2025-08-14

GreenAard: Perlu ke wajah yang dipakaikan sunscreen water-based dibasuh dengan face cleanser juga? Kalau basuh dengan air je tak boleh?


Seperti yang dijanjikan, nak menjawab soalan:

(1) Perlu ke wajah yang dipakaikan sunscreen water-based dibasuh dengan face cleanser juga? Kalau basuh dengan air je tak boleh? 

Kalau tengok balik video demo Makeup Remover yang aku buat baru-baru ni, ada explain pasal ni. Aku buat perbandingan remove mekap dengan guna Cleansing Gel GreenAard vs Makeup Remover GreenAard. Aku mention, kalau kau tak pakai heavy makeup, boleh remove dengan Cleansing Gel saja. Tapi kalau heavy makeup, kena pakai Makeup Remover.

Tentang soalan tak boleh pakai air saja untuk cuci muka yang ada water-based sunscreen, ok aku explain sikit. 

Ramai ingat kalau pakai sunscreen jenis water-based, cukup bilas dengan air je, tak payah face cleanser. Tapi dari sudut facts, sebenarnya kena guna face cleanser. 

Walaupun namanya "water-based", tak bermakna dia hilang sepenuhnya bila dibilas dengan air. Sunscreen macamana water-based pun, it is formulized untuk melekat pada kulit supaya boleh protect kulit dari sinar UV. Kalaulah sunscreen tu jenis senang tanggal, takkanlah dia boleh tahan peluh dan minyak muka, kan?

Macamana light pun sunscreen, it still forms a protective layer on your skin, sama ada fizikal (mineral) atau kimia. Lapisan ini tak boleh hilang hanya dengan air. Kalau tak bersih betul-betul, pori-pori boleh tersumbat. Lama-lama dapat jerawat and tekstur kulit tak sekata. Nak dapat tone kulit yang sekata, kulit kena betul-betul bersih so that sel mati dibuang dengan seragam.

Kulit kita produces sebum (minyak semula jadi). Sunscreen yang kita pakai akan bercampur dengan sebum dan peluh sepanjang hari. Air alone tak boleh larutkan minyak, so it is not enough to thoroughly clean sunscreen. Minyak kat pinggan takkan hilang kalau cuci dengan air je, kan? Samalah juga dengan sunscreen atas kulit. Kena guna sabun.

Face cleanser (especially yang ada emulsifier atau surfactant) memang dicipta untuk pecahkan molekul sunscreen dan minyak kat kulit untuk elakkan clogged pores. Jadi walaupun kau pakai sunscreen water-based, ia tetap produk yang melekat kat muka. Mesti guna face cleanser.

Ok bab yang katanya that person jual wudhuk-friendly sunscreen. Minta maaf aku cakap. Aku rasa ramai yang confuse dengan istilah wudhuk-friendly. Ramai ingatkan mana-mana produk wudhuk-friendly bermakna selepas digunakan tak perlu ambil wudhuk lagi.

Salah, ya. Bukan macam tu. Maybe founder dan agen tak clarify benda ni pada customer. Takpe, aku tolong clarifykan. Aku bagi mukadimah dulu.

Secara ringkas, produk yang dilabel wudhuk-friendly maksudnya tak tinggalkan lapisan kalis air yang halang air daripada kena terus ke kulit masa ambil wudhuk. Maksudnya, kalau pakai produk yang wudhuk-friendly, air masih boleh tembus ke kulit bila kita ambil wudhuk. Jadi wudhuk sah, sebab tak ada halangan antara air dengan kulit.

So, bila dia kata sunscreen-nya wudhuk friendly, apa maksudnya?

Maksudnya, sunscreen tu mampu diremove bila muka dicuci. Sunscreen tu tak tinggalkan sebarang lapisan kalis air selepas muka dicuci. In other words, selepas cuci muka, kulit bebas dari lapisan penghalang air dan ready untuk ambil wudhu’ dengan sah. BUKANNYA BILA KAU PAKAI SUNSCREEN TU BOLEH TERUS AMBIK WUDHUK TANPA PERLU CUCI MUKA TERLEBIIH DAHULU.

Ada produk guna istilah wudhuk-friendly untuk tujuan marketing semata-mata. Contohnya, foundation “mesra wudhuk”, tapi waterproof. Masih tak sah kalau tak dicuci betul-betul. Sunscreen “wudhuk-friendly”, tapi tak boleh dicuci hanya dengan air. Tetap kena guna cleanser.

Simple logic macam ni je lah. Apa je produk yang menghalang air sampai ke kulit, sama ada makeup atau skincare, mesti dibersihkan sebelum wudhuk. Istilah "wudhuk-friendly" hanya valid kalau produk tu boleh ditanggalkan sepenuhnya dan tidak tinggalkan lapisan kalis air selepas itu. Tapi in sunscreen punya kes, wujud ke sunscreen yang boleh ditembus dengan air? Tak serve the purpose lah maksudnya pakai sunscreen. Betul tak?

The whole point of sunscreen is to create a barrier that protects the skin, so kalau ada sunscreen yang boleh tembus air, then technically it's not doing its job as a sunscreen-lah.

Istilah "wudhuk-friendly" TAK bermaksud kau tak perlu ambil wudhuk semula. TAK bermaksud wudhuk kekal sah walaupun kau pakai produk itu sepanjang hari. Ia cuma bermaksud produk itu mudah dibersihkan atau mudah ditanggalkan, dan tak menghalang air untuk sampai ke kulit. Cuci tetap kena cuci. Kalau macam tu aku pun boleh claim "GreenAard Makeup Remover is a wudhuk-friendly remover". Sebab in 1 minute je clear muka kau dari mekap. So aku kena letak tagline ni ke camana?

Pada aku, “wudhuk-friendly” is just a marketing buzzword.

Yang kedua, (2) Suggestion kat botol Gloei, ambil 2 sachet sehari. Tapi Kak Di suggest 1 sachet sehari. Macamana tu?

Jawapan ringkas aku, macam ni. Actually ambil 1 sachet sehari pun dah cukup. Ini berdasarkan keperluan sebenar badan sebab hari-hari kita masih makan makanan lain. Plus, ini adalah prinsip berjimat-cermat 😆. Sehari satu sachet dahlah.

Apa yang kita cadangkan pada label botol adalah cadangan MAKSIMUM yang selamat. Label selalunya tulis “Ambil 2 sachet sehari” atau "Ambil 2 sudu sehari". Bermakna itu adalah dos maksimum harian yang masih dalam range selamat, bukan wajib. Tujuannya, untuk yang nak kesan lebih cepat, dia boleh ambil 2 sachet sehari. Itu saja.

1 sachet sehari dah cukup. Sebab bahan-bahan dalam satu sachet tu kita dah formulakan ikut kesan optimum. Semua ni dah berkesan walaupun hanya 1 sachet sehari, sebab badan kita cuma boleh serap jumlah tertentu je setiap hari. Selebihnya dibuang ikut air kencing, jadi ambil lebih tak semestinya lebih baik. Tapi kalau nak ambil 2 sachet, masih boleh. Itu maksudnya.

Adab mengambil Gloei, yang paling penting ialah KONSISTENSI, bukan dos tinggi dalam masa singkat. Kesan dari 1 sachet sehari tetap boleh buat kulit kau moist, tetap boleh cerahkan kulit secara semula jadi, tetap boleh melambatkan anti-aging dari dalam. Jadi jangan nak laju-laju sangat. Yang penting konsisten.

Tapi kalau ada yang nak tahu dalam situasi apa boleh ambil 2 sachet - kalau kulit kau too dry and too kusam. Yes, yang ni boleh start Gloei dengan 2 sachet. Atau yang baru nak start Gloei at age selepas umur 35, yes you can ambil 2 sachet sehari. Atau yang nak quick boost menjelang majlis kawen (contohnya dalam 2 minggu)...boleh ambil 2 sachet sehari untuk seminggu atau dua, kemudian maintain balik ke 1 sachet. Ming bai, ma?

Kalau faham, sila order Gloei now.