2023-08-31

Bukan semua relationship bagus untuk mental health.


31 Ogos 2023.
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-66, guys!
Salam dari Kuala Trengganu, menaip dalam apartment yang mengadap laut.

"Ada tak kawan-kawan Kak Di yang suka bila Rayyan keluar dari STAR?"

Wow!! Just wow!!
Tak pernah terfikir lansung hal ni, let alone nak terpikir aku bakal dapat soalan macam ni.
Ni mesti tak lain tak bukan, yang bertanya soalan ni ada pengalaman begitu, kan?

Yang pertama, aku takde kawan-kawan secokia tu.

Yang kedua, kalau ada, konfem itu bukan kawan, tapi sekadar kenalan yang bajet macam rapat nau, tapi sebenarnya haters. Kahkahkah.

Perkara-perkara macam ni memang berlaku.
Ada sorang mak, anaknya sama-sama dapat STAR.
Maknya pun blog reader aku.
Dia pernah cerita ada kawan tak puas hati anak dia dapat boarding school, lepas tu kondem macam-macam.
Sebab tu aku banyak kali cakap, yang selalu bawa masalah hal anak-anak adalah mak bapak, bukan anak.
Mak bapak yang always berdengki dan berlumba sesama sendiri. Anak-anak cool je.

Dulu masa ada UPSR.
Yang menggelabah bila sekolah raikan pelajar cemerlang naik stage pegang placard, siapa? Mak bapak.
Anak-anak elok je congratulate each other.
Yang bitter sekolah buat anugerah hari kecemerlangan, siapa? Mak bapakkkk.
Anak-anak ok je bertepuk tangan sorak kawan naik pentas ambik hadiah.
Esok, dalam kelas, main sama-sama balik.

Ingatkan dah takde UPSR, masing-masing rileks dari bitter-membitter.
Rupanya tak settle lagi.
Hal anak-anak dapat boarding school pulak yang digaduhkan.
Patutnya mak bapak spesis gini yang kena masuk sekolah balik.
Perangai macam budak tak cukup umur. Bulu je lebat.

Aku pakkal takde lingkungan yang macam ni.
Kalau ada, memang aku sound tegak je.
Meh aku ajar.
Korang, kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang happy bila anak kau quit asrama, seolah-olah macam kau dengan dia sama level lepas anak kau quit, kau cakap kat dia:

"Hello? Kalau anak aku quit asrama 10 kali pun, anak kau tetap tak layak masuk ok?".

Tak pun, "Anak aku at least terpilih. Anak kau?"

Tak pun, "Kalau anak aku keluar, bukannya anak kau boleh masuk pun"

Haaa. Pilih mana nak.
Gitu je makan dia.
Biarlah bunyi macam berlagak pun.
Jenis busuk hati memang elok smash je.

Hari tu masa aku lepak dengan Dusty Pink Tits, aku sembang pasal topik Rayyan ni juga.
Kawan-kawan aku bagi macam-macam cadangan so that Rayyan boleh terus stay.
Walaupun kawan-kawan aku jenis melahar, alhamdulillah setakat ni we support each other.
That's why aku tak pernah terfikir akan dapat soalan macam tu sebab perkara tu belum pernah berlaku.

BFF aku masa sekolah, Nurul.
Dia suggest aku hantar surat ke Jabatan Sekolah Berasrama mohon kalau boleh tukar dari STAR ke SAS so that senang aku nak monitor Rayyan. Siap nak teman aku gi jumpa menteri untuk mohon pertukaran.
Serious, aku takde kawan yang mendengki hal-hal anak-anak.

Salah satu punca kenapa wujudnya parents berdengki dengan rezeki anak orang lain antaranya kerana dorang tak content dengan apa yang dorang dah achieve.
Maybe achievement dorang semasa sekolah dulu tak membanggakan, so that they want their children accomplish their unfulfilled dream.
Maybe juga these parents can't compete with you, so that dia nak anak dia menang dari anak you, so that can become se-level dengan you.
Maybe juga mak bapak macam tu sejenis tak boleh kalah dengan sesiapa pun.
Mana-mana satu pun, dorang ni tetap toksik.
Toksahlah baik sangat.

Parents jenis gini meletakkan sukses tu pada something yang PALING BEST.
Dapat nombor 1 baru best. Nombor 2 tak.
Dapat gold medal baru best. Silver tak.
Dapat pembahas terbaik baru best. Setakat Johan saja belum best.
Letih la kalau balik-balik nak jadi yang terpaling.   

Trust your gut feelings.
Ada di antara lingkungan kita sebenarnya tak bagus untuk mental health.
Walaupun hubungan kekeluargaan tu penting, lebih penting lagi to recognize that not all relationships bagus untuk mental health.
Kadang-kadang, those yang ada pertalian darah dengan kita atau dah berkawan lama, their impact on your well-being can be negative.
Menjauhlah. Jangan kerana dorang tu sedara, atau kawan lama, maka kita bertolak-ansur dengan perangai yang toksik.
Bukan suruh putus silaturrahim. Menjauh saja. Cukup.