2025-02-04

GreenAard: Kolesterol turun dari 6.87 ke 4.53 dengan Nutrijuice

Post di IG feed aku semalam pasal testimoni fresh from oven pengguna Nutrijuice, pagi ni bersusun tanya kat DM. Mostly soalannya basic-basic, yang pernah aku explain dulu. Kat website GreenAard pun dah ada jawapannya. Tapi takpe, aku akan explain sikit-sikit dalam post yang akan datang, ya. Kalau nak jawab semua kat sini, jadi jurnal sains pulak karang post aku. Aku explain berkaitan dengan testimoni tu sahaja dulu.

Pengguna ni guna beberapa botol DENGAN KONSISTEN, dan akhirnya kolesterol level dia menjunam dari tak normal kepada normal. Range normal adalah di bawah 5.2. Kalau dah dpat bawah 5.0 tu kalau nak stop pun takpe. Cuma, kena jaga makan sebab kolesterol ni ada kaitan dengan lemak. Badan kita kalau overweight, possibility untuk trigliceride meningkat adalah tinggi. 

Trigliceride adalah komponen kolesterol. Jadi, jaga makan. Jaga berat badan. Yang penting, jaga body fat jangan berlebih. Nak tahu body fat kau berlebih ke tak, macam aku selalu pesan - ukur lilitan pinggang. Yang perempuan, jangan lebih dari 31 inci.

Ada pertanyaan, Nutrijuice ni ubat kolesterol ke?

TAK, BUKAN UBAT KOLESTEROL.
Nutrijuice adalah makanan tambahan, alternatif kepada ubat kolesterol.

Dalam Nutrijuice, takde bahan kimia digunakan. Segalanya adalah semula jadi, iaitu ekstrak sterol dan stanol dari tumbuhan. Sterol dan stanol hanya ada dalam tumbuhan. Struktur kimianya mirip dengan kolesterol dalam badan, jadi dorang ni bersaing untuk diserap dalam usus kecil. Bila sterol dan stanol sama-sama bersaing dengan kolesterol, bermakna kuranglah jumlah kolesterol yang dapat diserap ke dalam aliran darah. Bila kurang kolesterol yang diserap, hati akan tarik lebih banyak kolesterol dari darah untuk menghasilkan hempedu. Maka, paras kolesterol dalam darah berkurangan. Kolesterol yang tak diserap akan dikeluarkan dari badan bersama najis, so that semakin berkuranglah jumlah kolesterol dalam badan kita.

Dalam kajian sains, sesiapa yang ambil sterol dan stanol dengan rutin, around 1.5-2.4 gram sehari, kolesterol dia turun sebanyak 7-10% dalam tempoh beberapa minggu. Ini based on kajian sains.

Aku takleh bagitahu formula yang aku buat untuk Nutrijuice, but in order nak yakinkan korang Nutrijuice punya level sterol adalah mengikut suggestion kajian sains, aku akan explain macam ni:

Berdasarkan kajian sains, dos penurun kolesterol yang berkesan ialah 1.5-2.4 gram sterol setiap hidangan 30 ml.

Sebotol Nutrijuice ada 250 ml.
250 ml Nutrijuice ada around 12.5-20 gram sterol.

Kita suggest sehari ambil 2 kali. Setiap kali ambil adalah satu sudu besar makan.
Estimation 1 sudu besar adalah sekitar 15 ml.

(12.5−20g) x 15/250 = 0.75−1.2g -----> ini jumlah sterol dalam setiap sudu.

So, kalau korang ambil 2 sudu setiap hari, jumlah sterolnya adalah around 1.5−2.4 gram ---> bertepatan dengan kajian sains. Aligns with recommended sterol intake for cholesterol-lowering effects (yeay!!)

[inilah punca kenapa maths kena lulus, dik. Kau ambil food sains pun tetapppp kena buat calculation]

TETAPI, janganlah satu botol makan terus stop. Kena tengok berapa pulak tahap kolesterol kau sebelum ambil Nutrijuice. Kalau 7.0, maybe 6 bulan ambil masa. Itupun tengok pula dengan size badan kau sekarang. Kalau overweight, penurunan kolesterol jadi lebih lambat. Sebab, lemak badan yang tinggi terutamanya lemak visceral di perut ada hubung-kait dengan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat).

Ingat tak dulu GreenAard ada pakej kombo 2 Nutrijuice and 1 GC Plus? Inilah punca kenapa kita buat kombo ni. Sebab kolesterol and body fat ada kaitan. Kita tak pair saja-saja untuk lakukan produk semata-mata. Ada reason kenapa kita pairkan. Tapi pakej ni dah takde dah. Tapi boleh je beli asing-asing. Yang overweight atau yang pinggangnya di atas 31 inci, bolehlah consider GC Plus and Nutrijuice sekali. Kalau takde masalah berat badan, hanya ada masalah kolestrol, just ambil Nutrijuice.

Whatsapp 013-7557424 atau 012-7728976