2025-03-04

Ini adalah contoh orang yang tak perform dalam kerjanya sendiri.


Kat post medical card yang aku tepek semalam, ada satu komen ni "Mestilah kena naikkan caruman bulanan selalu-selalu. Kalau tak, macamana nak bagi agen free trip pi London, Paris, Hong Kong.."

Senyum je aku baca. Bukan apa, as a majikan, aku boleh agak type pekerja seperti apa orang macam ni. Ini adalah contoh orang yang tak perform dalam kerjanya sendiri. Kalau dia seorang yang perform, dia akan tahu mana-mana pekerjaan, reward akan diberi pada yang layak, bukan kepada semua orang. 

Performance bonus setiap pekerja takkan sama. Kalau kita faham konsep ni, kita takkan argue reward yang orang lain dapat. Kalaulah orang yang komen tu seorang sales, lagilahhhh aku boleh agak inilah contoh orang yang selalu tak hit target, tapi komplen banyak. Claim pun banyak. Kerja berkira. 

Orang sales sangat tahu bab reward. Kau tak hit target, kau takkan dapat reward. So boleh imagine tak those yang dapat reward tu dia punya performance tahap apa? Sales person berprestasi tinggi saja boleh dapat reward. Sebab reward tu yang high achiever saja dapat. That's why ramai tak mahu ambik position sales, tak kiralah sales jual kereta ke, jual biotech supplies ke, jual takaful ke. Sebab menjadi sales perlu effort yang lebih. Dan tak semua orang mahu buat. Tapiiiii bila orang sales pakai kereta besar, travel sana sini, pakai branded stuff - dia sakit hati. 

Umur aku 27 aku join biotech sales. Bos aku perempuan, grad Biotech from Manchester. Umur 2 tahun tua dari aku. Maknanya masa tu umur dia 29 tahun. Time ni dia dah pakai Toyota Coupe (lupa model apa) tapi harganya RM190K. That was year 2003. Zaman-zaman tu belum wujud founder-founder TikTok lagi. Maknanya, tak payah jadi founder untuk merasa pakai sport car. Kau exceed je sales target, komisyen kau tinggilah jawabnya. Tapi, tak semua orang berjaya macam bos aku. Aku beruntung duduk bawah dia so that aku boleh belajar cara kerja dia. 

Cara kerja high achiever ni lain. Yang tak boleh carry akan gunakan alasan "I need a work-life balance". Macamkan orang tu takde life. Bos aku jarang ambil cuti, tapi sekali dia bercuti, puas. Terus 3 minggu, ke overseas with the whole family. Puas hati tengok gambar dia bercuti. Bukan macam marhaen yang konon work-life balance. Cuti nak setiap bulan. Healing nak setiap bulan. Ujung-ujung rest je yang balance. Work tak balance lansung. Pastu bila orang lain dapat komisyen tinggi, dapat reward, naik pangkat, kau bitter. 

Dulu aku pun tak yakin dengan kerjaya sales ni. Sebab culture kita tak pernah dipupuk dengan kerjaya sales. Semua nak kerja yang gaji tetap, jawatan jelas, pangkat tinggi. Tapi bila dah masuk bidang sales, barulah terbuka mata aku. Sales memang susah, tapi tak mustahil. Kerja memang kena keras sebab sales ni kau buat lebih, insyallah kau dapat lebih. Aku punya komisyen paling tinggi pernah dapat RM13K. Itu pun dah rasa dunia ni aku punya. Colleague aku pernah dapat RM35K, RM70K. Kau rasa??

That's why bila aku resign and start own company, aku masih boleh survive sebab aku ada customer yang prefer beli dengan aku walaupun aku carry newd brand. Sebab dia dah build trust. Dia tahu kalau dia beli new brand, aku akan assist dia sampai dia pandai. 

Dalam takaful, award dan reward yang agen dapat adalah TRUST dari syarikat kepada dia. Kalau aku pilih agen, aku akan pilih yang konsisten dapat reward dan award. Sebab ini adalah petunjuk agen ini bukan saja buat kerja, tapi drive dia untuk bertahan dalam industry ni sangat tinggi. Ini contoh agen yang kau kena pegang sebab dia akan kuatr berjaya supaya dia tak kena terminate. Kebanyakan agen yang hilang tu adalah kerana tak hit target, lantas kena terminate. 

Mana-mana kerja semua ada target. Tak hit untuk sekian-sekian waktu, terminate terus. Patutnya bila ada agen yang dapat reward and award, itulah yang kau hire untuk menjadi agen. Ini tak, bitter dengan kerja keras orang pulak. Ingat semua agen dapat reward and award ke? Tak, ya. Hanya yang achieved target akan dapat sesuatu dari syarikat. Itulah yang membezakan pekerja cemerlang dengan tak. Yang bitter dengan reward orang lain ni mesti tak pernah dapat reward. Kalau dia pernah dapat mesti dia tahu this is a normal practice.

Hari sabtu lepas award night. The next day company dorang ada buat meeting and lunch treat untuk semua awardees. Aku join sebab aku terpaling awardees. Kahkahkah. 

Seronok berada dalam kelompok awardees. Dorang ni punya sembang bukan sembang biasa-biasa. Walaupun sembang melawak, tapi ada motivational touch. Kat sinilah aku selalu dapat aku punya energy. Sambil mentekedarah, aku pasang telinga dengar dorang sharing. Dapatlah top up energy aku. 

Toksahlah merasa duit caruman setiap bulan tu untuk bayar reward agen. Meh sini someone yang pernah bekerja dengan syarikat takaful spill macamana dorang kelolakan duit caruman. Dalam takaful, duit caruman yang client pelanggan bayar setiap bulan TAK digunakan terus untuk bayar reward agen. Duit ni masuk ke dalam beberapa akaun:

(1) Tabarru' Fund (Dana Derma). Yang ni digunakan untuk bayar tuntutan (claims) kalau client mengalami musibah (penyakit, accident).

(2) Participant Investment Account (PIA). Ini digunakan untuk pelaburan. KALAU pelaburan menguntungkan, client dapat keuntungan.

Keuntungan yang macamana client dapat dari PIA?

1. Nilai Tunai (Cash Value) Bertambah
Sebahagian daripada caruman client akan dimasukkan ke dalam PIA untuk dilaburkan. Kalau pelaburan menguntungkan, nilai dalam akaun ini akan bertambah.

2. Pulangan dalam Bentuk Dividen atau Unit Tambahan
Untuk takaful berkaitan pelaburan, keuntungan dikreditkan dalam bentuk unit tambahan. Kalau polisi ada komponen dividen atau hibah, sebahagian keuntungan diberikan sebagai tambahan nilai akaun.

3. Kalau client simpan polisi hingga tempoh matang (misalnya 20 tahun), dan pelaburan PIA berkembang dengan baik, jumlah yang diterima semasa matang akan lebih tinggi daripada jumlah yang dijangka pada awal kontrak.

Dalam kes agen, reward hanya akan diberikan kalau ada keuntungan pelaburan. Bukannya duit caruman bulanan kita tu dibuat hadiah reward. Ini adalah konsep yang sama macam dalam mana-mana syarikat. Ada untung baru ada bonus, ada company trip, ada allowance raya, etc. Takde untung, semua tu syarikat tak dapat sediakan. That's normal. Takde yang pelik pun.

Tadi En Wan bagitahu aku "Ingat tak abang ada 2 kes kena ROC? Hari ni dua-dua lepas (lulus)"

ROC tu adalah bila syarikat takaful kenakan tindakan kepada agen kerana disyaki agen menghasut client untuk hentikan polisi lama (dengan agen lain) dan buat new polisi dengan dia.

Kisahnya, ada dua orang client (isteri) ambil polisi dengan En Wan. Person covered adalah anak. Pemilik polisi (yang membayar caruman) adalah isteri. Tiba-tiba En Wan kena ROC sebab dua-dua client ni suaminya punya polisi dah lapse sebab tak bayar. Syarikat assume En Wan hasut isteri-isteri ni buat new polisi untuk gantikan polisi si suami yang dah lapse. En Wan dah appeal 2 kali tak lepas.

Hasil duduk sebelah CEO malam Sabtu hari tu, ini yang En Wan komplen rupanya. Dia kata, sangat tak lojik, suami ambil dengan agen lain, isteri ambil dengan dia. Tapi dia yang kena tindakan. Lainlah kalau isteri ambil agen yang sama dengan suami, lojiklah agen tu dikenakan ROC sebab seolah-olah agen itu yang cadangkan isteri ambil new polisi bagi menggantikan polisi suami yang lapse. But this time, isteri ambil dengan agen lain, apa kena-mengenanya dengan En Wan?

Pagi ni, En Wan kata dua-dua kes LULUS! Bermakna, CEO PruBSN memang mendengar komplen En Wan malam tu. Dan En Wan betul-betul gunakan award and achievement dia as kabel kuat untuk serve his clients. Aku bukan nak puji En Wan, tapi dia memang spesis all out and "degil". Tengok je lah macamana dia drill Rayyan and Redza masa sekolah dulu. Aku yang makan hati tengok anak-anak aku kena drill. Tapi dia memang jenis gitu. Dia akan buat sehabis baik. Inilah yang aku kata tadi, kalau kau jumpa agen yang konsisten dapat reward and award, ini adalah agen yang kau kena hire.

Serious aku tak sangka CEO benar-benar mendengar dan sampaikan komplen En Wan pada team underwriter. Now we know, kenapa dia jadi CEO. So, kepada yang suka mengkondem and mengkomplen tak tentu arah, do some reflection pada diri sendiri sebelum kita argue kelebihan yang orang lain dapat.

Ok, aku ada 2 policy medical card kena tolong appeal on behalf on Mr Agen. Semoga sepinggan Mahbub menyebelahiku.

p/s: Sebelum orang DM, aku tepek siap-siap sini. Nombor En Wan 012-4407757