2024-02-27

Dinner nite En Wan


Hari ni banyak soalan yang aku dapat.
Yang tanya pasal Gloei.
Yang tanya Makeup Remover (yang ni sejak aku naikkan video nasuh mekap dinner hari tu. Sorry baru nak reply now).
Yang tanya kenapa tak jual botol Makeup Remover kecil.
Kenapa PAY DAY tak boleh redeem points.
Yang tanya pasal award En Wan. Tanya pasal hibah.
Yang minta aku cerita detail pasal crush aku pun ada.
Matilanak tak settle-settle lagi orang bertanya pasal crush.

Ok, satu-satu.

Aku cerita pasal dinner nite En Wan dulu.
Sebab dari hari tu lagi orang bertanya bila nak update blog sebab nak tengok gambar.
Gambar banyak, tapi malas nak share kat sini.
Apa yang aku dah upload kat FB/IG tu, itulah saja aku nak share, ok?
Malas nak kelebet gambar dalam galeri.

Dinner nite tu adalah Annual Award.
Tahun lepas pun aku pergi.
Last year, En Wan baru 4 bulan join Prudential.
Tahun lepas 2 kali dia naik stage. Baru 2 award dapat.
Buat kat EQ Hotel, KL.
Kitorang put a nite kat Concorde.
Saja lepak hotel sebab nak bersiap.

Tahun lepas first time join award nite, don't know what to expect.
Nak pilih dress yang macamana pun tak tahu, last-last aku pilih jubah.
Berdedai aku and En Wan ke 5-6 kedai nak sewa baju, last-last beli jubah je sudah.
Sebab baju dinner ketat metat takde yang loose. Rimas pulak aku melekap.
Badan kalau persis JLo takpelah jugak.
This year lebih relaks, sebab dah tahu tak payah beria.
Takde siapa nak tengok kau, Diana.
Pakai baju kurung moden je. Settle.

Tahun ni buat kat Le Meridien Putrajaya.
Memang herlok sangatlah. Senang aku nak merayap ke mall sebelah.

Kitorang stay 1 malam supaya senang nak bersiap.
Alhamdulillah tahun ni En Wan dapat 6 anugerah utama.
Paling unexpected President's Club Award.
Yang ni the highest award.
En Wan 1st rank takaful agen nationwide.

Banyak kali dia kena standby untuk naik stage.
Kalau ikutkan dia, dia nak seret aku naik stage enam-enam kali.
Ya Allah, tak payahlah aku kata.
Ingat ini dinner MLM ke, laki bini naik atas stage bergandingan?

Ada satu award tu dia paksa aku naik juga - Record Breaker Award.
Kat atas stage dia cakap kat CEO "Isteri saya yang break the record sebenarnya" 🤣.

Menangis En Wan bila ditayangkan video khas untuk dia.
Dalam satu tahun dia achieved Premier Wealth Planner, Top Agent, Top Cases, Record Breaker, MDRT and President's Club.
Ada sorang tu berseloroh "Bang, nama abang kena panggil naik kejap lagi, lepas tu abang takyah turun dah. Duduk je kat tepi tu" 😆😆.

En Wan kata dia menangis bukan sebab the video, tapi sebab loud and clear nama ayah, WAN DAGANG disebut enam kali.
Aku pun terasa goose bump sebenarnya everytime nama arwah ayah disebut malam tu.
Betullah orang kata, nama ayah sampai bila-bila kita akan carry.

Orang luar, especially blog readers, maybe nampak kalau bukan sebab aku, En Wan takkan achieve apa yang dia dapat sekarang.
Aku sebagai wife, yang duduk serumah dengan dia, cakap sebaliknya.
Aku maybe jadi medium untuk bagi pencerahan tentang medical card and hibah.
Tapi kalau bukan En Wan yang kerja keras, dia takkan dapat tukar prospek jadi client.

Awal-awal dulu dia join, masa tu Prudential tengah launch Hibah Untuk Orang Sakit.
Minimum orang sakit boleh buar hibah RM50K.
Masa tu tak ramai agen yang push for this plan.
Ramai lebih berminat nak promote medical card sebab nilai caruman lebih besar.
Jual hibah RM50K, berapa sangat caruman bulanan.
Tapi En Wan tak hirau lansung bab tu.
Dia aim nak ramai orang ada hibah.

Orang sakit bila dapat buat hibah RM50K pun dah lega.
Selama ni orang sakit takleh buat medical card mahupun hibah. Tahun lepas Prudential start offer hibah untuk orang sakit.
Seronoknya client-client En Wan dapat buat hibah.
At least ada benda yang dia tinggalkan kat waris.
Rupanya dalam pada sikit tu, ramai sign up hibah dengan dia.
Nilai hibah dia closed last year kalau tak silap aku, RM48 juta, from En Wan alone.
Itu hanya hibah, belum medical card.

CEO Prudential kagum bila En Wan closed 322 kes setahun.
Setahun ada 365 hari. Bermakna En Wan hanya bercuti 43 hari.
322 hari dia bekerja.

Aku as wife sahkan ini benar, sebab aku nampak dia bekerja macam takde stop.
iPad tu macam berjahit kat tangan.
Sentiasa ada quotation nak dibuat.
Kalau prospek call time drive, sanggup ni stop kat tepi jalan nak bakas whatsapp atau menjawab call.
Tak reti dia nak balas bila dah sampai rumah. Tak. Kat situ juga dia reply.
Everytime Prudential hantar polisi kat En Wan, hah kau, secekak sekali harung sampai.
Puas hati betul tengok secekak-secekak gitu.

Dia sangat appreciate clients dia.
Beribu dia spent untuk beli merchandize.
Planner, mug, tabung untuk budak-budak, pen, payung, desk calendar - ni semua bukan free.
Inisiatif agen untuk sediakan merchandize for client masing-masing.
Berkotak-kotak barang sampai ke ofis aku.
Tu belum bulan puasa dengan berkotak-kotak kurma untuk client.
Ni tak lama lagi penuhlah ofis aku dengan stok kurma client dia.
Client 400 orang pulak tu, and increasing.

Hari tu masa dia bagi talk, kat slide dia tepek screenshot client dia tulis kat IGS - "Saya ada 4 orang agen, tapi En Wan sorang yang bagi saya gift".
Padahal dapat payung je, bukannya benda mahal sangat.
But client kalau satisfied, dorang pasti share kegembiraan di media sosial.

Ada satu ayat En Wan yang to me it is so inspiring.

Dia kata "Kita semua mendaki bukit yang sama, cuma kecerunan kita berbeza. Saya bermula pada usia 46 tahun. Kecerunan saya curam. Anda bermula pada usia 20-an, kecerunan anda masih landai. Disebabkan landailah maka anda santai berjalan-jalan. Saya tak boleh berjalan-jalan sebab bukit saya curam. Jadi saya kena memanjat, langkah saya kena panjang dan berlari. Tolong jangan berjalan-jalan. Berlari bersama-sama saya!"

Pehhh standing ovation speech dia yang ni.
Aku kat belakang pun goose bump.
Crew-crew yang duduk belakang beramai-ramai approach aku "Puan isteri En Wan ke? Tahniah Puan. Tahniah".
Dah aku pulekkk yang dapat tahniah.



Ini DM yang aku dapat baru-baru ni.
Aku yang tido sebantal pun tak tahu-menahu rupanya dia nak keluarkan duit sendiri untuk bagi cashback pada client.

Kisahnya, last year Prudential ada buat promo cash back RM100 (kalau tak silap aku) untuk sesiapa yang sign up polisi tempoh-tempoh tertentu.
Ramai yang apply offer ni.
Tapi cash back tu dapat lambat.
Ramai yang signup offer ni agaknya, tu yang Prudential release cash back batch by batch.

Ini lagi satu cash back yang client En Wan dapat.
Hat ni Vaganza Raya Campaign. Dapat balik RM1,409.00.
Tengah-tengah nak puasa dapat balik seribu lebih, memang happy ni.

Kat sini aku tepek some of usaha En Wan untuk help client-client dia yang ada masalah dengan polisi atau apa saja regarding polisi.
Walaupun appeal letter aku buatkan, tapi aku write based on masalah client dia.
Maknanya dia faham apa masalah client dan dia pikirkam solution.
Aku terjemahkan dalam bentuk appeal letter saja, and tambah sikit-sikit knowledge yang aku tahu.
Mungkin boleh membantu.

Client En Wan aku boleh kata interesting.
Memang masaklah medical underwriter yang dapat kes client-client dia.
Yang pernah masuk hospital 7-8 kali, yang pernah ada asthma attack, yang overweight lebih 100 kg, yang anak tak cukup bulan, yang underweight.
Yang tiba-tiba ada medical check up sekali ada diabetis pun ada!

Selalunya aku tulis, kemudian send him whatsapp.
Nanti dia akan publish dalam bentuk letter.

Yang ni appeal kes client yang pembayarannya Prudential terima sehari selepas birthday.
Kalau payment masuk lambat, harga caruman dah ikut umur baru.
So En Wan appealkan supaya client dia kekal dapat harga lama.
Ini masa dia belum MDRT. Terpaksa tulis official letter untuk appeal.
Now, dah MDRT. Ada line khas. Terus call special department.

Yang ni appealkan kes client underweight. New born.
Masa aku kat Prudential dulu, aku scree kes weight - underweight and overweight.
Kalau proposal tak lepas benteng pertama, dia takkan naik ke benteng kedua dan ketiga.
Sebab weight adalah punca kepada banyak masalah kesihatan lain.
Banyak proposal kena reject sebab berat badan.
Tapi kes ni alhamdulillah lulus.

Yang ini dia harukkan doktor pakar 🤣.
Dengan doktor pun kau nak harukkan.
Aku menulis surat pun sarat dengan emosi. Kahkahkah.

Kisahnya, mana-mana medical check up yang Prudential minta buat, akan disertakan dengan questionnaire.
Tapi doktor ni taknak isi questionnaire kalau tak buat test-test tertentu.
Padahal tak perlu pun.
Aku pernah jadi Medical Underwriter aku tahulah.
Questionnaire tu simple je, based on previous medical history tempat client pernah admitted.
Yang nak kena buat fresh test tu dah kenapa. Tak perlu pun.
Bila doktor refuse to fill up questionnaire, client tak dapatlah claim.
Mengamuklah agen beliau. Terpaksaaaa aku menulis dengan penuh emosi juga.
Lebih baik aku tulislah daripada dia create scene kat hospital tu.

Ini kes overweight pulak.
Aku ni sinonim betul dengan masalah weight.
Masa kat Prudential dulu aku handle kes weight.
Pastu jual produk losing weight.
Pastu jadi personal medical assistant appeal kes-kes weight.

Ini request untuk underwriter semak balik result dan keluarkan arahan untuk buat balik test.
So gais, kalau En Wan ajak korang gi buat check up 2-3 kali, kau layankan je, ya.
He wants the best for his clients supaya client dapat caruman serendah yang boleh.

Ada hikmah aku jadi Medical Underwriter dulu.
Rupanya aku jadi assistant En Wan sekarang.
Now aku tengah appeal case client dia yang tiba-tiba di-diagnose dengan diabetis.
Harap-harap polisi itu lulus.

Tinggal 2 hari saja lagi untuk grab offer cash back ni.
Silakan whatsapp En Wan kalau nak tahu lebih lanjut, ya - 012-4407757.