2024-12-01
Boleh ambil Maaltyd kalau dah start dengan Metformin (ubat kencing manis)
By the way nak bagitau yang Maaltyd dah ada di Shopee. Mana-mana yang enjoy shopping di Shopee, boleh beli di sana. Search XZIZ BIOTECH. Tapi pembelian di Shopee tak dapat point GreenAard tau. Point GreenAard hanya yang beli direct dari kita sahaja. Kalau sesiapa nak beli guna credit card pun dah boleh beli direct dengan GreenAard. No problem. Whatsapp macam biasa, nanti kita bagi link untuk pay via credit card.
Hari tu masa aku kat Penang, ada yang DM bertanya boleh ke ambil Maaltyd kalau dah start dengan Metformin (ubat kencing manis).
BOLEH.
Tapi kena fahamkan betul-betul apa aku tulis kat bawah ni.
Yang pertama sekali, Maaltyd adalah meal replacement. Bahan-bahan dalamnya memang membantu mengawal gula dalam darah supaya kurang/lambat merasa lapar. However, untuk pesakit kencing manis yang sedang on medication (Metformin), korang MAYBE berisiko untuk alami extreme low blood sugar. Sebab, Metformin memang ubat yang membantu mengawal gula dalam darah. At the same time Maaltyd pun ada bahan-bahan yang menurunkan gula darah. Kalau ambil kedua-duanya, akan ada risiko gula darah jadi terlampau rendah. Karang pitam pulak.
Jadi, kalau nak sangat ambil Maaltyd sebab nak kurangkan pergantungan pada ubat, yes boleh ambil Maaltyd tapi jangan ambil serentak dengan Metformin. Aku cadangkan ambil Maaltyd sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum atau selepas ambil Metformin so that badan ada masa untuk absorb Metformin first sebelum bahan-bahan dalam Maaltyd start to act. Hat ni penting untuk dijaga sebab Metformin dan Maaltyd MUNGKIN perlukan enzim atau mekanisme penyerapan yang sama. So, by giving enough gap will help the body absorb both to the maximum. Bila dah start ambil kedua-duanya, kena rajin pantau gula darah lebih kerap to see if there are any changes in blood sugar level or side effects.
Ni dah alang-alang aku bercakap pasal kencing manis, aku nak tanya korang yang diabetic ni, mentang-mentang dah makan ubat, pastu nak topup pulak dengan Maaltyd, korang kawal tak pengambilan sugar? Sebab ramai yang aku jumpa, dah makan ubat, tapi masih lagi layan sugary food and drinks. Alasannya, sebab ada ubat. Ubat tu akan control blood sugar katanya. Ni samalah macam konsep ambil GC Plus, tapi makan snek, makan jajan, makan dengan portion yang banyak, pastu komplen apesal dah ambil GC Plus tapi berat tak turun.
Kena faham, Metformin bukan merawat kencing manis. Once dapat kencing manis, forever takkan baik. Metformin tu hanya membantu mengawal gula dalam darah dengan cara meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan pengeluaran glukosa dari hati. Metformin BUKAN “penawar” kencing manis. Bermakna, pesakit TAK BOLEH makan gula tanpa batasan. Kalau terus-terusan makan gula, Metformin tak larat nak balancekan kenaikan gula darah. Kalau boleh, stop terus table sugar (white sugar). So that Merformin handle gula karbohidrat only. In other words, kita bantu Metformin bekerja dengan lebih baik.
Same goes dengan Maaltyd. Maaltyd helps stabilize blood sugar, tapi Maaltyd hanyalah suplemen, bukan ubat utama. Suplemen berfungsi sebagai pelengkap kepada diet dan gaya hidup. Maaltyd tak boleh menggantikan keperluan untuk kawal pengambilan gula. Maksudnya, Maaltyd TAK BOLEH dianggap sebagai rawatan utama untuk diabetes. Ia cuma menyokong usaha pesakit untuk managing blood sugar, along with proper nutrition. Jadi, walaupun korang ambil both Metformin DAN Maaltyd, please STOP taking sugary food. Ubat tak akan berkesan kalau pesakit masih lagi makan makanan manis. Pengurusan diabetes perlukan lebih dari sekadar ambil ubat.
"Nasi pun sugar"
Ya, bukan kata nasi. SEMUA makanan bila masuk perut akan bertukar jadi gula. Bezanya, sikit atau banyak. Bezanya setinggi mana ia can spike your blood sugar. Karbo memang kita tahu bertukar jadi gula. Gula dalam karbo spike lebih cepat berbanding gula dari protein. Tapi, kalau kau ambil makanan yang ada gula tambahan (white sugar), itu namanya SENGAJA. Benda boleh elak tapi kau ambil juga. Kalau nak extreme, stop makanan bertepung juga. Mee, pasta, keropok, kuih - semua yang berasaskan tepung. Walaupun nasi and tepung sama-sama karbo, karbohidrat dari nasi putih dipecahkan lebih cepat. Jadi, blood sugar spike between 30 minit selepas makan. Tepung pula cepat dihadam menyebabkan gula darah naik dengan cepat, biasanya 10 minit lepas makan, blood sugar dah melonjak.
Takde masalah nak ambil Maaltyd kalau dah start Metformin. Just jarakkan masa pengambilan saja. Dan kawal sugar. Again nak remind yang Maaltyd dah available kat Shopee. Tapi kalau nak beli direct dengan GreenAard pun boleh. Malah, lebih baik sebab dapat point and boleh guna credit card juga. Whatsapp 013-7557424 atau 012-7728976.