2025-03-06

Setiap orang ada hak untuk tentukan bagaimana dorang nak guna duit sendiri.


Aku nampak kat Thread, someone ni ulas pasal pandangan yang katanya "Walau duit banyak, tetaplah pakai kereta biasa-biasa saja". Dia bagi contoh Khairul Aming yang tetap pakai Bezza walau mampu pakai kereta yang lebih mewah.

Bagi aku, kalau duit banyak, like banyakkkkk, dan kau mampu, kenapa mesti limitkan kehendak? Duit kau banyak kot. Kau mampu kot. Why not?

Kenapa mindset orang sekarang sometimes aku rasa macam tak logik? Betul ke kau ni ikhlas nak semua orang hidup sederhana atau sebenarnya kau insecure kalau orang lain ada lebih dari apa kau mampu?

Ini bukan tentang Khairul Aming, ya. Ini tentang mentaliti sesetengah orang yang beranggapan walaupun ada banyak duit, you mesti hidup sederhana dan tak perlu spend so much. The question is, if someone is truly capable and financially stable, kenapa perlu hadkan kehendak sendiri?

Look. Setiap orang ada cara hidup dan prinsip masing-masing. Ada yang kaya raya tapi tetap hidup sederhana, makan kat warung tepi jalan, pakai kereta biasa-biasa sebab bagi dorang harta bukanlah sesuatu yang perlu ditunjuk-tunjuk. Dia pilih untuk hidup begitu. 

Johnny Huang. His pay untuk setiap drama is around USD 2-3 million! Dia orang yang sederhana tapi masih pakai branded items. Tapi design yang sederhana, tak ada flashy logo. At the same time he enjoys eating kat kedai dan warung-warung kecil. Dia ada a few kereta and bikes too. Untuk someone yang dibayar USD 2-3 juta bagi setiap drama, yang mana setahun dramanya ada 3-4 buah, lojik ke nak suruh dia pakai kereta biasa-biasa hanya kerana kau rasa Wagon Mercedez yang berharga RM2 juta tu is too expensive for you?

Ok, kau tak kenal Johnny Huang. Takpe. Aku bagi contoh Mark Zuckerberg.

Mark seorang billionaire. Tapi cara dia berpakaian, asyik pakai t-shirt kelabu dan seluar jeans biasa saja. Itu pilihan dia. 

Dalam masa yang sama, ada juga orang kaya yang suka menikmati kekayaan mereka. Beli kereta sport, rumah besar, holiday ke tempat-tempat eksklusif. Why? Sebab dorang mampu dan itu cara dorang menikmati hasil titik peluh sendiri. Contohnya, Cristiano Ronaldo. Dia beli kereta mewah, ada private jet, sebab itu adalah gaya hidup yang dia nak.

Dua-dua cara hidup ni tak salah pun. Yang jadi masalah bila ada orang rasa hanya satu cara je betul dan orang lain salah. Sedangkan realitinya, setiap orang ada hak untuk tentukan bagaimana dorang nak guna duit sendiri.

Kadang-kadang bila orang kaya beli barang mahal, mesti ada suara-suara yang berbunyi, "Kenapa tak sedekah je duit tu? Kenapa tak tolong orang miskin?"

Tapi bila orang tu hidup sederhana, ada pula yang cakap, "Alah, kedekut betul, dah kaya pun tak nak enjoy life." Kau nak apa sebenarnya?

Kebanyakan masa, orang yang suka mengkritik ni sebenarnya bukan betul-betul nak bagi nasihat, tapi lebih kepada rasa tak puas hati atau dengki. Mungkin dorang rasa tak adil sebab tak mampu hidup macam tu. Jadi cara nak lepaskan rasa tak puas hati adalah dengan menjatuhkan orang lain. Analogi dia macam ni. Bayangkan kau beli telefon baru yang mahal, then ada kawan cakap, "Buat apa beli mahal-mahal? Telefon murah pun boleh guna." Tapi dalam hati, sebenarnya dia pun nak telefon tu, cuma dia tak mampu. Jadi, daripada dia akui dia tak mampu, dia pilih untuk menjatuhkan pilihan kau supaya dia rasa lebih tenang.

Bila someone dah bekerja keras, usaha bertahun-tahun, berjaya kumpul kekayaan, they should enjoy the results. Kau dah berhempas pulas kerja siang malam, takkan bila kau berjaya, masih kena hidup macam orang susah? Dulu kau berniaga kecil-kecilan sampai dapat bukak kedai besar. Orang lain tak nampak susah payah kau, kan? Tapi bila kau dah berjaya dan beli kereta bagus sikit, tiba-tiba ramai yang komen, "Kenapa tak beli kereta biasa je?" Padahal, itu duit kau, usaha kau. Kenapa masa kau susah  dulu dorang tak sibuk? Bila dah berjaya and nak menikmati kesenangan, ramai pulak yang sibuk?

Orang selalu cakap, "Hidup biar bersederhana." 

Ya, betul. Tapi sederhana itu subjektif. Bagi orang yang berpendapatan RM2000 sebulan, pakai kereta RM50,000 mungkin dianggap mewah. Tapi bagi orang yang berpendapatan RM200,000 sebulan, beli kereta RM500,000 mungkin perkara biasa je. Jadi, sederhana tu bergantung kepada kemampuan seseorang, bukan ikut standard orang lain.

Masyarakat akan sentiasa ada pendapat, sama ada kau hidup sederhana atau mewah. Jadi, daripada sibuk fikir apa orang nak cakap, lebih baik fokus pada apa yang buat kau bahagia. Sebab akhirnya, yang hidup dalam kehidupan tu adalah kau sendiri, bukan dorang. Apa yang aku perasan tentang culture masyarakat kita, dorang suka mengidolakan orang yang "susah" atau hidup sederhana. Sebab orang yang susah memberi keselesaan psikologi kepada dorang.

Manusia secara semula jadi suka cari sesuatu yang relatable. Bila dorang nampak someone yang susah, hidup sederhana, atau struggle, dorang rasa "Oh, dia sama macam aku. Aku boleh relate dengan dia." Ini memberi rasa selesa sebab dorang tak rasa terancam atau tercabar. Just like zaman Mawi menang AF dulu. Kalau ikut telinga aku ni, Mawi punya suara taklah sedap sangat. Ada yang lebih sedap. Tapi senario pada ketika tu, Mawi ni dtaang dari keluarga susah, naif, humble, dan kekampungan. Ini antara point terbesar yang buat ramai orang sokong dia. Lumrah culture kita macam tu. Lebih suka orang yang susah, yang sederhana. Yang tak mencabar ego dorang.

Kalau ada selebriti atau influencer yang datang dari bawah, pernah hidup miskin, pernah susah, netizen cepat angkat mereka-mereka ni sebagai inspirasi.

"Dia pun dulu susah macam kita, tapi dia tetap humble. Baguslah!"

Orang kita suka cerita dari zero to hero, provided hero tu tak "terlalu berjaya." Tapi kalau hero tu dah terlalu berjaya sampai jauh lebih kaya atau berbeza daripada kehidupan dorang, tiba-tiba nanti ada yang tak puas hati. Sebab? Sebab dorang dah tak rasa setaraf, dan itu mula mencetuskan perasaan insecure.

Dia macam ni tau. Bila someone yang dulunya sederhana tiba-tiba naik level - beli rumah besar, pakai kereta mewah, hidup selesa - netizen mula rasa perasaan yang mereka tak nak akui, iaitu insecurity. Benda ni sebenarnya datang daripada satu mindset yang dipanggil scarcity mindset, iaitu mindset yang percaya bahawa kalau orang lain dapat lebih, bermaksud kita akan dapat kurang.

Contoh paling mudah, kalau ada orang beli Ferrari, netizen akan cakap "Membazir. Lagi baik sedekah je duit tu"

Padahal, kekayaan orang tu tak ada kena-mengena dengan hidup dorang pun. Tapi sebab rasa insecure, dorang mula cari alasan untuk menjatuhkan orang lain supaya dorang merasa lebih baik tentang diri sendiri.

Netizen suka orang yang berjaya, tapi hanya kalau orang tu masih hidup sederhana. Sebab itu ada orang kaya sengaja sembunyikan kekayaan supaya tak dikritik. Kalau someone yang dah berjaya masih naik Myvi atau makan tepi jalan, netizen akan puji habis-habisan. "Walaupun kaya, masih humble!" 

Cuba esok Hamba Allah tu mula tunjuk kesenangannya sikit, contohnya pakai jam tangan mahal, branded henbeg, percayalah. Akan ada yang cakap, "Dulu lain, sekarang dah lupa diri"

So, what exactly do netizens want?

They want someone to be successful but not too successful, so that they can still feel equal or better!

Selalu kita dengar ayat macam ni:

"Buat apa beli barang mahal? Benda murah pun boleh guna"

"Kenapa tak guna duit tu untuk benda lebih bermanfaat?"


Bunyinya macam bagi nasihat, tapi kalau observe betul-betul, ada unsur cemburu kat situ. Sebab kalau betul-betul nasihat, dorang takkan hanya target orang yang lebih berjaya daripada dorang. Kalau kawan kau yang biasa-biasa beli kasut RM50, ada siapa kisah? Tak, kan? Tapi kalau kawan kau tiba-tiba beli kasut RM5000, mesti ada yang bitter. Sebab bila seseorang lebih berjaya, dorang merasa ada jurang antara diri sendiri dan orang tu. Sebab tu dorang cuba tarik orang tu ke bawah dengan kritikan, supaya perasaan cemburu tu tak terasa sangat.

Kalau kita betul-betul nak maju, kena ubah mindset ni. Daripada sibuk bandingkan diri dengan orang lain, lebih baik fokus untuk tingkatkan diri sendiri. Orang lain kaya ke, berjaya ke, itu rezeki dorang. Kalau kita nak hidup lebih baik, usaha saja. Tak payah nak jatuhkan orang lain.

Hari tu ada isu pasal baju raya mahal, kan? Samalah ni mindsetnya. Netizen "menasihatkan" orang lain, "Jangan membazir. Ingat, semua harta kita akan dihisab di akhirat!"

Konon nak bagi peringatan, tapi sebenarnya ada judgment yang tak perlu.

Kalau betul pembaziran itu satu isu besar, kenapa tak tengok semua benda yang kita sendiri bazirkan setiap hari? Makan tak habis, beli barang ikut nafsu, subscribe Netflix tapi tengok sekali dua je. Itu pun pembaziran juga. Tapi kenapa hanya kecam bila orang lain beli baju mahal?

Sebabbbbbb, bila orang lain ada lebih, dorang mula cari cara untuk buat diri sendiri rasa lebih baik! Itu je puncanya. Rasa insecure. Kalau orang tu mampu beli something yang dia tak boleh beli, dia mula rasa macam tak adil, jadi dia justify dengan tazkirah agama.

Ini lebih kepada moral superiority, iaitu perasaan di mana kita nak rasa lebih baik daripada orang lain dengan "menegur". Tapi dalam banyak kes, niat sebenar bukanlah nak bagi nasihat, lebih kepada menutup rasa jealous dengan berselindung di sebalik alasan agama dan moral. 

"Dihisab" itu urusan individu dengan Tuhan. Adakah kita tahu siapa yang lebih banyak memberi dan siapa yang lebih banyak membazir? Boleh jadi orang yang beli baju mahal tu sebenarnya banyak bersedekah di belakang, tapi kita tak tahu. Sedangkan orang yang pakai baju biasa pun boleh jadi tak pernah hulur bantuan kepada sesiapa. Jadi tak payah nak nilai siapa yang akan "dihisab" lebih teruk.

Kalau dia nak beli baju mahal untuk dipakai di satu majlis sahaja, dan dia mampu, itu hak dia. Kalau kita tak setuju, kita ada pilihan untuk tak buat perkara yang sama dalam hidup kita sendiri. Tapi nak kecam dan jadikan alasan agama atau moral untuk justify rasa cemburu sendiri, itu tak betul.