2025-02-08

Love Song in Winter is the only S+ idol drama in 2024!

The official results are out!

Yeahhhhhh!!

Berdasarkan Yunhe Data (analytics platform that tracks streaming statistics in China), Love Song in Winter is the only S+ idol drama in 2024!

Breaking Down the Numbers & Achievements:

1. Total Broadcast Views: 22.85 million
Ini jumlah keseluruhan tontonan dari semua platform sepanjang tempoh tayangan.

2. V30 (30-day cumulative views): 22.26 million
Metrik ni kira berapa banyak tontonan drama tu kumpul dalam 30 hari pertama selepas tayang. It indicates strong audience interest dalam masa singkat.

3. Time Frame: August 2024 - January 2025 (6 months)
Walaupun drama ni launched 20 Dec 2024, tapi dalam tempoh 6 bulan dari Ogos hingga Jan, Love Song in Winter adalah drama yang paling ada prestasi mantap dengan tontonan yang konsisten.

Kenapa achievement ni penting untuk di-highlite-kan?

Sebab Love Song in Winter adalah satu-satunya drama moden genre romantik yang diiktiraf sebagai "S+" di semua platform dalam tempoh 6 bulan yang lepas. "S+" adalah recognition untuk the most successful drama/filem di China. Untuk platform iQIYI alone, Love Song in Winter adalah THE ONLY S+ drama semenjak 2022! Bermakna, dah 3 tahun tak ada genre romance drama yang berjaya hit S+ rank.

Announcement ni sangat penting untuk fans Johnny sebab yang follow Weibo tahulah betapa drama ni dapat layanan double-standard sepanjang tayangan. Tapi akhirnya, drama ni membuktikan melalui data (bukan voting dari netizen), yang ia sangat successful.

Daripada awal lagi dah nampak hawa-hawa double standard. Baru hari pertama tayang, Love Song in Winter dah dibandingkan dengan drama-drama lain yang dapat support from media dan promosi besar-besaran di Weibo. Drama-drama lain, bukan main lagi their production, management and fanclub BELI HOT SEARCH (beli, ya!) untuk pastikan drama idol masing-masing trending. Dorang nak kutip voting punya pasal, so that hujung tahun actor masing-masing menang Pelakon Paling Popular on Weibo Award Night. 

Berbeza dengan drama lain yang dapat sokongan penuh dari platform dan media, Love Song in Winter dibiarkan tanpa promosi agresif dari iQIYI sendiri!!! Geram aku!

Bayangkan, kat homepage iQIYI (China) tak ada poster Love Song in Winter. Lojik tak?

Padahal drama tengah tayang. Yang ada kat homepage iQIYI semuanya drama yang view rendah. Pelik kenapa view rendah dapat lebih banyak exposure. Bila orang masuk iQIYI tak nampak poster Love Song in Winter, jadi dorang tak tahu yang drama ni wujud. Kena type kat search baru jumpa. 

Tapi tu lah, berusaha sangat kau nak benamkan drama ni, dengan takde promosi, dengan media tak support, tetappppp purata views lebih 20 juta setiap episod!. Something that most other dramas can't achieve.

Belum 5 hari tayang, media dah simpulkan chemistry antara Johnny and Sun Qian hanya tahap biasa-biasa. Siap kata lakonan Sun Qian kayu. Masalahnya, episod 5 belum ada adegan sweet lagi. Dorang belum reconcile lagi masa ni, memanglah nampak kayu and kaku. Cuba tengok episod 20 nanti, mau menjejes air liur kau. 

Tapi bila drama dah sampai ke episod 20, dah nampak chemistry and lakonan yang beremosi, muncullah blogger sial macam Wang Dafa yang menafikan keserasian Johnny-Sun Qian. Sengaja je dorang nak downplay impak drama ni. 

Hakikatnya, majoriti suka lakonan Johnny and Sun Qian, especially scene-scene yang emotional. Percintaan dorang adalah percintaan yang matang, more realistic way compared to the typical love stories drama-drama lain. Kau akan nampak the maturity of relationships and character dynamics. Johnny takkan berlakon drama cinta yang merengek-rengek tak tentu arah. Dia always potray relationship yang matang sebab lakonan dia sendiri matang.

Satu lagi double standard yang obvious ialah, how media dan netizen cuba gambarkan drama ini sebagai “tak terlalu popular” walaupun views puluhan juta setiap episod. But isokay, kita bagi dia bercakap dulu. Bagi dia puas hati. But today, SENYAP!! Sepi je masing-masing bila Yunhe keluarkan data. Nak gak aku tengok yang memekak sangat hari tu. Tak habis beraya lagi ke apa.

Yunhe is a trusted agency. Tak mainlah poll-poll ni semua. Dia pakai real data. So it is proven TAK ADA drama moden lain dari iQIYI dalam tempoh tiga tahun terakhir ni yang boleh menyaingi angka yang dicapai oleh Last Song in Winter. Period. Tapi ada gak 3-4 ekor beruk yang cuba nak rendahkan achievement ni dan cuba nak alihkan perhatian daripada fakta sebenar. Gasak kaulah. Argue dengan orang bangang memang takleh menang.

Lagi satu double-standard is “selective praise” terhadap drama lain. Pelik sangat media kat sana. Macam berpakat nak jatuhkan Love Song in Winter. Drama lain yang sendu dapat pujian bukan main melambung, just because the actor or the production is preferred by them. Dan-dan tajuknya "Artistik! Cinematic! Drama berkualiti!”. Bila Love Song in Winter, “Bosan. Asyik karakter polis. Tak ada apa-apa yang menarik". Cuba kalau actor pilihan dorang berlakon polis, walaupun body macam dak-dak K-Pop, bibir merah macam pakai lipstik, tetap komennya "Mantap! Lakonan luar biasa!" Ha'ah, memang luar biasa. LUAR BIASA KAYU!

But again, ISOKAYYYYY. Fakta dan angka hari ini dah membuktikan kejayaan Love Song in Winter.

I tell you. Huang Jingyu (Johnny Huang) bukan pelakon biasa-biasa. Ramai director cakap dia adalah game changer dalam industri. Every time drama Johnny keluar, the result is not just high viewing, but also loyal viewership. Walaupun drama-dramanya always dapat double standard, kurang promosi, dan tak naik kat “hot search”, dramanya tetap meletup. You know why?

Dalam entertainment China, banyak drama bergantung kepada marketing gimik, macam gosip bercinta, fan service yang berlebihan, atau fake controversies untuk tarik perhatian. Johnny TAK PERNAH bergantung pada semua ni. Dia tak gunakan skandal untuk naikkan drama. Dia tak mahu buat interaksi romantik di luar skrin hanya untuk hype. Yang ni boleh tengok bukti-bukti masa meet & greet. Bila media minta dia peluk and dokong Sun Qian, dia taknak. Dia tak nak create unnecessary drama. His acting quality is enough to attract audience.

Kalau dia nak attract audience, dia takkan pilih serious drama. Tapi tak. Johnny bukan jenis yang pilih watak “playboy kaya” atau “prince charming” macam most idol lain. Dia prefer watak yang lebih kompleks. Contohnya, watak Ou Xiao’an dalam The Lost Identity. Ini sangat impactful. Tapi disebabkan drama ni serious drama, tak banyak video klip yang ada kat internet that's why aku tak dapat nak promote. Biasalah, internet kan suka share klip-klip yang sweet-sweet je. 

Lagi satu watak Zheng Bei dalam The First Shot. Ini memang puas hati lah! Yang ni banyak juga klip orang share, nantilah free-free aku tepek.

Johnny ada fandom yang kuat tapi fans dia biasa-biasa. Tak obses. Sebab tu dia tak terlalu bergantung pada fan culture semata-mata. 

Ramai pelakon idol bergantung pada fans yang akan sokong dorang walau drama and acting hauk tak berkualiti. Fans dorang sanggup beli hot search untuk trending. Management dorang pun beli hot search nak bagi artis dorang relevan. Tapi habis kat hype je la. Bila Yunhe keluarkan data, tak jadi apa pun. Sendu. Tu pasal Johnny always jadi mangsa double standard. Media kat sana berganding-bahu nak benamkan dia. Maybe dorang pelik kenapa dengan takde fanclub, takde hot search, takde voting, Johnny masih jadi tumpuan director and producer. Habis shooting satu drama, terus sambung shooting drama lain. Sentiasa ada projek.

Johnny takde fanclub, tapi dia ada something yang lebih besar, iaitu penonton biasa pun suka tengok drama dia, bukan hanya fans. Contoh, drama My Dear Guardian. Awal-awal dulu review rendah, tetapi sebab word-of-mouth, penonton biasa mula suka dengan drama ni dan akhirnya the drama jadi salah satu drama paling popular Tencent/WeTV pada tahun tu. Same goes to Love Song in Winter. Dengan takde promosi besar-besaran macam drama pesaing, tetap hit rating tinggi sebab penonton yang bukan fans pun enjoy dengan jalan ceritanya. 

Kesimpulannya, Johnny tak bergantung kepada hype dari fandom. Lakonannya ada daya tarikan yang kuat. Real talent speaks louder than media manipulation.