2025-08-15

GreenAard: Kenapa ambil GC Plus atau Gloei secara konsisten lebih berkesan dari dos besar tapi sekejap?


Post aku semalam pasal Gloei tu, ada sambungannya hari ni. Semalam aku kata ambil secara konsisten lebih baik dari ambil dos tinggi dalam masa yang singkat. Hari ni aku nak cakap pasal consistency beats intensity.

Selain dari Gloei, ada satu trend pelik yang merisaukan bila some people beli GC Plus, Nutrijuice atau Gloei dengan aim nak heal cepat. Terkejut aku ada customer habiskan sebotol Nutrijuice in 3 days! Aku tanya apesal cepat sangat, pakai sudu ke sudip kuah ni? 😂

Ceritanya, customer ni belikan untuk her husband. Dalam rekod of purchase, dia start beli Nutrijuice January tahun ni, masa YES. Konsisten beli sebulan kadang 2 botol, kadang 3. Then semalam dia nak beli 6 botol sebab Pay Day July ada pakej 6 botol with free GC Plus. Alang-alang dia guna GC Plus, dia ambil that package. Pastu dia bagitahu husband suka sangat Nutrijuice. Kadang-kadang togok gitu je dari botol. Tanjat I!

Husband dia punya kolesterol 9.0 pada awal tahun ni. Bulan April check darah, 7.4. Dah turun. So the husband aim bulan depan nak buat test lagi sekali. Tu yang dia togok sekali banyak. I said CANNOTTTTTTT LIKE THAT ONEEEEEEE!

Ramai yang ingat kalau ambil lebih, hasilnya lebih cepat. Dengar sini aku cakap. 

Badan kita ada limitnya. Walaupun Nutrijuice bahan-bahannya natural, tetap ada dos efektif yang optimum. Bila ambil lebih dari apa yang badan perlukan (atau boleh proses), bukannya makin cepat turun kolesterol tapi membazir! Sebab lebihan tu badan akan buang melalui air kencing. In some cases, perut berisiko rasa pedih and berangin sebab too much acid sekali gus. Sama macam makan ubat kolesterol. Doktor takkan suruh ambil 2-3 biji terus.

Kolesterol dari 9.0 turun ke 7.4 tu dah bagus. Maknanya Nutrijuice berfungsi, especially bila ambil konsisten. Ini bukan air oren tau, bang. Jangan ditogok. Just stick to 1-2 sudu sehari. Yang penting jangan skip.

Tu cerita yang menjadi. Yang tak menjadi pun ada ceritanya juga. 

Sanggup ambil double dos sebab nak cepat nampak hasil. Lepas seminggu dua tak nampak kesan ketara, terus give up. Tak jalan katanya. Tapi the real problem bukan produk tak jalan, but how the body works. 

Our body doesn’t respond to shortcuts. Ini bukan macam kau isi minyak penuh terus boleh drive KL–JB 4 jam. Badan manusia lebih complicated dari tu. Metabolisme badan kita ibarat enjin hybrid. Dia takkan terus pecut 100 km/h just because kita sumbat petrol lebih. 

Bila ambil GC Plus, bahan aktif hydroxycitric acid (HCA) perlukan masa untuk ganggu aktiviti enzim ATP citrate lyase. Ini enzim yang tukar karbohidrat jadi lemak. At the same time HCA perlu masa untuk kurangkan craving. Semua ni berlaku secara berperingkat, bukan jam-jam tu.

Apetah lagi kalau badan dah terlalu biasa dengan gaya hidup lama. Kalau metabolisme badan sebelum ni lemau, malas bergerak, banyak makan gula dan karbohidrat, then tiba-tiba kau start GC Plus expect berat turun 3 kg dalam 3 hari. Itu memang mimpilah. Yang realistiknya, dia akan stabilkan dulu hormon lapar. Pastu turunkan selera secara semula jadi. Bila badan mula kurangkan selera makan, berat akan turun PERLAHAN-LAHAN. Jangan terlalu gelojoh. Badan kita jenis hybrid, bukan Tesla.

Sama juga dengan Gloei. Bahan-bahan di dalamnya perlu masa to be actively used in the cell and skin repair process. Kalau kita bagi dos besar sekaligus (2-3 sachet sehari), bukan semua badan akan guna. Yang lebih tu, badan buang je. Rugi. 

Badan manusia ikut prinsip bioavailability. Setiap benda yang kita makan, termasuk vitamin atau apa-apa suplemen, ada certain rate of absorption. This is called bioavailability. Contohnya, kalau ambil kolagen 5000 mg sekaligus, tak bermakna semua 5000 mg tu badan guna. Badan cuma boleh serap dalam 2.5 g ke 3 g kolagen sehari secara efektif. The rest? Buang ikut air kencing atau peluh. 

Satu sachet Gloei ada 2.5 g. Itu pun bukannya ada kolagen kat dalam. Kita replace dengan bahan aktif esktrak dari tumbuhan. Sebab tu aku kata, jangan kalut nak ambil lebih sebab kita dah calculate dos yang sesuai. Tapi kalau nak ambil 2 sachet sehari, BOLEH. Ambil dalam masa yang kejap saja, maybe 1-2 minggu. Lepas tu ambil 1 sachet sehari semula.

GC Plus pun sama. Lagi banyak kau ambik, tak bermakna lebih banyak lemak dibakar atau lebih cepat perut jadi kempis. Ada limit. Kalau paksa sangat, perut boleh meragam, hormon jadi kelam-kelibut, dan paling teruk kau akan rasa anxious atau pening sebab metabolisma naik mendadak tapi tak stabil. Bila metabolisme naik mendadak tapi tak stabil, badan jadi panic mode. Mulalah jantung berdebar, cepat letih tapi tak boleh tidur, lapar tapi tak lalu makan, pastu mood swing. Bukan sebab GC Plus tak elok, tapi sebab kau push body too fast than what it can adapt to.

GC Plus is a supporting tools, bukan main engine. GC Plus tolong "on-kan" semula metabolisme yang dah lama lembab. Tapi dia perlukan masa untuk tuning semula hormon lapar (ghrelin), kawal nafsu makan, dan bantu badan gunakan lemak dengan lebih efisien.

Ok let’s talk about skin regeneration. Kulit kita ambil masa antara 21 ke 28 hari untuk renew. Maksudnya, kalau ambil Gloei hari ni, jangan expect kulit terus glowing lusa. Kena bagi masa Gloei berkerja. Bila ambil Gloei secara konsisten, kita sebenarnya membagi cukup masa dan ruang untuk semua proses dalaman tu berlaku dengan lancar. Bila ambil banyak sekaligus sebab nak cepat, badan tak sempat pun nak proses semua tu dalam satu masa.

Logik paling senang faham gini. Things that are built slowly selalunya lebih stabil dari yang dibina secara tergesa-gesa. Contoh paling senang, diet. Kalau kita berdiet dengan ekstrem seminggu, yes maybe turun 3 kg, tapi minggu depan naik balik 5 kg sebab badan confuse. Badan confuse sebab dia ingat kau tengah kebuluran, bukan berdiet. Jadi dia pun aktifkan mode survival iaitu stop burn fat, simpan lemak, guna otot as sumber tenaga, dan slowkan metabolisme. That's why otot kau mengecut. Kau rasa kau makin turun berat sebab angka penimbang tunjuk berat berkurang. Padahal yang susut adalah otot dan air. Lemak masih tersimpan. Ini yang orang kata kurus tapi lembik.

Tapi bila diet konsisten, walaupun 3 bulan turun 3 kg, berat ini lebih kekal lama sebab badan dah adapt. Badan tak terkejut, hormon lebih seimbang and metabolisme pun kekal aktif. Selalunya berat je nampak macam takde beza tapi cuba kau ukur lilitan pinggang. Silap-silap 3 bulan tu dah kurang 3-4 inci. Sebab masa kau konsisten dengan GC Plus tu, lemak dibakar perlahan-lahan, dan muscle makin terbentuk. Air dalam badan pun makin stabil. Berat maybe nampak macam stuck atau turun sikit saja, tapi komposisi badan kau lebih solid.

Ramai orang terlalu fokus pada nombor atas penimbang sedangkan itu cuma part of the story je. Kau maybe just lose 1kg lemak tapi otot naik 0.5kg. Disebabkan beza tu kecik, penimbang tak gerak banyak. However baju dah longgar, seluar dah tak ketat. Tu pasal aku cakap ukur lilitan pinggang.

Ukur lilitan pinggang.
Ukur lilitan pinggang.
Ukur lilitan pinggang.

Johnny Huang ajar, benda penting kena mention 3 kali. Tiberrrr...

GC Plus akan jadi effektif hanya bila dia berada dalam sistem badan secara konsisten. Kau tak boleh harap body lose fat kalau bahan aktif dalam GC Plus ada dalam sistem badan takat 2-3 minggu. Sama juga dengan Gloei. Bila ambil hari-hari dengan konsisten, kita maintain level antioksidan dalam badan. Kulit jadi lebih resilient, lembap, dan lambat rosak. Kalau ambil sekejap je then stop, your skin doesn't have time to repair and defend itself.

Yang aku explain ni bukan setakat sains badan, tapi sains psikologi. Otak kita sukakan pattern. Bila kita buat benda berulang, contohnya ambil GC Plus every morning sebelum breakfast, it becomes a habit. Your body will start to expect bahan-bahan dalam GC Plus to come in at the same time. Proses dalaman badan dah bersedia nak manfaatkan bahan-bahan tu. 

Tapi bila kau ambil ikut suka, minggu ni hari-hari, minggu depan skip, minggu lagi satu double dose, badan jadi confuse. Metabolisme tak sempat nak adjust, craving dah datang balik. Hormon naik turun. Last sekali kau rasa “this product tak berkesan”, padahal your intake is not consistent.

Actually, in many cases, bila kita over-dose, badan bukan je tak serap tapi boleh bagi side effect. GC Plus ni kategori ubat-ubatan, so please ikut dos yang kita dah tetapkan. Jangan lebih. Nanti bila rasa peninglah, jantung berdebarlah, itu tanda badan react pada perubahan mendadak, bukan sebab salah produk. Produk yang baik bekerja ikut hukum semulajadi, bukan magik. Kalau ada produk claim “3 hari dah kurus atau 3 hari dah glowing”, kau baik lari jauh-jauh. That against how human body really works.

Let’s use a money analogy. Kalau kita masukkan RM1000 dalam bank satu kali, memang nampak macam banyak. Tapi lepas tu tinggal akaun tu tak bergerak 3 bulan. Nilai dia stagnant. Tapi kalau masuk RM100 every week untuk setahun, jumlah terkumpul lebih banyak. Why? Sebab kita konsisten, dan dalam masa yang sama dapat gradual benefits. That’s compound effect. 

Suplemen pun sama. Konsisten is key. Kesan dia maybe slow tapi bila cukup tempoh sebulan, dua bulan, tiga bulan, the changes are more stable and permanent.

Ingat! Slow progress is still progress. Semua orang suka result cepat. Tapi bila bercakap pasal berat badan, kolesterol dan skin health, semua ni melibatkan sistem dalaman yang kompleks. Melibatkan hormon, metabolisme, fungsi hati, usus, cell renewal. Takkan semua tu boleh ubah dalam masa 3 hari? 

Kalau hari-hari kita boleh gosok gigi without fail untuk dapatkan gigi yang sihat and bersih, kenapa nak ambil GC Plus atau Gloei atau Nutrijuice laju-laju? Buatlah secara konsisten juga. It’s just one more small habit to build. Sebab dalam jangka panjang, konsistensi adalah jalan paling berkesan. No shortcuts. Just small steps every day. Because the real magic is in the habit.