2025-05-20

Sebenarnya kau bukan resah sebab tak nampak cantik, tapi kau rasa resah orang lain boleh bercantik-cantik tapi kau tak boleh, kan?

Topik ini sangat penting, especially for women who are in the process of hijrah atau yang masih dalam state nak teruskan bertudung ke tak, nak bertudung ke tak. Nampak tak cantik bila bertudung dan susah nak jadi fashionable katanya. Aku pernah lalui fasa ni. Aku mula bertudung secara istiqomah bermula 2012. Sebelum 2012 adalah zaman jahiliah aku. 

Hari tu aku ada nampak satu komen yang bitter pada post Nora Danish nak let go kasut-kasut dia. Orang tu komen "Selalunya yang baru start bertudung dah extreme macam ni, takkan lama (bertudung)". 

Wah wah wahhh kemain lagi dia sakit hati dengan hijrah orang, eh?

Aku rasa aku ada 'kelayakan' nak bercakap pasal ni. Aku start dengan free hair. Bukan setakat tak bertudung tapi pakaian aku pun mintak ampun. Yang pernah tengok, tahulah dressing aku camana. Seorang Diana kalau pakaian blouse yang tak nampak cleavage tak sah. Itu pun dah dikira "menutup aurat" dah tu sebab nampak cleavage sikit. Selalunya lebih daring. Salah satu punca aku ramai haters dulu maybe sebab ini. Sebab aku terlalu selesa letak gambar daring di blog. Setakat ni aku tak jumpa lagi influencer yang berani letak gambar pakai swimming suit kat blog.

Aku punya daring tu bukan untuk content, ya. Zaman dulu post demi content tak wujud. Apa yang ditonjolkan, itulah realitinya. Zaman tu, berpakaian daring is my lifestyle. Skirt belah sampai pangkal paha. Baju kalau tak tunjuk cleavage, mesti yang see thru nampak warna bra. Kat ofis, bukak blazer, hanya pakai tube. Aku sangat selesa dengan gaya macam tu. Until one day aku mula bertudung.

Awal-awal bertudung, SANGAT SUSAH. For someone yang biasa bergaya daring, baju dedah sana sini, tiba-tiba bertudung, segalanya jadi susah. Baju-baju aku takde yang sesuai lansung nak dipakai dengan tudung. Even baju kurung aku semua jenis see thru. Orang dah biasa pakai skirt pendek tiba-tiba nak pakai seluar panjang yang loose, baju loose, tambah dengan tudung - gila babi punya susah. Hampir give-up. 

Aku jadi semakin give-up bila customer yang dah biasa dengan aku sbeelum ni mula mengelak dari berjumpa aku. Maybe dorang jadi segan dan don't know what to sembang. Padahal aku hanya berubah dari free hair ke bertudung. Tapi ye lah, perubahan aku walaupun sikit tetap nampak extreme di mata orang lain sebab dulu sebelum bertudung aku terlalu daring.

So what I did, I enrolled myself dalam kelas agama. Aku perlu cari crowd yang mendukung hijrah aku, supaya aku istiqomah. Position aku masa tu fragile. Kalau tak kuat, konfem tudung ni tanggal semula. Tiga tahun aku join kelas agama. 

Perasan tak awal-awal dulu aku pakai jubah hitam? Itulah zaman-zaman aku belajar agama. Bukan sebab aku nak pakai macam tu tapi itu cara aku hilangkan rasa resah bila tengok cermin. Bila everyday ada kelas agama, everyday kena pakai jubah, everyday crowd aku pakai begitu, aku jadi selesa, aku jadi biasa, dan aku jadi tak kisah dengan pandangan orang sebab alasan aku sangat kuat masa tu iaitu aku pakai jubah sebab everyday aku ada kelas. Senang nak solat pun ye jugak, tak yah bawak telekung.

Lama-lama hati aku tak lagi resah everytime tengok cermin. Bila dah faham tujuan bertudung, aku tak rasa terbeban lagi. Nak buat tu tak mudah. Kau akan rasa jangal dan pelik kalau kau sorang je berjubah di tengah-tengah crowd yang pakai seluar jeans. That's why aku sengaja circle yang 'sekufu' untuk create foundation dulu. Bila pilih circle yang betul, Allah bantu mudahkan.

Selama 3 tahun aku biarkan diri aku pakai macam tu supaya selesa dengan tudung, selesa dengan baju loose, dan nak didik hati untuk istiqomah. Crowd macam tu penting supaya takde orang judge. Nak memupuk kebiasaan bertudung, aku kena cari crowd begitu so that tumpuan aku tak pada penampilan tapi pada ilmu.

Seronok dalam kelas tu. Baca Quran, hafalan, belajar munakahat, etc. That's why bila terbaca Nora Danish nak jual kasut-kasut yang banyak dan bagi baju-baju lama kat kawan, I am not surprised. Aku percaya dia sedang berada dalam new crowd untuk kekal istiqomah. Orang yang tak faham akan nampak perubahan dia macam extreme. Sebenarnya tak. Dia sedang belajar istiqomah dan prosesnya memang begitu. Orang macam dia lagila nak kena betul-betul istiqomah sebab dia dalam entertainment industry yang tak friendly dengan wanita bertudung. Pengaruh lama masih ada.

Jangan cakap yang free hair saja. Yang dari kecil bertudung pun tak ramai mampu labuhkan tudung/shawl sampai sekarang, kan? Masih selesa dengan lilit kat leher. Because? Because kita dibesarkan untuk "pakai tudung" bukan untuk "menutup aurat". Kita ikut budaya, bukan kefahaman. Jadi bila dah besar, kita rasa bertudung tu cukup sekadar ada atas kepala. Tak rasa keperluan untuk tutup dada, tak rasa salah pun bila sanggul tinggi, atau bila tudung tu lebih jadi aksesori daripada cover rambut. Bila kefahaman tak mengiringi amalan, kita akan selesa dalam 'cukup-cukup'. Tapi bila kita mula belajar, mula faham maksud sebenar hijab bukan fesyen tapi ketaatan, insyallah perlahan-lahan hati jadi lembut untuk perbaiki cara bertudung. It’s a journey. Dan setiap orang ada timing dia. Don't worry, I don't judge.

Secara saintifik, humans are naturally attracted to what is revealed. Otak manusia bagi perhatian lebih kepada visual yang menarik, contohnya skin color, bentuk muka, rambut, etc. This is a basic biological reaction. Bukan salah siapa-siapa. So tak pelik bila orang yang baru bertudung rasa diri kurang cantik, kurang menyerlah, atau tak fashionable. That's why people started to explore cara pakai tudung biar nampak bergaya dan cantik. But let me tell you, pakai tudung memang bukan untuk cantik tapi untuk tutup cantik. So if kau rasa kenapa aku pakai tudung tak cantik, it's normal.

Sebenarnya kau bukan resah sebab tak nampak cantik, tapi kau rasa resah orang lain boleh bercantik-cantik tapi kau tak boleh, kan? That’s okay to admit, because healing starts with honesty. Tapi jangan salahkan tudung bila rasa diri tak cantik. Tudung tak pernah halang kecantikan. Tudung cuma halang pandangan yang tak sepatutnya. 

Aku ingat lagi ustaz dalam kelas agama cakap "Bila mula bertudung, yang kena mantapkan adalah ilmu, bukan tutorial tudungnya".

Sesiapa yang baru bertudung, my advice, pi enroll kelas agama dulu. You need crowd yang berbeza yang mendukung you untuk terus istiqomah. Bukan buang kawan-kawan sekarang, tapi ada new crowd untuk you istiqomah. Untuk bagi kau selesa dengan penampilan baru. Once kau dah terbiasa dengan bertudung, insyallah, kau dah heran dah dengan siapa lebih cantik.

Dulu rambut aku berkaler, ya. Setiap 6 bulan rebonding, treatment, kaler. Banyak aku invest untuk rambut. Perasan lawa betul aku bila free hair. Hahaha. Macam-macam style rambut aku buat untuk pi kerja. Terasa lebih konfiden bila rambut aku di-set cantik every morning. 

Bila bertudung, terus nampak macam makcik-makcik. Nak pi jumpa customer dah malas. Sebab rasa muka macam tak siap. Dahlah bertudung, kena pakai loose blouse pulak tu. Sumpah macam makcik-makcik. Tahun 2011-2012, kita belum ada fashion untuk wanita berhijab. Habis kuat pun, jubah and pakaian muslimah yang lansung tak cantik. Sumpah buruk. Dah la pakai tudung kena labuh tutup dada, makinlah selekeh nampak.

Agak konflik identiti juga aku dulu. Tu belum lagi dengan pengkomen-pengkomen yang nasihatkan macam-macam.

"Tudung kena tutup dada"

"Takleh pakai candy jeans. Ketat"

"Baju jangan singkat sangat, tutup bontot"

"Warna baju you menyerlah sangat. Tabarruj"

Ya ampunnn. Boleh givap kalau tak kuat. Sebab tu kebanyakan artis yang berhijrah, lepas tu tanggal tudung semula sebab banyak sangat desakan-desakan yang tak perlu. 

Look, orang tu dari free hair ke bertudung pun dah satu achievement. Kau tak tahu betapa dia struggle untuk buat decision bertudung. Now dia dah bertudung kau nak dia ubah semuanya dengan drastik. Tak boleh itu, tak boleh ini. Berilmu tapi tak bijak. Bagilah dia ruang untuk biasakan diri. Kalau dia nak bertudung lilit leher and still pakai skinny jeans - let them. Bagi dia selesa dengan new penampilan dulu. Slowy dia akan belajar ubah. Kau tak payah susah.

Aku tak faham kenapa ada orang nak judge those yang baru bertudung yang nak buang baju-baju lama dan kasut-kasut lama dikatakan extreme. Padahal itu tanda dia betul-betul bersungguh. Bila hati dah terbuka untuk berubah, benda pertama yang kita buat memang buang apa je yang mungkin boleh menarik kita ke diri kita yang lama. Itu bukan extreme, itu namanya hijrah dengan sedar.

Masa aku start bertudung, aku buang baju-baju yang boleh buatkan hati aku berbolak-balik. En Wan suruh simpan dalam kotak. Aku cakap, selagi baju tu ada dalam rumah ni, walau duduk dalam stor sekalipun, aku tahu dia ada di sana dan possibility untuk aku punggah balik, ada. Lagi bagus berambuskan terus dari rumah ni. Tapi baju-baju yang biasa aku pakai di rumah, aku simpan. Sebab baju tu memang untuk dipakai kat rumah, tak pernah dipakai untuk pi kerja. Kasut aku pun banyak. Yang jenis tali-tali tu. Semua aku humban ke tong. Pastu laju-laju beli kasut pengawas Bata.

Orang luar mungkin nampak perubahan ni macam over, tapi orang yang pernah melalui proses tu tahu, this is survival. Bukan drama. Bukan untuk content. Tapi untuk diri sendiri. So biar orang nak kata apa. Asalkan Allah tahu kita bersungguh, itu dah cukup.