2025-09-24

GreenAard: Kesan ke tandas depends on apa yang kau makan.


Ok hari ni aku nak bagi analisis self-study sejak 4 hari lepas. 

Aku start makan GC Plus semula untuk test new batch yang baru sampai. Dah lama tak buat testing atas diri sendiri. Dulu setiap kali new batch masuk, aku makan GC Plus nak tengok effect dia. 4 hari lepas aku start makan, tapi aku pecahkan kepada 3 bahagian:

Day 1: Makan GC Plus pukul 5.45 pagi. 8.30 pagi makan nasi goreng mamak.

Day 2: Makan GC Plus pukul 5.35 pagi. 9.15 pagi makan telur masak setengah 3 biji dan paru goreng.

Day 3: Makan GC Plus pukul 5.45 pagi. Tak makan apa-apa until 2.30 pm, kemudian semangkuk sup bayam kelmarin (panaskan balik)

Kesan yang aku dapat berbeza.

Day 1: Satu jam lepas makan, bertabur gi toilet. Berak-berak. Sampailah pukul 3 pm! Around 4-5 kali juga. Lepas tu dia slow-slow hilang.

Day 2: Lepas breakfast takde rasa apa-apa lagi, around 12 pm baru ke toilet. That day 3 kali buang air. Yang ni aku rasa biasa je sebab normal days without makan GC Plus pun aku ke tandas 2 kali. Satu pagi, satu petang. So hari kedua ni ke tandas 3 kali aku masih anggap ok.

Day 3: Pagi takde rasa sakit perut lansung. Pukul 12.30 pm ke tandas. Bukan cirit-birit. .

Day 4, tanpa GC Plus, dan makan macam biasa. Berak sekali je. Which aku tak berapa suka sebab selalunya aku ke tandas 2 kali. Maybe sebab 3 hari berturut-turut dah berak banyak and on day 3 tak makan apa-apa melainkan sup bayam. Sebab tu day 4 tu gi tandas sekali je.

Day 5 today, rutin ke tandas kembali normal. Walaupun dari pagi tak makan apa-apa, tetap pukul 10.30 pagi panggilan normal ke tandas datang.

So conclusion aku, batch GC Plus yang baru sampai ni formulanya masih sama. Sebab kesan ke tandas selari dengan apa yang aku cakap selama ni iaitu it depends on apa yang kau makan.

Apa benda utama dalam GC Plus? Ada dua - fiber dan HCA (hydroxycitric acid). Dua ni ada role besar kenapa kau keluar masuk toilet 4-5 kali.

Orang selalu ingat fiber cuma lembutkan najis. Sebenarnya fiber ada dua – larut (soluble) dan tak larut (insoluble). Fiber yang larut bila bercampur dengan air, akan jadi macam gel pekat (Maaltyd pun ada fiber jenis ni). Gel ni melambatkan penyerapan gula dari makanan. Jadi gula tak terus spike dalam darah. Itu sebabnya yang ambil GC Plus kurang rasa lapar. Sebab paras gula stabil.

Fiber yang tak larut pula rolenya sebagai penyapu dalam usus. Disebabkan dia tak larut, jadi dia kekal bulky. Dia tolak-tolak najis supaya keluar dengan lebih mudah. 

Awal-awal makan GC Plus, usus belum biasa dengan jumlah fiber yang tiba-tiba tinggi mendadak. Jadi usus react dengan cara percepatkan pergerakan. Najis yang dah ada dalam usus ditolak keluar dengan cepat. Itu sebabnya untuk pengguna GC Plus yang pertama kali mencuba, hari pertama dah bertabur keluar masuk toilet. After a while barulah usus akan adapt.

Day 1 aku ambil nasi goreng selepas makan GC Plus. Ada dua benda berlaku serentak kat sini. Yang pertama, karbohidrat tinggi (dari nasi). Makan karbohidrat bermakna banyak glukosa masuk dalam usus. Bila glukosa banyak, usus cepat tarik air masuk ke dalam najis untuk proses pencernaan. Najis pun jadi lebih lembut (cair).

Yang kedua, fiber dari GC Plus tiba-tiba masuk dalam kuantiti tinggi. Fiber serap air, menambahkan lagi isi perut jadi bulky, dan secara automatik usus cepat tolak keluar najis.

Gabungan nasi (karbohidrat) + GC Plus (fiber) menyebabkan pergerakan usus jadi extra laju. Ini punca siapa makan roti canai, mi goreng, nasi, keropok, kuih akan berasa sakit perut dan berak berkali-kali dari pagi sampai petang. Kalau makan GC Plus tapi tak ambil karbohidrat yang banyak, usus tetap bergerak tapi tak ekstrem. Toilet visit lebih terkawal. In other words, kesan berak-berak tu bukan sebab GC Plus, tapi apa yang kau makan hari tu.

Dalam GC Plus ada bahan aktif namanya HCA. HCA ni block enzim yang bertanggungjawab menukarkan lebihan karbohidrat jadi lemak. Maksudnya, bila kau makan nasi goreng, banyak karbohidrat masuk badan. Badan akan guna karbohidrat untuk tenaga. Kalau karbohidrat banyak sangat, lebihan tu akan disimpan as lemak. Tapi bila ambil GC Plus, HCA kata, “Eh kejap, jangan jadikan lemak dulu. Pakai untuk tenaga dulu.”

Bila badan tak terus simpan karbohidrat as lemak, lebih banyak glukosa (dari karbohidrat) berlegar-legar dalam sistem pencernaan. Ini buatkan usus sibuk bekerja, dan bila digabung dengan fiber dalam GC Plus, inilah yang merangsang pergerakan usus lebih kerap. Itu sebabnya kau kerap ke tandas.

Kalau selepas makan GC Plus, kau ambil protein-based (telur and paru goreng), karbohidratnya sangat rendah. Jadi HCA tak banyak kerja. Fiber masih buat kerja, tapi tak push terlalu laju. Itu sebabnya pergerakan usus jadi sederhana, tak kerap sangat ke tandas.

Kalau makan sup bayam saja, karbohidrat laaaaaaaaaaagi rendah. Maka fiber je yang buat kerja, HCA practically relax sebab tak banyak karbohidrat nak convert. Itu sebabnya pergerakan usus bila aku ambil sayur, sangat tenang. Cuma sekali je masuk toilet hari tu.

Inilah bukti GC Plus bukan produk LAXATIVE. Bukan asal makan je, mesti berak-berak. Tak. Berak-berak bukan wajib bila makan GC Plus. Kekerapan ke tandas bukan ukuran fat loss. Yang keluar tu bukan lemak semata-mata, tapi air, sisa makanan, bakteria, serat. Only less than 4% lemak.

Fat loss sebenar berlaku bila trigliserida dipecahkan jadi asid lemak bebas, kemudian dibakar dalam sel menjadi karbon dioksida dan air. Karbon dioksida keluar ikut nafas, air keluar ikut kencing, peluh, dan sikit dalam najis. Jadi walaupun kau pergi toilet 5 kali sehari, kalau kalori intake kau masih tinggi, fat loss tetap TAK BERLAKU.

Fiber dan HCA hanya react ikut apa yang masuk. Kalau masuk banyak karbohidrat, usus jadi lebih aktif. Kalau masuk protein + sayur, kesannya sederhana. Kalau masuk sikit sangat makanan, usus jadi lebih relax. Itu membuktikan formula GC Plus konsisten. Yang berubah cuma diet harian kita saja.

Kenapa benda ni penting untuk aku explain?

Sebab ramai orang salah faham. Ramai ingat kalau makan GC Plus wajib kerap ke tandas, dan semakin kerap berak-berak itu petanda kurus. SALAH. Berak-berak tu bukan sebab GC Plus tapi apa yang kau makan together with GC Plus. 

Bukan apa, one day, bila usus dah adapt dan pergerakan usus jadi normal balik, dia risau produk dah tak jalan hanya kerana dah tak berak-berak. Sedangkan realitinya, itu tanda usus function normally. Flush yang keterlaluan hanya berlaku masa awal-awal. Bila usus dah bersih dan adapt, it will kembali ke baseline.

GC Plus bukan ubat berak-berak, ya. Dia tak paksa usus buang air besar hari-hari. Tapi dia train usus jadi normal semula dengan supply fiber and regulate gula darah dengan HCA. In the long run, usus lebih konsisten, rasa kenyang lebih lama, craving makanan berkurang, paras gula stabil and lemak berkurang (ukur lilit pinggang menyusut).

Lagi satu kena faham yang orang overweight ususnya lebih slow. Sebab bila berat badan berlebihan, usus biasanya ada transit time (masa makanan bergerak dalam usus) yang lebih lama. Maksudnya makanan ambil masa lebih lama untuk keluar sebagai najis. Why?

Sebab bila lemak banyak dalam badan, hormon ghrelin & leptin terganggu (hormon lapar & kenyang tak balance) dan microbiome usus terganggu (bakteria baik dalam usus kurang, jadi pencernaan jadi lembap). Bila transit time terlalu lama, makanan yang separuh hadam duduk terlalu lama dalam usus. Itu yang buat perut rasa bloated, kentut busuk, dan kadang-kadang sembelit.

GC Plus jadi macam “reset button” untuk transit time. Fiber dalam GC Plus akan cepatkan pergerakan usus. HCA control gula darah. Microbiome dapat makanan (fiber jadi prebiotik untuk bakteria baik). Lama-lama usus jadi lebih berdisiplin, buang ikut timing tetap, bukan tunggu sampai 2-3 hari.