2025-02-06

There is no such thing as premium quality at dirt-cheap prices. It simply doesn’t exist!

Begitulah pendapatan saya tentang price-fight. Aku paling tak suka berbisnes dengan perang harga. Tak menguntungkan satu hal, memenatkan satu hal lagi. Berbelas tahun aku dalam business, dari zaman makan gaji sampai run own company, pattern orang yang suka mintak diskaun ni sama je, iaitu chronic bargainer. Dia punya mintak diskaun tu tak masuk akal. Nak diskaun beli seketul. Bila kita bagi, dia tanya pulak kalau beli 2 dapat diskaun tak? Pastu nak free delivery. Pastu tanya lagi "Takde free gift ke?" Jenis ni, memang beli waktu sale je. Konfem!

Letih layan orang macam ni sebab no matter how fair your price is, dorang akan tetap tawar-menawar macam kat pasar lambak. Kau dah bagi special price pun, dorang masih lagi mintak diskaun lagi. Kadang-kadang bila dorang mintak kau turunkan harga RM1 lagi, dan kau refuse, terus tak jadi beli. Padahal dah banyak kita bagi. Eh memang taklah aku nak layan gini. Lagila pulak bila dan berbelas tahun in business, misi aku dah berbeza. Aku nak ketengahkan value produk aku, bukan lagi tentang harga. Apa yang aku dah tetapkan, itulah harganya. Melainkan kau beli in bulk, macam agen beli, that is different. 

Hari tu feedback dari pengguna Nutrijuice. Semalam dapat feedback dari pengguna Makeup Remover pulak. Alhamdulillah. Feedback macam ni bukan baru. Banyak dah dapat feedback yantg kata our Makeup Remover is very good. Alhamdulillah. 

Dari segi harga maybe agak mahal dari makeup remover lain di Watson misalnya. Tapi aku tahu apa kekuatan our Makeup Remover sebab tu harganya tak boleh cincai. Trylah dulu, baru tahu. Yang dah try dah tahu macamana. Awal-awal dulu En Wan tak yakin Makeup Remover ni boleh bertahan sebab ini bukan produk baru. Tapi, apa je yang baru sekarang? Semua benda pun orang lain dah pernah keluarkan. Tinggal lagi kita nak improvise.

Macam Makeup Remover GreenAard ni aku improvise dari Shu Uemura. Bertahun-tahun aku guna makeup remover Shu Uemura. Memang bagus. Sekejapan dia tanggalkan waterproof makeup, TAPI kena bilas 2 kali sebab makeup remover dia oil-based. Mahal tu satu hal lagilah. Tapi sebab bagus, aku pejamkan mata je bab harga tu. Cuma ia kurang convenient, especially bila travel stop basuh muka kat RnR. Kena bilas 2 kali, kena bawa another cleanser untuk bilas. Hassle. 

Maka terhasillah GreenAard Makeup Remover yang satu kali jalan, settle. Tak berminyak, tak tinggalkan kesan makeup, bersih, clear, cepat. Mahal sangat pun tak. Sesuai dengan produknya. Now kau beli sebotol saja Makeup Remover at RM88, DAN tulis review di website, otomatic dapat free gift Makeup Remover botol kecil, 30 gram. Boleh bawak travel. 

Ok, ada satu lagi jenis customer yang elakkan dari berurusan, iaitu yang alwayssssssss expect discounts and freebies, as if buying from you is a favor they are doing for you. Dia rasa kalau dia tak beli, barang kau tak laku. Jadi dia beli, but sebagai balasan dia minta diskaun, mintak free gift, minta free packaging, mintak "tolong" deliver ke alamat lain, etc. Aku tak tahulah apa yang dia pikir. 

Baru-baru ni kan kecoh orang question harga baju raya. Aku sendiri tengok ada je baju raya yang bawah RM150. Cuma basiclah, tak cantik. Kat Giant Putra Heights harga RM80 pun ada. Tapi kau janganlah expect kainnya macam beli kat Gulati's. Masalahnya jenis yang nak murah ni always complain when the quality is not premium. 

Dey! There is no such thing as premium quality at dirt-cheap prices. It simply doesn’t exist! If something is cheap, the cost has to be cut somewhere. Maybe pada material kainnya, kualiti jahitannya, designnya, ketahanannya, etc. You can't expect top-tier baju raya yang murah tapi kualiti macam beli kat Rizalman. Just like you can’t expect a five-star hotel experience at a budget motel price. 

Premium quality comes from superior materials, skilled labor, precision, and expertise, yang kesemuanya melibatkan KOS. Kalau dapat offer “premium” at suspiciously low prices, sama ada kau dapat barang tiruan, atau kualitinya terjejas, atau penghabisan stok. 

Bab penghabisan stok ni pun aku ada pengalaman. Dulu aku pernah buat clearance sale untuk jubah-jubah, sebab new stok nak masuk. Tempat nak simpan barang dah tak cukup, jadi aku nak let go stok lama. Tak banyak mana pun tinggal. Setiap size hanya 2-3 helai. Aku pun bukalah offer online. Menderu masuk. Pastu ada yang marah "Buat sales tapi stok kejap habis. Memang jual 1 helai je ke?" 

Eh, dia nak perli-perli pulak. Masalahnya, masa new arrival kau tak beli pun. Bila buat sale, baru nak beli. Standardlah, nama pun clearance, dah tentu-tentulah stok dah sikit, size dah banyak habis, warna yang cantik dah takde. Itulah tujuannya buat sale. Kalau stok tengah banyak buat apa nak buat sale. Tu namanya buat charity! 

Hari tu nampak ada orang cakap Rizman Radwill (ada ke nama ni? Aku rasa macam lain je bunyiknya, tapi ginilah lebih kurang) buat sale untuk baju-baju. Boleh dapat below RM150. Konfem berjujuk. Mesti dalam ramai-ramai yang queue tu terselit those yang kata "Aku takkan beli baju raya RM300-RM400!". Percayalah cakap aku, set-set ni lah yang paling awal sekali join battle.