2025-04-19

Kesedaran timbul selepas kejadian.

Post ni aku jumpa kat Thread:

Sebab apa?

Sebab kesedaran timbul selepas kejadian.

Ramai orang tak anggap insurans atau takaful as keperluan until diri sendiri atau orang terdekat terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kerugian besar. Selalunya macam tu lah. Bila berlaku bencana, accident atau jatuh sakit, barulah datang kesedaran. Barulah ramai orang terpikirkan pasal insurans/takaful.

Tak kiralah apa pun bencananya, be it harta benda atau jatuh sakit, kalah takde insurans atau takaful, kita takde pilihan lain melainkan keluarkan duit sendiri. Inilah yang aku selalu cakap. Dalam keadaan tengah susah, contohnya jatuh sakit, benda paling last kita nak pikir adalah duit.

Just like musibah di Putra Heights. Dengan harta benda yang dah gone sekelip mata, at the same time kena dapatkan rawatan - benda yang tak nak dipikirkan adalah duit. Dalam keadaan kritikal like this, duit simpanan nak pakai untuk benda lain. Kalau boleh rawatan hospital biar tak payah keluarkan duit sendiri.

This is realiti kehidupan. Sebelum berlaku sebarang musibah, ramai yang rasa bayar takaful/insurans is pembaziran sebab manfaatnya tak dapat dirasa. Only after berlaku musibah, cara berfikir kita akan berubah. Masa ni orang mula cakap pasal macaman nak teruskan hidup, macamana nak dapatkan bantuan, macamana nak dapat pampasan, etc. Masa ni semua cakap pasal “takpe, boleh claim insurans”. Kalau takde kejadian macam ni, ramai yang kecam insuran. Ramai yang kata bayar caruman membazir.

Itulah dia. Benda kalau nak jadi, takde siapa boleh jangka. Siapa sangka tengah sihat-sihat tup-tup kulit melepuh sebab heat. Sebab heat, bukan kena api pun. Tapi benda nak jadi, kita tak pernah jangka dan sangka. Itulah yang selalu aku tulis. Usahakan untuk ada medical card. Medical card ni ada pelan yang murah. Tak perlu ambil medic booster segala tok nenek tu. Ambil yang betul-betul perlu saja. Tanya agen, dia akan quotekan sesuai bajet.