2025-01-19

Mana pergi produk ni?


Korang perasan tak dulu ada satu produk untuk kanak-kanak. Aku tak sure apa jenis produknya tapi they claim boleh buatkan anak bijak. Katanya (based on testimoni), anak-anak yang makan produk tu lancar membaca, rajin belajar, mudah mengingat alphabet. Lebih kurang macam tu lah dia claim. Kalau tak silap aku, banyak juga billboard kat tepi-tepi jalan. Tapi sekarang dah takde aku nampak. Mana pergi produk ni?

Aku tak sure pandangan orang lain, tapi aku tak berapa suka dengan produk-produk atau apa saja statement yang overclaim macam tu. Serious aku tak ingat nama brandnya tapi target crowd dia kanak-kanak and budak-budak sekolah. Maka ramailah parents belikan anak-anak produk tu dengan harapan anak jadi pandai.

Dulu masa tengah viral produk tu, aku cakap dengan En Wan "Founder ni esok kalaulah anak dia sendiri tak bijak, memang nayaaa".

Aku tak sure apa jadi dengan produk tu sekarang, sama ada masih wujud atau tidak.

Baru-baru ni ada sorang follower DM dengan panjang lebar bercerita tentang produk yang dia bagi pada anak-anak yang katanya boleh jadikan budak senang absorb ilmu (dalam erti kata lain, jadi lebih bijak). Dia tak mention produk apa, jadi aku tak sure if ada brand lain yang produce produk seumpama brand yang aku terfikirkan tadi.

This follower tanya if aku ada bagi anak-anak any supplement untuk perkembangan otak sebab dia rasa macam tertipu dengan produk tu.

Tak. Aku tak bagi anak-anak aku sebarang supplement untuk brain development selain dari appeton untuk bagi dorang berselera makan sebab masa kecik dulu dorang ni semua picky eater. Bila dah besar, dorang just makan apa yang ada je. Susu kotak, Milo, nasi and lauk. Ini je la kot kalau yang berkhasiat sikit. Yang tak berkhasiat pun ada juga — nugget, fries, kepok lekor, aiskrim.

Actually kau makan Gingko biloba ke, kismis minda ke — yang pasti kena BELAJAR. Hat ni kalau tak buat, kau minum air rebusan buku pun tetap tak jalan.

Sebenarnya dalam food study, memang ada komponen dalam makanan yang can stimulate this and that. Tapi sebagai founder, tolonglah jangan bagi statement yang misleading.

Beberapa tahun lepas aku ada join satu group marketing. Hajat tu nak mencari ilmu baru. Kat sesi grouping kitorang diminta buat satu pitching memperkenalkan produk masing-masing. Antara point yang wajib ada adalah "selling point tagline". Speker kata the tagline mesti yang crowd pulling.

Contohnya macam - 'kunyah kunyah jadi cantik', atau 'cuba sebotol, konfem UPSR straight As'.

Gitulah tagline yang dia minta.

Aku punya - "Being well shouldn't be difficult" (GreenAard punya tagline). The so-called sifu kata tagline aku tak strong untuk sell. Dia kata tak cukup crowd pulling.

Dia cakap buat marketing ni kena main emosi.

Aku tanya dia "Bukan ke itu namanya overclaim?"

Pastu dia marah aku. Dia cakap "Awak nak menjual barang ke nak jadi pensyarah?"

Aku bagitau aku tak rasa selesa nak overclaim atas kapasiti apa sekalipun. Nak pull crowd memang senang. Zaman sekarang ni buat video bodoh pun dah boleh pull crowd. Tapi aku nak produk ni bertahan kerana memberi manfaat, bukan kerana viral. Sebab itulah aku perlu educate customer aku, bukan menjual semata-mata. Rugilah masa dan tenaga aku study buat produk kalau setakat fokus nak menjual. Kalau sabit nak jual buat untung, baik aku beli OEM produk dari kilang je. Pastu re-branding. Tak buang masa aku. Tak penat aku nak RnD.

Pastu dia tanya "Apa tujuan awak berbisnes? Sebab nak dapat lebih banyak duit, betul tak?"

Masa tu aku geram gila! Mulut aku ringannnnnnn je nak sebut "Saya dah banyak duit sebelum saya produce produk ni lagi". Tapi tak cakaplah gitu sebab aku masih respect dia as GURU. Walaupun aku rasa experience aku in doing actual sell lebih banyak dari dia.

Aku bagitau "Saya buat produk ni sebab ini background saya. Saya memang orang biotech and food. Produk yang saya bakal keluarkan ni salah satu cabang background saya. Saya nak terjemahkan ilmu yang saya belajar dalam bentuk yang orang dapat manfaatnya".

Pastu dengan muka kelat and senyum sinis, dia kata "Oklah, good luck".

Maybe mulut dia masin, benar-benar luck rupanya aku. Alhamdulillah tahun ni GreenAard insyallah celebrate tahun ke-10.

Recently aku dapat tahu, 3 orang dalam group aku tu, bisnesnya dah mati. Aku tanya salah sorang sebab dia blog reader aku. Dia kata dah buat macam-macam like sifu tu suruh, berhabis nak dekat RM10K attend class, tapi tak jadi apa. Last-last sifu cakap dia (blog reader ni) tak cukup aggresive and suruh top up lagi duit untuk tambah marketing. Pehhhh!!

Inilah yang aku menyampah bila orang yang takde produk membagi coaching cara menjual produk. Last-last suruh top up duit untuk buat marketing manjang.

Deyy, duit kitorang kalau banyak takyah pergi kelas kau lah. Lagi baik kitorang bagi duit tu kat profesional suruh dorang run kan je marketing. Kitorang duduk kat rumah mengangkang tengok iQIYI. Settle.

Aku tahu ramai yang menggunakan teknik marketing memancing emosi, contohnya macam produk kanak-kanak tu lah.

'Makan boleh jadi pandai'

Well, memang some food ada komponen untuk brain function, tapi kau tak boleh jual tagline itu semata-mata. Kena ada “BUT”.

BUT, you must belajar dengan konsisten.
BUT, you must pastikan tidur cukup.
BUT, you must disiplin.

Aku tahu the moment ada perkataan "BUT", mesti drop keyakinan orang nak membeli. However, kat situlah sebenarnya skill marketing bermula. Meyakinkan mereka yang produk tu can help.

It’s normal. Mana-mana manusia pun nak kerja senang.

Makan, terus cantik.
Makan, terus pandai.
Makan, terus kurus.

Semua orang nak magic. Tapi, aku tak boleh bagi orang harapan tanpa educate them that they must help to expedite the proses by doing this and that. 

Dey, kalau kita masak maggi setakat nak masak 2 minit seperti yang tagline dia, memang boleh. Tapi basic. Kurang sedap. dah siap. Nak sedap sikit kena masuk cili api, bawang, kalau ada telur lagi umpphh. Nak power lagi, campak sosej atau isi ayam. Itulah perumpaannya - kalau nak magic lebih, effort kena lebih!

Aku tak reti nak menjual sekadar menghabiskan stok. Aku berasa tak settle kalau tak explain bagi paham. Bila dah explain, baru aku serah pada customer buat keputusan. Bukan aku yang decide for them. That's why GreenAard ni nampak macam produk yang susah nak dijual oleh agen sebab terlalu banyak BUT-nya. Those yang suka overclaim ni tak buat the produk tu from scratch. Dorang tak study the produk. Dorang tak tahu betapa penatnya RnD produk. Run kali pertama, tak menjadi. Run kali kedua, tak menjadi. Duit keluar macam air setiap kali nak repeat test. Jadi aku tak boleh sekadar menjual. Aku kena educate baru berbaloi dengan modal yang aku dah keluarkan.

Mungkin founder-founder ni jual OEM produk. Bezanya, dorang pandai buat marketing yang viral. Bila terlampau fokus pada marketing maka terkeluarlah janji-janji bulan dan bintang. Hujung-hujung tak cerita pasal produk pun tapi lebih busy recruit more agent.

Misi aku to share knowledge. Mana yang aku tahu, aku share and aku pertahankan. Tapi marketing cara overclaim is still a BIG NO for me. Walaupun kau jadi kaya, tapi takde etika. Aku taknak cerita urusan dosa pahala, sebab dosa aku pun banyak. Yang pasti overclaim adalah takde etika.

Berbalik pada blog reader yang kecewa produk untuk kanak-kanak tu tak menjadi untuknya, nasihat aku — tak apa. Apa juga produk yang dah dimakan tu, ada kebaikannya di sudut yang lain. Maybe it did improve brain function. Bezanya kita terkilan kerana terpedaya dengan overclaim 'makan boleh jadi pandai'.

Apa je yang kita makan, especially produk yang bersifat khusus (weight loss, cholesterol, kolagen, etc) — semuanya ada function untuk mencapai tujuan itu TETAPI they are not magic product. Kena konsisten and ada effort yang mesti ditambah untuk melajukan proses tu.

Baru-baru ni ada follower respond pada post aku tentang L-Glutathione. Aku cakap takyah ambil supplement L-Glutathione sebab once badan stimulate kolagen, L-Glutathione ni akan di-stimulate secara semula jadi jugq. Dia respond to that post in agreement. Dia kata dah 2 tahun makan Gloei. Tak perasan yang kulit makin cerah until adik sendiri tanya “Kenapa kau makin putih?” 😆

Tetiba aku teringat 2 tahun lepas aku attend dinner En Wan. MUA yang mekapkan aku tu namanya SHAE. Dia pernah mekap aku dulu masa zaman-zaman aku memodelkan sendiri shawl-shawl Fleur by Mrs Him. Dia kata “Eh, shade Kak Di dah makin cerahlah. Dulu Kak Di pakai kod ni. Kena ambil yang cerah now”.

Wow! Tercapai juga akhirnya impian akak nak feeling Jennifer Aniston.