2025-03-20

Meninggal mengejut ni kesannya pada yang hidup, berbeza.

Until now aku masih lagi terbayang-bayang post Ridzokumura yang wife-nya Akiko dah meninggal. Macam tak percaya. Mengejut sangat news ni. Hari-hari nampak Ridzo post kat Thread cakap rindu kat wife. Sedih tengok. 

Malam semalam aku tido sorang, En Wan takde. Dia ada program kat PJ, tido sana. Dekat je padahal, tapi aku rasa lonely. Tak boleh tido until 4.30 am. Itu baru suami pi kerja luar yang dekat je. Apetah lagi dia yang hilang isteri. Yang kalau rindu pun takkan boleh jumpa lagi. Sakit rindukan orang yang dah takde ni, lain. Apetah lagi pasangan hidup. Mengejut pulak tu hilangnya. 

Meninggal mengejut ni kesannya pada yang hidup, berbeza. Arwah atok aku meninggal mengejut 37 tahun lepas, sampai sekarang everytime start bercerita pasal atok, airmata aku keluar. Nak cerita kat anak-anak pun tak dapat. Gambar arwah atok sentiasa ada depan meja study aku. Setiap kali anak-anak tanya, aku tak dapat nak cerita habis. Aku always mengelak pergi kubur atok. Setiap kali pergi, masuk je pintu pagar kubur airmata dah merembes.

Masa arwah nenek meninggal, berbeza. Nenek sakit lama. Kita semua dah well-prepared. Tapi mati mengejut ni lain. Lama nak hilang. Aku sampai sekarang tak hilang. Macam terkejut + terkilan. Bila berlaku mati mengejut, emosi manusia secara semula jadi akan bercampur-baur. Terkejut, sedih, marah, confuse, even unable to accept kenyataan. Dalam keadaan ni, apa je yang orang lain kata, walaupun dengan niat baik, terasa kosong. Terasa tak membantu, malah menyakitkan.

Sebab itulah agaknya, everytime kawan-kawan atau kenalan kat FB kematian ahli keluarga, aku elakkan dari cakap "Sabar, ya". Aku limitkan kepada "Takziah dari saya". Cukup. 

Dalam keadaan itu, kalau terjadi pada aku, aku tak suka orang suruh aku sabar sebab kau tak benar-benar faham apa aku lalui. Sekadar ucapkan SABAR sebab "sabar, ya" adalah ayat default, baik takyah cakap.

Teringat Amiza (founder Ephyra) cerita masa suami dia meninggal mengejut dulu, orang cakap "Sabar ya, ada hikmahnya". Dia kata rasa nak menjerit, nak marah. Apa hikmahnya? Mana hikmahnya? 

Kalau setakat cakap nak bagi sedap ayat, tak payah. The pain was too real, too deep, and no words could instantly ease it. In fact, permintaan "sabar" terasa macam orang underestimate atau ignore kesedihan yang dia tengah alami.

Hati mana yang tak terusik? Orang tengah bersedih hilang suami, kau cakap "ada hikmah". Tak salah, tapi tak kena tempat. Dalam keadaan masih bersedih, dia takleh hadam. Hikmah apa? Macamana kematian suami boleh dianggap sebagai suatu yang baik? 

Dalam keadaan sedih, kita perlukan someone yang nak dengar keluhan. At that moment, kesakitan adalah lebih nyata daripada sebarang pengajaran yang boleh didapatkan kendian hari. Pada ketika tu, dia hanya nak suaminya hidup balik. Nak keadaan kembali seperti biasa. Dia tak nak explanation tentang hikmah yang masih belum nampak.

Masa Ridzo buat live hari tu, ramai yang komen "sabar, ya", "ada hikmah yang kita tak nampak". Aku geram je nak titik komen satu-satu. 

Menerima kehilangan ni ambil masa, dik. Pada masa ni, hati dan fikiran sebenarnya menolak sebarang bentuk nasihat sebab hati berkecamuk - sedih, marah, terkilan, kesal. Semua ada. But later with time, they may be able to see the other side that was previously obscured by emotions. Bukan sekarang kau nak suruh dia nampak hikmah. Sekarang, kau layankan aje perasaan dia. Dia masih terkejut.

Bab ni, aku suka kawan-kawan aku. Bila sorang ada masalah dan bercerita, kitorang TAK PERNAH cakap "Sabarlah", "Banyak-banyak doa". NO. Tak pernah. Kitorang akan layan dia punya luahan. Kalau dia tengah sedih, kitorang sedih sama. Kadang join nangis sekali. Kalau dia tengah marah, kitorang bakorkan lagi. Biar dia luah habis marah geram dia. Kasik dia all out dulu. Nanti ujungggg baru kita sama-sama pekena air yang sejuk-sejuk sikit untuk cool down sama-sama secara berjemaah. Sebab selalunya tukang bakor yang terlebih hangat ðŸ¤£.

Reaksi orang yang tengah sedih memang macam tu. Bukan tanda kelemahan atau kurang iman. Ini adalah refleksi fitrah manusia yang tengah berusaha memahami sesuatu yang menyakitkan. Kadang-kadang dalam situasi macam ni, kita tak perlukan nasihat atau kata-kata hikmah. Cukup dengan having someone yang willing to listen and understand without trying to 'fix' our feelings.

Bila kita kehilangan atau dapat musibah, hikmah tu tak akan serta-merta nampak. Hati still sedih, fikiran still serabut, words of wisdom feels like empty excuses yang tak mengurangkan kesedihan pun. Tapi, dah lama-lama esok dia akan mula memproses apa yang berlaku. Barulah sikit demi sikit nampak hikmah yang tersembunyi. Mungkin antara hikmahnya nanti dia akan sedar hakikat kehidupan. 

Dulu sebelum atok meninggal, aku tak pernah terfikir pasal mati. Kalau cerita pasal mati, sekali lalu je. Tak terkesan kat hati. Bila atok meninggal slowly aku faham syarat mati tak perlu sakit. Selalunya lepas hilang orang yang paling dekat dan rapat, kita lebih appreciate orang-orang yang masih ada dalam hidup. Kita mula lebih peka pada perasaan orang. Lebih kerap express rasa sayang. Mungkin itulah hikmahnya. 

Tak payah tunggu mati. Kadang bila kita abaikan someone sebab kita rasa orang tu akan always ada, one day dia tinggalkan kita sebab dah merasa bosan, masa tu barulah kita teringat-ingat dia. Maybe itulah detiknya kita start appreciate semua orang di sekeliling sebab dah merasa peritnya hilang dia.

Semua hikmah ni hanya makes sense after we successfully accept the loss, and that takes time. Kalau sekarang terasa susah nak terima atau cari hikmah, that doesn't mean you failed this test. Setiap orang ada tempoh dan cara tersendiri untuk memproses kehilangan, and it's not wrong if for now we just want to be sad and miss each other. Ambil masa untuk bersedih. Sedihlah sepuas-puasnya. Lepaskan semua. Selagi tak lepaskan, kita takkan konsisten. 

Macam Sky anak Ridzo tu. Bapaknya cakap kejap dia ok, kejap tak. Biarkan. Yang netizen tak payahlah nak suruh orang tu bawak jumpa ustaz la apa la. Ini proses yang biasa menerima kehilangan. Sky tu bukan hilang kucing. Dia hilang mak. Ridzo hilang isteri. Dalam keadaan sekarang memang dia takkan konsisten dan akan selalu mengulang-ulang rasa sedih, BIARKAN. Layankan saja. Biar dia luah. Biar dia lepas. Kalau kau bosan tak payah "Dahlah bang..". kalau kau menyampah, jangan tengok. Unfollow je. 

Nak heal ambil masa yang lama. Just bagi both of them dia space untuk bercerita, untuk meluahkan. Bila dia puas luahkan, berkongsi apa dia rasa, nanti lama-lama dia akan ok. Doakan saja.

Si Rayyan kemain lagi "Ma, bawaklah adik jumpa Sky. Adik boleh kawan dengan dia sebab dia speaks English". Cantik muka kau? Kau ingat aku sedara dengan bapak dia nak bawak kau gitu-gitu je datang jumpa?