Apa benda feedback gini? Tak menggambarkan apa-apa.
Cara ni tak betul dan boleh jadi misleading untuk orang lain yang nak beli produk yang sama. Kalau beli online, kau tak payah review bab harga sebab semua orang boleh nampak harganya. Kita nak tahu produknya. Aku pulak kalau review produk selalunya tak mention harga, especially kalau aku tag brandnya, pandai-pandailah kau check sendiri harganya.
Post atas ni sebenarnya video aku pakai baju Caftanist. Disebabkan ada video, jadi aku tak review panjang sangat, but masih mention tentang jenis kain.
Orang nak tahu tentang produk, bukan harga. Most people kalau review, asal murah je, lebih baik bila yang ini dari yang itu. Sebab lebih murah. Masalahnya kau compare apple dengan pear. Lainlah apple with apple, barulah boleh compare harga. Kalau barang, brand dan kualiti berbeza, reviewlah produknya. Contohnya ZUSS, walaupun orang kata lebih murah dari Starbucks, barangnya tak sama. Jadi jangan compare harga. Compare dari segi rasa, persentation, kendian baru harga.
Hari tu aku nampak post kat Thread, "Shawl kat Pandai Eyes RM16 je!"
So?? Sebab murah maka mari beli, gitu?
Aku dah pergi Panda Eyes 2-3 kali. Bagi aku, kalau kau someone yang concern tentang harga dan tak kisah kualiti, Panda Eyes is a suitable place. Kalau kau biasa pakai shawl jenis kain polyester gauze, ok boleh beli kat sana. Tapi kalau biasa pakai Korean chiffon, takde kat sini. Same goes to blouse. Kalau biasa pakai kain licin jenis yang tak berapa berangin tu, boleh beli sana. Tapi kalau kau biasa pakai kain licin jenis ELLE, takde sana.
Aku ada baju Panda Eyes blouse and skirt warna royal blue, yang aku pakai bawak ke Milan hari tu. Baju tu simple je, kain sedap pakai tapi kena pakai kat tempat hawa sejuk, ya. Kalau cikgu sekolah pakai time mengajar kelas petang, konfem berlendir ketiak. Baju kurung dia aku tengok hari tu tak sedap pakai. Cuttingnya kasar, jahitan pun kasar. Kalau tak kisah bab ni, boleh beli. Kalau jenis kisah, sila ke tempat lain.
Kebanyakan yang buat review dan concern dengan harga yang murah, sebenarnya lebih kepada rasa puas hati sebab tak keluar duit banyak, tu je. Baju yang dia beli tu sebenarnya takdelah sedap sangat pakai tapi sebab murah, otomatik berasa sesuailah dengan harganya, maka berbaloi. En Wan ada majlis berbuka puasa, kena pakai all white. Dia kata nak cari kurta murah-murah asalkan warna putih. Aku cakap, kenapa mesti nak beli "asal boleh?". Kalau baju tu sedap pakai dan cantik bukan ke boleh pakai banyak kali nanti? Why mesti beli baju yang murah sebab asal putih, lepas tu tak pakai dah. Itu sebenarnya lagi membazir!
Aku bukan nak condemn produk murah, tapi kita kena ada mindset yang lebih kritikal bila review produk. Jangan hanya sebab harga dia murah, terus anggap itu sebagai satu faktor utama untuk puji melambung-lambung. Harga murah tak sama dengan kualiti, dan harga mahal tak semestinya lebih baik, tapi yang penting kita nilaikan produk tu berdasarkan keberkesanannya, bukan semata-mata nak justify duit yang kita dah keluarkan.
Lagi satu, cara kita review produk boleh influence cara orang lain berbelanja. Kalau semua orang asyik puji produk murah without thinking about quality, kita sebenarnya sedang membentuk budaya membeli yang salah. Lama-lama industri pun akan lebih fokus buat barang murah dari bahan yang kurang berkualiti sebab tahu orang tetap akan beli. Sebab tu penting untuk kita jadi pengguna yang bijak, bukan setakat cari barang murah, tapi cari barang yang benar-benar berbaloi dengan harga yang kita bayar.