Sejak akhir-akhir ni macam-macam kisah tentang how double standardnya layanan marhaen vs layanan kayangan.
Aku cuba juga pandang dari pelbagai sudut untuk mencari sekecil-kecil point yang boleh memenangkan pihak marhaen tapi macam cerita Tamil juga.
Selalunya yang marhaen sama ada kena berpuas hati apa yang ada, atau redha sajalah hal yang tak menyebelahi mereka.
Kuncinya, betapa pentingnya menjadi ORANG PENTING.
Orang penting biasanya adalah somebody.
Boleh jadi orang kaya, orang terpandang, orang terhormat.
Ada nama, kedudukan, gelaran atau jawatan penting.
Ada pengaruh. Ada kuasa. Ada duit.
Orang Tak Penting biasanya bukan siapa-siapa.
Maybe orang miskin, orang biasa-biasa, yang tak dipandang dan tak tergolong orang terhormat.
Orang penting dan orang tak penting dah wujud lama, cuma kita tak perasan.
Boleh jadi kita pun pernah practice double standard juga.
1. Orang Penting vs Orang Tak Penting. Isu kahwinkan anak.
Biasanya kalau dapat invitation ke wedding anak-anak dari keluarga kaya atau terhormat, agak-agaknya berapa duit salam yang kita masukkan dalam envelope sebagai hadiah?
RM20? Paling tak, RM50.
Segan pula rasanya nak datang berlenggang tak bawa hadiah ke majlis orang-orang kaya.
Maka berangkutlah hadiah yang besar dan pastinya ‘ada harga’.
Dah bagi hadiah, time nak balik hulur juga salam kaut.
Di lain waktu, dapat undangan majlis nikah anak orang biasa-biasa.
Berapa duit kita masuk dalam envelope?
Entah-entah bagi RM20 pun dah rasa besar.
Kalau bawa hadiah pun sekadar biar tak dikata orang.
Tu pun mujur bawa. Ada yang lansung tak bawa apa-apa.
Alasannya, “Kita datang memenuhi jemputan. Bukan dia minta bawak hadiah atau bagi duit”, kata si Leman yang datang dengan perut kosong angkut isteri dan 7 orang anaknya.
Tu belum lagi yang datang majlis dengan baju asal boleh.
Mentang-mentang majlis orang tak penting, sekadar buat tepi jalan depan rumah, dia datang dengan selenga sungguh.
At least pakailah kemeja lengan pendek.
Majlis, kan. Biarlah semenggah.
Dahlah kau datang bawak perut semata.
Kalau pi majlis orang penting bukan main lagi.
Seminggu sebelum majlis dah siap plan nak pakai apa.
Makcik aku punya mak mertua (arwah), aku panggil Opah.
Opah pernah datang open house rumah aku.
Masa tu aku buat house warming baru pindah rumah.
Masa salam Opah, dia selit kat tangan aku RM2, “Ni hadiah pindah rumah”.
Sebak aku. Tingginya common sense Opah.
Walaupun aku tak harap orang datang bawa apa-apa, tapi cara Opah menyantuni tuan rumah tu bukan semua orang ada pemikiran macam tu.
Bukan nak cakap apalah.
Ada di antara kenalan aku, pergi kenduri kawen member sendiri, melenggang.
Padahal tu majlis kawan kau.
Bawak hadiah tak, hulur duit kat mak bapak pengantin pun tak.
Pastu bangga cakap “Aku kalau gi wedding, memang datang makan je”.
Hah, kau tunggu esok anak kau kawen orang buat macam tu.
Makin penting seseorang, makin tinggi nilai yang dia dapat sebagai hadiah.
Makin tinggi juga penghormatan dan kekaguman orang padanya.
Lumrah manusia menilai success dari material.
Takkan level orang kayangan nak bagi hadiah nilai kecil, ye dok?
Rasa macam tak kena pulak sebab ini bukan orang kecil.
Gitulah dengan orang tak penting.
Makin tak penting seseorang, makin tak ada beban bila memberi dengan nilai kecil.
Sebab orangnya pun "kecil".
Bagi RM20 je dah laaaa. Katanya.
2. Orang Penting vs Orang Tak Penting. Isu menerima tetamu
Guest yang biasa-biasa (orang tak penting) selalunya disambut dengan cara biasa-biasa juga.
Makan apa yang ada.
Hidang pakai pinggan mangkuk yang biasa guna hari-hari.
Sebaliknya, guest yang dianggap orang penting (kaya atau terhormat), disambut dengan spesial.
Makanan kena special and luar biasa.
Pinggan mangkuk pun guna yang guna 5 tahun sekali. Punyalah special!
Padahal yang have-have bukan kisah pun kau guna pinggan mangkuk jenama apa.
Jenama yang kau ada tu dia ada 7 kat rumah!
Nasib baik aku pilih pakai polisrerine je sudeyyy.
Siapa nak makan pakai pinggan kaca, sila ambil kat dapur dan jangan lupa basuh sekali.
Video Simon Sinek ni sangat tepat!
Gitulah sebenarnya realiti hidup.
Kita dianggap penting dan istimewa bukanlah kerana diri kita.
Tapi kerana apa yang kita ada pada ketika tu — jawatan, kedudukan, status sosial, dan pangkat.
Kalau takde habuan ni semua jangan harap orang nak pandang.
Macam pakcik-pakcik pencen kat area rumah Pak Aji.
Pakai baju Pagoda dengan seluar track sapu laman ramai-ramai kat depan.
Sekali lalu nampak macam pakcik jaga kebun.
Padahal pencen Profesor, pencen Mejar, pencen Kapten.
Teringat a few years back seorang tuan rumah arahkan anaknya bawak masuk (simpan kat dapur) kek raya yang dah sedia hidang atas meja.
Alasannya, kek tu nanti untuk keluarga Dato and Datin yang nak datang petang nanti.
Orang biasa-biasa tak reti makan kek katanya, pandai makan kuih-kuih biasa je.
Sekali, si Dato Datin tak jadi datang sebab stuck lama sangat kat majlis orang lain. Padan muka.
Si Dato Datin tu pun tahu memilih majlis tau!
Dia pun tahu majlis mana yang lebih penting nak kena pegi.
Ingat dia hadap sangat nak datang rumah kau?
Hah, cekik la kek kau tu sorang-sorang sampai lebam.
Ohh ada lagi satu cerita.
Lepas majlis open house, lauk-pauk balance majlis ada sikit lagi.
Si perasan kaya sengaja asingkan ayam yang dah hancur dari ayam yang masih cantik.
Sebenarnya takdelah hancur mana pun. Daging ayam tu luruh sikit je.
Bila ditanya ayam yang hancur ni nak dibuang ke?
Dia kata, “Jangan. Boleh bagi kat guard”.
Kita tanya balik apesal nak bagi yang hancur?
Kan ayam yang cantik masih ada.
Oh tak bolehhhh.
Yang cantik ni simpan untuk orang yang belum sampai lagi.
Pantang betul aku perangai gini.
Aku cakap “Guard tu pun orang. Kalau nak bagi orang, bagilah yang senonoh. Nak simpan untuk orang yang belum tentu sampai nak buat apa. Kalau dia sampai nanti, kita hidang je lah apa yang ada. Siapa suruh lambat”.
Maka terpinga-pingalah pihak yang disound direct oleh aku tu.
Dan tak lama lepas tu nama aku meniti dari bibir ke bibir makcik-makcik bawang. Kahkahkah.
Biasalah tu. Kisah pulak aku khennnn.
Sangkaan aku betul rupanya.
Orang yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai.
Gitulah dia. Hadaplah ayam tu sorang-sorang sampai terbelahak.
Aku punya style kalau buat makan-makan, akan ada satu dua makanan ringan-ringan as contingency plan.
Hat ni simpan. Jangan bawa keluar.
Habiskan apa yang dihidan dulu.
Kalau makanan yang dihidang ada lagi, alhamdulillah.
Kalau habis, baru bawa keluar satu makanan baru tadi.
Aku tak berapa syok nak simpan sikit makanan yang dah jadi lauk hidang.
Biar hidang bagi habis.
Maksudnya, kalau perlu top up, top up.
Jangan disimpan-simpan sebab guest masih ada di depan.
Yang lambat tu nanti kita bagi makanan ringan yang kita standby.
Siapa suruh kau lembab sangat datang? Ah gitu.
Kalau adik-beradik, aku simpankan sikit if they said they wanna come.
Tapi kalau selain dari tu, sorryyyyyy.
Kau makan apa yang tinggal.
3. Orang Penting vs Orang Tak Penting. Isu menunggu
Seronok jadi orang penting.
Orang penting akan ditunggu dengan sabar.
Persiapan bukan calang-calang.
Sedangkan orang tak penting kena sabar menunggu. Dialah yang menunggu tuan rumah, dialah yang menunggu setiap kali bertemu janji, dialah yang kena menunggu giliran, dialah menunggu itu dan ini.
Takpe, orang biasa-biasa boleh menunggu.
Dorang bukan ada keje pun nak buat, khennnn.
Lain kisahnya bila orang yang menunggu adalah orang penting.
Maka tuan rumah/tuan punya syarikat beria-ia say sorry sebab dah buat orang penting menunggu.
Gitulah dia.
Semakin penting seseorang, semakin sungguh-sungguh disambut dan dilayani.
Bila kau tak penting, maka biasa-biasalah pula sambutan dan layanannya.
Sometimes, dek kerana tak pentingnya orang tu, whatsapp pun dia bagi blue tick je 😆.
Kalau kau bukan priority, kau tunggu jap naaaa.
Tunggu dia free baru dia layan kau.
Tunggu dia betul-betul free baru dia reply text kau.
Yang kau pun menunggulah husnuzon agaknya si anu busy.
Yang benaunya bukan busy, tapi kau tak penting bagi dia!
Cuba kalau kau penting, berdesup dia reply.
Itulah agaknya kenapa ramai orang kejar habuan dunia.
Berebut nak jadi famous. Berebut nak jadi kaya.
Berebut nak ada title Dato’. Berebut beli title Dr.
Berebut nak jadi terpaling.
Kerana realiti hidup di zaman sekarang, itulah yang orang pandang.
Bak kata CEO MJA, “Habuan dunia ni kalau dapat, ambil. Tapi guna di tempat yang betul dengan cara yang betul. Tak payahlah jumpa orang kampung pun kau nak angkut title Dato Sri Prof Dr tu”.
Benar, penghargaan bukan milik semua orang.
Tetapi semua orang berhak dihormati dan dilayani dengan baik.
Kalau nak double standard sangat, tolonglah jangan obvious.
Pandai-pandailah simpan.
But dari sudut positif, marilah kita jadi orang penting kerana that is the game they play.
Itulah permainan dunia.
Tapi kita boleh tukar game tu biar kita jadi orang penting, atau orang berkedudukan, atau orang berpengaruh, atau orang terhormat yang ada hati perut!