rumah bersilat masak and mengemas and siapkan baju-baju dia supaya dia boleh fokus buat kerja. Ah tiberrrr...