2024-12-15

Dorang punya idol worshipping ni satu macam pelik. Macam saiko.


Ok, marilah aku bercerita hal terkini di Weibo. Menjak akaun pertama aku dah kembali pulih, aku dah kurang sikit mengganas kat sana. Dulu pun tak ganas mana sebenarnya. Aku cuma banyak buat post. Maybe Weibo suspect akaun aku robot sebab laju nau updatenya. Tu yang dia banned kejap. Aku create siap-siap 3 akaun. Akaun kedua pun aktif juga tapi different persona (hahaha). Bila akaun pertama kena hold, aku guna akaun kedua. Aktif menge-post juga, tapi lebih banyak me-repost. Kejap-kejap aku re-post. Baru-bari ni kena temporarily suspend. Ah jem! Nasib baik a day after kena suspend, akaun pertama activate balik. Dapatlah aku mendonia kembali.

Ni nak cerita sikit pasal culture idol worshipping kat sana. Situasi kat China lebih macam Korea. Entertainment industry dikawal oleh FANS. Fans dorang menggila. Dorang boleh jatuhkan kau macam tu je. Hari tu aku jumpa video ni. Ini Korea:



Fans China pun macam ni. Culture ni bukan baru. Dari zaman Leslie tahun 80an dulu dah macam ni. Reason Leslie bersara nyanyian and pindah Canada semuanya sebab fans-lah. Fans Alan Tam bengang Leslie asyik menang award. Dorang bengang kat mana-mana TV show mesti ada muka Leslie. Leslie jarang join variety show sebab mengelakkan diri dari kena kecam. Dia tahu ramai tak suka dia. Jadi dia banyak fokus pada nyanyian saja. 

Bila Leslie semakin terkenal internationally berbanding Alan Tam, lagi menggila kecaman dia dapat. Leslie pernah dapat death threat. Pintu rumah kena simbah dengan darah babi. Sampai macam tu sekali fans dorang punya gila. Padahal Leslie popular sebab bakat dia. Itupunnnnn salah. Semasa sedang popular, Leslie buat decision untuk bersara walaupun dia sangat suka menyanyi. Kalau bersara saja takpe, ini sampai pindah negara. Boleh imagine tak tekanan jadi retis kat sana camana?

So this culture membawa sampai sekarang. Fans dorang jenis tak boleh kalah. Kalau fans kau dengan fans dia sama-sama satu level pun cannot. NO! Tak boleh. Macamana pun mesti ada ranking. That's why dorang suka buat people's choice award. Dan suka buat poll juga. 10 Actor Paling Handsome. 10 Actor Paling Kaya. 10 Actor Paling Banyak Dapat Award (padahal dapat people's choice award je pun, bukan by jury!). Paling tak boleh blah kau tengok video bawah ni.



TOP 10 ACTORS WEARING WATCHES???
Kau dah kenapa setan? Pakai jam pun nak masuk Top 10 ke?

Ni bukan apa. Baru-baru Brietling up iklan terbaru Johnny Huang with Brietling. Brietling is a Swiss watch. Kat Malaysia ada seketul kedainya kat Pavillion. Luxury watch. Siapa nak beli jam harga puluh ribu silakanlah ke Breitling.
 


Brietling sambung kontrak Johnny tahun ni. Kiranya dah 2 tahun Johnny jadi ambassador Breitling. Fans Johnny pun pakat-pakat re-post video tu. Maka berderet-deretlah video Brietling lalu-lalang kat Weibo. 

Ehhhh, ada yang bitter. Lantas dia buat video "Top 10 Actor Wearing Watch". Kahkahkah. Yang nampak sangat tu bila Johnny tak dimasukkan dalam list. Padahal terang-terang Hamba Allah tu ambassador Brietling. Kau nampak tak dia punya level bitter tu tahap petala langit ke berapa? Tapi Johnny's fan takde yang berkutik pun pasal ni. Gasak kaulah nak promote idol masing-masing. Kita akan teruskan promote idol kita macam biasa tanpa kacau lane kau. Cuma kelakarlah kan, tiber je kau pun nakkkkk. Sampai terpaksa buat video sendiri. Mbahahahaha.

Hrai tu entertainment sana buat post tentang drama-drama yang bakal keluar bulan Disember ni.  The post tu macam ni:
93 new films/drama to be released in December. 

Drama Winter Solstice (Love Song in Winyter) di tempat yang pertama, with 1.256 juta people dah buat reservation (aku termasuk dalam senarai booking ni 🤣). Kitorang happy dengan post tu. Ramai pakat-pakat re-post. Aku repost dengan tulis update sikit:

Ada satu akaun ni repost post aku and mengutuk kononnya data 1.256 juta reservations tu siapa-siapa pun boleh create. Dia kata takde siapa pun nak request tengok drama tu sebab fandom Johnny berapa kerat je. 

Lah?? Terang-terang ada data pun dia boleh kata data tu tak betul. Aku rasa dia yang tak betul. Tapi aku malas nak respond. Bagus juga dia re-post post aku so that crowd dia boleh baca sama tulisan aku. I need more engagement! I nak mendonia di China! Hahahaha.

Pastu esoknya ada data keluar pasal drama Winter Solstice:

Hah kau! EXPECTED VALUE 100! So kita nak buat apa now?

Ya, kita re-post!

Pastu esoknya, iQiyi pulak naikkan kat billboard tepi hiway drama Our Dazzling Days akan di-release tahun depan. This is another drama by Johnny:

Seronok gila fans Johnny berderet-deret news pasal dia keluar. Kitorang pun kenduri post kat Weibo malam tu. Pakat-pakat semua share. Padahal tak menganjing sesiapa. Cuma share news pasal idol kita. News pulak tu semuanya pasal kerjaya, takde satu pun personal news. Disebabkan ramai kenduri post, aku pun buatlah satu post ni:

Fans Johnny pakat-pakat share post aku. Tak lama lepas tu ada beruk memerli. Dia takde la tuju kat post aku, tapi aku tahulah dia nak perli Johnny. Dia kata drama-drama Johnny laku sebab idol fans lain ada berlakon sekali. Aku tak nak sebut kat sinilah siapa actor yang dia maksudkan. 

Masalahnya, kalau drama Johnny boom sebab idol kau berlakon sekali, apesal idol kau sepi? Apesal Johnny lagi banyak dapat job? Apesal drama and filem Johnny bersusun-susun tunggu date nak release? Bukan patutnya drama idol kau lagi banyak release ke sebab idol kau yang buat drama Johnny popular khennnnnn?? Tapi aku tak cakaplah macam tu. Malas layan orang gila. Cuma pikir lojiklah kalau nak overestimate idol kau pun.

Dah alang-alang panas, meh aku bakor lagi. Aku pun uplah post ni:

Aku nak berkongsi fakta je. Kau nak debate sangat, kan. Meh kita debate dengan bijak. Bak kata PM aku "We have numbers!" Meh kita tunjukkan numbers. 

Saje la aku nak peringatkan dorang idol kau ada drama and filem box office tak? 
Ada hit RMB6.123 billion? 
Kalau ada, bawak keluar data. Kalau takde, tolong senyap. 

Aku bukan apa, dorang ni kena ajar sikit. Menyampah betul aku haters macam ni. Nak jadi haters pun biarlah haters yang mencabar IQ aku. Ini tak, macam budak-budak tadika ajak bergaduh. 

Pastu esoknya, iQiyi up another trailer filem terbaru Johnny yang bakal keluar tahun depan - Sea of Dreams.
 


Filem ni tahun 2022 dorang start shooting. Tahun depan baru nak keluar. Agak surprise jugalah bila berderet-deret drama and filem dia nak release. Maybe sebab banyak sangat drama dia dalam queue, nak tak nak kena release juga 2-3 biji serentak.

So bila orang kata schedule Johnny sangat busy, dia memang betul-betul busy. Bukan buat-buat busy. Lepas satu, satu drama and filem keluar. Ini pun dia dah start shooting drama baru yang entah tahun bila nak release. Sekarang ada 8 drama and filem yang dah ready menunggu release date. That's why fans Johnny tak pernah kisah tentang personal life dia. Kau tengah bercinta ke, kau kawen senyap-senyap ke -- gasak kau itu personal life kau. Yang fans nak highlitekan adalah career sahaja. Macam ni lah baru fans. Share career activity so that your idol kekal relevan. Orang nak jadi fans kau pun sibuk nak. Tapi lansung tak membantu career idol sendiri. Sibuk nak membenam actor lain. Bingai.

Hari tu masa iQiyi Award Night di Macau, esoknya time balik, ada fans upload video Johnny diiring ramai bodyguard  yang pakai black suit, di aiport.
 


Pastu ada beruk kata Johnny hire banyak bodyguard sebab dia tahu ramai orang tak suka dia. Hahahahaha.

Kau imagine netizen kat sana macamana? Kalau tak betul-betul kuat jangan berani-berani masuk entertainment sana. Sia-sia je kau stress pastu bunuh diri. Dorang punya level menfitnah tu gila bapak punya konfiden! Nasib baik ada sorang fans dari Hong Kong yang dapat tiket ke Award Night clarifykan. Fans tu kata all bodyguards with black suit adalah bodyguard dari iQiyi sebab Johnny adalah shareholder iQiyi. Dah tentulah dia VIP. That's why iQiyi sediakan bodyguards. Senyap terus beruk tu. 

Ngeri dengan set-set Weibo. Dorang punya idol worshipping satu macam pelik. Macam saiko. Nasib baik Malaysia takde culture ni. Market kita pun tak besar mana. Takde lagi retis kita yang berjujuk drama and filem 8 buah setahun. Takde, kan? Sebab tulah culture ni takde dalam negara. Bersyukurlah. Aman-aman je retis kita makan kat warung, takde siapa kacau. Artis dorang kat sana, nak umum nak berkawen pun takut. Tau-tau je dah kawen. 

Kita nak happy-happy share story pasal idol masing-masing. Patutnya masing-masing mainkan peranan share activti idol. At least orang lain dapat tahu perkembangan semasa entertainment. Ni tak. Sibuk nak berlawan sesama sendiri.

Aku ada sorang member kat sana, dari Hong Kong. Dia fans Xiao Zhan. Kitorang ok je sembang-sembang. Sebab Xiao Zhan pun ada drama bersama Johnny (Ace Troops) so we ada la benda yang nak disembangkan. Pastu dia bagitahu 2 hari lepas Xiao Zhan release his first physical album. I am happy for her. dia pun congratulate aku sebab Johnny punya drama berderet-deret nak keluar. Macam ni la baru best. Cool-cool je sudah. Yang kau sibuk nak mengutuk idol orang sana sini. Jangan bagi aku start, ya. Kalau aku start karang, dengan akaun Weibo kau sekali kena banned.

Sebelum aku men-slow-kan pembakaran secara terbuka di Weibo, aku tinggalkan dorang dengan peringatan mesra:

Takpelah, tak hensem sangat pun, isokay. Janji acting skill mantap, sentiasa jadi rebutan director dan job bersusun. After all itu tujuan jadi actor, kan? Fans pun seronok nak promote sebab idol sentiasa ada career activiti. Takdelah asyik dengan cerita bercinta tak habis-habis.
 
Adatlah kalau ada actor dan fandom yang tak suka. Biasalah tu, mana ada orang yang suka bila kita lebih dari dia. At least from there tahulah yang kita achive more than them. Bagus juga ada haters, barulah fans dapat share fakta. Kalau tak orang tak tahu. Tapi tulah, haters weibo ni ramai yang tak bijak. At least biarlah match dengan IQ aku. Ini tak. Senang sangat aku nak bancuh sorang-sorang. Kahhhhh!