2024-07-09
Redza pesan jangan ambil IB
Semalam nak tulis panjang-panjang tak berkesempatan. Orang nak tahu course Redza, result dia, and journey dia sepanjang di Kolej MARA Banting (KMB).
Pertama sekali, alhamdulillah. Lega rasanya part Redza dah selesai. Majlis konvo Diploma International Baccalaureate (IB) bulan Ogos depan. Dan kemudian fly ke UK bulan September. Semoga lancar segala urusan anak-anak ni, insyallah. Now budak-budak ni busy dengan TB screening, medical checkup, accomodation universiti, etc.
Sebelum aku tulis further, nak sampaikan pesanan Redza.
"Jangan ambil IB"
😆😆😆
Dia dah pesan kat cousin and adik dia - jangan ambil IB. Ambillah A Level. Course IB sangat tough. Dulu dia nak mencabar diri ambil course susah. Along the way, hampir-hampir tercabar katanya. Yang boleh carry beban study IB, sila teruskan. Jangan putus asa. Yang baru nak berfikir-fikir, Redza pesan ambillah course lain. Tetapi, kalau lulus IB, market value adalah tinggi. UK lebih prefer student IB.
Dari 317 orang pelajar (batch SPM 2021), 250 orang berjaya fly. Selebihnya bakal meneruskan degree dalam negara, tetapi masih ditaja oleh MARA. Yang tak dapat ke fly ke UK, boleh memohon Australia atau New Zealand. Requirement universiti di dua negara ni lebih rendah berbanding UK.
Syarat untuk fly DAN ditaja MARA adalah, student mesti dapat point between 35-45. If lower than that, tak dapat fly. Tapi boleh sambung study dalam negara. MARA tetap biaya.
Program IB ni adalah di bawah Young Talent Programme (YTP). Kalau dapat masuk program ni, bermakna pembelajaran sepanjang 2 tahun di KMB adalah ditaja. Kemudian sambung lagi 3 atau 4 tahun ke luar negara, also MARA sponsor. Tetapi tak bermakna, dapat masuk KMB dah confirm fly. Belum lagi. Syarat nak fly, exam IB kena dapat 35-45 point.
However, itu adalah syarat untuk fly. Syarat nak dapat tempat di universiti sana, perlu meet requirement universiti pula. Contohnya, walaupun point you 35, lepas untuk fly. Tetapi kalau memohon ke Warwick, point tu tak lepas. Sebab Warwick nak 39 point minimum. Jadi, kena apply uni lain.
Semasa semester ke-2, student dah start memohon universiti pilihan. Universiti akan select student yang layak based on pointer semester ke-2 tu. Based on exam semester 2, universiti akan keluarkan conditional offer letter. Ingat tak aku ada update Redza pergi open day Warwick Uni kat Majectic Hotel beberapa bulan lepas? Redza dapat 3 conditional offer - Warwick, Sheffield and Birmingham. Tapi lepas open day, Redza decided untuk tolak Warwick sebab offer yang dia dapat adalah Data Science. Dia taknak.
Untuk student yang tak dapat conditional letter dari mana-mana uni, selepas dapat result IB baru boleh memohon. Tapi agak fight sikitlah sebab masa ni course mungkin dah penuh. That's why penting score awal-awal so that dapat conditional offer supaya sebelah kaki dah ada dalam uni. Tinggal tunggu result IB je untuk confirmation tempat. Conditional offer letter ni agak penting sebab buka student IB saja memohon, student A Level pun sama. Kalau tunggu end result baru nak apply, ada kemungkinan course yang you nak, dah takde kekosongan.
Redza kata kawan-kawan dia yang tak dapat conditional offer, bila nak memohon sekarang, course Computer Science banyak dah penuh. Terpaksa apply course lain. By the way, yang tanya tak dapat Manchester ke? Tak. Sebab Redza tak memohon. Aku syak dia nak jumpa geng Langkawi kot. Ramai geng Langkawi yang ambil Comp Science apply Birm and Sheffield. Nak berkampung kat situ agaknya.
So itu secara ringkas journey student-student IB. I must say, this course not easy. Budak-budak ni bertungkus-lumus nak tempatkan diri dalam program ni. Bermati-matian score straight As hanya untuk melepasi syarat memohon program YTP. Bila dah layak memohon, kena fight pula semasa interview. Bila dah berjaya ke KMB, kena pulun mati-matian lagi sekali untuk score IB dan melepasi syarat universiti yang dipohon. Dari 317 berjaya ke program IB, hanya 250 orang yang berjaya fly. Bermakna, game SPM dan game IB is different. Kadang bila orang merungut kenapa syllabus KPM susah? Tapi bila dipikir balik, walau sylabus kita susah, rupanya susah lagi nak meet requirement uni di sana.
Yang tanya aku ikut ke tak hantar Redza nanti. Ikut. Ikut sampai KLIA je lah. Takde maknanya aku nak hantar sampai depan pintu universiti. Dah 20 tahun dah anak aku. Biirlah dia urus sendiri. Lagipun dorang gerak dengan pegawai pengiring MARA ni. 250 orang kot yang pergi. Ramai. Masih belum tahu exact date. Tapi September.
Hari result keluar tu, aku dah bengkak-bengkak mata. Mixed feelings. Antara happy dengan sedih. En Wan cakap kenapa nak nangis. Redza dah 20. One day dia akan keluar juga dari rumah. Aku tahu tu. Tapi entahlah. Maybe mak-mak je yang faham perasaan ni.