Semalam viral post tentang sorang pengguna medical card Hong Leong kata medical card tak boleh guna. Hanya boleh pay & claim. Maknanya, kena bayar dulu, kendian baru submit bill ke Hong Leong untuk claim. Total bill katanya RM11K. Banyak, ya. Bukan semua orang sanggup nak keluarkan cash RM11K. Lagipun tetiap bulan bayar medical card tapi tak boleh guna, this is so tak lojik.
Mula-mula aku nak explain dari sudut underwriting. Sebab pengadu kata anaknya admitted disebabkan Brochiolitis. Brochiolitis memang cenderung dapat pada kanak-kanak. Usually sembuh dengan sendirinya dalam a few weeks, tetapi kalau tak dirawat boleh menjadi serius. So basically ini bukan penyakit yang bahaya sangat. Jadi, dari sudut underwriting, this is not an issue sangat. Apetah lagi dalam kes pengadu, penyakit yang sama pernah dicover oleh medical card, di hospital yang sama (Avisena). Should be no issue.
Yang menjadi pelik, kenapa penyakit yang sama yang pernah dibayar guna medical card, sekarang tak lepas pula. Jadi, issue sekarang bukanlah pada penyakit atau hospital, tetapi pada medical cardnya.
Macam aku cakap tadi, medical card BOLEH diguna pada penyakit yang dah diapproved sebelum ni. Aku pun tak clear kenapa tiba-tiba tak boleh guna. Katanya lagi medical card dan 18 bulan activate, sepatutnya takde masalah untuk guna. Sebab medical card active selepas 120 hari (3 bulan). Jadi sekarang, boleh jadi issuenya adalah pada polisi syarikat. Bukan medical cardnya. Bukan penyakitnya. Bukan hospitalnya.
Cashless facilities. Apakah ini?? No such thing in Prudential. Pengadu Hong Leong tukar polisi kepada cashless facilities pada bila-bila masa mereka nak. Hmmm 🤔. Agak pelik. Sebab kita apply medical card supaya tak payah bayar lansung. Cuba kalau orang eksiden masuk besi, bil sampai RM40K. Jenuh nak pay & claim oi! Di Prudential takde lagi polisi gini. Yang pay & claim hanyalah pada hospital yang bukan panel Prudential. Contohnya masa Rayyan admitted ke PPUM. Yang ni bukan panel, jadi kitorang bayar dulu claim kendian. Rayyan juga pernah admit Avisena, rasanya semua follower tahu. Di Avisena, kita tak keluar apa-apa duit melainkan deposit nak masuk ward sahaja. Bil RM37K ditanggung medical card.
Pengadu kata AIA akan start cashless facilities tak lama lagi, dan boleh jadi semua takaful company akan start polisi yang sama.
MUNGKIN TIDAK.
As to date, Prudential belum ada apa-apa cerita pasal ni. Aku roommate dengan MDRT agen dorang, ya. Apa-apa hal MDRT mesti tahu dulu. Customer service confirm update agen sebelum client.
Untuk makluman, insurance yang diambil oleh company-company (bukan personal medical card) memang dah lama start implement cahsless facilities untuk kurangkan kos. So yang pakai company punya medical card mungkin akan hadapi masalah yang sama. Tapi kalau personal medical card sepatutnya takde masalah. Dan biasanya untuk kes-kes decline, customer service PASTI call client untuk explain kenapa decline. En Wan as agen pun bagitau, mana ada medical card decline tapi agen and client tak tahu. Itu kalau dengan Prudential lah, dengan Hong Leong aku tak pasti macamana prosedur dorang.
Untuk kes pengadu ni, aku rasa this issue lebih kepada polisi syarikat, bukan masalah medical card. Benda ni aku kena clarifykan sebab 90% yang membaca akan salahkan medical card. Dan 90% ni juga adalah orang yang takde medical card atau culas bayar caruman. Untuk sedapkan hati sendiri dorang katalah "Kan aku dah kata, medical card ni semua penipu je!". Padahalllll.
Ok dah alang-alang cerita pasal isu medical card, nak share berita.
News malam tadi. En Wan officially MDRT 2025. Untuk kali kedua. Semalam Prudential Malaysia dah submit nama En Wan ke Prudential Headquarters untuk masuk dalam list. 20 July ni En Wan ke MDRT Asia Convention, Beijing. Dia pergi based on last year punya list MDRT (2024). Siapa sangka dia ke Beijing nanti carry title MDRT 2025. Besar betul rezeki aku. Dapat lagi naan cheese malam ni agaknya. Agitu kau pulak tiber.
By the way 13 Julai ni LAST DAY untuk apply medical card dengan Plan Anugerah Plus. Plan Anugerah Plus ni adalah plan medical card sekarang, sama macam aku ambil. Selepas 13 Julai, plan ni akan dihapuskan dan diganti dengan plan yang baru. Kenapa ganti baru? Yang sekarang tak bagus ke?
Bukan tak bagus. Standardlah bila takaful nak naikkan caruman, dia kena keluarkan new plan. Tapi jangan risau, plan yang baru lebih besar coveragenya, sesuai dengan harga caruman. Jadi, kalau sesiapa yang nak grab plan lama, boleh laju-laju contact En Wan untuk submission. Plan lama masih terpakai dan masih bagus. Kalau ada budget, kau tambah medic booster 1 juta. Insyallah cukup.
Client-client En Wan, sila peringatkan En Wan untuk bagi aku perlepasan 2 hari takyah masak sempena MDRT 2025. Bergerak bertiga-tiga dari kiri cepat jalan!