2025-03-23

GreenAard: Husbandnya kurus tapi kolesterol tinggi.

Guys, stok Nutrijuice ZERO di tangan kami. Sebab kena ubah label. Kali ni ada sedikit perubahan pada label mengikut standard KKM yang terbaru. Jadi sekarang tengah tunggu printing ready. Not so soon, maybe next week dapat, insyallah. Tapi, kalau sesiapa nak beli Nutrijuice boleh beli saja, once stok dah masuk kita akan deliver. At least kalau beli now, you all boleh dapat harga Ramadan dan secure your free gift. Kat Shopee kita dah tarik keluar stok Nutrijuice buat sementara. Once stok sampai kita masukkan balik.

Hari tu ada follower tanya aku. Husbandnya kurus tapi kolesterol tinggi. Doktor dah bagi ubat kolesterol tapi suami tak nak ambil.

Jangankan kata orang, En Wan pun dulu pelik apesal kolesterol dia tinggi sedangkan dia kurus. 

Ramai orang ada mindset macam ni. Kalau badan kurus, confirm sihat. Badan kurus, takde lemak. Badan kurus, kolesterol rendah. That's why orang yang kurus enjoy belasah apa juga - teh tarik everyday, ayam goreng every night, fast food seminggu 3 kali - asalkan seluar masih muat, semua ok. The truth is, being thin is no guarantee that your cholesterol levels will be good. Ramai orang kurus tak sedar dorang ada kolesterol tinggi, kadang-kadang lebih tinggi dari orang gemuk. Termasuklah En Wan. Dulu, kolesterol dia lebih dari 7.0! Sampai dah keluar biji kolesterol kat mata.

Biasanya, bila badan maintain slim, ramai assume tak perlu diet sebab tak ada masalah berat badan. So, makan je lah ikut sedap tekak, janji sedap. Apa yang orang tak tahu, lemak dalam makanan tu tetap masuk dalam badan dan affect kolesterol reading. Kolesterol jahat (LDL) akan naik tanpa sedar, walaupun cermin masih tunjuk badan kau slim macam model.

Orang gemuk, lemaknya nampak jelas kat perut dan paha yang besar. Ini namanya lemak di bawah kulit. Jelas nampak. 

Orang kurus, lemak bawah kulit mungkin tak ada, tapi lemak visceralnya tinggi. 

Lemak visceral is lemak yang tersimpan dalam organ dalaman macam hati and jantung. Lemak jenis ni lagi bahaya sebab boleh buatkan pembuluh darah tersumbat. Bila tersumbat, akan ada risiko heart attack and strok. Nampak kurus kat luar, tapi dalam badan sebenarnya penuh lemak.

Orang gemuk selalunya lebih berhati-hati nak makan. Sebab dorang ada rasa nak turunkan berat badan. Especially bila baju lama dah tak muat, dorang ada kesedaran untuk jaga diet. Tapi orang kurus? Tak ada amaran sebab tak nampak ada masalah kesihatan. Bila buat check-up baru terkejut tengok kolesterol tinggi. Sebab tu, orang kurus lebih mudah terlepas pandang bab kolesterol ni.

Satu lagi perangkap orang kurus – ramai yang malas bersenam sebab fikir "tak perlu pun, aku dah kurus." Ni lagi satu fahaman yang salah. Ramai ingat senaman untuk kurus. 

SENAMAN BUKAN UNTUK KURUS.
SENAMAN BUKAN UNTUK KURUS.
SENAMAN BUKAN UNTUK KURUS.

(Johnny Huang ajar, benda penting kena mention 3 kali. Hahaha).

Kalau jogging hari-hari, kau tetap takkan kurus sebab kau makan everyday. Kalori yang masuk ke dalam badan lebih banyak dari yang kau bakar melalui senaman. Sebab tu saintis kata kalau nak kurus rulesnya adalah 80/20. 80% adalah dari kawal makan. 20% je melalui aktiviti. Sebab, senaman bukan untuk kurus tapi untuk sihat.

Dalam badan kita ada dua jenis kolesterol utama:
- Kolesterol Baik (HDL)
- Kolesterol Jahat (LDL)

Bila bersenam, HDL dalam badan akan meningkat. Lagi banyak HDL, lagi cepat kolesterol jahat (LDL) dapat disingkirkan. Kiranya, senaman macam bagi badan kau ‘cleaning service’ yang buang kolesterol berlebihan sebelum dia sempat buat masalah. Jadi, senaman tu untuk kawal tahap kolesterol. 

Bila tak bersenam, kolesterol jahat (LDL) mudah naik. Sebab tu orang kurus yang kurang bersenam dan membelasah apa saja makanan, lebih berisiko ada kolesterol tinggi. Bila bersenam, jantung bekerja lebih kuat. Otot jantung jadi lebih kuat dan lebih cekap pam darah. This helps reduce blood pressure and improve blood circulation. Bila darah mengalir dengan baik, kurang risiko kolesterol terkumpul dalam arteri.

Tapi ada juga keadaan di mana kau kurus, kau bersenam, kau kawal makan, tapi kolesterol tetap tinggi. Ini adalah those yang ada sejarah keluarga ber-kolesterol tinggi. Hat ni takleh buat apa. Sebab bila parents ada sejarah kolesterol tinggi, kau pun berisiko dapat masalah yang sama, walaupun kurus. Orang-orang macam ni memang kena bergantung pada ubat kolesterol.

Lagi satu, yang ada masalah hypothyroidism. Kalau hormon tiroid rendah, badan secara semula jadi susah nak proses kolesterol. Dua jenis orang ni, kalau tak nak makan ubat kolesterol, meh ambil Nutrijuice. Aku sangat konfiden dengan Nutrijuice, sebab kita pakai sterol yang dah memang terbukti boleh rendahkan kolesterol.

Sterol ni bahan aktif yang ada dalam tumbuhan sahaja. Struktur dia lebih kurang macam kolesterol, tapi fungsi dia untuk turunkan kolesterol. 

Kolesterol dalam badan mostly datang dari makanan yang kita makan. Usus akan serap kolesterol masuk ke dalam darah. Masalahnya, bila usus serap kolesterol masuk dalam darah, terlalu banyak kolesterol jahat (LDL) boleh terkumpul dalam saluran darah. Inilah punca saluran tersumbat.

Bila kau makan Nutrijuice (ada sterol), sterol akan bersaing dengan kolesterol dalam usus untuk diserap ke dalam badan. Struktur sterol and kolesterol lebih kurang sama, jadi sama-sama akan diserap oleh usus. Bila sterol diserap sekali, bermakna jumlah kolesterol yang diserap masuk tak sebanyak kalau tak ambil sterol. Boleh faham? Baki kolesterol yang tak diserap tu akan dikeluarkan dari badan melalui najis. Jadi, dia tak sempat nak terkumpul dalam darah. Senang cerita, sterol ni macam ‘blocker’ yang halang kolesterol jahat dari masuk ke dalam sistem badan kita.

Untuk dapat kesan yang terbaik, pakar kesihatan cadangkan sekurang-kurangnya 2-3 gram sterol sehari. Tapi realitinya, makanan seharian kita selalunya tak cukup sterol, sebab makanan yang tinggi sterol bukan benda yang kita makan setiap hari dalam jumlah banyak.

"Kalau tak ambil sterol boleh ke turunkan kolesterol?"

Boleh. Tapi effort kena lebihlah. Nak tahu berapa banyak tumbuhan kena makan nak turunkan kolesterol? Meh sini aku cerita *sinsing lengan baju*.

Kalau tak nak makan sterol, kau kena gantikan dengan serat. Serat ni kita semua tahulah dari tumbuhan - buah, sayur, kekacang. Tapi, tak semua serat boleh turunkan kolesterol. Yang menurunkan kolesterol adalah SERAT LARUT. Bermaksud, kita kena ambil banyak serat untuk dapatkan serat larut yang optimum untuk turunkan kolesterol. Sebanyak mana kau agak?

Serat keseluruhan yang mesti diambil setiap hari adalah sekitar 25-30 gram. Dalam serat ni, jumlah serat larut yang berfungsi turunkan kolesterol adalah sekitar 7-10 gram saja. Jadi sasaran kita sekarang adalah mendapatkan at least 7 gram serat larut (the best is 10 gram). 

Untuk mencapai 10 gram serat larut sehari, kita mesti makan:
- Oat 1 cawan = 2 gram
- Epal dengan kulit 1 biji = 1.5 gram
- Pisang 1 biji = 0.6 gram
- Chia seed 1 sudu besar = 1.4 gram

9 biji epal sehari untuk dapatkan 10 gram serat larut. Kalau muak epal, boleh makan pisang 17 biji sehari untuk capai 10 gram serat larut. Orang utan pun tak makan pisang banyak ni. Tak pun, makan 5 cawan oat sehari untuk cukupkan 10 gram? Hoii, muak!

That's why Nutrijuice kita letak sterol terus. 2-3 gram sterol sehari dah boleh turunkan kolesterol dengan lebih cepat. Plus, Nutrijuice takde gula. Kita pakai stevia, jadi pesakit kencing manis pun boleh ambil.

Ada soalan? Sila DM. Kalau berpuas hati, boleh terus whatsapp admin untuk beli - 013-7557424 atau 012-7728976.