Ceritanya, Khamis-Sabtu lepas aku ke Penang dengan Dusty Pink Tits. Asalnya 6 orang pergi, tapi due to keadaan tak mengizinkan sebab ada emergency, akhirnya 4 pasang tetek je berlepas ke Penang. Tapi takpe, suara sorang mewakili 4 orang. Jadi, serupa macam 16 orang yang pergi. Mula-mula nak say thank you kat rommate I yang allow aku berjimba dengan kawan-kawan setetek. Kitorang taknak cancel the trip. Trip mesti diteruskan walau tak cukup member. Bukan apa, kalau nak bergerak cukup korum, konfem tak bergerak sampai bila-bila. Ni dah bukan zaman single. Ni zaman masing-masing ada banyak komitmen. Siapa free, join. Yang tak free, next round boleh join.
Aku belum rasa nak bercerita pasal the trip, tapi nak respond pada screenshot di atas. Aku setuju dengan post tu. Bila travel dengan kawan-kawan, jangan bawak perangai princess. Hat tu simpan untuk laki kau handle. Time dengan kawan-kawan, tolong kembali ke zaman masing-masing masih marhaen. Dulu, outing boleh je naik bas. Boleh je menapak jauh-jauh. Now, jangan nak komplen banyak.
Betul, dulu umur muda, now umur dah 40+. Tenaga dah tak sama macam dulu. Ok, fine aku faham tu. Tapi, cuba untuk cari kesepakatan. Jangan pulak semua orang setuju nak jalan kaki, kau sorang nak naik Grab. Standardlah, travel memang involves a lot of walking. Nak-nak lagi berjalan dengan kawan-kawan. Jalan dengan suami and anak-anak, jangan harap boleh berjalan santai-santai, masuk satu kedai, keluar pi kedai lain pulak, belek-belek barang sampai 10 kedai, pastu patah balik ke kedai pertama lepas compare harga kat semua kedai. Aku tak tahulah orang lain, tapi kalau aku berjalan dengan En Wan and anak-anak memang tak dapek la nak keluar masuk kedai gini. Segalanya kena cepat. Masuk kedai, pilih, bayar, balik. Taknak bagi anak-anak menunggu lama kekdahnya.
Bila travel dengan kawan-kawan, kita semua ada minat yang sama. At least kawan-kawan aku macam ni. Sepakat buat itinerary hari ni nak pi mana, esok nak pi mana, nak cari apa, nak beli apa, etc. Jadi, kita semua faham that requires a lot of walking dan keluar masuk kedai. Hari tu pertama kali aku sampai ke Chowrasta. Dari zaman dulu aku turun naik Penang, tak pernah dengar nama Chowrasta. Hari tu baru dengar. Barulah nampak ohhh kat sini rupanya tempat tourist shopping. Selama ni aku datang Penang untuk kerja. Rutin aku kerja-mall-hotel-Padang Brown. Balik-balik Queensbay Mall. Mana pernah merayap pun.
Getting from one spot to another adalah aktiviti yang seronok buat dengan kawan-kawan je. So bila kau start complaining banyak berjalan, that can ruin the vibe for everyone else especially bila majoriti dah excited nak explore. Kalau dah tahu kau memang not a fan of walking, buat preparation awal. Pakai kasut yang sesuai, bawak beg yang sesuai, baju yang sesuai. Ni tak. Dah tahu nak merayap dengan kawan-kawan, kemain lagi kau nak ber-OOTD tak kena gaya. Dengan high heels kau. Dengan skirt kembang, baju sendat, tali pinggang besar sampai sengkak nak berjalan, makeup setebal-tebal ada segala. Pastu komplen panas, penat, tak larat, nak balik cepat. Kau pi order Grab, balik hotel sorang. Menyemak! Kalau perlu stop, bincang dengan kawan-kawan bagitau jom kita rest jap, kopi-kopi. Tapi jangan make it a habit nak complain setiap masa. Kau buat macam ni dengan aku, len kali kau tinggal tau. Aku pelawa pun tak.
Hari tu kitorang semua ok. Dusty Pink Tits insyallah sekufu. Lagi-lagi bab mentekedarah. Memang sekufu betul!
Naik Grab? On!
Lepas ni kita naik feri? On!
Grab tak masuk area sini, teksi nak sampai RM80. On!
Jom kopi-kopi kat cafe hipster. On!
Letih kaki. Jom cari refleksologi? On!
Aku nak cari kedai betulkan jam. On!
Naik beca nak? On!
Takde yang tak on. Semua pun ok. Maybe this is what a friendship of 29 years looks like.
Yang kedua, walaupun kita lantik sorang jadi leader atau plan the trip, tak bermaksud dia kena tahu semua benda. Pi Penang memang semua pun dah sampai. Tapi selama ni sampai dengan suami. Ke sana sini dengan kereta sendiri. Now berjalan dengan kawan, naik public transport, rasanya ini experience pertama untuk semua orang. So, jangan nak memerintah atau merungut sangat. Kalau kau tahu, buat. Kalau kau tak tahu, biar orang yang tahu buatkan. Kau diam jangan banyak komplen. Hari tu kitorang semua first time sampai ke Kampung Agung. Tak pernah dengar pun nama ni. Rupanya tempat OOTD. Pi sana dari Penang Sentral, memang banyak Grab. Time nak balik, setengah jam tungu Grab tak accept-accept. Ramai driver taknak pickup sebab kat sini isolated area. Tak balik modal katanya. So kitorang request taxi that costs us RM80+. Takpe, ON! Janji boleh balik.
Hari tu kawan aku yang plan nak ke Kampung Agung tak tahu rupanya public transport susah nak dapat di sana. Tapi takde siapa yang komplen atau merungut. It’s unfair to expect someone to handle everything alone, especially when things don’t go as planned. Lebih baik fokus cari solution. Last resort, ambik je lah taxi. RM80 pun RM80 lah. Traveling macam ni lah. It is a shared experience. Jadi, teamwork kena ada so keadaan akan jadi lebih baik.
Berjalan ni jangan kata dengan kawan, dengan family kita sendiri pun akan ada je challenges-nya. Traffic jem. Masuk salah simpang. Kejap-kejap stop anak nak kencing. Apetah lagi naik public transpirt. Missed trains, bad weather, sesat -- ini semua common issues. Tapi kitorang takdelah sampai tertinggal train. Cuma ter-overlooked train balik dari Butterworth-KL tak stop stesen Sungai Buloh. Time pergi pilih train yang tak express, ada stop Sungai Buloh. Sorang kawan naik dari Sungai Buloh. Time balik terlupa yang beli tiket express. Hanya stop stesen utama saja. Kalau tak, aku pun plan nak stop Sungai Buloh dengan kawan. Senang En Wan nak ambik, takyah masuk KL. Akhirnya semua pun turun KL Sentral. Tapi isokay. Pengalaman. Lepas ni tau dah kena tengok type of train.
Alah, benda-benda macam ni sebenarnya bergantung pada respon kita. Kalau respon kita mencari solusi, semua jadi mudah. Kalau fokus nak mencari salah orang, memang kau akan jumpa banyak salahlah. Hari tu kat Penang Sentral sebelum naik train, dorang buat announcement yang train tu akan stop stesen Bukit Mertajam, Taiping, Ipoh, KL dan KL Sentral, semua pandang sesama-sendiri. Huh?? Tak stop Sungai Buloh? Aku and sorang kawan memang nak stop Sungai Buloh. Pergi tanya jap kat kaunter, konfemkan memang tak stop Sungai Buloh, pastu aku call En Wan.
"Bang, kena ambil kat KL Sentral sebab train ni tak stop Sg Buloh. Tapi kalau abang takleh ambik, Di naik LRT, abang tunggu kat stesen Putra Heights"
Ada je solutionnya, cuma tak berapa convenient la sebab kena tarik beg turun naik train. Tapi misinya sekarang nak balik rumah, dan sampai dengan selamat. So, itulah pilihannya. Nasib baik rommate I sangat teruja nak jumpa bini. Zassss beliau ambil kat KL Sentral. Pastu zasssss ke Mahbub Bangsar pekena nasi beriyani kambing.
Kalau pun hari tu ada yang tertinggal train, aku jamin kitorang sanggup beli new tiket. Takpelah kalau kena gerak asing, janji kat sana kumpul untuk berjimba berjemaah. Unexpected problems are part of the adventure. Sometimes bila ada problem gini can strengthen your bond with friends. Yang paling penting, jangan moody. Travel dengan kawan-kawan sila sedor diri, ya. Takde siapa nak melayan kau punya merajuk. Kalau berjalan dengan laki masing-masing takpelah. Dia sanggup layan memujuk kau. Buat gini dengan aku, aku layan dengan penampo. Jangan nak bad mood bad mood sangat. Kalau penat, tak larat nak teruskan journey, atau taknak join next spot, communicate. Bagitahu yang kau penat, nak rest, atau tanya if boleh tak kita rest 1-2 jam dulu sebelum teruskan ke next spot. Try to stay positive and flexible. Ingat, this is a shared journey, not just about you.
"Kalau member taknak sebab takde duit camana pulak?"
Duit memang kena ada kalau dah namanya berjalan. Yang ni takleh elak. Kalau dah namanya berjalan, duit memang kena siapkan. Yang tak dapat join sebab kekangan duit, jangan merasa terpinggir. Aku tahu wujud orang yang bitter tak dapat join. Dia expect member belanja dia bercuti. Setakat lepak-lepak lunch kat KL, kita boleh belanja. Kalau trip, it's unfair kalau kau tak spend some money. That's why kena ada itinerary sebelum pergi. Kena plan apa mode of transportation yang bakal diambil semasa bercuti. Kat mana nak makan. Kat mana nak lepak. Kat mana nak shopping. Siapa nak beli apa. Semua ni kena bagitau awal-awal. Dari situ dah boleh budget.
Hari tu kitorang semua pun bahagi sama-rata. Ada la sikit-sikit yang setiap sorang belanja. Setakat RM20-30 kira halal. Tapi most of the expenses, semua bahagi sama rata. Duit hotel, duit grab, duit train, duit fery, duit makan-makan -- dah namanya berjalan, mesti allocate some money. Bukannya tiap-tiap bulan. Setahun sekali je.