2025-02-19

Sejarah dah banyak kali tunjuk, berebut harta pusaka bukan jalan untuk jadi kaya.



Betul tu, Pak! Sejarah dah banyak kali tunjuk, berebut harta pusaka bukan jalan untuk jadi kaya. Kalau ada yang fikir boleh hidup senang dengan cara tu, silap besar. Biasanya, orang yang tamak dengan harta pusaka akhirnya hilang semuanya, baik harta, silaturrahim, ketenangan - silap-silap tido pun tak lena dah.

Kalau difikirkan balik, harta yang datang bergolek ni memang jarang bertahan lama. Pengalaman keluarga terdekat dah banyak dah tunjuk. Kau dapatlah puluh ribu ke, ratus ribu ke, penyudahnya hidup kau back to suare one. Kenapa? Sebab orang yang tak bersusah payah cari sendiri biasanya tak reti nak appreciate apa yang dia dapat. Ujung-ujung, duit habis kat benda yang bukan-bukan. Beli barang mahal yang tak perlu, berjoli sana-sini, beli yang tidak-tidak. Padahal tak perlu pun, tapi sebab tak biasa pegang duit banyak. Selagi tak habis, selagi tu dia pakai. Ini namanya tak berkat. Duit tu tak lekat kat tangan. Dah buat beli macam-macam pun tetap hati tak puas.

Bila duit makin nipis, mulalah perangai pun pelik. Ada yang terjebak dengan hutang, ada yang bergaduh dengan adik-beradik, dan ada yang sanggup buat benda tak elok demi duit. Padahal duit dia pernah banyak, tapi end up berhutang. Paling klise, duit pusaka/warisan ni banyak ‘lesap’ sebab ada yang gatal nak kahwin lagi. Kononnya dah kaya, boleh tambah bini. Lama-lama duit kau habis, rumah tangga pun huru-hara ranap.

Kalau pun duit warisan tu digunakan untuk benda baik, misalnya nak berniaga, itu pun tak menjamin kejayaan kalau tak ada ilmu. Berniaga ni bukan setakat ada modal, kena ada strategi dan disiplin. Kalau setakat labur duit tapi malas belajar cara urus bisnes, alamatnya bisnes pun lingkup. Selalunya orang yang dapat duit mudah ni, mudah juga nak spend pada benda yang tak perlu. Nak guna untuk buat bisnes katanya. Biar duit beranak. Tapi kau perabiskan buat modal yang besar. Belum apa-apa dah ada kedai. Belum apa-apa dah bawak masuk stok banyak. Belum apa-apa dah buat ofis cantik macam Megah Holding. Nak aura berjaya katanya. Ujung-ujung, sadaqallah.

Nak guna duit tu untuk haji pun belum tentu bawa berkat kalau niat tak betul. Kalau cara kau dapatkan duit tu dengan hati yang hasad, tamak, dan busuk hati kat ahli keluarga sendiri, haji pun takkan rasa ‘menggelegak’. Akhirnya, semua benda yang dibuat hanya menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling. So kalau nak kaya, jangan harap duit warisan. Nak hidup senang? Jangan fikir nak kaut harta orang. Lagi bagus usaha sendiri, sebab rezeki yang datang dari titik peluh sendiri tu lebih berkat dan tahan lama.

Samalah macam kes faraid. Bila sebut pasal faraid, masing-masing laju datang menuntut hak. Tapi bila masuk bab tanggungjawab menjaga waris yang kematian suami, terutama si balu dan anak-anaknya, terus senyap, buat-buat tak nampak.

Ramai yang salah faham konsep faraid ni. Faraid bukan sekadar pembahagian harta saja, ya. Dalam Islam, ada tanggungjawab yang datang sekali dengan bahagian yang kau dapat tu. Kalau dapat bahagian besar, maknanya tanggungjawab pun besar. Tapi realitinya? Ramai yang hanya sibuk ambil harta. Bab menjaga amanaha, semua hilang meruyup tak nampam batang hidung. Selagi belum dapat bahagian dia, balik-balik muka dia je depan mata tak nampak orang lain. Cuba kalau dah dapat bahagian, bila kesusahan semua yang dapat bahagian tadi buat macam-macam alasan. Yang sibuklah, yang kata tak mampulah, yang tiba-tiba hilang ingatan macam tak pernah ada pertalian darah pun hade!

Yang lagi menyedihkan, ada yang bukan je tak nak jaga, menyusahkan lagi waris si mati lagi ada. Banyak kes yang mana balu and anak-anak yang sepatutnya ada hak atas rumah sendiri, dipaksa keluar sebab ahli keluarga si mati yang lain nak jual rumah tu untuk bahagi-bahagikan duit. Tak fikir langsung nasib menantu dan cucu. Nampak sangat dari abangnya hidup lagi dorang dah aim harta. Tunggu masa je.

Islam itu adil, tapi manusia yang buat jadi tak adil. Kalau betul nak ikut hukum faraid, ikutlah sekali dengan adab dan tanggungjawabnya. Jangan ambil hak faraid semata-mata, tapi tinggalkan amanah yang patut kau pikul. Kalau betul-betul nak jadi waris yang bertanggungjawab, bukan sekadar datang tuntut harta, tapi pastikan sekali waris-waris yang ditinggalkan tu terbela. Kalau tak sanggup nak jaga, tapi harta nak kaut, itu bukan faraid. Itu zalim.

Ini bukan soal nak menafikan hak faraid, tapi common sense lah. Kalau kau laju nak harta, logiknya tanggungjawab pun kau kena pikul. Masalahnya, ramai yang bila bab duit, rumah, tanah, semua datang beratur. Tapi bila bab jaga waris yang kematian suami, atau support anak-anak yatim, tiba-tiba semua jadi halimunan.

Kita tak cakap faraid tu tak betul, tapi Islam itu bukan hanya tentang “ambil hak” semata-mata. Islam tu tentang keadilan. Faraid itu adil kalau diamalkan dengan tanggungjawab. Contoh mudah, kalau kau dapat bahagian besar sebab kau abang sulung, kau pun kena jadi big brother yang sebenar. Pastikan anak-anak arwah adik kau tak terabai. Itu baru betul. Tapi yang selalu jadi apa? Harta nak, tapi waris yang patut dijaga tak ada siapa nak ambil tahu. Paling sadis, ada yang sampai paksa balu keluar dari rumah sebab “rumah ni kena jual, nak bahagi ikut faraid”. Kau nak suruh dia duduk mana? Anak-anak dia nak hidup macam mana? Tak fikir ke dulu, si arwah suami tu la yang selama ni sara isteri dan anak-anak dia. Bila dia dah tak ada, bukannya datang tolong. Sibuk nak bahagi harta macam kau ada share!

Ye lah, secara hukumnya mungkin kmau ada share, tapi secara teknikalnya kau takde penglibatan pun dalam harta peninggalan arwah. So, kalau nak ambil hak tu, biarlah dengan ada perasaan malu sama. Malu tu tunjukkan dengan cara menjaga amanah lepas dapat bahagian. Malu sikit dengan arwahnya. Esok kat sana, kau kena mengadap dia juga, ya.

Ini bukan soal nak tolak faraid, tapi common sense. Kalau betul-betul ikut Islam, kita akan faham faraid bukan sekadar hukum, tapi ada nilai kemanusiaan dan tanggungjawab di dalamnya. Kalau kita boleh pakat dan bertolak ansur bab duit, kenapa bab menjaga waris si mati tak boleh? Kalau harta boleh kau rebut, tanggungjawab pun kau kena pikul. Jangan nak ambil separuh-separuh.