2024-11-27
Luahan hati ramai isteri di dunia
Video atas ni adalah luahan hati ramai isteri di dunia. Semuanya dia kena buat. Kena jadi isteri, melayan suami, menjaga anak, menguruskan rumahtangga, bekerja, berjaya, at the same time masih kena jadi cantik sama macam zaman anak dara. Tu belum cerita bentuk badan dah lari sejak bersalin. Pepek rabak. Tetek jatuh. Slim macamana pun, dah tak sama macam dulu lagi. Yang kejap-kejap beranak tu lagilah breast cepat layut. Sebab bila badan gain and lose weight berulang-ulang kali, it will effect breast juga.
Inilah yang aku pikir sebelum ada Redza dulu. Benda ni kena sit down and really discuss dengan En Wan. Aku memang bagitau En Wan, aku tak pernah ada plan nak jadi suri rumah, stay at home menguruskan rumah tangga 24 jam. Bukan aku tak boleh buat. Dari kecil aku dah terbiasa buat kerja rumah. I have no problem at all handle house chores, tetapi aku pilih untuk TAK MAHU buat. Maknanya, kau kena sediakan maid. Aku taknak berpenat-penat. Masak, ok aku boleh buat. Tapi I need helper untuk bantu membasuh, mengemas, menggosok, melipat, mengemop, dan menjaga anak. Aku taknak buat kerja-kerja ni lagi. Sesekali oklah, tapi kalau rutin, NO. Dari kecil dah buat benda ni, now aku nak buat benda lain.
Masa bersalin Rayyan, aku tak room-in. Aku sorang je mak yang tak tido ICU menjaga anak. Datang pagi, balik malam. Kadang-kadang tak datang lansung. Minta nurse sumbatkan susu formula je kat Rayyan. Mak-mak lain berumahtangga kat ICU. Ada la juga 2-3 orang mak yang bitter. Asal nampak muka aku datang je, bagi laporan.
"Anak you menangis lama malam tadi"
SO??
Nak je aku reply gitu, tapi malas. Malas nak start. Aku kalau dah start karang, kau yang pedih. So what kalau anak aku menangis? Anak aku kat NICU kot. Neonatal Intensive Care Unit! Anak aku adalah newborn who needs special care. Dah tentu-tentu ada nurse and doctor yang memantau kat dalam tu. Takde siapa wajibkan mak stay kat NICU. Dorang cuma encourage saja. Kalau tak datang pun takde siapa marah. Kau yang willing datang jaga anak pagi petang siang malam, pastu bila mak lain tak room-in, kau butthurt. Kau nak balik, balik jelah. Laki kau yang tak kasi balik, kan? Kau bengang kat laki kau tapi lepaskan kat aku. Pang karang.
Aku tak tahu orang lain macamana. Aku berpandangan being a wife and a mother is really hard. Hard in every way possible. Penat fizikal, penat emosi, penat mental. Semua ni bagi kesan pada ketenangan jiwa. Apetah lagi bila ada anak, semua benda ni datang dalam satu pakej. Nak tak nak kena hadap juga. That's why having an understanding husband is a bonus. Kalau suami faham ini, takkan ada isteri yang burnout. Ini tak. Suami nak isteri datang dengan pakej yang lengkap - cantik, bergaya, wangi, gorgeous, seksi, pandai masak, boleh ajar anak mengaji, boleh guide anak buat homework, boleh hantar and kutip anak dari sekolah, boleh sediakan bekal suami pergi kerja. Hello?? Mak bapak orang tu bagi anak dia kat kau untuk dibela tau, bukan untuk jadi babu tak bergaji. Bagi nafkah RM1000 dah perasan besar sangat. Cuba kau aku gajikan RM1000, kerja non-stop dari celik mata sampai malam, nak?
I’m someone who prioritizes mental health above all. Apa yang aku boleh eliminate, aku buang. Apa yang aku boleh skip, aku skip. Apa yang aku boleh pass kat orang lain, aku upah orang buatkan. I have never aimed to take on every role or be the best at everything. I believe in protecting my mental peace and maintaining a balanced life. Aku cuma nak fokus pada what truly matters. Hal yang aku rasa orang lain boleh buat lebih baik dari aku, aku akan let go. I don’t see the need to prove myself by mastering everything atau ambil semua tanggungjawab. Biarlah tak nampak macam a good wife and a good mother di mata orang. Aku percaya kalau aku as a wife and mother happy, satu rumah tu otomatik jadi happy. Jadi, aku kena happykan diri aku sendiri. Caranya, buat apa yang aku rasa nak buat. Lepaskan apa yang aku taknak buat.
Alhamdulillah En Wan ok dengan arrangement ni. Mengandung je, terus dia cari info apply maid. Sebelum ada maid, kitorang tinggal berdua. Seminggu sekali je kemas rumah. Takde bersepah pun. Masak pun tak hari-hari. Balik awal, masak. Balik lambat, makan luar. Sama-sama kerja jadi En Wan pun faham benda ni. Breakfast, aku cakap siang-siang. "I don't do breakfast. Masing-masing kena breakfast sendiri kat tempat kerja". Jangan expect aku bangun pagi nak buat nasi goreng, nak buatkan bekal kau apa segala. Aku cakap awal-awal dah. Jangan serabutkan pagi aku dengan macam-macam permintaan. Aku nak start my day with peace. Kalau pagi aku tenang, insyallah sepanjang hari kau tenang. Try la buat pagi aku serabut. Satu minggu kau jadi serabut.
Nak request nasi goreng ke, nasi lemak ke, tunggu Sabtu Ahad. Selalunya Sabtu Ahad hari aku kejap-kejap masuk dapur. Tu pun tak setiap minggu. Sometimes merayap pi mall, makan luar. Bila dah ada maid, kebanyakan kerja-kerja rumah aku pass pada maid. Kita dah hire dia, bagilah dia buat. Dia lagi pakar bab ni. Cuma bab masak, kalau aku free, tetap aku akan masak. Tapi tu je lah aku buat. Mengemas dan membasuh kuali periuk selepas masak, tetap dia. Redza dulu pun tak tido dengan aku. Tido dengan bibik dari umur 43 hari sampai umur 2 tahun. 2 tahun aku tido malam tenang tanpa gangguan. Masa dengan Rayyan je aku tido malam bersama anak. Rayyan special case sebab dia lahir tak cukup bulan. Sehingga dia dah cukup tebal, aku yang jaga malam. Bila dah semakin tebal, mok ambil tido dengan dia. Rasanya umur Rayyan 7-8 bulan dia dah tak tido dengan aku.
Tak kisahlah kalau orang kata takde bonding dengan anak. Ada banyak cara nak bonding dengan anak, bukan hanya dengan menetek and tido malam sama-sama. Anak-anak aku semua pakai susu formula. Redza hanya 2 minggu susu badan. Rayyan dapat 2 bulan. Lepas tu semua aku sumbat susu formula. Dulu, everytime aku share pasal ni, selalunya berakhir dengan kecaman.
"Mak apa macam ni?"
"Nak jadi mak, tapi nak kerja mudah!"
"Kesian anak kau dapat mak macam ni"
Dulu aku bolayan je komen-komen ni. Tapi sekarang aku macam nak tanya la, anak-anak kau apa khabarnya? Jadi orang? Anak-anak aku alhamdulillah minum susu formula, jadi orang. Belum ada yang jadi beruk.
Bukannya aku taknak jaga anak-anak. Cuma aku tak suka being around them. Boleh faham tak agak-agak? Suka memang suka, tapi kadang-kadang tak suka. Especially bila aku ada task nak disiapkan. Yang si Redza and Rayyan boleh main sorok-sorok bawah meja study aku. Tu belum lagi ada adegan memekik berebut remote Astro. Yang sorang menyakat, yang sorang menangis. Tu yang aku selalu bertukar jadi Mambra.
"Mama ikat korang kat tiang depan tu nak?"
Makan ati je nenek tengok aku tempik kat cucu-cucu dia.
I'm not a picture-perfect mother. And my kids are far from perfect. Masa dorang kecil, aku gunakan iPad as their baby sitter. Especially time nak buat kerja ofis, ambik ni iPad, diam!
Aku kuat menjerit kat anak-anak. Bukan jenis mak yang "Jangan buat macam tu, sayang". Jiran-jiran aku rasanya annoyed berjiran dengan aku. Kejap-kejap dengar aku terpekik masa budak-budak ni kecil dulu. Aku tak suka rumah bersepah. Aku tak suka kedudukan barang yang aku dah letak, beralih tempat. Aku tak suka keadaan yang terlampau bising. Maka kalau aku menjerit, maknanya salah satu telah berlaku dalam rumah tu.
Aku adalah mak yang selalu stock up jajan, askrim, coklat, even though aku tahu itu tak healthy. Because honestly, I value SILENCE. Everytime aku nak suasana tenang untuk siapkan kerja ofis, I offered the those snacks. Asal kau diam konsepnya.
So, berdasarkan point-point di atas, obvioulsy aku bukan ibu yang baik. But I am good enough. And good enough, is enough. Don't get me wrong. Bukan aku tak sayang anak. Aku sayang anak-anak aku more than everything. Kalau terpaksa buat pilihan, aku pilih anak-anak dari kerjaya. I'd give up everything for them, even my business if I had to. Tapi syukur aku tak perlu memilih. In fact, you don't have to choose either. Korang boleh teruskan bekerja at the same jadi ibu yang 'good enough'. Apa pun your type, you cannot be compared and cannot be judged. Apa pun type of mak you are, it's ok. You are doing it right because there is no "right kind" of mom.
Same goes to menjadi isteri. Kau tak buat breakfast untuk suami? Kau masak simple-simple saja? Kau buat laundry seminggu sekali? Kau lipat baju hanya pada hujung minggu? Kau bahasakan diri kau dengan suami "kau-aku"? LANTAK! Takde siapa kata bila jadi isteri wajib panggil suami "Abang". Takde siapa kata dah jadi isteri wajib masak. Yang wajib adalah MAKAN. Bukan masak. Kalau rasa taknak masak, beli. Apa susah? Biarlah orang nak share parenting tips ke, nak jadi isteri mithali ke. Kau dalam lane kau, maka bergerak atas lane sendiri. Yang kau sibuk nak compete tu, kau dengan dia share laki ke?
Tapi, ini hanya pandangan aku sahaja. Aku berkongsi pengalaman sendiri. Jangan jadikan aku rujukan. Baca saja. Takyah follow. Nak jadi isteri yang baik, jangan ikut aku. Nak jadi mak yang baik, jangan ikut cara aku. Aku isteri yang biasa-biasa. Aku juga mak yang biasa-biasa. Tapi aku menantu yang luar biasa. Sebab aku menantu hantu. Kah!