2024-02-19

Kalau kau suka kat someone, berpada-pada saja


Ohhh kemain lagi kalau cerita pasal crush, berjujuk-jujuk DM masuk.
Kak Di ceritalah lagi.
Kak Di, apa jadi dengan crush tu?
Kak Di kawen dia datang tak?
Dia dah kawen ke belum?
Kemahennnn masing-masing.
Mesti banyak tengok cerita Korea ni 😆.

Setakat itu saja kenangan seorang Diana dan crush-nya. 
 Yang aku boleh ceritalah. Yang aku tak boleh cerita, biarlah rahsia. Gagagaga.

Aku setia orangnya (gituuu), crush tak banyak.
Itu je la sorang dari umur 14 tahun sampai ke Uni.
Dah namanya crush, maka tak kesampaianlah cinta itu.
Kekallah kisah tu sebagai crush saja.
Tapi bagus juga ada crush time skolah.
Itulah BIG WHY aku pi skolah hari-hari.

Ada yang tanya "Kak Di tak berani nak confess ke?"

Bukan tak berani, tapi tak mahu confess.
Buat apa confess kalau jadi crush pun dah membahagiakan? Gitu.
Kahkahkah.

Dia macam ni, ya.
Kalau kau yakin kau ada segala faktor yang boleh buatkan crush tu notice kau, maka dia takkan jadi crush.
Dia yang akan confess.
Mana-mana lelaki gitu.
Kalau dia sangat suka kat sorang perempuan, macamana dia shy pun, dia akan berubah jadi berbeza, jadi berani, dan tak segan nak confess.

En Wan tu, dia punya segan, ya ampunnn!
Pendiam pulak tu.
Kawan-kawan dia semua kata dia pendiam dan segan nak bercakap dengan perempuan.
Tapi masa mengorat aku kemain siap tuju lagu bagai.
Pemalu tang mananya?

That's why aku tak confess kat crush.
Sebab aku tahu dia tak berminat.
Dia cuma anggap aku kawan.
So, kenapa aku nak semakkan kepala dengan masalah.
Elok-elok selesa berkawan, nanti kalau aku confess, terus dia jauhkan diri. Akward nanti.
Aku lama lagi nak habis sekolah.
Bertahun lagi nak sekolah situ.
Camana nak datang sekolah dengan happy kalau crush mengelak bersembang dengan aku?
Impak jangka masa panjang tu kena pikir ya anak-anak.
Jadi, biarlah jadi crush saja. Aku tetap bahagia. Mbahahahaha.

Yang tanya, dia dah kawen ke?
Dah

Dia kawan dengan akak tak lepas akak reject?
Pernah lost contact kejap. Tapi now ok dah. Dah tua, kan.

Kak Di contact dia lagi ke?
Hari-hari ada je bersembang kat whatsapp ni.

Kak Di jemput tak masa kawen?
Jemput, tapi tak datang.

Macamana Kak Di cakap masa reject?
Eh, kepoh betul kau kan? 😆

Sedih tak masa reject?
Sedih.

Sedihlah, tapi keringkan hati.
Aku penat sayang orang lebih.
Aku ni kalau sayang orang, memang teruk punya sayang.
Sanggup berhabis dan sanggup membodohkan diri sampai tak perasan diri tu dipergunakan.

Sendiri tak beli baju pun takpe, janji dapat belikan baju untuk bf.
Sendiri tak pakai perfume, tapi belikan bf perfume.
Berhabis belanja makan, gi outing, etc.
Tak terasa diri tu bodoh lansung, padahal bodoh.
Rupanya bf kontek and outing dengan ex-gf balik cuti sem.

Dengan crush gitu jugalah.
Sanggup jadi pendengar yang setia dan posmen tak bergaji.
Padahal orang tu tak notice pun kau. Sekadar jadi kawan je.
Kadang-kadang kita rasa kita sedang berbuat baik, padahal sedang membodohkan diri.
Sesiapa pun, tak kira lelaki atau perempuan, bila kita terlalu available for them, dia tak appreciate (this is from my experience).
Sebab dia tahu kita always available for them.

Kalau dengan lelaki (crush), makin kau available, makin kau akan diletakkan dalam mode KIV.
Dia nak try orang lain dulu.
Kalau dengan orang lain tak menjadi, at least I still have this pompuan bodoh yang always available for me. Haa gitu.

Dengan lelaki yang kita suka, semakin kita suka dia, semakin kena have boundaries.
Stop being clingy and needy.
Bila kita always available to them, dia takkan rindu kita.
Dia takkan realize dia sebenarnya perlu kita.
He will take you for granted and he will think that you will always be there for him.

In my case, itulah yang berlaku.
Kelebihan aku rupanya adalah kekurangan.
Bila sayang or suka kat someone, aku all out.
Dah mengantuk pun ku gagahi juga bergayut kat telefon demi menjadi pendengar setia.
Takde duit pun aku belanja makan sebab konon susah senang bersama.
Masalahnya, kau je yang sanggup bersusah, bongok!

Kalau kau suka kat someone, berpada-pada saja.
Belum masanya kau nak beria-ia, ya. Jangan.
Create boundaries.
Kalau dia betul-betul nak, dia yang akan berusaha lebih sebab fitrah seorang lelaki adalah PROVIDER.
Dialah pelindung kita.
Dialah yang curahkan kita dengan perhatian dan kasih sayang.
So, kau jangan nak lebih-lebih sangat.
Biar dia buktikan dulu. Kawen sok, kau all out pulak.

Memang sedih sebenarnya bila aku reject crush.
Menangis bengkak-bengkak mata.
Dari umur 14 tahun sampai umur 22 kot.
Setianya aku crush kat orang yang sama walau tak dipandang.
Kesetiaan ke kebengapan, tak tahulah.

Aku reject on the spot.
Masa yang sama dia confess, aku slow talk, and slowly reject.
Hati sedih Tuhan je lah yang tahu.
Tapi aku penat. Penat sayang orang.
Maka aku pilih orang yang sayang aku lebih.
Walaupun orang yang sayang aku tu, baru SATU KALI berjumpa, takpelah, guwa gamble.
Sekurang-kurangnya aku tak payah insecure.
Kalau aku accept si crush ni, aku akan jadi insecure.
Sebab aku tahu kisah silam dia dengan his ex-es.
Susah nak hidup tenang nanti.
Karang mulalah aku imagine "Entah-entah dia kontek balik ex lama".
"Entah-entah dia jumpa orang lain dia syok".
Ahh, tak payahh. Biarlah aku let go.