2024-11-28
Kenapa industri filem Hong Kong jatuh
Post IG aku semalam yang aku kata Mak Aji masuk-masuk je kereta aku dia sound "Tak habis-habis dengan lagu cina dia!". Ada yang kata "Seriousla Kak Di pasang lagu cina?"
Ya ampunnnn. Dik, hakak kau ni peminat sejati lagu cina . Lagi banyak lagu cina dari lagu melayu dalam playlist aku. Kau imagine dari sekolah dah dengar lagu cina. Itu cara-cara ada sekatan tau. Ini dah bebas, lagilah mendonia aku dengan lagu cina. Playlist aku idok la semuanya cina. Cina ada, Korea ada, Jepun ada, India ada. I is international. Muka je tak berapa international. Tang Mak Aji tu, aku dah immune. Mungkin dia pun dah immune dengan aku. Tak lut dah. Membebel lah pasal lagu cina, I is don't care. Laki aku helok je sepanjang jalan dengan lagu cina, takde komplen. Kalau kena kat lagu yang dia suka, dia yang increase volume.
Tapi lagu-lagu Cantonese Hong Kong now dah tak berapa sedap. Aku pun dah tak kenal artis-artis baru Hong Kong. Entah relevan ke tak sekarang. Macam tak, je. Tak sangka betul Cantopop boleh meruyup macam tu je. Dulu, Cantopop di mana-mana. Kaya artis Hong Kong zaman dulu. Menjak duduk bawah China, industri entertainment dorang dah tak boleh pergi jauh. Surprisingly, China pulak yang mendonia. Kalau ikut lojik akal, entertainment industry China boleh maju, sepatutnya Hong Kong yang duduk bawah dia mestilah maju sekali, kan? Tapi tak.
Tahun 1980-1990-an, ini namanya The Golden Era (Hong Kong). Aku bangga era ni aku ada. Dari 1989, sampai tamat era, aku kekal dengan Cantopop. Zaman ini, Hong Kong orang gelarkan "Hollywood of the East". Even Leslie Cheung tu pun ada nicknamenya - The Oriental Johnny Depp. Kau hade?? Masa ni director dorang semua powder-powder - John Woo, Wong Kar Wai, Tsui Hark, Jackie Chan. Filem-filem Hong Kong waktu ada gabungan Chinese culture dengan pengaruh western. Kalau cerita polis dorang, mesti ada scene connection dengan Interpol. Cuba kau tengok cerita polis China? Dia settle dalam negara dia je. Takde dia nak masukkan campur tangan omputih. Kat situ je pun dah boleh nampak kenapa industri filem Hong Kong jatuh.
Penduduk Hong Kong around 7 juta je. Market dorang kecil. Dulu Hong Kong bergantung kepada eksport filem ke Asia dan seluruh dunia. Sebab tu filem dorang ada flavour western. Filem Hong Kong unik sebab campur budaya Timur-Barat. Tapi selepas 1997, identiti filem Hong Kong dah cenderung ke pasaran domestik China. China kawal content filem. Dia taknak content yang international. That's why daya tarikan filem Hong Kong ke market international makin lama makin takde.
Actually lepas dia duduk bawah China year 1997, China punya entertainment industry belum mendonia lagi. Tapi masa tu Jepun dan mula kuasai Asia. Oiii penghujung 90-an drama Jepun beratur masuk Malaysia. Jepun punya genre mostly love story. Memang kena sangatlah dengan market Malaysia yang dahagakan cerita-cerita romantik. Drama Malaysia mana ada yang romantik dulu? Tahun 90-an Malaysia banyak buat cerita pendekar. Bila Jepun masuk dengan Love Generation-nya, Great Teacher Onizuka-nya, With Love (Teru Teru Bozu), Beautiful Life, pehhhh! Bergetak ovari masing-masing. Ni kalau kenal tajuk-tajuk ni, nescaya umur korang lebih kurang aku. Baik jangan mengaku. Senyap je. Kahkahkah.
Bila ada persaingan dari Jepun, market drama Hong Kong pun tak laku. Kalau tak, pukul 6 pm tu, jangan sesiapa tukar chanel lain. Kalau pukul 5.55 petang letrik masih belum ada, line LLN tu konfem jem dengan call dari mak-mak yang nak tengok The Breaking Point. Tapi Jepun tak lama pegang Asiua sebab bahas dorang tak universal. Jadi ada batasan in exporting drama and filem Jepun. Dorang punya market terhad. Zaman tu belum ada internet, jadi nak penetreate market tu payah dengan bahasa yang negara kau je faham. Cecah je tahun 2000-an, market Korea pulak masukkkkk. Tu ha, Winter Sonata pemula langkahnya. Lepas tu terus non-stop Korea mendonia. Korea beruntung. Walaupun bahasa dorang tak universal macam Jepun, tapi masa ni teknologi dunia dah berkembang. Internet dah meluas. Entertainment dorang dapat capaian jauh.
One more thing, government Korea Selatan support industri hiburan dorang dengan banyak dasar and insentif. That's why K-Pop dan drama Korea jadi fenomena global. Dorang siap ada sistem macam boarding school yang train anak-anak kecil untuk jadi idol. Bukan macam kita, asal followers kat Tiktok 2 juta, terus jadi penyanyi. Suara sengau-sengau sendut pun jalan, janji follower ramai. Lagi satu yang menarik tentang drama Korea, contohnya macam Winter Sonata. Dorang punya drama and lagu bawa cerita yang relatable. Drama kita ada lagu sendiri? Tak, kan? Sauk je lagu siapa-siapa pun. Tu pun seketul je lagunya dok ulang-ulang dari episod 1 sampai 20. Kau tengok Crash Landing On You punya OST? Boleh compile jadi satu album!
Lagi satu bijaknya Korea, dorang pegang platform digital macam Netflix untuk spread their content. Now aku perasan pukul 7 malam dah ada cerita Jepun, kan? Pastu malam-malam ada cerita Korea pulak, kan? Abislah, dia dah start balikkk.
Actually China punya industri entertan=inment dah start boom awal 2000-an lagi, tapi China ni tak hadap nak export drama and filem dorang. Populasi lebih 1.4 bilion kot. Tayang filem kat negara sendiri je pun pulangan dah berapa. China punya pasaran domestik sangat huge. Filem and drama dorang boleh make millions just by meeting domestic demand, tak payah bergantung pada eksport. Negara dia kaya. Tengok je lah economic progress China macamana. Rakyat dorang mampu spend on entertainment.
Aku respect betul dengan produksi team China. Dorang invest kaw-kaw produksi drama. Drama tau! Bukan filem. Kalau tengok behind the scene every drama, tak sangka budget dorang sangat besar. Aku takyah bagi contoh jauh-jauh. Hari tu aku review drama Ace Troops, kau tengok macamana dorang punya kualiti drama. Siap ada adegan perang meletup bom sana sini. Dengan kapal tentera, dengan jet pejuang, dengan kereta kebal. Tak kisahlah kalau pakai teknologi grafik pun, it looks real gila punya real! Dorang punya drama another level. Bukan nak kutuk negara sendiri, tapi pernah kita tengok drama bersiri kita gah macam tu? Nak tengok scene perang-perang macam tu hanya dalam filem je.
Kita takde budget besar. Kerajaan tak berani nak invest dalam entertainment kita. Padahal kalau invest and plan betul-betul, boleh jana ekonomi negara. Tengok macam Korea and China. Dia invest kaw-kaw. Sampai sekarang berjuta seluruh dunia datang Pulau Nami tu nak tengok spot drama Winter Sonata. Shanghai tu berapa ramai tourist datang semata-mata nak ke Oriental Pearl TV Tower je. Sebab kebanyakan drama dorang mesti ada tower tu. Nak-nak lagi kalau cerita cinta. Aku pun teringin nak pergi masalahnya! Tak sedor diri sawan naik flight.
Bijak tak bijaknya China, dorang dominasi teknologi. Dia tak heran nak export drama and filem dia ke negara luar. Dan dia tak hadap nak park drama dia kat Netflix semata-mata. Dorang buat platform sendiri and park semua drama ni di platform tu, pastu dorang tunggu kita subscribe. Platform macam iQIYI (Netflix of China), We TV (streaming platform owned by Tencent), Tencent Video (another streaming platform), Youku (streaming platforms by Alibaba Group) - ini semua port lepak drama cina yang best-best. Satu dunia subscribe platform ni. Aku ada WeTV, Iqiyi, and Youku. Drama cina kat Netflix tu semua yang tahap geli-geli je. Kau nak betul-betul oustanding drama, kena subcribe platform dorang.
Artis dorang kaya dengan pasaran domestic je. Aku sembang dengan member kat Weibo, dia cakap kat sana it’s common for prominent stars to earn between USD1.5 to USD3 million PER DRAMA, depending on popularity, role, and of course budget. Kalau highly sought-after actors, setahun boleh buat sampai USD50 million. Pastu aku tanya Johnny Huang tu mahal tak? Dia kata "He is among expensive actor. He is famous here. The first Chinese global brand ambassador for Dior and Bally". Bila dengar gitu maknanya lojiklah rumours yang aku baca dia bayar divorce settlement RM30 juta. Kalau satu drama boleh dapat minimum USD1.5 million, tahun depan punya drama yang menunggu queue tayang pun 8 buah. Now tengah shooting new drama nak tayang tahun 2026. Agak-agak berapa income dia setahun? Wuiii seronoknya Diana kira income orang.
Kerajaan China invest banyak untuk industri entertainment. Tapi industri hiburan Hong Kong tak dapat tahap sokongan yang sama daripada kerajaan. Banyak produksi Hong Kong face financial challenges dan terpaksa rely on collaborations with production China. Kerjasama ni menghilangkan identiti asli filem Hong Kong sebab China kawal content. Dorang nak kekalkan identiti and highlight kehebatan China. Aku kagum benaunya dengan China. Dorang macam isolated country yang boleh hidup sendiri tanpa berkongsi teknologi dengan negara luar.
Contohnya Douban. Ini China's version of IMDb. Aku nak tengok rating drama-drama cina kat sinilah.
Ini masa aku check The First Shot that day. Rank 3. Terbukti memang best pun.
Pastu dorang ada Baidu. Yang ni similar to Google.
Pastu WeChat. Yang ni similar to WhatsApp, Facebook, and Instagram. Boleh buat mobile payments juga.
Dianping. Ni similar to Yelp. Kalau nak tengok resturant review kat sini.
Zhihu. Similar to Quora.
Alipay. Similar to PayPal.
Bilibili. Similar to YouTube.
Douyin. Ini TikTok in China.
Weibo. Ini dorang punya social media platform. Combination of Twitter and Facebook. Aku selalu lepak sini. Walaupun kena baca sambil translate, isokay. Diana kan gigih orangnya. Mengada-ngada tau Diana. Twitter takde akaun, tiba-tiba ada akaun Weibo. Ni kalau Mak Aji tahu, kena lagi aku.
Aku rasa China ni macam betul-betul memanfaatkan kepakaran dorang untuk negara. Kenapa kita tak buat macam dorang? Kenapa kita tak buat Whatsapp kita sendiri, IG sendiri, FB sendiri? Bila aku lepak Weibo terasa macam powernya dorang ni. Dorang bincang hal-hal negara dorang je. Sembang pasal artis pun artis dorang je. Macam negara dorang dah cukup perfect sampaikan tak heran nak ambil tahu negara luar. Kadang-kadang aku terpikir negara kita macam mana futrenya eh? Manjangnya semua bajet nak kena tarik. Subsidi kena tarik. Tajaan pelajaran nak tarik. Exam nak mansuh. Entahlah...