Produk Gloei, Nutrijuice, Maaltyd, yang ni tak ada pantang sangat. Nak makan bila-bila pun boleh, asalkan konsisten. Tapi kalau nak bagi lebih efektif, Gloei and Maaltyd seelok-eloknya ambil waktu sahur. Kalau kau jenis yang susah bangun sahur, ambil je lah sebelum tidur. Yang penting, masuk dalam badan.
Hat GC Plus ni, actually kena ikut timing yang betul. Ini kategori ubat-ubatan, memang sedikit teknikal cara pengambilannya. Usahakan untuk ambil masa sahur. Tapi kena gigih sikitlah sebab lepas telan 4 kapsul, kena tunggu 30 minit baru boleh makan sahur. Kalau tak larat nak gigih, ambil je lah lepas berbuka. However, ada cabarannya bila ambil selepas berbuka.
Dalam GC Plus ada HCA iaitu bahan aktif yang block karbohidrat. Biasanya, berbuka kita makan nasi (karbohidrat). Bila makan nasi, badan akan tukarkan lebihan karbohidrat menjadi lemak. Tapi bagi pengguna GC Plus, HCA dalam GC Plus akan halang sejenis enzim dalam badan yang berfungsi menukarkan karbohidrat kepada lemak. Bila enzim ni direncatkan dari bertindak, maka tak semua karbohidrat yang dimakan tadi akan ditukar kepada lemak. Maybe sikit je yang ditukar. So, selebihnya ke mana?
Oleh sebab enzim untuk simpan lemak ‘terganggu’, badan akan gunakan karbohidrat itu untuk tenaga atau bakar terus sebagai haba melalui thermogenesis. Kesannya, kadar metabolisme meningkat, dan proses pencernaan berlaku lebih cepat. Bermakna, pergerakan usus (motiliti gastrointestinal) akan berlaku dengan pantas, makanan dicerna dengan lebih cepat dan sistem pencernaan lebih aktif.
Bila makan banyak karbohidrat waktu berbuka dan ambil GC Plus selepas itu, makanan yang sepatutnya diserap perlahan-lahan akan melalui proses yang lebih cepat. Ini akan bagi kesan laksatif ringan, iaitu asyik nak ke tandas, especially 3-6 jam selepas makan. Sebab tulah tengah malam perut ‘buat kerja’, sebab badan tengah sibuk proses makanan tanpa simpan lebihan karbohidrat sebagai lemak.
Jadi, untuk elakkan korang asyik terbangun tengah malam nak ke toilet, ambillah GC Plus waktu sahur so that kesan kurang sebab tengah malam kita dah "berpuasa". Perut dah tak penuh sangat. Sahur pun kadang tak beria kita makan. Kalau ada kesan nak ke tandas pun, at least ia berlaku siang hari dan bukan masa tengah tidur.
Bulan puasa ni, paling mudah nak loose 3-4 inci lilitan pinggang with GC Plus. Sebab bulan puasa secara semula jadi kita dah ada defisit kalori + kurang makan. This really helps HCA work more effectively. Waktu puasa, kita automatik kurang makan sebab hanya boleh makan time sahur dan berbuka. Kalau aku, sahur memang tak bangun. Kalau bangun, hanya masakkan untuk Rayyan nasi goreng, pastu aku sambung tido.
Sesiapa yang ambil GC Plus, pengambilan kalori akan jadi lebih rendah sebab GC Plus akan rangsang serotonin keluar dengan banyak yang membuatkan kita rasa kurang lapar. Bila kurang lapar, maka kuranglah selera nak mengunyah. Bila kurang mengunyah, bermakna badan terima kurang kalori. Jadi ia mula bakar lemak sebagai tenaga. Perut jadi makin kempis, pinggang pun makin kecil.