2025-06-03

Apa salary yang aku terima, aku manage supaya commitment match dengan salary.

Semalam aku menjawab soalan dari sorang follower. Actually bukanlah menjawab soalan, lebih kepada sembang-sembang. Dia orang HR. Everytime ada pekerja resign, dia akan jumpa dulu orangnya untuk tanya-tanya reason apa semua. Prosedure standard. Dia cakap kebanyakan yang resign, punca nak resign adalah "commitment tinggi". Dalam bahasa mudahnya, nak cari kerja lain sebab nak gaji yang lebih tinggi dari tempat kerja sekarang. Pastu dia tanya pandangan aku as majikan.

As seorang majikan dan orang yang pernah makan gaji juga, aku share sikit pengalaman dan pandangan aku, ya. Ini sharing saja. Bukan untuk sesiapa bersetuju.

Sepanjang aku bekerja dari tahun 2000 hingga 2008, 4 kali aku bertukar tempat kerja.

Yang pertama, resign dari Kementerian Sains.
Reason? Sambung masters.

Yang kedua, resign dari Prudential (HQ).
Reason? Aku nak cari tempat kerja tang lebih dekat. Tak larat nak commute Subang Jaya-KL everyday.

Yang ketiga, resign dari company biotech.
Reason? Selepas 4 tahun, management dah start ada unsur nepotisme yang aku tak setuju.

Yang keempat, resign dari company biotech ke-2.
Reason? Start own company.

Tak ada satu pun reason aku resign disebabkan COMMITMENT TINGGI. Apa salary yang aku terima, aku manage supaya commitment match dengan salary. Bagi aku kalau kau resign kerana "commitment tinggi", that is YOUR PROBLEM, bukan company's problem. Company tak bertanggung jawab atas commitment yang kau buat. Salary diberikan bukan untuk match your expenses tapi untuk selesaikan kerja yang company minta buat. Kalau rasa gaji tak setimpal, itu bukan masalah syarikat, itu masalah pengurusan diri.

Kenapa aku kata commitment (expenses) adalah masalah diri sendiri?

Everyone has their own commitments. Rumah, kereta, anak, sekolah, hutang bank, kad kredit and many more. Ini semua memang perlu bayar, tapi ini BUKAN tanggungjawab majikan. Syarikat bayar gaji untuk kita buat kerja, bukan untuk nak tanggung komitmen peribadi kita. Gaji bukan duit bantuan sara hidup. Ini adalah imbalan hasil kerja kita. Kalau gaji naik sebab komitmen hidup, macam mana kalau semua pekerja minta? Syarikat takkan mampu tanggung.

Kalau perbelanjaan kita tinggi, we have to be good at planning our own money. Nak gaji lebih? Cari kerja yang bayar lebih, atau tambah side income, atau urus belanja dengan lebih bijak. Bukan harap syarikat bagi extra sebab komitmen kau naik. Ini soal keadilan pada majikan. Bayangkan rumah sewa kau RM1000, tetiba tuan rumah naikkan jadi RM1200 sebulan. Sebab sewa naik, takkan majikan kena cover the cost? Kau yang kena cari duit tambahan sendiri. Tak adil kalau semua orang minta naik gaji sebab belanja makin naik.

Hubungan kontrak bersifat dua hala. Company bagi gaji dan resources. Employee buat kerja mengikut appointment letter. Kalau rasa gaji tak cukup, bincang dengan majikan sama ada minta naik gaji, minta kurangkan kerja, atau cari kerja lain. Tapi bila reason resign adalah “commitment tinggi,” that's actually you trying to oblige the company to bear your feelings and workload. That's not a professional standard.

You think HR care bila kau cakap reason to leave is due to "commitment tinggi"? Tak.

HR tanya sebab nak tahu kalau-kalau reason tu ada sangkut-paut dengan politics dalam company, harassment, berlaku ketidak-adilan atau masalah poor management. Reason "commitment makin bertambah", itu adalah masalah peribadi yang takde kena-mengena dengan pengurusan dalaman syarikat. Melainkan kau adalah pekerja yang bagus, HR akan offer dengan tambah gaji. If dia tak offer, maknanya you are replaceable. 

Bila kau replaceable, maksudnya skill set kau bukanlah something that is hard to find on the market. Itu bukan hinaan ya, itu realiti pasaran kerja. Syarikat akan nilai, “Kalau dia pergi, senang ke nak cari pengganti dengan kualiti kerja yang sama atau better?” Kalau jawapannya ya, maka no need untuk counter offer pun.

Tapi kalau kau pekerja yang betul-betul standout, ada skill power, attitude baik, kerja laju, dependable, tak banyak kerenah, HR mungkin akan cuba tahan. Sebab susah nak cari orang macam kau. Tapi kalau kau pun 50-50, kerja asal siap, datang lambat balik awal, banyak alasan…then sorry to say, alasan “commitment makin bertambah” tu cuma akan dicatat dalam exit form sebagai standard jawapan, takkan bagi sebarang impak pun.

Kadang-kadang employee lupa satu perkara penting iaitu, gaji dibayar bukan ikut berapa banyak hutang kau, tapi ikut nilai kerja. Komitmen kau bertambah bukan sebab syarikat suruh beli kereta mahal, upgrade rumah, atau minum kopi mahal everyday. It's all your own choice. Jadi tak adil nak jadikan itu sebagai alasan untuk mintak naik gaji. 

If you feel your current salary is not enough, it's no one's fault. Sama ada cari kerja lain yang boleh bayar lebih, atau upgrade skill supaya kau layak untuk demand more. Dunia kerja ni simple. Tambah nilai, baru boleh tambah demand. Dan paling penting, kalau alasan nak quit tu cuma “commitment makin banyak”, then kau kena jujur dengan diri sendiri. Is that really a salary problem...or masalah pengurusan kewangan?

Pahit sikitlah, tapi inilah realiti dunia kerja. Jangan risau, pahit hari ni, insyaallah jadi ubat untuk masa depan.