2023-10-03

Beli rumah atau menyewa


Serius sikit blog post hari ni, ya.
Ada sorang follower ni dah 2-3 kali minta aku respond pada DM dia.
Dia tanya pasal rumah.
Agaknya baca pasal blog post aku beli rumah dulu, dia tanya mana lebih untung - beli rumah atau menyewa.
Ada la dia share gaji suami isteri berapa.
Sekarang ni tengah menyewa. Ada sorang anak.

Aku menyewa selepas 3 bulan berkahwin, sampailah dah ada Redza.
Tapi, sebelum mengandung dah start beli rumah.
Cuma rumahnya siap selepas Redza lahir.
Sempat Redza celebrate 1st birthday di rumah baru.

Aku bukan sifu atau mentor hartanah dan kewangan.
Jadi aku bukan orang yang sesuai nak bagi pandangan sama ada berbaloi beli atau menyewa.
Tapi bagi nak puas hati orang yang bertanya, aku share pandangan aku je lah, ya.
Buat baca-baca saja. Tak nak pakai, letak tepi.

The decision untuk beli rumah atau menyewa is a personal decision.
Should be carefully considered sebab melibatkan banyak faktor like personal finance and life goals.
Akak kau ni dulu masa nak beli rumah tak banyak pikir sangat.
Malas nak calculate berbaloi ke tak berbaloi.
Memang dari sebelum kawen dah bincang dengan En Wan nak duduk mana.
Disebabkan dari kat Jepun lagi dia dah tahu di mana dia akan bekerja bila balik Malaysia nanti, kitorang sama-sama setuju duduk di Shah Alam, atau somewhere berdekatan dengan kilang dia.
Lagipun masa tu aku sambung belajar, dah tak terikat dengan Putrajaya (aku kerja kerajaan dulu).
Boleh duduk jauh.

Kitorang menyewa kat Subang Jaya (rumah sewa paling dekat boleh dapat).
Tapi start menyewa je dah look for rumah untuk dibeli.
Sebab aim memang nak beli landed house.
Tak pernah plan nak menyewa.
Aku rasa this is something yang menyumbang kepada drive untuk membeli rumah.
Bila mindset kita kata "Lepas kawen nak menyewa", maka akan ada kecenderungan untuk berlama-lama menyewa.
Tapi kalau mindset dari awal "Nak beli landed house" atau "Nak beli apartment", insyallah kita takkan mahu selamanya menyewa sebab goal kita nak beli rumah.
Dan selalunya, bila dah pasang goal nak beli rumah, dengan sendirinya datang kecenderungan untuk menyimpan duit.

Membeli rumah ni yang sakitnya cuma awal-awal tu je - nak simpan duit downpayment.
Bulan-bulan esok dah tak sakit sangat.
Sebab, bila beli rumah, ansuran pinjaman rumah lebih stabil.
Kalau faedah naik pun tak banyak mana.
Berbanding menyewa, ada potensi sewa naik selepas 2 tahun.
Dan akan naik lagi ikut selera tuan rumah.
Selalunya gitulah. Jarang tuan rumah tak naikkan sewa.
Tapi yang paling best beli rumah adalah, kita boleh deko rumah ikut selera.
Nak tebuk dinding takde siapa marah.
Nak sambung dapur boleh.
Nak tambah porch boleh.
Dan yang pasti, bila rumah tu kita punya, kita lebih menjaga.

Cuma ye lah, awal-awal tu maybe lebih senang menyewa sebab deposit tak tinggi.
Nak pindah pun senang, tak payah serabut nak cari pembeli.
Kalau paip rosak, atau lampu rosak, kipas rosak - just inform tuan rumah, nanti dia datang ganti.
Tapiiiiii, bila rumah tu bukan kau punya, kena hadap je lah citarasa tuan rumah.
Kalau dia ganti paip rumah tu dengan kaler merah, kau hadaplah kaler merah.
Kalau dia hanti kipas siling warna neon, bertabahlah kau dengan warna neon tu.

Selalunya yang pilih untuk kekal menyewa, hidupnya berpindah randah.
Tak duduk setempat.
Jadi dia tak nampak keperluan beli rumah.
However, pada pandangan akulah.
Walau tak duduk setempat, tak salah kalau nak beli rumah.
Beli, sewakan.
Sebab tak selamanya kita bekerja.
One day kita akan pencen, masa tu pendapatan mungkin berkurang.
Sedangkan nilai hartanah dan sewaan tak pernah turun trendnya.
Kalau dah beli rumah siap-siap, at least ada tempat untuk balik bila dah pencen nanti.
Tapi ye lah, kos tinggi untuk bayar 2 rumah sekaligus (beli dan sewa).
Tapi untuk yang kerjanya tak berpindah-randah, maybe boleh consider beli rumah.
Tak rugi pun. Memang kita nak duduk situ, kan.

Aku punya aim dulu bodo-bodo je, iaitu:

1. Habis belajar, nak kerja pejabat atau lab. Tak kisahlah kerja apa pun, janji aku kerja kat pejabat atau lab. Tak nak kerja kat kedai-kedai.

2. Lepas belajar, kawen. Tak pernah plan nak wedding yang macamana. Aku pikir janji nak kawen je. Sebab tu wedding aku takde tema, takde dulang girls, takde kek pengantin, takde khemah ropol-ropol. Takde. Janji kawen.

3. Lepas kawen, beli rumah. Landed house. Tak kisah kat mana aku tercampak, janji rumah aku landed house.

4. Lepas ada anak, ambil maid. Tak plan nak letak anak kat pusat jagaan. Sebab aku pernah di-double standardkan masa duduk pusat jagaan dulu. Aku taknak anak aku face benda yang sama. Takut aku terbunuh orang nanti.

Aim 4 je. Senang nak manage.
Terlampau banyak aim karang, satu pun tak lepas.
Sebab tu sampai sekarang, setiap kereta aku beli, semuanya ikut selera En Wan - dari Aveo, ASX, Estima.
Kerana aku tak pernah plan beli kereta.
Aku plan pakai kereta je.
Maka, semuanya selera dia, walaupun itu kereta aku.

Henfon pun sama.
First henfon aku tahun 2003.
Itupun terpaksa beli sebab aku start kerja sales.
Henfon tu En Wan pilih, Samsung flip. Takde kamera pun.
Sampailah ke fon sekarang, En Wan pilihkan, walaupun aku yang bayor.
Aku ok je walaupun dia yang pilih.
Guna henfon sabit nak whatsapp, internet, dan email je.
Lain dari tu bukan aku paham pun.

Laptop pun sama.
Kau tengok laptop aku dah berlubang, siap nak retak dah.
Pergi meeting kat universiti, kawan aku menjeling je tengok laptop aku.
Tiap kali dia tengok aku bukak laptop, mesti ajak "Jom pegi beli laptop".
Eh, tak kuasa. Selagi boleh guna, aku guna. 
Kalau tukar, satu hal nak set balik email and segala password-password and bookmark dalam ni karang.
En Wan dah pakai MacBook Pro, aku masih lagi dengan laptop 8 tahun lepas.
I is don't care. Janji kerja aku settle.

Tapi nasib baik juga environment aku banyak memaksa aku upgrade macam-macam.

Sambung belajar, takde dalam plan.
Mak Aji yang suruh.

Ambil lesen kereta, takde dalam plan.
En Wan yang suruh.

Buka company sendiri, takde dalam plan.
Partner aku ajak.

Kasut Sketches yang aku pakai sekarang ni pun Mak Aji yang suggest beli.
Kalau tak, sampai sekarang aku lenjan kaust pengawas Bata agaknya.

Syukurlah beliau dapat bini tak kisahhhh.
Tetiba macam tahu pulak dari mana datang perangai tak kisah Redza 😆.